IBU AYAH TAK RESTU BERBISNES?..
Ada yang bertanya, macamana ye dia dah setahun resign dan berbisnes. Malangnya ibu ayahnya tak suka dia berbisnes. Mereka suka dia bekerja dengan kerajaan. Tapi dia bisnes jugak, dan dia dapat rasa bisnes dia agak slow setahun ni. Adakah ini disebabkan dia tak direstui ayah bondanya?..
Sebenarnya dia dah jawab sendiri pun. Betullah tu, kalau tak dapat restu ibu ayah..tak kiralah nak bisnes ke, nak kerja ke..nak kahwin ke..insyaallah tak akan berjaya!..
For things to change, we must change first!!...
Kita tak boleh terus-terus nak mereka faham dan terima pendapat kita terutamanya tentang bisnes..Kita kena faham mereka dulu. First, faham kenapa diorang ni tak suka kita berbisnes?
1.Sebab dia tak terdedah dan tidak diexposekan tentang bisnes ni oleh tok nenek mereka dulu.
2.Kawan-kawan sekeliling mereka semuanya bekerja.
3.Mereka bukan tak suka kita berbisnes, mereka takut kita GAGAL!..Sebab, mereka sayangkan kita!..
4.Diorang tak biasa dengan konsep challenge diri sendiri. Sebab mereka terbiasa dengan konsep COMFORT ZONE dan SECURITY.
Jadi, bila kita dah tau sebab-sebab ni..kita tak boleh nak salahkan diorang!..Sepatutnya kita kena kesiankan mak ayah kita ni.Sebab diorang tak tahu..Diorang tak faham..diorang tak mendapat pendedahan macam kita sekarang…
Bila kita kesiankan diorang, takdelah kita nak marah kalau diorang nak suruh jugak kita bekerja. Cuma kita perlu tahu sekarang cara untuk approach mereka dengan lebih berkesan.
Macamana?
Kita kena pandai buat aktiviti seeding dan guna kaedah psikologi..he he..Saya dah pernah lalui pun..Dulu saya seeding suami saya macam ni..Masa tu company saya nak offer VSS.Saya sangat suka kerana bagi saya Allah dah bagi saya jalan yang selalu saya doa-doakan untuk berhenti kerja..Tapi, ada masalah jugak..suami saya mesti tak setuju. Ye lah, masa tu baru 5 tahun kawin dan 5 tahun bekerja.Pastu pulak nak resign dari Petronas tu…gila ke? Orang lain semua cari jalan nak masuk, kita nak cari jalan nak keluar pulak!
Jadi, tiap-tiap hari saya citer kat suami betapa tak bestnya kalau saya teruskan bekerja di KLCC tu..(ooopsss..jangan marah ex-opismate ;)) Dan saya takut-takutkan dia dengan kemungkinan kalau saya terus bekerja di situ, saya mungkin akan dihantar ke Sudan? Atau paling dekat pun ke Miri? Takkan suami nak resign pulak dan ikut ke Sudan kann..Jadi, last-last dia macam terbukak hati..dan konfiden bila saya kata, u don’t have to worry my dear..kalau I resign pun, I tak akan dok diam punya..I mesti buat sesuatu untuk bantu u..
Ok, ni citer adik saya pulak..dia nak resign setahun yang lalu,nak full time buat kek, dia buat kek bluberry cheese..Tapi ayah ni takut-takut lagi..Nanti dulu kata ayah kami..Dia kata bagi stable dulu baru resign..Tapi macamana nak stable kalau tak focus? Huhu..
Jadi..dia pun hari-hari citer yang tak best je pasal kerja dia..Terpaksa balik lambat, kerja teruk..Sampai ayah termenung dengar drama dia lah..At the same time, dia pun pandai..dia tunjuk kat mak dan ayah kami ni yang dia kuat betul buat bisnes..Petang balik kerja terus hantar kek sampai ke tengah malam! Kadang-kadang sampai pukul 2@3 pagi baru balik!./Pastu mengadu kat mak ayah..letih la, dengan kerja..dengan bisnes..Lama-lama diorang confirm kesian…
Tapi, semua ni bukan overnight process!..Mesti la ambik masa sikit..Masalah budak muda sekarang ni sungguh tak sabar!..Semuanya nak cepat!..Ingat apa? Ye lah nak naik lif, tapi kenalah tekan button tu dulu..tunggu lif bukak pintu dulu..Tunggu lif turun dulu..Ni kira nak terjah je..Paham ke paham?..
Dari segi keberkatan sememangnya dah sah dah..kalau adik ni tak dapat restu mak ayah, memang lah bisnes tak berkat..Sebab hati mak ayah ni tak happy.Masakan boleh menarik kekayaan, masakan boleh menjadi money magnet kalau kita pun buat dalam keadaan tak happy..Kita pun rasa bersalah sebab dah mengeciwakan mak ayah kita yang nak kita bekerja makan gaji.
Habis nak buat macamana?
Macamana lagi..kena lah pandai ambik hati mak ayah!..Tiap-tiap bulan bagi duit kat mak ayah tak? Kalau bagi punnn..jangan bagi kurang daripada zaman bekerja dulu..Kena bagi lebih!..Lebih banyakkk!!!...Biar kita teruk, takper..asalkan diorang happy..Kalau tiap-tiap bulan dapat bagi seribu, atau 2 ribu..atau 5 ribu..U rasa mak ayah happy tak?..Bila dia seronok, konfem dia akan restu punya lah!..
Ini bukan kata nak hulur duit sikit kat mak ayah, memanjang lah dok tunjuk bisnes slow la mak…tak banyak order lah abah..Aikk, kalau kata macam tu konfem lagi cepat dia suruh makan gaji!..Walaupun bisnes slow..tak payah lah nak citer benda-benda tak best tu dengan mak ayah..diorang ni akan risau..Bagi diorang heppi je..Sebab bila diorang heppi, hati diorang tenang..Bila diorang berdoa dalam keadaan tenang, ia mudah untuk menarik situasi yang best-best sebab mereka berdoa dengan kegembiraan dari hati yang sangat dalam..Insyaallah, doa ibu yang sangat gembira akan dimakbulkan Allah!!..
Dan satu lagi, surrender to Allah!!..100% surrender atau serahkan saja pada Allah semoga satu hari nanti ibu ayah kita akan menerima keputusan kita. Merayu dan merataplah pada Allah!!..Tak ada cara lain yang lebih indah dari yang ini..Tak payah susah-susah pun..hanya berserah dan yakin padaNya!..Mintak Allah tunjukkan jalanNya..Banyakkan beristighfar dan berselawat kerana ia pintu kepada segala masalah..Dan, bersyukurlah banyak-banyak kerana di beri ibu ayah yang sayang dan mengambil berat tentang kita..Kerana, tahu tak?..Jika kita banyak bersyukur, Allah akan membantu dan mengasihani kita!..
WALLAHU’ALAM…
0 comments:
Post a Comment