Sunday, March 28, 2010

Konsert Suatu Masa.. Amy di Istana Budaya


First time aku dan suami ke Istana Budaya,lebih2 lagi utk tgk konsert.Tapi penangan Amy Search membuatkan kami terpaksa pergi jugak..rindu nak dengar lagu2 Amy dan Search semasa kami membesar dulu.

Simboliknya perjalanan konsert ini..atas arahan Fauziah Ahmad Daud, aku pasti semua terpukau menonton pengembaraan dan transformasi diri Amy.Bermula dari zaman rock 'kapak' ke irama rock sentimental dgn lagu2nya yg memuja nama2 wanita...kemudian ke arah lebih spiritual dan ketuhanan.Sangat tinggi mesej yg ingin disampaikan oleh Kak Ogy dan Amy.

Sambil berhibur dan menikmati suara Amy yg tiada tolok bandingnya,masih sama seperti 20 tahun yg lalu,tetapi mesej disebaliknya begitu menarik perhatian aku.

Entah betul atau tidak spt yg Kak Ogy dan Amy cuba sampaikan,tapi yg aku faham Amy cuba menceritakan tentang pada awal pembabitannya dengan 'rock kapak'nya,beliau hanyut dgn hasutan iblis dan syaitan.Beliau dan kumpulannya sangat ego dan bangga dengan muzik pilihan mereka..Masa berubah,permainan perasaan juga mengubah muzik mereka ke irama rock yg lebih sentimental dan memuja2 ramai wanita.Ini part yg paling aku tunggu2..enjoy betul aku masa ni menyanyi2 bersama suami dan audience..terutama bila Amy menyanyikan lagu Rozana dan Isabella atas katil lak tu,jiwang betoi..terkenang dulu2 aihhh...

Transformasi Amy bersama muziknya diteruskan seolah2 memberitahu mesej yg Amy tercari2 erti kehidupan yg sebenarnya mengikut jalan yg lebih diredhai...Banyak lagu2 ketuhanan yg disampaikan Amy membuatkan aku terfikir sejenak mengenai perjalanan hidup aku sendiri,aku yakin audience lain juga begitu..

Tiba2 fikiran aku melayang memikirkan jika Amy meninggalkan kita suatu hari nanti..dia akan dikenang,diberi penghormatan,sanjungan dan doa sudah pasti miliknya..Dia telah membina setinggi itu nilai dirinya dan menjalani kehidupannya dengan penuh bererti.

Tapi aku dan kebanyakan orang lain,kenapa tidak menjadikan ini suatu pengajaran yg bererti?Kenapa membiarkan perjalanan hidup kita tanpa warna warni,penuh kepudaran?Sungguh rendah nilai diri kita?Kenapa tidak kita bina nilai diri kita setinggi yg boleh?tak perlulah jadi penyanyi atau pelakon...cukuplah menjadi kita...tapi kita yg tinggi nilainya..kita yg hidup penuh dgn cabaran yg mewarnai kehidupan..alang-alang diberi peluang hidup oleh Allah,berlumba-lumbalah kita menjadi hamba Allah yg terbaik.

Sangat bertuah seorang Amy kerana akhirnya beliau bertemu dgn jalan yg dicari-carinya selama ini.(Benarlah janji Allah, siapa yg mencari,pasti Dia memberi).Bak kata Amy tadi,sudah menjadi lumrah manusia..manusia akan sentiasa tercari2..manusia tidak akan puas...Terfikir lagi aku..betul jugak kata Amy tu,jangan kita tertipu oleh permainan dunia ini..mencari kemewahan memang tiada batasnya..sentiasa tidak puas..lebih byk kita dapat..lebih banyak kita inginkan..sampai bila2 pun tak akan puas..Aku sangat2 ingin mengenaliMu dan mendekatiMu Ya Allah...pilih lah aku!..

TQ Amy dan Kak Ogy diatas mesej2 ini...Kami sangat2 bertuah malam ini!

**
Bersenam dgn tetap dan mengamalkan diet yg sihat dgn suplemen kalsium boleh mengurangkan risiko osteoporosis,terutamanya di kalangan warga tua.Pengambilan kalsium yg mencukupi amatlah penting,namun pengambilan harian melebihi 2000mg tidak akan mendatangkan sebarang manfaat tambahan.

0 comments:

Post a Comment