TUNJUK AJAR KU SIFU...
TUNJUK AJAR KU SIFU!!...
Rupanya ramai lagi tak tahu macamana nak start buat bisnes ni. Tak tahu macamana nak start bertindak. Tapi dah nampak dah nak buat bisnes apa..Cuma, macamana ya nak start ni?..Apa yang perkara paling utama perlu dibuat?
Teringat lagi masa kami mula-mula start tahun 2006 dulu. Excitednya bila kita dah ada aim nak buat bisnes apa. Dah nampak dah, kek coklat ni pilihan paling utama..tak nampak yang lain pun masa tu..Kebetulan masa tu tinggal di USJ, bila hantar anak ke sekolah, terus isi minyak di Petronas USJ 9.Banyaknya kuih muih kat situ...penuh meja!..Dalam banyak-banyak tu pilih lah serimuka Kak Intan..Peberet kuih seri muka ni..
Bila rasa, mak oiiii sedapnya..masa tu ingat lagi harga dia RM3.80. Selang berapa hari singgah beli lagi..Bila keluar buat bisnes MLM, kalau tak sempat nak makan, mesti singgah cari Seri Muka Kak Intan ni..Tupperware dia berlambak-lambak kat rumah..
Kat bekas kuih kak intan tu kan ada label dia..ada no fon Kak Intan. Teringat nak tanya owner kuih ni lah..Bila cakap mulanya, masyaallah!!...Baiknya orang ni..peramah, tak kedekut ilmu langsung!..Jadi, terus tanya Kak Intan, boleh tak saya nak jumpa dengan Kak Intan?..Nak tanya experience Kak Intan jual kuih seri muka ni?..Bila dia kata boleh je..terus set appointment dengan Kak Intan.
Hujung minggu tu tak tunggu lagi dah...Terus ke rumah Kak Intan di Puchong..Sampai-sampai rumah Kak Intan terkejutnya!!!....Macam ni ke rumah akak yang buat bisnes serimuka?..Ingat kot rumah teres biasa je..Ini tidak, besarnya rumah Semi D Kak Intan ni..Lagi lah bersemangat nak berguru ni..Betul lah orang kata ek....don't judge the book by it's cover..
Yang bestnya Kak Intan ni tak lokek ilmu langsung..Dia jawab semua soalan kami dengan penuh excited.Nampak sangat-sangat dia nak tolong kami...Dia faham perasaan kami yang baru nak bermula ni..Ingat lagi saya, buku resit tu pun kami tak tau nak tulis macamana. Itu pun Kak Intan ajar..Sebab tu baru-baru ni ada sepasang suami isteri yang datang supply kerepek ubi kat kedai kami tak tahu nak tulis semua ni..saya guide dia, bagi bill book kat dia..Bukan apa, kesian...orang baru start ni mesti tak ada idea nak buat macamana. Teringat masa kami start dulu...
Jadi, apa tindakan pertama kita untuk mencari ilmu dalam dunia bisnes ni?..Macam mentor kami selalu sebut..Sudah tentulah mencari MENTOR!..Cari mentor yang sama bidang dengan bidang kita..Belajar dari pengalaman dia berbisnes..Macamana dia boleh sustain dalam dunia bisnes ni..Apa attitude dia, macamana sistem bisnes dia..Mintaklah dia tunjuk ajar kita..Tunjuk ajarku sifu!!...
Insyaallah, jangan risau..ramai orang yang berjaya kat luar sana ingin berkongsi pengalaman mereka..Pergi cari mereka!..Sekali tak dapat..contact lagi..Tunjukkan kesungguhan nak jumpa dan nak belajar..Bukan setakat nak tanya soalan di inbox atau 'pm' saja..Itu anak murid yang malas!.Yang tak bersungguh..yang kedekut nak keluar duit belanja..SMS atau inbox saja?..Call pun tak boleh?..Takut credit habis?..Kalau macam tu attitude u all nak belajar, sorry lah...u all pun akan jumpa orang-orang yang kedekut dengan u all...Bukan setakat kedekut duit, tapi kedekut ilmu jugak...
Mencari MENTOR adalah tindakan pertama yang kita semua perlu buat. Interview sebanyak-banyaknya orang-orang yang berjaya ni..Cari kat mana key point sebenarnya membuatkan mereka ni boleh berjaya. Apply apa yang mereka buat..macamana pemikiran mereka..kita ikut je..copy je...Sebab dia pun sebenarnya copy apa yang dibuat oleh mentor dia jugak..Kalau kita ikut pemikiran orang berjaya ni,insyaallah kita pun boleh berjaya jugak!..
WALLAHU'ALAM....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment