Friday, August 30, 2013

BILA DAH ADA DUIT....

BILA DAH ADA DUIT....

Ada yang bertanya pendapat kami, kenapa ya dulu, waktu tak ada duit..mereka  menanam hasrat untuk membeli itu..membeli ini..Teringin nak buat itu, nak buat ini..Semua benda dalam dunia ni mereka nak..Tapi, bila dah dapat beli..dah dapat rasa..Perasaan gembira atau puas mendapat sesuatu itu semakin hilang..Kenapa ya?..

Susah nak jawab jugak sebenarnya..Tapi saya agak saya tahu kenapa..Ini semua adalah kerana, sebenarnya perasaan gembira dan puas kerana mendapat sesuatu yang kita nak tu adalah satu perasaan yang sementara saja..Maksudnya, kegembiraan itu bukanlah sesuatu perasaan yang berpanjangan atau berkekalan...Sekejap saja rasa seronoknya..sekejap saja rasa bahagianya..Lama-lama dah rasa biasa je..Dah rasa BMW pun macam tak ada bezanya?..Terkejut jugak bila seorang kawan cakap macam tu pada saya..Maafkan saya, takkan BMW sama macam kereta lain?

Saya katakana pada suami, pelik jugak kalau ada orang yang boleh fikir dan rasa macam tu..Sedangkan kami ni Ya Allah tak tau nak cakap...Setiap kali kami tengok, setiap kali rasa, setiap kali sentuh, setiap kali memandunya...Terasa sangat berbeza apa yang kami ada sekarang dengan apa yang kami ada dulu..Apa yang kami pandu sekarang dengan apa yang kami pandu dulu..

Tapi, itulah dia...mungkinkah kerana jika kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada..dengan apa yang kita dapat..Kita hanya bersyukur waktu mula-mula dapat sajakah?..Cukupkah sekadar macam tu?..Lepas tu kita dah mula terlupa pada Dia Yang Memberi..Ye lah, sebab dah dapat..Terlupa pulak, dulu...masa sebelum dapat, berdoa siang malam mintak pada Allah..Sekarang dah dapat, dah tak bersyukur?..Sebab apa dah tak bersyukur?..Sebab dah rasa tak best..sebab dah nampak yang lain pulak lagi best..Macam tu ke?..

Tapi, nampak tak betapa mudahnya perasaan itu hilang?..Segalanya bergantung kepada kita juga..Kalau duit dan kemewahan yang kita ada itu digunakan hanya untuk mendapatkan keduniaan semata-mata..Itulah dia, bukannya berkekalan pun perasaan gembira itu..Tapi, kalau rezeki yang kita dapat itu digunakan untuk jalan yang diredhai Allah, jalan yang dirahmati Allah, lebih kepada untuk menjaga hubungan sesama manusia...insyaallah...kita tak akan hilang rasa 'nikmat' itu...Malah, kita terus mencari-cari nikmat itu, kerana ingin mendapat lebih lagi kasih sayang Allah...

WALLAHUA'ALAM...

Wednesday, August 28, 2013

NAMPAK MASALAH KE NAMPAK PELUANG?

NAMPAK MASALAH KE NAMPAK PELUANG?

Sekarang anda semua sedang berfikir-fikir untuk berbisnes kan?..Anda rasa macam nak buat full time je bisnes part time yang anda sedang buat sekarang kan? Tapi, apa yang anda nampak kalau anda nak buat bisnes tu sepenuh masa? Cakaplah pada diri anda seikhlas mungkin..Anda nampak peluang ke..anda nampak masalah?..

Kalau anda nampak peluang, sorry to say..mesti dah lama anda all out!..Anda tak bagi chance punya..Ye lah,kalau lambat-lambat nanti kang takut idea tu dicuri orang pulak kan..Macam buat bisnes kek coklat ni, ada yang kata..sebenarnya ramai pun yang pandai buat kek coklat ni..Mungkin boleh buat lebih sedap lagi..Tapi, ada yang tertanya-tanya pada diri mereka sendiri..Kenapalah bukan aku yang buat macam 'Anis Chocolate' tu dulu?..Aku dah terfikir dah nak buat kek coklat ni. Aku pun pandai buat kek coklat..Kek coklat aku pun lebih sedap dari kek coklat dia.Tapi silapnya aku tak all out je..Dan saya pulak, saya memang nampak peluang yang besarrrr....sangat-sangat besar!!!.Jangan marah ye saya start dulu..hehe..Tapi, siapa yang nak buat sekarang, buat je..marketnya sangat lah besar...Percayalah, rezeki Allah tu maha luas, Masyaallah!!..

Ok, sambung balik...Kenapa anda rasa situasi tu timbul?..

Kerana, bila nak start buat bisnes apa sekalipun..Belum apa-apa lagi, ramai orang yang akan nampak masalah dulu..Macamana kalau tak jadi?.Macamana kalau orang tak boleh terima kek dalam bekas?Macamana kalau customer reject? Ada ke yang nak servis macam aku fikir ni? Ada ke orang nak beli kopi yang aku nak jual ni? Tak lama dulu seorang kawan saya pernah tanya saya..Masa tu dia belum bukak kedai..Dia tanya, ada ke orang nak kerja dengan dia?..Habis kalau dengan orang lain yang kadang-kadang lebih 'POYO' dari kita pun orang boleh kerja..Takkan kita yang 'baik' sikit ni orang tak boleh nak kerja...kan?..(Itu namanya The Power of Baik sangka dengan diri sendiri!..hehe..)

Contoh, kalau u all yang nak resign pulak..Apa yang selalunya u all selalu nampak?..U all akan nampak macamana kalau selalu ada income, tapi bila awal-awal resign tu mesti tersangkut punya..Takut pulak tak boleh nak bagi anak bini makan..Takut tak ada income nak bayar duit rumah, duit kereta...Takut kalau bisnes tu tak jadi, saying pulak dengan jawatan sekarang dah tinggi...nanti kalau bisnes fail, nak kerja balik..dapat tak income yang macam sekarang ni?..

Itulah dia perspektif orang gagal!..Dia akan nampak masalah saja...Perkataan yang keluar dari mulut pun start dengan 'masalahnyaaaa..'. Pernah saya tanyakan pada seorang peniaga yang dah lama berbisnes baju kanak-kanak..Dah hampir 10 tahun pun bisnesnya..Mesti bisnesnya bagus, kalau tak takkan nak bertahan sampai 10 tahun kan?.Tapi dok satu kedai tu je lah..Saya tanya kenapa tak expand? Saya perasan, jawabnya...'masalahnya...pekerja susah nak dapat...bla bla bla..'.Nampak tak?
Belum apa-apa dah otak dia dah fikir masalah..Sebelum dia keluarkan perkataan tu, mestilah otak dia dah selalu fikirkan benda tu kan?..Kalau tak, tak mungkin cepat je dia jawab..lancar je perkataan 'masalahnya' tu keluar..

Anda rasa macam tu ke cara orang berjaya fikir?

Sori laaa...Orang berjaya dia fikir semuanya berdasarkan peluang..Masalah orang adalah peluangnya..Macamana mereka ni boleh berani sangat ye?..Tak takut fail ke diorang ni ye? Sebabnya, saya rasa lah..mereka ni bukan tak takut fail langsung..Tapi mereka tak fokus pada kegagalan.Mereka lebih nampak kejayaan..Mereka lebih nampak keindahannya bila dah berjaya nanti..Mereka dah nampak result dan rewardnya...

Saya teringat dulu masa saya masih bekerja dan saya tengah berfikir untuk berhenti kerja..Saya dah nampak, wow bestnya nanti saya banyak masa dengan anak-anak, boleh hantar dan ambik diorang sendiri ke sekolah..Pastu saya nampak saya ada bisnes..Saya 'ter'bayang yang indah-indah..Kadang-kadang datang jugak si biawak tu, dia kata...Gaji dah banyak tu..(banyak sangat la masa tu, dalam 2 ribu lebih je 7 tahun lepas..) boleh ke nak survive? Kerja dengan Petronas pulak tu..Banyak benefitnya tu?..Tak sayang ke?..

Macamana saya overcome biawak ni semua?..Masa tu ofis saya kat tingkat 48 KLCC, saya pandang ke bawah..nampak ramai je orang, macam semut je tengah bergerak..Saya katakan pada diri saya, tengok!..Diorang pun boleh je hidup kat bawah sana..Diorang bukan kerja macam aku pun (contoh saja)...Tapi boleh je survive?..Ada yang lebih kaya raya lagi..Apa yang diorang ada, yang aku tak ada?..Sama je kan?..Jadi, nak takut apa?..

WALLAHU'ALAM...



Tuesday, August 27, 2013

KATA-KATA MINDA KITA MENJAMIN KEJAYAAN KITA

KATA-KATA MINDA KITA MENJAMIN KEJAYAAN KITA

Semua orang nak kaya!..Semua orang nak jadi berjaya!..Tak dinafikan, walaupun kadang-kadang ada yang kata dimulut dia tak perlu jadi kaya, sebab dia dah ok.dia dah happy..Tapi kalau ada peluang, ada cara, ada orang yang cuba tunjukkan jalan menuju kekayaan sebenarnya tak susah sangat...macamana?..Mesti mereka nak..mesti mereka teringin nak tau jugak. Mereka ni tak nak jadi kaya sebab dia nampak susah..Dia tak nampak cara yang senang..

Ada ke cara yang senang?..Hehe..

Sebenarnya, nak kata senang..mungkin tak senang sangat..Cuma, bagi orang yang dah melaluinya bolehlah kata senang..Yang baru nak start ni agak susahlah sikit..Ye lah, dah 39 tahun hidup, apa yang dah ditanam dalam minda kita dah jadi sebati..dah berakar umbi pun..Bagi yang dia tahu ada tumbuhan yang tak perlu di minda dia..dia akan cepat-cepat buang dari akar..Tapi bagi yang tak sedar ada pokok negatif yang berakar umbi tu yang susah..Dia biar je pokok tu hidup subur di situ..Siap di siram-siramkan lagi...

Paham ke?..

Apa yang sebenarnya membuatkan seseorang tu berjaya?..Senang je, paling basic sangat-sangat.Kualiti hidup seseorang itu adalah disebabkan bagaimana kita bercakap dengan diri kita sendiri!..How we communicate to ourselves!..Bermaksud, kualiti hidup seseorang adalah disebabkan oleh kualiti komunikasi. Komunikasi dalaman diri kita..atau monolog diri kita!..

Menurut mentor saya, dalam sehari kita bercakap dengan diri kita sebanyak 7000 kali. Tu diaa...banyak tu!.Apa yang kita cakap ye?..Tak perasan kan?. Tapi itulah dia faktanya.Kita semua sama je..Tak kira si kaya ke..si miskin ke..Yang kerja ke..yang bisnes ke..yang happy ke..yang stress ke..Semuanya mempunyai komunikasi dalaman.

Itu yang orang kaya faham sebenarnya!..Dia bukan setakat tahu, tapi dia faham..Faham tentang pentingnya tenaga dalaman ni!..Faham tentang dia perlu jaga-jaga apa yang small little voice dia bercakap dengan dirinya.Dia tak boleh biar je..dia tak boleh buat tak tahu je..Dia kena control semua tu!..

Tak payah start buat bisnes lagi kalau nak kaya..Start kat sini je dulu..Dalam hati kita ni, apa yang selalu kita katakan? Kita ucapkan kata-kata kejayaan ke atau selalu sabotaj diri sendiri? Dalam hati tu kata apa?..Anda kata anda boleh berjaya ke atau tak lama lagi anda kena kerja balik?..Anda rasa pilihan bisnes anda tu bukan yang terbaik ke..atau anda rasa anda boleh buat kalau anda lebih focus dan beri komitmen. Bermakna, kalau kat sini pun tak betul, kita buat bisnes tunggang terbalik..pagi petang siang malam tak balik-balik..End up result dia nanti sama je..Segala perasaan kita..tindakan kita..semuanya datang dari komunikasi dalaman inilah..Lebih kualiti kata-kata dalam minda kita..lebih kualitilah hidup kita!..

WALLAHU'ALAM....





Friday, August 23, 2013

MACAMANA NAK KUAT?...

MACAMANA NAK KUAT?...

Mula-mula nak tanya, you all ingat kami ni kuat sangat ke masa mulanya?..Tidak!..Kami pun sama jugak, agak goyah jugak masa mula-mula dulu..Jual kek tapi banyak return, ada kedai yang suruh stopkan penghantaran..tak dapat payment..Macam-macam dugaanlah pada mulanya...Tapi kami masih bertahan, macamana tu?..

Saya sebenarnya menjadi kuat pada mulanya bila mendengar kisah sifu saya Kak Intan Seri Muka. 12 tahun yang lalu dia dah mulakan konsep bisnes yang macam saya buat sekarang ni..Cerita Kak Intan, masa dia mulakan bisnes kuih seri mukanya, sebenarnya dia hanya nak bantu suami dia. Suami dia bisnes menjual crane kalau tak salah saya..Seorang yang dah 'taiko' dalam perniagaan..Bukan calang-calang orang suami dia ni..Bisnes juta-juta...

Dulu, mereka hidup mewah..Tiba-tiba bila ekonomi merudum jatuh lebih kurang 12 tahun yang lalu, bisnes suaminya jatuh!..Kak Intan dan anak-anak yang masa tu dah biasa hidup mewah terasa sangat perit kesan dari kejatuhan bisnes suaminya..

Tapi, itulah dia..kalau dah niatnya betul..insyaallah, Allah akan permudahkan segalanya..Kak Intan pun cuba buat bisnes bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Dan bisnes seri muka ni pun bermula...

Hari pertama Kak Intan bersama suami dah dapat menjual atau mengedarkan kuih mereka di stesen minyak Shell di Bandar Tasik Selatan kalau tak salah saya...Tapi, yang membuatkan saya ingat sampai bila-bila dan yang membuatkan saya kuat masa permulaan bisnes ialah...bila dia bercerita tentang suaminya...

Cerita Kak Intan, hari pertama nak hantar kuih seri muka ke Shell tersebut, suaminya seorang yang dah pernah pegang berjuta-juta ringgit sebelum ni...sanggup berdiri di depan pintu masuk Shell dan memegang pinggan sambil menghulurkan sample untuk pelanggan Shell!...Luluh hati Kak Intan katanya....Terharu sangat suami dia dapat buat macam tu..Kerana Kak Intan sendiri tak sanggup buat apa yang suami dia buat...Kak Intan sebenarnya memerhatikan dari jauh suami dia dari dalam keretanya...Dia kata, dia malu nak buat macam tu..Tapi dia respect suami dia sebab tak malu dan sanggup merendahkan egonya pada masa tu, demi untuk keluarga tercinta!..

Masyaallah!!....Itulah yang membuatkan saya kuat!...Saya fikir, kalau jutawan pun boleh buat macam tu, takkan aku tak boleh? Takkan aku nak malu?..Lepas balik dari mendengar perkongsian Kak Intan, saya terus buka langkah..dan tak pandang belakang lagi!...

Yang saya dapat dari kisah Kak Intan ini ialah kekuatan dalaman yang sangat hebat!!.. Dan juga saya dapati, seseorang itu perlu ada PASSION untuk berbuat sesuatu bisnes. Dalam kes ni, saya dapat rasakan..suami Kak Intan ni adalah seorang yang betul-betul mempunyai minat yang mendalam dalam bisnes..Dia cintakan bidang perniagaan..Dia tak kisah, apa saja dia sanggup buat asalkan dia dapat berbisnes!..Dan paling penting dia sangat yakin dengan dirinya!..

WALLAHU'ALAM....

Thursday, August 22, 2013

KENAPA MAID ANDA LARI?..

Hehehe....maid anda ke maid kita?..Maid saya pun lari jugak..saja je tajuk tu bagi ada yang rasa PANASSSS....jangan marah ye, gurau-gurau kan membawa bahagia?..

Isu ni memang HOT!!!....Ramai yang sedang mengalami masalah ni. Terutamanya lepas raya ni ramai maid yang balik kampong,tak nak dating balik.Yang kesiannya maid yang dah dibelikan tiket two way tapi end up tak muncul-muncul di airport..Huhu memang tak patut!..

Saya juga ada pembantu rumah.Yang pertama nama Kak Wati (dari Surabaya) yang bekerja 11 tahun dengan saya mulai umur anak saya Adam Haqimy 1 tahun.Maid kedua pulak bernama Kak Nila (juga dari Surabaya) yang dah bekerja 5 tahun sampai sekarang ni masih bersama saya. Jangan ingat maid saya tak lari...atau tak kisahlah..dilarikan ke..hehe..Selepas 11 tahun, Kak Wati pun lari jugak...

Kenapa?

Saya pernah cerita dulu dalam perkongsian saya tentang 'MASTER CHEF KAMI DICURI ORANG', sebenarnya kejadian terjadi sebab dah kurangnya komunikasi dengan Kak Wati seterusnya menyebabkan kurangnya kasih sayang pada Kak Wati...Tapi ada satu point yang lebih penting yang saya tak perasan sebenarnya...Segalanya terletak di minda kita jugak sebenarnya..

Bila ingat-ingat balik..betullah, sebenarnya kita yang dah set minda kita di atas segala yang berlaku.Sepanjang 10 tahun Kak Wati bekerja dengan kami..Segalanya berjalan lancar, tiada isu besar..Alhamdulillah..

Segalanya bermula pada tahun ke 10. Persepsi saya atau otak saya rupanya dah bertukar program tanpa saya sedari!..Hebat lah subconscious mind ni...Ingat kita boleh tipu dia..rupanya kadang-kadang dia jugak yang menang...Tapi..sekarang baru saya tersedar!..

Masa tu Kak Wati dah jadi master chef untuk kek coklat ni dah 5 tahun. Dan masa tu 99% orang di sekeliling saya ada masalah dengan maid!..Maid lari..maid tipu..maid tak perform..bla bla bla..Seriously tak ada maid disekeliling saya yang bertahan lama!..Dan entah kenapa..saya tiba-tiba terfikir kenapa semua orang ada masalah maid?..Sebenarnya masa tu saya seolah-olah cakap pada diri saya sendiri..tak lama lagi tentu saya pun akan hadapi masalah yang sama...

Saya dah start tertanya-tanya...Sebelum ni langsung tak pernah terlintas pun. Lepas tu rupanya otak saya mulalah bertukar program mengatakan maid-maid akan hanya boleh bertahan 10 tahun sahaja.Lepas 10 tahun diorang akan fikir untuk balik kampong kerana dah lama di perantauan. Sejak itu saya mula lah berbincang dengan suami tentang isu ini..

Selalu saya sebut..Kak Wati dah lama disini (sebelum bekerja dengan saya dia dah 5 tahun di Malaysia)..Umur dia pun dah meningkat..Satu hari nanti pasti dia tak nak duduk dengan kita lagi..Dia pasti nak tinggal dengan keluarga dia di kampung pulak..Kita dah kena bersedia mentally dari sekarang lagi..Kita dah kena ada sorang back up untuk ajar buat kek yang boleh ganti Kak Wati kalau dia dah piker nak balik nanti...

Hah!!!...Itu lah yang berkali-kali kami bincangkan...

Rupanya sekarang baru tersedar, 'ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA'..Rupanya saya yang dah expect macam tu..Sekali lagi The Power of Expectation!!..Saya sendiri yang menarik situasi itu sebenarnya...Huhu..

Jadiiii.....lu pikirlah sendiri, kenapa maid u all lari?...Tak payah lah nak citer dia lah majikan terbaik, terhebat sekali...Tapi ramai yang tak perasan sebenarnya awal-awal lagi dia dah set dalam otak masa mula-mula nak ambik maid bekerja..'semua maid akan lari..jadi kena jaga-jaga','semua maid tak boleh percaya'..'jangan percaya maid 100%'...'pantau maid takut dia dera anak kita', Pasang cctv, nanti boleh tengok dia buat kerja ke dia tido?..Insyaallah kalau kita set minda kita cctv tu untuk tengok dia tak buat kerja...memang itulah yang kita akan nampak!..Ada yang pasang cctv takut maid masuk bilik dia dan mencuri..Insyaallah dia akan nampak kebenarannya!..Itu ok lagi..kalau dia set mind dia nak pasang cctv nak tengok maid kita jaga anak kita betul-betul ke atau dia dera anak kita...insyaallah maid tu akan dera anak kita!..

Ada jugak yang menyalahkan maid kalau pakai handphone..Dari awal-awal bekerja lagi tak nak bagi maid pakai handphone sebab takut maid bergayut dengan boyfriend...Akhirnya. yang nak tergelak...dia sebut...Kan dah kata...kan dah agak dah..dulu saya tak nak bagi handphone sebab tu lah..bila dah ada handphone nanti kau akan bergayut dengan pacar!!..Sekarang tengok, betul tak apa yang saya cakapkan dulu?...

Nampak ke nampak?..Kalau tak nampak lagi, kesiannnnn....

Setiap hari,saya perhatikan ramai yang suka sangat cakap pasal maid lari..Majikan yang maid tak lari pun dah mula risau bila dengar citer macam ni..Insyaallah, tak lama lagi maid dia pulak lah yang lari...Sebab secara tak sedar...otak dia dah dipenuhi dengan isu ni..hati dia sangat beremosi pasal isu ni..Ye lah, tiap-tiap hari dia dengar pasal ni..maid jiran lain sorang-sorang dah lari...huhu..Citer ni sebenarnya dah menjadi dominant thoughts dia..Secara tak sedar, ia sedang menarik dirinya pula ke arah situasi yang sama .Jadi, hati-hati jaga otak kita kalau tak nak maid lari!!...

~The power of OTAK~

WALLAHU'ALAM.....



Tuesday, August 20, 2013

TAK NAK KAYA SEBAB TAKUT DIROMPAK?

Cuba buat survey sikit sebelum kita percaya dengan apa yang kita percaya itu. Berapa banyak rumah orang kaya yang dirompak? Atau adakah lebih banyak rumah orang tak berapa kaya yang dirompak? ..

Kenapa?...

Kerana..ramai orang suka sebut-sebut di mulut tentang perkara itu..Dia tak nak kaya sebab bila kaya nanti...rumahnya akan dirompak?..Ha ha ha..kalau macam tu semua orang melayu ni tak payah jadi kaya lah ye?..Bayangkan kalau tak ada orang melayu jadi kaya di Malaysia ni?..Pasti hidup kita tertindas kan?..Berterima kasih tak dengan orang-orang kaya sebelum ni, yang menyebabkan kita ada POWER!..Tapi kalau semua tak nak kaya...macamana nasib kita nanti?..

Okay sambung balik pasal takut masuk pencuri ni..Kenapa sebenarnya rumah orang tak berapa kaya yang selalunya dirompak berbanding dengan rumah orang kaya?..Sebenarnya, kalau kita boleh bongkar otak mangsa rumah yang dimasuki perompak itu...pasti penuh dengan kepercayaan takut rumah dimasuki pencuri!..Sebenarnya minda dia dah Nampak situasi rumahnya dimasuki pencuri..Doa sendiri yang sebenarnya create situasi itu..Dia sendiri yang sebenarnya tarik situasi tersebut itu..

Saya tak cakap kosong...Kerana saya sendiri pernah mengalaminya pada tahun 2010..Masa tu jiran kiri kanan kami terang-terangan nampak dan sememangnya mereka ni orang kaya..Tapi kami yang di tengah-tengah ni biasa ja...Tak ada apa-apa pun  dalam rumah kami ni...Rugi je kalau pencuri masuk...he he..

Tapi, kenapa dia pilih rumah kami?..

Kerana...salah saya juga!..Saya selalu ternampak atau orang kata 'ter'imagine yang bukan-bukan.Betul, saya dah sedar apa yang saya buat tu salah..Saya sendiri yang menarik situasi tu untuk berlaku..

Dan yang menariknya, barang-barang saya terselamat pulak..pencuri tak nampak barang saya..Tapi duit raya anak-anak habis dicuri.Masa tu baru lepas raya jugak..Suami katakana pada anak-anak, tengok tu...barang mama semuanya terselamat sebab mama kan selalu amalkan baca ayat kursi..Sebab tu lah barang adik dengan abang je dicuri!..

Tiba-tiba saya terfikir, nampak tak betapa kuatnya ayat kursi!..The Power of Ayat Kursi tu!..Walaupun pencuri masuk, tapi tak dapat curi!..Adakah ayat kursi lebih kuat daripada tarikan minda kita?..Dan walau apa pun ini bermakna, kritikal kan tentang tarikan minda ni?..Kita sepatutnya focus dengan perkara yang kita nak, bukan perkara yang kita tak nak!....

WALLAHU'ALAM....

Saturday, August 17, 2013

DAH POSTITF...TAPI MASIH TAK DAPAT?...

Jika perkara yang kita tak nak berlaku tetap berlaku jugak macamana? Kita dah tepis suara-suara biawak tu..kita dah positif, tapi masih berlaku perkara yang kita tak mahu. Macamana?

Pertama sekali, soalan itu sendiri dah berbau negatif..Perasan tak? Maafkan saya, cuma nak bagi nampak lebih clear..Kata dah positif...kalau orang yang positif, dia tak akan tanya soalan macam ni...Hehe..jangan marah ya...

Macam ni lah ye, jangan ingat orang yang positif itu, atau orang yang berjaya itu tidak ada cabaran dan halangan dalam hidup dalam perniagaan/kerjayanya. Diorang pun tak semuanya diorang dapat..Diorang pun kadang-kadang dah habis tepis biawak pun, jadi jugak yang diorang tak nak..

Cuma...yang membezakannya ialah cara mereka 'interpret' sesuatu masalah itu. Orang berjaya fikir apa yang terjadi pasti ada sebabnya..ada hikmahnya..Betul, ramai orang pun sentiasa sebut di mulut, apa yang terjadi ada hikmahnya..ada hikmahnya...Siapa pun boleh sebut di mulut..Tapi betul-betul ke datang dari hati?Betul-betul ke percaya kata-kata tu?

Cara orang berjaya berfikir lagi, kalau ada masalah pulak..semuanya salah diri mereka sendiri...Tak percaya? Observe kata-kata mereka..Jarang mereka menyalahkan orang lain..jarang mereka komplen pasal orang lain..Apa yang terjadi tetap datang dari diri mereka sendiri jugak...

Sebenarnya kan, positif saja tak cukup!..

Tak semestinya kalau kita kata contohnya saya buat bisnes ni bukan untuk kejar kekayaan, tapi untuk menolong orang..menambah nilai hidup ramai orang....Bunyinya macam positif kan?..Tapi apa yang dia cakap kat mulut tak semestinya sama seperti apa yang dia rasa..apa yang dia fikir..apa niat dia...Hatinya tak tau macamana pulak. Ye ke nak tolong orang atau sebenarnya dalam hati nak kaya sorang-sorang?...Itu orang yang empunya diri saja yang tahu...Tengok perbuatannya atau tindakannya pulak.. Pasti tindakannya tidak menunjukkan yang dia nak tolong orang...

Ada jugak yang bersedekah...Positif dah tu..bagusss....tindakan pun dah betul..Tapi, rupanya dia mengharapkan pulangan..mengharapkan balasan dari Allah...Macamana tu?..Itu maknanya dia bersedekah tidak ikhlas!..Macamana nak dapat?..

Perasan tak kat sini adanya The Power of Allignment?..Apa yang kita kata sebenarnya tak align dengan apa yang kita fikir dan tak ditafsirkan melalui apa yang kita buat!..

Dan, paling paling paling penting ialah....Jangan takut kalau apa yang kita nak tapi tak dapat!..kerana pasti ada sebabnya..Allah nak menguji kita..Allah menguji semua orang pun, yang miskin dan yang kaya..yang positif dan yang negatif...Lagipun Allah nak tengok kesungguhan kita nakkan sesuatu itu...Mintak, mintak, mintak...dan jangan give up!...

Kita kena yakin sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Allah Maha Kaya..pasti ada bahagian kita... Kalau kita sendiri antara yakin dan tidak...takkan Allah nak beri pada orang yang tak yakin padaNya?..Dan, kalau kita betul-betul yakin padaNya, insyaallah kita tak akan tertanya-tanya lagi persoalan ini dalam hati kita!..

WALLAHU'ALAM.....

Friday, August 16, 2013


DISEBABKAN 5 RINGGIT....KEK DITARIK BALIK!

Bila teringat balik kisah 5 ringgit ni, malu pun ada...nak tergelak pun ada..menyesal pun ada...rasa bodoh pun ada...semua ada lah kiranya..


Citernya macam ni, dah lama berlaku dalam tahun 2006 rasanya..Kami supply kek coklat ni ke satu stesen minyak terkemuka..:). Masa tu baru berapa bulan berbisnes, dan sale di kedai ni agak memberangsangkan.

Semasa saya nak collect payment di stesen tersebut yang mana merupakan bulan ke 3 rasanya supply di situ. Staff di situ bagi cek kepada saya. Cek untuk payment bulan sebelumnya. Ok lah, saya pun happy lah..ye lah, dapat payment memang happy...Balik, terus singgah bank untuk bank in cek.

 Beberapa hari selepas tu, officer bank call..dia kata rupanya cek saya tu salah nama. Nama yang ditulis di cek adalah nama Anis Chocolate Moist Cake.Mana ada akaun atas nama tu..Adus, itu kes pertama saya,customer saya salah letak nama.Lepas tu pulak, kata officer tu, duit saya sebanyak 5 ringgit telah ditolak dari akaun saya.

 Hu hu huuu...

 Bukan salah saya kan? Diorang yang salah tulis, duit saya pulak kena tolak..Ini mana adil!...Konon-konon nak jadi heroin lah, saya pegi stesen tersebut dan jumpa stafnya. Saya terangkan dengan elok apa yang terjadi. Diorang cuma perlu isu cek baru untuk saya. Itu memang tak ada masalah.

 Masalah datang selepas tu!!!....

 Saya pun ceritakan pasal duit 5 ringgit saya di tolak dari akaun saya pada staf di situ...Jadi, saya kata pada staf di situ, saya nak claim balik lah...Masa tu pikir, diorang patut bertanggungjawab sebab diorang yang salah tulis. 5 ringgit tuuuuuu.....banyak tau nilainya pada saya masa tu...huhu..

 Jadi, stafnya pun kata..ok tunggu jap, saya masuk tanya boss saya dulu..Nak tau apa terjadi bila dia keluar?..

 Dengan nada yang rasa bersalah dan kesian pada saya, stafnya bagitau, bosnya kata.....akak boleh bungkus semua kek akak ni dan bawak balik!.. Bos saya dah tak bagi akak supply ke sini lagi...Bossnya sudah marah rupanya!!...Uwaaaaa.....

 Nasi sudah menjadi bubur rupanya....Menangis air mata darah pun tiada gunanya lagi..huhuhu...Sejak itu saya dah tak dapat supply ke situ lagi...Tempat yang salenya agak tinggi..Customer sangat ramai di stesen tersebut. Tapi nak buat macamana...Akibat bodoh sombong diri sendiri....

 Selepas beberapa lama, saya dah boleh terima dengan apa yang berlaku...Macamana lah masa tu boleh pikir nak mintak claim balik 5 ringgit tu ye...Nape lah bodoh sangat..napelah lurus bendul sangat...5 ringgit je pun?....Tak bersyukur langsung masa tu, dapat payment pun dah kira bagus patutnya...ada tempat berbulan tak dapat payment...kan kann..

 Mungkin masa saya mintak claim tu dia rasa ego dia tercalar...Mungkin dia fikir takkan pasal 5 ringgit pun nak berkira...dapat tumpang menjual di stesennya pun dah kira beruntung sangat.Patutnya appreciate lah..5 ringgit tu buat-buat tak nampak je lah patutnya...ayoooo....nape lah saya buat kerja bodoh ni dulu...

 Sejak tu, walaupun ada jugak jadi kes macam ni kat tempat lain,saya langsung tak argue lagi dah...dan, apa yang boleh dipelajari dari kes ini ialah, akibat tak bersyukur lah tu...dan akibat tak respect orang...Itulah harga yang perlu dibayar, disebabkan nak 5 ringgit (bila ingat balik, macam tak logic saya mintak 5 ringgit tu..betul-betul tak logic..tapi ini memang kisah benar, bermakna 5 ringgit sangat berharga dan bermakna untuk diri saya pada ketika itu)...Disebabkan 5 ringgit, habis lahhh... kek ditarik balik dari situ selama-lamanyaa!!...(Padan muka aku)

 Pesanan penaja dari kami, bila kita diterima di mana-mana tempat yang sanggup memberi ruang mereka untuk TOLONG jual produk kita, ikut sajalah syarat mereka...tak perlu bising-bising atau argue atau voice out...it's their place anyway...Suka hati mak bapak dia lah nak buat apa pun....Kita terima je lah...Lepas kejadian tu, kami sentiasa rasa sedar diri bahawa kami cuma menumpang.....Menumpang di tepian lukut sahaja....

~Salam Sayang~

 

IBU AYAH TAK RESTU BERBISNES?..


IBU AYAH TAK RESTU BERBISNES?..

Ada yang bertanya, macamana ye dia dah setahun resign dan berbisnes. Malangnya ibu ayahnya tak suka dia berbisnes. Mereka suka dia bekerja dengan kerajaan. Tapi dia bisnes jugak, dan dia dapat rasa bisnes dia agak slow setahun ni. Adakah ini disebabkan dia tak direstui ayah bondanya?..

Sebenarnya dia dah jawab sendiri pun. Betullah tu, kalau tak dapat restu ibu ayah..tak kiralah nak bisnes ke, nak kerja ke..nak kahwin ke..insyaallah tak akan berjaya!..

For things to change, we must change first!!...

Kita tak boleh terus-terus nak mereka faham dan terima pendapat kita terutamanya tentang bisnes..Kita kena faham mereka dulu. First, faham kenapa diorang ni tak suka kita berbisnes?

1.Sebab dia tak terdedah dan tidak diexposekan tentang bisnes ni oleh tok nenek mereka dulu.

2.Kawan-kawan sekeliling mereka semuanya bekerja.

3.Mereka bukan tak suka kita berbisnes, mereka takut kita GAGAL!..Sebab, mereka sayangkan kita!..

4.Diorang tak biasa dengan konsep challenge diri sendiri. Sebab mereka terbiasa dengan konsep COMFORT ZONE dan SECURITY.

Jadi, bila kita dah tau sebab-sebab ni..kita tak boleh nak salahkan diorang!..Sepatutnya kita kena kesiankan mak ayah kita ni.Sebab diorang tak tahu..Diorang tak faham..diorang tak mendapat pendedahan macam kita sekarang…

Bila kita kesiankan diorang, takdelah kita nak marah kalau diorang nak suruh jugak kita bekerja. Cuma kita perlu tahu sekarang cara untuk approach mereka dengan lebih berkesan.

Macamana?

Kita kena pandai buat aktiviti seeding dan guna kaedah psikologi..he he..Saya dah pernah lalui pun..Dulu saya seeding suami saya macam ni..Masa tu company saya nak offer VSS.Saya sangat suka kerana bagi saya Allah dah bagi saya jalan yang selalu saya doa-doakan untuk berhenti kerja..Tapi, ada masalah jugak..suami saya mesti tak setuju. Ye lah, masa tu baru 5 tahun kawin dan 5 tahun bekerja.Pastu pulak nak resign dari Petronas tu…gila ke? Orang lain semua cari jalan nak masuk, kita nak cari jalan nak keluar pulak!

 Jadi, tiap-tiap hari saya citer kat suami betapa tak bestnya kalau saya teruskan bekerja di KLCC tu..(ooopsss..jangan marah ex-opismate ;)) Dan saya takut-takutkan dia dengan kemungkinan kalau saya terus bekerja di situ, saya mungkin akan dihantar ke Sudan? Atau paling dekat pun ke Miri? Takkan suami nak resign pulak dan ikut ke Sudan kann..Jadi, last-last dia macam terbukak hati..dan konfiden bila saya kata, u don’t have to worry my dear..kalau I resign pun, I tak akan dok diam punya..I mesti buat sesuatu untuk bantu u..

Ok, ni citer adik saya pulak..dia nak resign setahun yang lalu,nak full time buat kek, dia buat kek bluberry cheese..Tapi ayah ni takut-takut lagi..Nanti dulu kata ayah kami..Dia kata bagi stable dulu baru resign..Tapi macamana nak stable kalau tak focus? Huhu..

Jadi..dia pun hari-hari citer yang tak best je pasal kerja dia..Terpaksa balik lambat, kerja teruk..Sampai ayah termenung dengar drama dia lah..At the same time, dia pun pandai..dia tunjuk kat mak dan ayah kami ni yang dia kuat betul buat bisnes..Petang balik kerja terus hantar kek sampai ke tengah malam! Kadang-kadang sampai pukul 2@3 pagi baru balik!./Pastu mengadu kat mak ayah..letih la, dengan kerja..dengan bisnes..Lama-lama diorang confirm kesian…

Tapi, semua ni bukan overnight process!..Mesti la ambik masa sikit..Masalah budak muda sekarang ni sungguh tak sabar!..Semuanya nak cepat!..Ingat apa? Ye lah nak naik lif, tapi kenalah tekan button tu dulu..tunggu lif bukak pintu dulu..Tunggu lif turun dulu..Ni kira nak terjah je..Paham ke paham?..

Dari segi keberkatan sememangnya dah sah dah..kalau adik ni tak dapat restu mak ayah, memang lah bisnes tak berkat..Sebab hati mak ayah ni tak happy.Masakan boleh menarik kekayaan, masakan boleh menjadi money magnet kalau kita pun buat dalam keadaan tak happy..Kita pun rasa bersalah sebab dah mengeciwakan mak ayah kita yang nak kita bekerja makan gaji.

Habis nak buat macamana?

Macamana lagi..kena lah pandai ambik hati mak ayah!..Tiap-tiap bulan bagi duit kat mak ayah tak? Kalau bagi punnn..jangan bagi kurang daripada zaman bekerja dulu..Kena bagi lebih!..Lebih banyakkk!!!...Biar kita teruk, takper..asalkan diorang happy..Kalau tiap-tiap  bulan dapat bagi seribu, atau 2 ribu..atau 5 ribu..U rasa mak ayah happy tak?..Bila dia seronok, konfem dia akan restu punya lah!..

Ini bukan kata nak hulur duit sikit kat mak ayah, memanjang lah dok tunjuk bisnes slow la mak…tak banyak order lah abah..Aikk, kalau kata macam tu konfem lagi cepat dia suruh makan gaji!..Walaupun bisnes slow..tak payah lah nak citer benda-benda tak best tu dengan mak ayah..diorang ni akan risau..Bagi diorang heppi je..Sebab bila diorang heppi, hati diorang tenang..Bila diorang berdoa dalam keadaan tenang, ia mudah untuk menarik situasi yang best-best sebab mereka berdoa dengan kegembiraan dari hati yang sangat dalam..Insyaallah, doa ibu yang sangat gembira akan dimakbulkan Allah!!..

Dan satu lagi, surrender to Allah!!..100% surrender atau serahkan saja pada Allah semoga satu hari nanti ibu ayah kita akan menerima keputusan kita. Merayu dan merataplah pada Allah!!..Tak ada cara lain yang lebih indah dari yang ini..Tak payah susah-susah pun..hanya berserah dan yakin padaNya!..Mintak Allah tunjukkan jalanNya..Banyakkan beristighfar dan berselawat kerana ia pintu kepada segala masalah..Dan, bersyukurlah banyak-banyak kerana di beri ibu ayah yang sayang dan mengambil berat tentang kita..Kerana, tahu tak?..Jika kita banyak bersyukur, Allah akan membantu dan mengasihani kita!..

WALLAHU’ALAM…

Monday, August 5, 2013

TUNJUK AJAR KU SIFU!!....

TUNJUK AJAR KU SIFU...
TUNJUK AJAR KU SIFU!!...

Rupanya ramai lagi tak tahu macamana nak start buat bisnes ni. Tak tahu macamana nak start bertindak. Tapi dah nampak dah nak buat bisnes apa..Cuma, macamana ya nak start ni?..Apa yang perkara paling utama perlu dibuat?

Teringat lagi masa kami mula-mula start tahun 2006 dulu. Excitednya bila kita dah ada aim nak buat bisnes apa. Dah nampak dah, kek coklat ni pilihan paling utama..tak nampak yang lain pun masa tu..Kebetulan masa tu tinggal di USJ, bila hantar anak ke sekolah, terus isi minyak di Petronas USJ 9.Banyaknya kuih muih kat situ...penuh meja!..Dalam banyak-banyak tu pilih lah serimuka Kak Intan..Peberet kuih seri muka ni..

Bila rasa, mak oiiii sedapnya..masa tu ingat lagi harga dia RM3.80. Selang berapa hari singgah beli lagi..Bila keluar buat bisnes MLM, kalau tak sempat nak makan, mesti singgah cari Seri Muka Kak Intan ni..Tupperware dia berlambak-lambak kat rumah..

Kat bekas kuih kak intan tu kan ada label dia..ada no fon Kak Intan. Teringat nak tanya owner kuih ni lah..Bila cakap mulanya, masyaallah!!...Baiknya orang ni..peramah, tak kedekut ilmu langsung!..Jadi, terus tanya Kak Intan, boleh tak saya nak jumpa dengan Kak Intan?..Nak tanya experience Kak Intan jual kuih seri muka ni?..Bila dia kata boleh je..terus set appointment dengan Kak Intan.

Hujung minggu tu tak tunggu lagi dah...Terus ke rumah Kak Intan di Puchong..Sampai-sampai rumah Kak Intan terkejutnya!!!....Macam ni ke rumah akak yang buat bisnes serimuka?..Ingat kot rumah teres biasa je..Ini tidak, besarnya rumah Semi D Kak Intan ni..Lagi lah bersemangat nak berguru ni..Betul lah orang kata ek....don't judge the book by it's cover..

Yang bestnya Kak Intan ni tak lokek ilmu langsung..Dia jawab semua soalan kami dengan penuh excited.Nampak sangat-sangat dia nak tolong kami...Dia faham perasaan kami yang baru nak bermula ni..Ingat lagi saya, buku resit tu pun kami tak tau nak tulis macamana. Itu pun Kak Intan ajar..Sebab tu baru-baru ni ada sepasang suami isteri yang datang supply kerepek ubi kat kedai kami tak tahu nak tulis semua ni..saya guide dia, bagi bill book kat dia..Bukan apa, kesian...orang baru start ni mesti tak ada idea nak buat macamana. Teringat masa kami start dulu...

Jadi, apa tindakan pertama kita untuk mencari ilmu dalam dunia bisnes ni?..Macam mentor kami selalu sebut..Sudah tentulah mencari MENTOR!..Cari mentor yang sama bidang dengan bidang kita..Belajar dari pengalaman dia berbisnes..Macamana dia boleh sustain dalam dunia bisnes ni..Apa attitude dia, macamana sistem bisnes dia..Mintaklah dia tunjuk ajar kita..Tunjuk ajarku sifu!!...

Insyaallah, jangan risau..ramai orang yang berjaya kat luar sana ingin berkongsi pengalaman mereka..Pergi cari mereka!..Sekali tak dapat..contact lagi..Tunjukkan kesungguhan nak jumpa dan nak belajar..Bukan setakat nak tanya soalan di inbox atau 'pm' saja..Itu anak murid yang malas!.Yang tak bersungguh..yang kedekut nak keluar duit belanja..SMS atau inbox saja?..Call pun tak boleh?..Takut credit habis?..Kalau macam tu attitude u all nak belajar, sorry lah...u all pun akan jumpa orang-orang yang kedekut dengan u all...Bukan setakat kedekut duit, tapi kedekut ilmu jugak...

Mencari MENTOR adalah tindakan pertama yang kita semua perlu buat. Interview sebanyak-banyaknya orang-orang yang berjaya ni..Cari kat mana key point sebenarnya membuatkan mereka ni boleh berjaya. Apply apa yang mereka buat..macamana pemikiran mereka..kita ikut je..copy je...Sebab dia pun sebenarnya copy apa yang dibuat oleh mentor dia jugak..Kalau kita ikut pemikiran orang berjaya ni,insyaallah kita pun boleh berjaya jugak!..

WALLAHU'ALAM....






Friday, August 2, 2013

RAHSIA DOA KETURUNAN SAYA

RAHSIA DOA KETURUNAN SAYA

Teringat lagi saya pernah share di blog saya adamarisya@blogspot pada 9 Mac 2010 tentang Doa Berhenti Kerja..Itu adalah hasil tulisan pertama saya. Semalam pulak saya repost posting saya "Dapat resepi tat nenas melalui doa semasa hujan lebat"..Kedua-duanya tentang The Power of Doa..

Dari tahun 2010 lagi dah ada yang tanya macamana doa berhenti kerja tu?..Semalam pun ada yang bertanya macamana doa dapat resepi tat tu?..U all betul-betul nak tahu ke?..Sebenarnya kan uolss, kalau saya cerita ni..bermakna saya dah pecah rahsia terbesar saya!..Ni rahsia keturunan tok nenek saya..Berat tanggungjawab saya ni sebenarnya.....Kalau diorang marah saya macamana??...

He he he..tak de lah, melawak je!!...Ahakss..;))

Dari tahun 2010 saya tak terasa nak jawab pun..Tapi hari ni saya dah terbukak hati nak jawab..Nurnya dah sampai..Tok nenek saya pun dah bagi kebenaran, hehe..Sebenarnya kan,bukan apa,kadang-kadang apa yang ditanya tak semuanya kita nak jawab, ianya berdasarkan mood kita jugak..

Selain daripada mood, saya risau sebenarnya kalau saya tersalah jawab..Maklumlah, saya bukannya pandai, dan saya pun tak layak nak bercakap pasal ilmu agama ni,kerana saya bukannya ustazah..Kena pikir panjang tau, takut tersalah cakap pulak nanti..Tapi takpelah, demi niat untuk berkongsi..insyaallah tak de hal lah kan?..Kalau saya salah, tolong betulkan saya ye wahai Ustaz dan Ustazah..

Sebenarnya kan, tak ada rahsia pun...Simple je pun...Paling utama ialah kita kena kenal Tuhan kita..Siapa dia? Apa sifatnya?..Macamana nak kenal? Antaranya ialah melalui Asmaulhusna, ada 99 Nama Allah. Dari situ sedikit sebanyak kita boleh kenal siapa Ar Rahman..Allah Maha Pemurah..Al Sami' maknanya Allah Maha Mendengar..Bila dikatakan Allah Maha Mendengar, maka apa yang kita katakan, apa yang kita ucapkan,Dia boleh mendengar..Bermakna, apa yang kita doakan Dia pasti mendengar bukan?..

Al-Hakim bermakna Allah Maha Bijaksana..Kebijaksanaannya adalah tidak terbatas!..Jadi, bahasa apa saja yang kita gunakan pasti Dia memahaminya kerana Dia Maha Bijaksana..Saya yakin kalau kita cakap bahasa melayu ke, english ke, jawa ke...semuanya Allah pasti memahami. Cumanya, kalau kita faham dan fasih bahasa Arab iaitu bahasa syurga Allah..pasti Allah lebih mencintai kita..Tapi, kalau dah umur pun 39 tahun, tak faham bahasa Arab..kalau nak belajar pun dah terkial-kial..(saya la tu), saya yakin dan baik sangka je dengan Allah..mesti Allah tak marah, mesti Allah tak kisah...Asal kita berdoa dan mintak padanya..tapi berdoalah dengan bahasa yang manis-manis..manja-manja, merayu-rayu..insyaallah, Allah akan makbulkan..kerana Allah Maha Mengabulkan (Al-Mujib).

Senang kan?..Tak payah nak explain panjang-panjang pun..Bukak je kitab Asmaulhusna, fahami pengertiannya dan yang penting kena yakin!.Kata percaya pada Allah..maka kenalah percaya pada sifat-sifatNya kan?..Kenapa nak ragu-ragu pula?.

Yang menjadi masalahnya...Diorang yang bertanya ni terasa kenapa doa mereka tak dimakbulkan?..Diorang pun buat benda yang sama jugak. Berdoa macam saya jugak..Betul tak?.Jadi, diorang ingat saya ada doa-doa yang spesel, yang memang konfem Allah akan makbulkan..U all pikir macam tu kan?..

Tak ada...tak ada doa-doa khusus untuk berhenti kerja pun..atau tak ada doa-doa khusus untuk dapat resepi apa-apa pun...huhu...Sama je macam u all berdoa..Bahasa pun saya guna bahasa melayu je..bukan guna Arabic pun...Ana tak pandai, tapi teringin gak nanti nak belajar dengan Ustaz Asyraf..;)

Sebenarnya, bukan doa u all tu tak dimakbulkan..Tapi, saya rasa u all tak 100% yakin bahawa Allah akan mengabulkan permintaan u all..Sebab..kalau u all yakin, u all tak akan fikir apa yang u all fikir..Contohnya, kata yakin bahawa rezeki kita Allah yang berikan...tapi, nak sedekah pun takut..takut duit susut..takut jatuh miskin..takut jadi papa kedana!..hehehe...Nampak tak The Power of Allignment?..Apa yang u cakapkan, apa yang u fikirkan dan rasakan, adalah tak selari dengan apa yang u buat!..Jadi, kalau u all tak yakin dengan Allah, macamana Allah nak makbulkan doa u all?..

Satu lagi kan, bukankah apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, dan apa yang kita buat semuanya adalah doa?..Kalau semua itu adalah doa..bermakna, tak perlulah tunggu solat 5 waktu baru kita nak berdoa..betul tak?..Sebab kita cakap pun bukannya 5 kali sehari je..Jadi, cakap je yang elok-elok sepanjang waktu!..Maksudnya, boleh je berdoa bila-bila masa kan..Lagi best, berdoalah setiap masa kerana apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa memang berlaku setiap saat..Kan? kan?..

Memang best sangat berdoa ni..kerana, bila kita mula berdoa dengan yakinnya..dan Allah mengabulkan doa kita..kita akan terasa disayangi Allah..Bila kita tahu Allah menyayangi kita, kita akan meminta selalu..dan Allah akan beri selalu..Bila kita sampai ke tahap macam tu, sebenarnya....u all akan experience sesuatu yang sangat dahsyat!..Apa saja yang terdetik di hati u all..Insyaallah, u all akan terus dapat!...It's amazing!!...It's so magic about Allah!..

I Love Allah!!...We Love Allah!!....

WALLAHU'ALAM.....