Wednesday, August 28, 2013

NAMPAK MASALAH KE NAMPAK PELUANG?

NAMPAK MASALAH KE NAMPAK PELUANG?

Sekarang anda semua sedang berfikir-fikir untuk berbisnes kan?..Anda rasa macam nak buat full time je bisnes part time yang anda sedang buat sekarang kan? Tapi, apa yang anda nampak kalau anda nak buat bisnes tu sepenuh masa? Cakaplah pada diri anda seikhlas mungkin..Anda nampak peluang ke..anda nampak masalah?..

Kalau anda nampak peluang, sorry to say..mesti dah lama anda all out!..Anda tak bagi chance punya..Ye lah,kalau lambat-lambat nanti kang takut idea tu dicuri orang pulak kan..Macam buat bisnes kek coklat ni, ada yang kata..sebenarnya ramai pun yang pandai buat kek coklat ni..Mungkin boleh buat lebih sedap lagi..Tapi, ada yang tertanya-tanya pada diri mereka sendiri..Kenapalah bukan aku yang buat macam 'Anis Chocolate' tu dulu?..Aku dah terfikir dah nak buat kek coklat ni. Aku pun pandai buat kek coklat..Kek coklat aku pun lebih sedap dari kek coklat dia.Tapi silapnya aku tak all out je..Dan saya pulak, saya memang nampak peluang yang besarrrr....sangat-sangat besar!!!.Jangan marah ye saya start dulu..hehe..Tapi, siapa yang nak buat sekarang, buat je..marketnya sangat lah besar...Percayalah, rezeki Allah tu maha luas, Masyaallah!!..

Ok, sambung balik...Kenapa anda rasa situasi tu timbul?..

Kerana, bila nak start buat bisnes apa sekalipun..Belum apa-apa lagi, ramai orang yang akan nampak masalah dulu..Macamana kalau tak jadi?.Macamana kalau orang tak boleh terima kek dalam bekas?Macamana kalau customer reject? Ada ke yang nak servis macam aku fikir ni? Ada ke orang nak beli kopi yang aku nak jual ni? Tak lama dulu seorang kawan saya pernah tanya saya..Masa tu dia belum bukak kedai..Dia tanya, ada ke orang nak kerja dengan dia?..Habis kalau dengan orang lain yang kadang-kadang lebih 'POYO' dari kita pun orang boleh kerja..Takkan kita yang 'baik' sikit ni orang tak boleh nak kerja...kan?..(Itu namanya The Power of Baik sangka dengan diri sendiri!..hehe..)

Contoh, kalau u all yang nak resign pulak..Apa yang selalunya u all selalu nampak?..U all akan nampak macamana kalau selalu ada income, tapi bila awal-awal resign tu mesti tersangkut punya..Takut pulak tak boleh nak bagi anak bini makan..Takut tak ada income nak bayar duit rumah, duit kereta...Takut kalau bisnes tu tak jadi, saying pulak dengan jawatan sekarang dah tinggi...nanti kalau bisnes fail, nak kerja balik..dapat tak income yang macam sekarang ni?..

Itulah dia perspektif orang gagal!..Dia akan nampak masalah saja...Perkataan yang keluar dari mulut pun start dengan 'masalahnyaaaa..'. Pernah saya tanyakan pada seorang peniaga yang dah lama berbisnes baju kanak-kanak..Dah hampir 10 tahun pun bisnesnya..Mesti bisnesnya bagus, kalau tak takkan nak bertahan sampai 10 tahun kan?.Tapi dok satu kedai tu je lah..Saya tanya kenapa tak expand? Saya perasan, jawabnya...'masalahnya...pekerja susah nak dapat...bla bla bla..'.Nampak tak?
Belum apa-apa dah otak dia dah fikir masalah..Sebelum dia keluarkan perkataan tu, mestilah otak dia dah selalu fikirkan benda tu kan?..Kalau tak, tak mungkin cepat je dia jawab..lancar je perkataan 'masalahnya' tu keluar..

Anda rasa macam tu ke cara orang berjaya fikir?

Sori laaa...Orang berjaya dia fikir semuanya berdasarkan peluang..Masalah orang adalah peluangnya..Macamana mereka ni boleh berani sangat ye?..Tak takut fail ke diorang ni ye? Sebabnya, saya rasa lah..mereka ni bukan tak takut fail langsung..Tapi mereka tak fokus pada kegagalan.Mereka lebih nampak kejayaan..Mereka lebih nampak keindahannya bila dah berjaya nanti..Mereka dah nampak result dan rewardnya...

Saya teringat dulu masa saya masih bekerja dan saya tengah berfikir untuk berhenti kerja..Saya dah nampak, wow bestnya nanti saya banyak masa dengan anak-anak, boleh hantar dan ambik diorang sendiri ke sekolah..Pastu saya nampak saya ada bisnes..Saya 'ter'bayang yang indah-indah..Kadang-kadang datang jugak si biawak tu, dia kata...Gaji dah banyak tu..(banyak sangat la masa tu, dalam 2 ribu lebih je 7 tahun lepas..) boleh ke nak survive? Kerja dengan Petronas pulak tu..Banyak benefitnya tu?..Tak sayang ke?..

Macamana saya overcome biawak ni semua?..Masa tu ofis saya kat tingkat 48 KLCC, saya pandang ke bawah..nampak ramai je orang, macam semut je tengah bergerak..Saya katakan pada diri saya, tengok!..Diorang pun boleh je hidup kat bawah sana..Diorang bukan kerja macam aku pun (contoh saja)...Tapi boleh je survive?..Ada yang lebih kaya raya lagi..Apa yang diorang ada, yang aku tak ada?..Sama je kan?..Jadi, nak takut apa?..

WALLAHU'ALAM...



0 comments:

Post a Comment