Wednesday, March 10, 2010

Nak buat bisnes apa ek??..

Minggu pertama lepas VSS...
Wahh..seronoknya rasa..tetap bangun awal pagi,tapi bangun dgn perasaan yg lain macam lah...tenang je rasa,tak payah kelam kabut nak ke ofis dah.cuma bz nak setelkan anak ke sekolah je..

Amboi seronoknya hidup masa ni.Tolak time hantar anak ke sekolah dengan masak,apa lagi kalau bukan membaca..Ya Allah, heavennya masa ni.dari bukak mata sampai tutup mata(tidur) itu ja lah kerjanya.sampaikan kalau dah habis buku, luangkan masa di library pulak..sambil tunggu anak habis sekolah apa lagi, akulah org pertama sampai kat library MPSJ tu..

Selepas Seminggu...

Ishh..tak boleh macam ni, sampai bila aku nak jadi macam ni..dah la tu rileks sikit2, dah sampai masa utk bz semula..aku mesti buat sesuatu.Itu kira lama lah tu seminggu tak buat apa2..sekarang nih kalau 2 hari je tak productive rasa macam serba tak kena je..

Lepas tu aku pun mula mencari2 peluang,ramai yg approach aku dgn dunia MLM sebab aku ada sedikit pengalaman dlm bidang tu..macam2 yg dah cuba..alhamdulillah and thanx to kawan2 yg memperkenalkan aku dgn bisnes2 ini..you coloured my life!!..banyak pengalaman jatuh,bangun,jatuh bangun yg aku rasakan...thanx frens, aku tak pernah menyesal!..

Selepas hampir setahun menghabiskan duit VSS aku dgn berbagai bisnes ini, tiba2 aku berminat nak mencuba konvensional bisnes..Kini bisnes ini dah aku jalankan selama hampir 4 tahun.Bermula dari 'zero'....kini aku mempunyai 3 orang pekerja tetap dan seorang part timer..

Bisnes apa ekk??...

0 comments:

Post a Comment