Friday, October 31, 2014

THE POWER OF WORK HARD


Saya percaya, antara tips nak berjaya adalah perlu 'work hard' sebelum boleh 'work smart'. Serta perlu ada extra effort. 

Antara contoh ciri orang yang 'work hard' adalah: 
  • Dia mulakan pekerjaan dari awal pagi lagi. 
  • Bekerja sampai lewat malam. 
  • Ke sana ke mari berjumpa prospek.
  • Servis 15-20 outlet sehari untuk di KL dan untuk yang ada outlet. (Servis sendiri sekurangnya setahun).
  • Terlupa atau tak kisah pasal makan.


 Ada yang tersenyum tu, mesti ada ciri-ciri ni kan?... 

THE POWER OF VISUALIZATION



Kalau kita boleh nampak siapa diri kita 5 tahun lagi, kalau kita boleh nampak kejayaan kita 5 tahun lagi, ia akan menjadi realiti. 
(What the mind can conceive, it can achieve).

Yang kesian, ada yang takut dan tak pernah untuk membayangkan keindahan futurenya sendiri. 

 Jom jutawan, kita kan suka berangan .... hehe

THE POWER OF GIVING


- Kisah Dealer kami Randy dari Singapura -



Baru sahaja selesai kira2 dan update2. InsyaAllah minggu depan amik lagi 400 kek. Dah confirm dan inform dgn Kak Yati kami. MasyaAllah. Hari ini saya terlibat dalam satu situasi...



Akibat "The Power of Giving".



The balasan punya cepat, saya speechless. Cuma dapat lafaskan kesyukuran again n again sambil drive ke outlet yg lain. 

Sebagai simpulan, saya ke outlet nak top up kek yg dah habis, nampak seorang Ustaz yang saya kenal,  tgh makan tengahari. Nampak dah nak habis. Saya park, standby kek untuk di top up, PLUS satu untuk Ustaz itu.

Dah siap, saya masuk ke kedai itu, Salam Ustaz dan beri satu kek. Selepas itu ke counter untuk kasi tuan kedai top up. Dia tgh sibuk, jadi signal saya letak kek di counter.

Apabila kek dah disusun, ada satu budak perempuan cina ini, melalui belakang saya, terus ke tuan kedai. 

Tuan kedai terus menyeru kat saya kasi satu kek kepada budak itu!

Alhamdulilah! Satu sale dah jadi sebelum sempat kek2 itu dimasukkan ke dalam chiller! First time tuan kedai menyeru pada saya untuk pass kek pada customer!

Best sangat sangat! Alhamdulilah! Terima Kasih Ya Allah.

By the way, Ustaz kata kek 

Alhamdulilah. 
Terima Kasih Ya Alllah for that wonderful moment.

Doa Hari ini ~ Penghulu Segala Hari : Jumaat ^_^


Ya Allah....Ya Mujib....Ya Wasi'...Ya Hakim...

Pada hari yang barokah ini Ya Allah..kami ingin memulakan hari yang indah kami ini dengan memohon..merayu padaMu Ya Allah..kerana Kaulah Yang Maha Mengabulkan, Yang Maha Luas...dan Yang Maha Bijaksana Ya Allah...

Semoga hari ini Ya Allah, rezeki yang Kau berikan pada kami ini Ya Allah, rezeki yang berlipat kali ganda barokahnya...rezeki yang melimpah-limpah keberkatannya...rezeki yang mencurah-curah manfaatnya...

Dan juga Ya Allah Yang Maha Bijaksana, jadikanlah kami orang yang suka bersedekah Ya Allah...Yang memahami bahawa segala rezekiMu itu, bukan semuanya untuk kami Ya Allah....ada hak dan bahagian orang lain di sebalik rezeki kami itu Ya Allah...

Aminnn Ya Allah...Semoga hari ini merupakan hari paling barokah dalam hidup JUTAWAN semua!...

Terima kasih Ya Allah...

Thursday, October 30, 2014

[ SATU AYAT PUJIAN SEORANG GURU BOLEH MERUBAH HIDUP MANUSIA ]


Sepanjang hidup kita, macam-macam perbualan dah kita buat, betul? Kalau dah umur 50 tahun contohnya dah berjuta-juta, berbillion-billion perbualan kita dengan beribu orang. 


Cuba fikir sekejap ye. Situasi ini banyak berlaku kepada kita jugak. Contoh ada seorang ni, dia dibesarkan dalam persekitaran yang negatif. Keluarga berpecah belah, dan tiada kasih sayang orang sekeliling. Pernah jumpa orang macam ni? 

Zaman persekolahan, dia struggle untuk dapat gred terbaik. Sama seperti kebanyakan daripada kita jugak, kan? 

Tapi bila meningkat dewasa, dia menjadi seorang yang berjaya. Dan mempunyai sikap yang baik. 

Cuba tanya dia, bagaimana dia boleh sukses sedangkan dia dibesarkan dan dikelilingi oleh persekitaran yang negatif? 

Jawapannya, pasti selama hayat dia, terutama semasa dia kecil, semasa meningkat dewasa, pasti dia pernah menerima satu atau dua ayat pujian. Atau ayat menunjukkan kelebihan dia. 

Contoh dia mungkin pernah mendapat perhatian dan kasih sayang gurunya. Ada satu kisah, dia kata dia sukses sebab dia pegang kata-kata guru sekolah dia. Cikgu cakap, dia percaya dengan kebolehannya.

Hanya dengan satu ayat pujian atau ayat kekuatan, dia pegang sampai dia berjaya dalam hidup dia. 

Teringat pulak kisah saya. Boleh ke nak share? Sekadar perkongsian ya..

Dulu saya bukan seorang yang pandai, berani dan sebagainya. Jadi saya tidak terkenal di sekolah. Saya pemalu. Dah tentu saya tak pernah ada good relationship dengan cikgu saya. Cikgu pun mesti tak kenal saya.

Semasa di Form 6, saya mula struggle untuk berjaya dalam exam. Dan saya minat subjek ekonomi. Markah sentiasa A lah. Jadi cikgu pun mula sayang. Ingat lagi dengan Cik Fauziah. (Terima kasih Cikgu Fauziah).

Yang bestnya, ada sekali tu, dia puji saya bagai nak rak lah depan mak ayah saya. Dia kagum katanya dengan saya. Orang melayu jarang yang 'pandai' dalam ekonomi. Lebih kurang macam tu lah kata-katanya.

Disebabkan kata-kata yang sangat ikhlas dan power itu, saya rasa sangat teruja dan hati berbunga-bunga. 

Maaf saya bukan nak buat teori angkat bakul (puji diri sendiri), hehe tapi saya pasti u all mesti pernah mengalami juga, betul? 

Dan bayangkanlah, hanya dengan satu kata pujian, atau kata kekuatan, kita akan ingat dan terus pegang sehingga dapat membentuk kehidupan kita. 

Dan di situ jugaklah datangnya The Power of Cikgu. Nampak tak betapa bernilainya kata-kata seorang cikgu? 

Maka harap-harap kalau ada cikgu kat sini, banyakkanlah puji anak-anak murid daripada menghina dan berkata negatif kepada mereka. Kata-kata cikgu semua sangat bermakna dan dapat membentuk kehidupan anak-anak murid cikgu. Terima kasih ya cikgu-cikgu sekelian atas jasa anda. 

Oklah jutawan, terima kasih kerana sudi membaca. Jom kita sentiasa memberi kata pujian kepada orang yang kita sayangi dan sesiapa sahaja yang berbual dengan kita. Fill their bucket with our love... 


Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah.. 

Doa Hari Ini ~


Ya Allah....Ya Khafidh..Ya Rafi'..Ya Mu'izz...

Ya Allah Yang Maha Merendahkan, Yang Maha Meninggikan, Yang Maha Memuliakan....Hanya padaMu Ya Allah kami meminta..kami merayu..kami memohon Ya Allah berikanlah rezeki yang melimpah ruah kepada kami Ya Allah..Naikkanlah jualan Stokis dealer ejen dan vendor serta supplier kami Ya Allah, juga naikkanlah jualan sahabat-sahabat serta keluarga kami pada hari ini dan hari-hari seterusnya Ya Allah...

Kami mohon padaMu Ya Allah, luaskanlah pasaran kami Ya Allah, tambahkanlah outlet, dealer serta ejen dan pelanggan kepada kami semua Ya Allah...Dan semoga dengan bisnes ini, kami dapat menambah nilai dan membantu lebih ramai orang lagi yang tiada penghujungnya Ya Allah...

Aminnn Ya Robbal'alamin...

Assalamualaikum n morninggg jutawan!!...Semoga hari ini hari yang luarbiasa hebat untuk anda semua kerana sales anda meningkat berkali ganda hari ini.

Alhamdulillah...Syukur, terima kasih Ya Allah..

Wednesday, October 29, 2014

[ HIDUP KITA DI BENTUK DARIPADA KATA-KATA MANUSIA ]


- Teori Bakul -

Pernah dengar Teori Bakul? Hehe. Nanti saya cerita k. 

Ada satu kajian terkenal oleh seorang pakar psikologi Don Clifton mengatakan hidup kita ini dibentuk oleh proses interaksi dengan manusia (our lives are shaped by our interactions with others). 

Maksudnya macam ni. 

Setiap interaksi kita, komunikasi kita dengan seseorang itu sama ada berbual panjang atau pendek dengan seorang kawan sama ada di kafe, dalam talian dan sebagainya sangat memberi impak dalam hidup kita. 

Selalunya selepas berbual, pasti timbul salah satu perasaan. Rasa positif atau negatif. 

Tapi selalunya kita tak nampak. Kita ambik mudah. 

Dan interaksi itu akan accumulate atau terkumpul dan terkumpul. Bayangkan kalau umur dah 40 tahun, dah berapa banyak kita kumpul? Agak-agak banyak kumpul positif atau negatif? 

Inilah teori yang diberi nama Teori Bakul atau Theory of the Dipper and the Bucket.

Apa kita rasa setiap kali selepas satu interaksi dengan seseorang? 

Selepas berkomunikasi dengan kawan atau pasangan kita, atau boss kita atau staff kita, atau mungkin orang yang tidak dikenali sebenarnya itu adalah satu proses untuk memenuhi 'bakul' kita. 

Apa? Tak faham lah. 

Maksudnya mereka telah 'fill your bucket' dengan membuatkan kita rasa positif. Atau, negatif.

Seolah-olah macam ni. Setiap kita ada bakul masing-masing. Sama ada bakul kita penuh atau kosong bergantung kepada kata-kata dan perbuatan orang kepada kita. Bila penuh, kita rasa best. Bila kosong, kita rasa tak best.

Tapi bukan kata-kata orang saja boleh buat kita berjaya atau tidak. Kata-kata kita sendiri sama pentingnya ke atas kehidupan orang lain. 

Kita suka beri positif impak untuk seseorang atau negatif? Kita suka kata yang menaikkan semangat orang atau suka cerita kisah sedih, atau kisah yang tak best? Semua itu sangat main peranan ke atas hidup orang lain. Dengan satu ayat saja kita akan ingat sampai bila-bila. 

Contoh, bila kita tanya mak kita nak bisnes. Dia cakap, janganlah..bisnes susah, ramai yang fail. Keturunan kita tak ada yang berbisnes. Kerja lebih senang. 

Satu ayat je. Tapi kesannya? Mungkin sampai ke liang lahad. Kita tak akan berani nak bisnes sepanjang hayat dengan ayat itu sahaja. Nampak? 

Kata-kata kita, walau satu ayat sangat bermakna sebenarnya boleh mempengaruhi perhubungan, boleh memberi kesan kepada produktiviti kita, kesihatan dan kegembiraan seseorang. 

Ini menunjukkan betapa pentingnya kita perlu belajar untuk berfikir positif. Kerana negativiti itu membunuh!..
Ramai pesakit kanser juga survive setelah mengamalkan pemikiran positif. Betul betul? 

Ok jutawan. Nanti bila-bila saya share lagi strategi meningkatkan emosi positif, ok?..

WALLAHU'ALAM...

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah....

Doa Hari Ini~


Ya Allah Ya Malik Ya Quddus Ya Salam, 

Kami mohon padaMu Ya Allah, semoga bisnes dan kerjaya yang kami lakukan ini adalah yang terbaik untuk kami dan sahabat kami disini Ya Allah..Bisnes yang bukan sekadar kerana wang ringgit, tetapi bisnes yang dapat kukuhkan persahabatan antara kami dan juga dengan semua yang berurusan dengan kami Ya Allah...

Jadikanlah kami orang yang suka berkasih sayang sesama kami, orang yang suka berkongsi rezeki bersama-sama, orang yang tiada hasad dengki, orang yang menganggap semuanya adalah saudara, orang yang sanggup melepaskan keuntungan hanya kerana ingin membantu saudaranya...orang yang yang sanggup hilang wang ringgit demi melihat saudaranya bahagia...Ya Allah....Amin...amin...Ya Robbal'alamin...

Semoga anda semua diberi Allah rezeki melimpah ruah...

Terima kasih Ya Allah...

Tuesday, October 28, 2014

[ BILA EJEN TAK AKTIF ]


Dulu ok. Sekarang semua ejen saya tidur. Macamana Tuan? Ada yang bertanya. 

Ini bukan produk kek. Tapi produk lain. F&B jugak. Dalam hati berkata, ohhhh semua bisnes pun sama ya..  

Macam ni, berapa outlet u ada? Maaf Tuan. Saya tak ada outlet. Semua ejen yang uruskan sebelum ni. Terduduk saya Tuan. 

Itulah dia. Kata suami, banyak yang macam tu. Hari ni buat produk, semalam lagi dah nak ada stokis. Sentap Tuan. He he. 

Tindakan paling utama perlu dibuat ialah cari outlet sendiri. 

Nak tau cara mencari outlet? 

Boleh hubungi mana-mana Stokis atau dealer atau ejen kami yang berhampiran anda. Mereka suka berkongsi. Mereka sangat best!

Ok jutawan, siapa nak nombor pengedar kami boleh komen di bawah ok  

Selamat berkongsi ilmu  

[ USAHAWAN PERLU ADA ILMU YAKIN ]


Jika ingin belajar tentang kualiti seorang usahawan berjaya, saya sangat suka untuk rekemen buku tulisan Dale Carnegie. Banyak sebenarnya pengalaman yang diceritakan. Kalau tak salah saya, Dale Carnegie dah hampir 100 tahun meninggal dunia. Tapi ilmunya sangat berguna.

Salah satu tips power dalam buku How To Challenge Yourself and Others to Greatness ialah tips menjadi usahawan yang hebat. 

Katanya, ada satu ciri yang dikongsi oleh kebanyakan orang berjaya. Iaitu percaya bahawa 'that things would turn out well '. Atau maksudnya, segalanya akan kembali ok. 

Dan perasan tak, maksudnya ialah betapa pentingnya ilmu yakin itu kepada usahawan. 

Katanya lagi, kepercayaan tentang keyakinan ini lebih penting sebenarnya dari ada pendidikan, lebih penting daripada ada sumber kewangan.

Satu lagi pemikiran dan keyakinan orang berjaya bila mereka berada dalam kejatuhan ialah, mereka yakin bahawa itu adalah satu pusingan. Bukan sentiasa berada di atas. Bila jatuh, itu bermakna sementara. Sementara nak naik semula. (They see it as a temporary glitch).

Dan prinsip yang dipelajari dari Uncle Dale Carnegie ini ialah, seorang usahawan perlu master dalam 'think', 'know', and 'feel'. Mereka fikir, mereka tahu, mereka rasa bahawa mereka pasti akan dapat (sesuatu bisnes). Mereka tahu mereka akan capai (impian dan matlamat ) mereka. Mereka dapat rasa akan lebih berjaya daripada tahun-tahun sebelumnya. 

Adakah kita dapat rasakan semua ini? Untuk orang kita yang beragama Islam, ilmu yakin pasti lebih mudah kita faham kerana kita faham bahawa REZEKI ALLAH ITU MAHA LUASNYA...dan ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI...Betul betul? 

Kalau belum rasa, tak ada cara lain yang lebih baik. Iaitu keluarlah mencari ilmu dan carilah mentor. 

WALLAHUALAM...

Siapa yang pernah ke seminar kami pasti ingat balik tentang ilmu yakin ini. Betul ke betul? Oklah, selamat menyambut rezeki yang tidak dijangka hari ini ya jutawan..

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah.. 

HARI INI DALAM DOA~


Ya Allah...Ya Alim...Ya Qabidh...Ya Basith...

Kaulah Ya Allah Yang Maha Mengetahui, Kau Yang Maha Menyempitkan dan Kau jualah Yang Maha Melapangkan Ya Allah...

Sesungguhnya Ya Allah..kami mohon padaMu Ya Allah, harmonikanlah rumahtangga kami Ya Allah..rumahtangga saudara-saudara kami ini Ya Allah..tambahkanlah keserian dalam rumah tangga saudara kami Ya Allah..bahagiakanlah rumahtangga saudara kami ini Ya Allah..

Ya Allah...Yang Mengetahui, berikanlah idea kepada kami bagi menambahkan kasih dan sayang kami kepada ahli keluarga kami Ya Allah...bagi menggembirakan ibu bapa, isteri serta suami dan anak-anak kami Ya Allah...juga kepada orang-di sekeliling kami Ya Allah..

Sesungguhnya kami bersedia untuk menerima segala kebahagiaan ini Ya Allah Ya Allah Ya Allah.....

Aminnnn Ya Robbal'alaminn..

 Terima kasih Ya Allah...

Monday, October 27, 2014

[ KISAH ORANG NAK PINJAM DUIT ]


Assalam..apa khabar kakak..hope sihat2 selalu..maaf deh mengganggu..kite meseg ni nak mintak nasihat dari kak anis laa...pasai orang nak pinjam2 duit ni..sebabkann ade je org nak pinjam duit..mereka ingat kite ni cop duit gaknyee...hehe..tapi kita lagi suka kak org pikir sy ni byk duit sebab itu 1 doa jugakkan..

Sebelum2 ni dah pernah kak anis..kite bagi pinjam duit kat orang..mereka ade masalah kewangan jadi kita tolong la mane yang mampu...kebetulan ade rezki lbih sikit..oklah,mase nak pinjam..fuyyo ayat manis2 ja..akan byr sperti masa yg diprsetujui..time masa utk byr balik,mereka pulak minta kita paham masalah mereka yang xdpt byr balik pada masanye..habis kita sape yang nak paham..u know kakak manis, sampai bergaduh pasal nak minta balik duit aje..kita yg bagi pinjam ni pulak di anggap musuh...Allah..Allah..sodih den..adekah sy ni terlalu baaikk sgt?ngeee

Jadi nak minta ayat power ni dari kak anis...mcmmna nak ckp ngan orang yang nak pinjam duit ni agar dia tak kecik hati bila kita tak bagi pinjam duit ni n mereka rasa gembira dengan keputusan tu.haha..sy nak share ngan someone ni...sebab dia pun perna kene mcmtu...kesian dia kak..kita xsuke pasai duit ni nak bergaduh2 bagai..musuh2..lagi2 kalau melibatkan keluarga..saudara mara ni..aduhai..sori kak anis terpanjang sangat pulak..hikhikhik


Uols, tolong adik ni boleh? 

[ TIPS KEKALKAN MOMENTUM ]

Untuk yang baru balik kelas, pasti ramai yang 'flat' dan ingat nak berehat sepanjang minggu. 

Kalau betul, please don't!..

Nak rehat sehari atau 2 hari itu ok. Jangan lama sangat. Sebab nanti hilang energy.

Dan paling best sebenarnya, bila momentum tengah tinggi, keluarlah mencari rezeki..keluarlah untuk bertemu sesiapa saja demi meralisasikan impian, insyaallah semuanya akan dipermudahkan. Kerana, kita keluar dengan penuh energi dan penuh keyakinan!.. 

Tak percaya?..Cer keluar hari ni. Pastu ceritakan experience anda pada saya. Saya suka mendengar cerita anda yang best-best. 

 Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur & bersedekah... 

HARI INI DALAM DOA~

Ya Allah, Ya Wakil...Ya Wakil..Ya Wakil....


Sesungguhnya Ya Allah Yang bersifat Maha Berserah, kami hambaMu ini ingin berserah padaMu Ya Allah...tanamkanlah pada kami semua ini Ya Allah sifat yang sanggup menyerahkan jiwa dan raga kami padaMu Ya Allah..Apa sahaja keputusan hidup dan mati kami Ya Allah, kami ingin berserah padaMu Ya Allah..dan mendapat keredhoanMu Ya Allah..



Ya Allah, Ya Warits..hanya Kau sahaja yang memahami apa sahaja niat kami dan semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta pekerja kami ini Ya Allah...Jika benar niat kami ini untuk kebaikan Ya Allah, Kau kuatkanlah jiwa kami untuk meneruskan apa sahaja usaha kami ini Ya Allah...Kau terangilah jalan kami ini Ya Allah...Kau berhasilkanlah usaha kami ini Ya Allah...

Sesungguhnya, tingkatkanlah tahap bergantungan kami padaMu Ya Allah...Kami ingin berserah, terus berserah dan terus berserah padaMu Ya Allah...

Hanya Kau tempat kami berserah Ya Allah....Subhanallah, Allahuakbar!..

 Terima kasih Ya Allah.... 

Friday, October 24, 2014

HARI INI DALAM DOA - 29 ZULHIJJAH 1435H

Ya Allah..Ya Khaliq...Ya Fattah...Ya Salam...


Pada hari yang penuh keberkatan ini..penghulu segala hari Ya Allah...Kami ingin mohon padaMu Ya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Kau bersihkanlah hati kami Ya Allah...Kau keluarkanlah segala kotoran dalam jiwa kami Ya Allah...Kau hapuskanlah segala negativiti kami Ya Allah...dan Kau gantilah dengan hati dan jiwa yang putih bersih kepadakami Ya Allah...

Kerana dengan hati yang bersih, kami ingin menarik lebih banyak kekayaan dan kejayaan dalam hidup kami Ya Allah...Dan dengan hati yang suci bersih, semoga segala amalan dan usaha kami diberkatiMu Ya Allah..Sesungguhnya segalaNya bermula dari hati Ya Allah....

Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah...

Assalamualaikum dan moningggg jutawanku sayang...Jom kita banyak bersedekah hari ini...Sedekah yg lebih biasa dari yang biasa!..Dan rezeki pun akan masuk LUAR BIASA!!...Terima kasih Ya Allah....

YOU ARE A GENEROUS GIVER!!

Thursday, October 23, 2014

ACTION!!...

ACTION!!....

Semua orang ada life story. Selepas dilahirkan sampailah sekarang umur dah 26 tahun atau 38 tahun atau 65 tahun, semuanya ada story atau jalan cerita masing-masing yang berbeza - beza..tetapi endingnya tetap sama, iaitu MASUK KUBUR...he he he betul kan?..

Tapi, sebelum masuk kubur, takkan kita nak sia - siakan hidup macam tu saja? Bangun pagi pegi kerja @ bisnes, bla bla bla...minum kopi... dan sebagainya, mengata orang ni,mengutuk orang tu..balik petang, solat, makan, tengok tv, tidur...Itu sajakah yang kita boleh buat?. Kualiti kah kehidupan macam tu?..Bergunakah kita sebagai manusia macam tu? Berguna jugaklah kalau dah bekerja atau berbisnes, tapi itupun kalau jadi pekerja yang bertanggungjawab kalau jadi pekerja yang mengular?..Kerja nya kat ofis asyik bukak you tube je..Rasa - rasa berkat tak duit gaji tu?..


Come on!!..Dari sekarang kita masih bernafas ni, kita kena create ending kita..macamana kita nak ending kita nanti..mati kita dalam keadaan macam mana? Mentor saya pernah cerita, ayahanda kepada Pak Habib Syech Assegaf meninggal dunia semasa tengah sujud. dan nak tau tak, sebenarnya dia dah buat programming minda dia..dia dah create awal-awal lagi bahawa memang itu yang dia nak..itu yang dia mintak..Meninggal dunia dalam keadaan sujud!..Masyaallah!!..

Nak mati pun boleh create? Inikan pula nak hidup? Cuba fikirkan, macamana kita nak kehiduapan kita sekarang? Atau kita lihat lebih jauh lagi..Bila kita dah berusia senja nanti. Apa kita nak buat? Apa yang kita ada nanti? Ada kebebasan kewangan dan masa tak? Untuk diri sendiri, untuk beribadat, untuk anak bangsa kita?..

Atauu...

End up jaga cucu je.. ye lah duit tak ada, terpaksa mengharapkan duit anak..Kalau tak jaga cucu, anak tak bagi duit pulak..Aikk, mak dah bertukar jadi bibik ke?..Ada ke orang buat mak dia macam tu?..Tolongggglahhh...janganlah buat macam tu...bagi lah duit kat mak seikhlasnya..jangan harapkan balasan mak..bagilah masa untuk dia buat apa saja yang dia suka sementara umur dia masih ada ni..bukan buat apa yang kita suka...

Tapi, sebelum ending macam tu, apa action yang kita kena buat sekarang? Baca buku? Pegi seminar?..Yes, itu memang action pertama yang kita boleh ambik..iaitu mencari ilmu!..Dulu, manusia berjaya disebabkan kuasa fisiologi....Yang kuat saja yang menang..yang ada modal saja boleh berjaya...Tapi sekarang dah berubah!..Siapa ada ilmu, dia yang akan menang!..

Tapi, ada ilmu saja tak cukup kuat!..Kerana ilmu itu hanya berguna bila ia sampai kepada orang yang faham, dan orang yang mempunyai kebolehan untuk bertindak!...Dia boleh take action!!...Action atau tindakan yang efektif! Ilmu itu tak ada gunanya kalau diberi kepada orang yang tiada kuasa tindakan!..Yang tak sayangkan dirinya..Yang tak sayangkan keluarganya..Yang tak kisah apa nak jadi dalam hidup dia....go with the flow...

Bukan dia tak tahu kalau dia tak buat sesuatu, dia akan ketinggalan!..Kawan-kawan lain dah berubah!..Kawan-kawan lain semuanya dah berjaya..Tapi, dia saja buat-buat tak tahu..malas nak fikir katanya..Bukan dia tak tahu, dah banyak kes kita dengar sekarang ni duit pencen bukannya cukup..itu sekarang!..Nanti 10 tahun lagi, 20 tahun lagi...Lagi la tak cukup!..Pastu?..nak harapkan duit anak saja ke?..Best ke macam tu?..Best ke tak ada kebebasan kewangan?..

Ramai yang ingat, orang yang berjaya ni ada special gift yang tak ada pada dirinya..Salah tu!!..Sebenarnya special gift yang membezakan orang berjaya dan gagal ialah kebolehan dia untuk mempunyai kuasa bertindak!..Itu saja..Dan special gift ini boleh dibentuk oleh semua orang...Kerana semuanya mempunyai ilmu yang sama..tak ada beza pun..Yang membezakan hanya KUASA TINDAKAN!...Terpulang pada u sekarang, bila tua nanti nak jaga cucu atau nak beribadah dan melancong sepanjang waktu?



 WALLAHU'ALAM....

[ TIPS BAGI YANG MENGHADIRI MAJLIS ILMU ]

[ TIPS BAGI YANG MENGHADIRI MAJLIS ILMU ]
  1. Mulakan dengan betulkan niat kenapa ingin menghadiri majlis ilmu. Niat mungkin berlainan antara satu sama lain tetapi biarlah niat yang baik-baik sahaja.
  2. Berdoa semoga dapat memahami segala ilmu yang disampaikan. Dan semoga mendapat ilmu untuk dunia dan akhirat.
  3. Beli 'sweets' atau asam untuk diberi kepada orang sebelah. Setiap hari pastikan bawak sesuatu untuk memberi. (Konsep give first).
  4. Cari tempat paling hadapan untuk mendapat aura yang lebih best.
  5. Bawak dan minum air. Berdoa dan switch minda supaya tak terfikir nak ke toilet.
  6. Bawak snickers atau coklat untuk lapik perut. Untuk orang yang ada gastrik. Yang tak ada gastrik tak makan pun tak pe kot.
  7. Berkenalan dengan orang sekeliling. Jadilah orang yang memulakan perkenalan. Orang yang menghulurkan salam. Itu sangat best!..
  8. Beri energi orang di sebelah dengan beri semangat untuk tepuk tangan atau berdiri.
  9. Cuba pecah ego dengan berdiri atas kerusi tak kira berapa berat anda. Pengalaman yang sangat berharga!..
  10. Jangan lupa SENYUM kepada semua termasuk crew dan staff.
  11. Ucap terima kasih pada orang sebelah di akhir kelas kerana sudi berkongsi energi dan kasih sayang bersama anda.
  12. Jangan promote atau hard sell produk anda. Build relationship secara natural atau secara 'from heart' yang tidak memikirkan untuk keuntungan kita semata-mata.
  13. Boleh mulakan bertanya jenis perniagaan orang sebelah (jika ada) dan bagaimana kita boleh membantu. (Konsep give first).
  14. Gunakan masa rehat untuk rehatkan minda. Take a nap lebih baik dari berbual.
  15. Jangan berbual sangat dalam surau. Lebih baik berzikir dan mengingati Allah sebelum waktu solat. 

WALLAHU'ALAM.

Selamat menimba ilmu untuk semua yang menghadiri program IMKK hari ini. Terutama kepada team Anis Chocolate dari pelusok negara terutama Pn Idayyu Tamin & Pn Ani yang datang dari Kota Kinabalu Sabah serta Pn Diana & Ida dari Penang!... Bukan calang-calang orang dapat berkorban masa berpisah dari keluarga. Hebat!!..

Uols, tolong sambung ye tips ni...