Thursday, August 22, 2013

KENAPA MAID ANDA LARI?..

Hehehe....maid anda ke maid kita?..Maid saya pun lari jugak..saja je tajuk tu bagi ada yang rasa PANASSSS....jangan marah ye, gurau-gurau kan membawa bahagia?..

Isu ni memang HOT!!!....Ramai yang sedang mengalami masalah ni. Terutamanya lepas raya ni ramai maid yang balik kampong,tak nak dating balik.Yang kesiannya maid yang dah dibelikan tiket two way tapi end up tak muncul-muncul di airport..Huhu memang tak patut!..

Saya juga ada pembantu rumah.Yang pertama nama Kak Wati (dari Surabaya) yang bekerja 11 tahun dengan saya mulai umur anak saya Adam Haqimy 1 tahun.Maid kedua pulak bernama Kak Nila (juga dari Surabaya) yang dah bekerja 5 tahun sampai sekarang ni masih bersama saya. Jangan ingat maid saya tak lari...atau tak kisahlah..dilarikan ke..hehe..Selepas 11 tahun, Kak Wati pun lari jugak...

Kenapa?

Saya pernah cerita dulu dalam perkongsian saya tentang 'MASTER CHEF KAMI DICURI ORANG', sebenarnya kejadian terjadi sebab dah kurangnya komunikasi dengan Kak Wati seterusnya menyebabkan kurangnya kasih sayang pada Kak Wati...Tapi ada satu point yang lebih penting yang saya tak perasan sebenarnya...Segalanya terletak di minda kita jugak sebenarnya..

Bila ingat-ingat balik..betullah, sebenarnya kita yang dah set minda kita di atas segala yang berlaku.Sepanjang 10 tahun Kak Wati bekerja dengan kami..Segalanya berjalan lancar, tiada isu besar..Alhamdulillah..

Segalanya bermula pada tahun ke 10. Persepsi saya atau otak saya rupanya dah bertukar program tanpa saya sedari!..Hebat lah subconscious mind ni...Ingat kita boleh tipu dia..rupanya kadang-kadang dia jugak yang menang...Tapi..sekarang baru saya tersedar!..

Masa tu Kak Wati dah jadi master chef untuk kek coklat ni dah 5 tahun. Dan masa tu 99% orang di sekeliling saya ada masalah dengan maid!..Maid lari..maid tipu..maid tak perform..bla bla bla..Seriously tak ada maid disekeliling saya yang bertahan lama!..Dan entah kenapa..saya tiba-tiba terfikir kenapa semua orang ada masalah maid?..Sebenarnya masa tu saya seolah-olah cakap pada diri saya sendiri..tak lama lagi tentu saya pun akan hadapi masalah yang sama...

Saya dah start tertanya-tanya...Sebelum ni langsung tak pernah terlintas pun. Lepas tu rupanya otak saya mulalah bertukar program mengatakan maid-maid akan hanya boleh bertahan 10 tahun sahaja.Lepas 10 tahun diorang akan fikir untuk balik kampong kerana dah lama di perantauan. Sejak itu saya mula lah berbincang dengan suami tentang isu ini..

Selalu saya sebut..Kak Wati dah lama disini (sebelum bekerja dengan saya dia dah 5 tahun di Malaysia)..Umur dia pun dah meningkat..Satu hari nanti pasti dia tak nak duduk dengan kita lagi..Dia pasti nak tinggal dengan keluarga dia di kampung pulak..Kita dah kena bersedia mentally dari sekarang lagi..Kita dah kena ada sorang back up untuk ajar buat kek yang boleh ganti Kak Wati kalau dia dah piker nak balik nanti...

Hah!!!...Itu lah yang berkali-kali kami bincangkan...

Rupanya sekarang baru tersedar, 'ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA'..Rupanya saya yang dah expect macam tu..Sekali lagi The Power of Expectation!!..Saya sendiri yang menarik situasi itu sebenarnya...Huhu..

Jadiiii.....lu pikirlah sendiri, kenapa maid u all lari?...Tak payah lah nak citer dia lah majikan terbaik, terhebat sekali...Tapi ramai yang tak perasan sebenarnya awal-awal lagi dia dah set dalam otak masa mula-mula nak ambik maid bekerja..'semua maid akan lari..jadi kena jaga-jaga','semua maid tak boleh percaya'..'jangan percaya maid 100%'...'pantau maid takut dia dera anak kita', Pasang cctv, nanti boleh tengok dia buat kerja ke dia tido?..Insyaallah kalau kita set minda kita cctv tu untuk tengok dia tak buat kerja...memang itulah yang kita akan nampak!..Ada yang pasang cctv takut maid masuk bilik dia dan mencuri..Insyaallah dia akan nampak kebenarannya!..Itu ok lagi..kalau dia set mind dia nak pasang cctv nak tengok maid kita jaga anak kita betul-betul ke atau dia dera anak kita...insyaallah maid tu akan dera anak kita!..

Ada jugak yang menyalahkan maid kalau pakai handphone..Dari awal-awal bekerja lagi tak nak bagi maid pakai handphone sebab takut maid bergayut dengan boyfriend...Akhirnya. yang nak tergelak...dia sebut...Kan dah kata...kan dah agak dah..dulu saya tak nak bagi handphone sebab tu lah..bila dah ada handphone nanti kau akan bergayut dengan pacar!!..Sekarang tengok, betul tak apa yang saya cakapkan dulu?...

Nampak ke nampak?..Kalau tak nampak lagi, kesiannnnn....

Setiap hari,saya perhatikan ramai yang suka sangat cakap pasal maid lari..Majikan yang maid tak lari pun dah mula risau bila dengar citer macam ni..Insyaallah, tak lama lagi maid dia pulak lah yang lari...Sebab secara tak sedar...otak dia dah dipenuhi dengan isu ni..hati dia sangat beremosi pasal isu ni..Ye lah, tiap-tiap hari dia dengar pasal ni..maid jiran lain sorang-sorang dah lari...huhu..Citer ni sebenarnya dah menjadi dominant thoughts dia..Secara tak sedar, ia sedang menarik dirinya pula ke arah situasi yang sama .Jadi, hati-hati jaga otak kita kalau tak nak maid lari!!...

~The power of OTAK~

WALLAHU'ALAM.....



0 comments:

Post a Comment