Friday, March 19, 2010

Terkilan & Resepi

Resepi perlu dikongsi..supaya ada yg tak terkilan nanti.Saya dah melalui pengalaman terkilan ini...

Pulang saja dari Umrah 2 tahun lalu,saya terkejut mendapat berita tentang kak normah..Ha? Kak Normah dan keluarganya accident di Putrajaya?Masa saya terima berita tu,seorang anak saudaranya masih koma..manakala ibu dan anak sulungnya Batrisya meninggal dunia semasa kejadian.Ya Allah,meruntunnya hati kerana saya agak rapat dgn kak normah,abg mahadir dan keluarga..malah dengan ibu dan anaknya juga..(Al-fatihah).

Tetapi saya sangat2 terkilan kerana ibu kak normah pernah merasa kek saya ni.Pernah kak normah minta resepi dari pasal ibunya suka sangat dgn kek saya  dan nak cuba resepi saya.Tapi lepas sembang2 hal lain cerita pasal kek tu hilang macam tu saja..

Resepi Anis Choc Moist Cake:
Bahan A,

Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.
masak bahan a atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air).
2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan a.

Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action.
Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.

Topping:
Coklat masakan
sedikit butter
Whipping cream


Campur semua buat double boil..

@

Topping resepi baru (baru diguna pd tahun 2011)
Panaskan 1 cawan minyak masak
masukkan susu pekat,serbuk koko-semuanya 1 cawan.
Kalau pekat sangat, boleh kurangkan serbuk kokonya..atau masukkan sedikit full cream.
Kacau sehingga rata..Sedia untuk di topping..

 
Cubalah ya,dah ramai buat dan menjadi...Semoga perkongsian rezeki ini diberkati Allah..

Special Thanks to Kak Ton for this marvellous recipe!!!....Semoga Allah membalas segala jasa baik Kak Ton yang sangat baik hati dan pemurah sangat orangnya..Kami doakan Kak Ton sekeluarga dan keturunan Kak Ton diberi Allah rezeki yang melimpah ruah seperti hujan yang lebat turun tiada hentinya...


6 comments:

  1. salam..akk pg ni sy nk brshkn dpur sy,pas2 tkg2 ade kek cklat ats mja 2...adik2 ingtkn sy yg wt...sy ktelh bkn..ble kteorg rse je...subhnallah sdapnyer kak...adik2 kta...haaa,cmnilh bru moist nirah...sdapnyer...congrats kak,krana dah hsilkn kek yg ssedap nie...sy doakn mga bsnes akk akn lbh mju n knali rmai...sy pn nk cbe gak rsepi ni..hehe..trime ksh kak sdi kngsi rsepi ni...salam..

    ReplyDelete
  2. salam k.anis.....kek ni dibakar ke? dan nak buat topping tu sukatannya macan mana?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Puan sebab sudi berkongsi resepi ni.. saya pohon keizinan untuk menggunakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan..semoga perkongsian rezeki ini akan lebih diberkati..







      Delete
  4. salam sis, maksud sis masak bahan a tu cam mna? masak dalam periuk cam masak gulai tu ke? sorry sis sbb sy baru2 nk belajar buat kek yg betul. so tak berapa faham. hihi.

    Kek ni bakar or kukus ye?

    lagi satu, coklat masakan & whipping cream tu sis guna brand apa? sbb brand pun akan menentukan kesedapan setiap masakan tu. btol x? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek ni kukus..
      sorry, sekarang dah tak guna coklat masakan dan whipping cream dah..dah share resepi chocolate topping yg baru kan..cuba cek..

      Delete