- Teori Bakul -
Pernah dengar Teori Bakul? Hehe. Nanti saya cerita k.
Ada satu kajian terkenal oleh seorang pakar psikologi Don Clifton mengatakan hidup kita ini dibentuk oleh proses interaksi dengan manusia (our lives are shaped by our interactions with others).
Maksudnya macam ni.
Setiap interaksi kita, komunikasi kita dengan seseorang itu sama ada berbual panjang atau pendek dengan seorang kawan sama ada di kafe, dalam talian dan sebagainya sangat memberi impak dalam hidup kita.
Selalunya selepas berbual, pasti timbul salah satu perasaan. Rasa positif atau negatif.
Tapi selalunya kita tak nampak. Kita ambik mudah.
Dan interaksi itu akan accumulate atau terkumpul dan terkumpul. Bayangkan kalau umur dah 40 tahun, dah berapa banyak kita kumpul? Agak-agak banyak kumpul positif atau negatif?
Inilah teori yang diberi nama Teori Bakul atau Theory of the Dipper and the Bucket.
Apa kita rasa setiap kali selepas satu interaksi dengan seseorang?
Selepas berkomunikasi dengan kawan atau pasangan kita, atau boss kita atau staff kita, atau mungkin orang yang tidak dikenali sebenarnya itu adalah satu proses untuk memenuhi 'bakul' kita.
Apa? Tak faham lah.
Maksudnya mereka telah 'fill your bucket' dengan membuatkan kita rasa positif. Atau, negatif.
Seolah-olah macam ni. Setiap kita ada bakul masing-masing. Sama ada bakul kita penuh atau kosong bergantung kepada kata-kata dan perbuatan orang kepada kita. Bila penuh, kita rasa best. Bila kosong, kita rasa tak best.
Tapi bukan kata-kata orang saja boleh buat kita berjaya atau tidak. Kata-kata kita sendiri sama pentingnya ke atas kehidupan orang lain.
Kita suka beri positif impak untuk seseorang atau negatif? Kita suka kata yang menaikkan semangat orang atau suka cerita kisah sedih, atau kisah yang tak best? Semua itu sangat main peranan ke atas hidup orang lain. Dengan satu ayat saja kita akan ingat sampai bila-bila.
Contoh, bila kita tanya mak kita nak bisnes. Dia cakap, janganlah..bisnes susah, ramai yang fail. Keturunan kita tak ada yang berbisnes. Kerja lebih senang.
Satu ayat je. Tapi kesannya? Mungkin sampai ke liang lahad. Kita tak akan berani nak bisnes sepanjang hayat dengan ayat itu sahaja. Nampak?
Kata-kata kita, walau satu ayat sangat bermakna sebenarnya boleh mempengaruhi perhubungan, boleh memberi kesan kepada produktiviti kita, kesihatan dan kegembiraan seseorang.
Ini menunjukkan betapa pentingnya kita perlu belajar untuk berfikir positif. Kerana negativiti itu membunuh!..
Ramai pesakit kanser juga survive setelah mengamalkan pemikiran positif. Betul betul?
Ok jutawan. Nanti bila-bila saya share lagi strategi meningkatkan emosi positif, ok?..
WALLAHU'ALAM...
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah....
0 comments:
Post a Comment