Friday, March 19, 2010

Mak kata,"jangan berlengah melawat orang sakit.."

Tadi masa tgh drive,terdengar pulak suara Ustaz Azizi (ye ke nama dia,terlupa lak)kat siaran radio hot fm.ala..ustaz yg selalu kata,Dengar2 kan... Selamat Beramal..

Dia menceritakan tentang amalan melawat orang sakit...Katanya, banyak faedah melawat orang sakit ni.Sangat besar pahalanya orang yg sanggup mengorbankan masanya melawat orang sakit.

Orang yg melawat orang sakit ini akan diberi ganjaran utk berada di taman2 syurga..dan Allah juga mengarahkan seramai 70 ribu malaikat utk mendoakan kita yg melawat orang sakit..Amin.

Teringat pulak tentang pengalaman sendiri yg mengenali seseorang yg sangat suka menjaga orang sakit.bukan setakat saudara terdekat,malah saudara yg jauh yg aku tak kenal juga beliau jaga..Alhamdulillah, setakat ini beliau sihat utk berbakti kepada orang yg memerlukan setakat yg termampu.Beliau yg aku maksudkan ialah mak aku sendiri,Puan Salmah bt Ariffin..Semoga mak panjang umur dan sihat selalu. Paling aku ingat pesanan mak tentang orang sakit,

"..jangan berlengah melawat orang sakit..."

0 comments:

Post a Comment