Saturday, August 17, 2013

DAH POSTITF...TAPI MASIH TAK DAPAT?...

Jika perkara yang kita tak nak berlaku tetap berlaku jugak macamana? Kita dah tepis suara-suara biawak tu..kita dah positif, tapi masih berlaku perkara yang kita tak mahu. Macamana?

Pertama sekali, soalan itu sendiri dah berbau negatif..Perasan tak? Maafkan saya, cuma nak bagi nampak lebih clear..Kata dah positif...kalau orang yang positif, dia tak akan tanya soalan macam ni...Hehe..jangan marah ya...

Macam ni lah ye, jangan ingat orang yang positif itu, atau orang yang berjaya itu tidak ada cabaran dan halangan dalam hidup dalam perniagaan/kerjayanya. Diorang pun tak semuanya diorang dapat..Diorang pun kadang-kadang dah habis tepis biawak pun, jadi jugak yang diorang tak nak..

Cuma...yang membezakannya ialah cara mereka 'interpret' sesuatu masalah itu. Orang berjaya fikir apa yang terjadi pasti ada sebabnya..ada hikmahnya..Betul, ramai orang pun sentiasa sebut di mulut, apa yang terjadi ada hikmahnya..ada hikmahnya...Siapa pun boleh sebut di mulut..Tapi betul-betul ke datang dari hati?Betul-betul ke percaya kata-kata tu?

Cara orang berjaya berfikir lagi, kalau ada masalah pulak..semuanya salah diri mereka sendiri...Tak percaya? Observe kata-kata mereka..Jarang mereka menyalahkan orang lain..jarang mereka komplen pasal orang lain..Apa yang terjadi tetap datang dari diri mereka sendiri jugak...

Sebenarnya kan, positif saja tak cukup!..

Tak semestinya kalau kita kata contohnya saya buat bisnes ni bukan untuk kejar kekayaan, tapi untuk menolong orang..menambah nilai hidup ramai orang....Bunyinya macam positif kan?..Tapi apa yang dia cakap kat mulut tak semestinya sama seperti apa yang dia rasa..apa yang dia fikir..apa niat dia...Hatinya tak tau macamana pulak. Ye ke nak tolong orang atau sebenarnya dalam hati nak kaya sorang-sorang?...Itu orang yang empunya diri saja yang tahu...Tengok perbuatannya atau tindakannya pulak.. Pasti tindakannya tidak menunjukkan yang dia nak tolong orang...

Ada jugak yang bersedekah...Positif dah tu..bagusss....tindakan pun dah betul..Tapi, rupanya dia mengharapkan pulangan..mengharapkan balasan dari Allah...Macamana tu?..Itu maknanya dia bersedekah tidak ikhlas!..Macamana nak dapat?..

Perasan tak kat sini adanya The Power of Allignment?..Apa yang kita kata sebenarnya tak align dengan apa yang kita fikir dan tak ditafsirkan melalui apa yang kita buat!..

Dan, paling paling paling penting ialah....Jangan takut kalau apa yang kita nak tapi tak dapat!..kerana pasti ada sebabnya..Allah nak menguji kita..Allah menguji semua orang pun, yang miskin dan yang kaya..yang positif dan yang negatif...Lagipun Allah nak tengok kesungguhan kita nakkan sesuatu itu...Mintak, mintak, mintak...dan jangan give up!...

Kita kena yakin sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Allah Maha Kaya..pasti ada bahagian kita... Kalau kita sendiri antara yakin dan tidak...takkan Allah nak beri pada orang yang tak yakin padaNya?..Dan, kalau kita betul-betul yakin padaNya, insyaallah kita tak akan tertanya-tanya lagi persoalan ini dalam hati kita!..

WALLAHU'ALAM.....

0 comments:

Post a Comment