Friday, August 23, 2013

MACAMANA NAK KUAT?...

MACAMANA NAK KUAT?...

Mula-mula nak tanya, you all ingat kami ni kuat sangat ke masa mulanya?..Tidak!..Kami pun sama jugak, agak goyah jugak masa mula-mula dulu..Jual kek tapi banyak return, ada kedai yang suruh stopkan penghantaran..tak dapat payment..Macam-macam dugaanlah pada mulanya...Tapi kami masih bertahan, macamana tu?..

Saya sebenarnya menjadi kuat pada mulanya bila mendengar kisah sifu saya Kak Intan Seri Muka. 12 tahun yang lalu dia dah mulakan konsep bisnes yang macam saya buat sekarang ni..Cerita Kak Intan, masa dia mulakan bisnes kuih seri mukanya, sebenarnya dia hanya nak bantu suami dia. Suami dia bisnes menjual crane kalau tak salah saya..Seorang yang dah 'taiko' dalam perniagaan..Bukan calang-calang orang suami dia ni..Bisnes juta-juta...

Dulu, mereka hidup mewah..Tiba-tiba bila ekonomi merudum jatuh lebih kurang 12 tahun yang lalu, bisnes suaminya jatuh!..Kak Intan dan anak-anak yang masa tu dah biasa hidup mewah terasa sangat perit kesan dari kejatuhan bisnes suaminya..

Tapi, itulah dia..kalau dah niatnya betul..insyaallah, Allah akan permudahkan segalanya..Kak Intan pun cuba buat bisnes bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Dan bisnes seri muka ni pun bermula...

Hari pertama Kak Intan bersama suami dah dapat menjual atau mengedarkan kuih mereka di stesen minyak Shell di Bandar Tasik Selatan kalau tak salah saya...Tapi, yang membuatkan saya ingat sampai bila-bila dan yang membuatkan saya kuat masa permulaan bisnes ialah...bila dia bercerita tentang suaminya...

Cerita Kak Intan, hari pertama nak hantar kuih seri muka ke Shell tersebut, suaminya seorang yang dah pernah pegang berjuta-juta ringgit sebelum ni...sanggup berdiri di depan pintu masuk Shell dan memegang pinggan sambil menghulurkan sample untuk pelanggan Shell!...Luluh hati Kak Intan katanya....Terharu sangat suami dia dapat buat macam tu..Kerana Kak Intan sendiri tak sanggup buat apa yang suami dia buat...Kak Intan sebenarnya memerhatikan dari jauh suami dia dari dalam keretanya...Dia kata, dia malu nak buat macam tu..Tapi dia respect suami dia sebab tak malu dan sanggup merendahkan egonya pada masa tu, demi untuk keluarga tercinta!..

Masyaallah!!....Itulah yang membuatkan saya kuat!...Saya fikir, kalau jutawan pun boleh buat macam tu, takkan aku tak boleh? Takkan aku nak malu?..Lepas balik dari mendengar perkongsian Kak Intan, saya terus buka langkah..dan tak pandang belakang lagi!...

Yang saya dapat dari kisah Kak Intan ini ialah kekuatan dalaman yang sangat hebat!!.. Dan juga saya dapati, seseorang itu perlu ada PASSION untuk berbuat sesuatu bisnes. Dalam kes ni, saya dapat rasakan..suami Kak Intan ni adalah seorang yang betul-betul mempunyai minat yang mendalam dalam bisnes..Dia cintakan bidang perniagaan..Dia tak kisah, apa saja dia sanggup buat asalkan dia dapat berbisnes!..Dan paling penting dia sangat yakin dengan dirinya!..

WALLAHU'ALAM....

0 comments:

Post a Comment