Thursday, October 30, 2014

[ SATU AYAT PUJIAN SEORANG GURU BOLEH MERUBAH HIDUP MANUSIA ]


Sepanjang hidup kita, macam-macam perbualan dah kita buat, betul? Kalau dah umur 50 tahun contohnya dah berjuta-juta, berbillion-billion perbualan kita dengan beribu orang. 


Cuba fikir sekejap ye. Situasi ini banyak berlaku kepada kita jugak. Contoh ada seorang ni, dia dibesarkan dalam persekitaran yang negatif. Keluarga berpecah belah, dan tiada kasih sayang orang sekeliling. Pernah jumpa orang macam ni? 

Zaman persekolahan, dia struggle untuk dapat gred terbaik. Sama seperti kebanyakan daripada kita jugak, kan? 

Tapi bila meningkat dewasa, dia menjadi seorang yang berjaya. Dan mempunyai sikap yang baik. 

Cuba tanya dia, bagaimana dia boleh sukses sedangkan dia dibesarkan dan dikelilingi oleh persekitaran yang negatif? 

Jawapannya, pasti selama hayat dia, terutama semasa dia kecil, semasa meningkat dewasa, pasti dia pernah menerima satu atau dua ayat pujian. Atau ayat menunjukkan kelebihan dia. 

Contoh dia mungkin pernah mendapat perhatian dan kasih sayang gurunya. Ada satu kisah, dia kata dia sukses sebab dia pegang kata-kata guru sekolah dia. Cikgu cakap, dia percaya dengan kebolehannya.

Hanya dengan satu ayat pujian atau ayat kekuatan, dia pegang sampai dia berjaya dalam hidup dia. 

Teringat pulak kisah saya. Boleh ke nak share? Sekadar perkongsian ya..

Dulu saya bukan seorang yang pandai, berani dan sebagainya. Jadi saya tidak terkenal di sekolah. Saya pemalu. Dah tentu saya tak pernah ada good relationship dengan cikgu saya. Cikgu pun mesti tak kenal saya.

Semasa di Form 6, saya mula struggle untuk berjaya dalam exam. Dan saya minat subjek ekonomi. Markah sentiasa A lah. Jadi cikgu pun mula sayang. Ingat lagi dengan Cik Fauziah. (Terima kasih Cikgu Fauziah).

Yang bestnya, ada sekali tu, dia puji saya bagai nak rak lah depan mak ayah saya. Dia kagum katanya dengan saya. Orang melayu jarang yang 'pandai' dalam ekonomi. Lebih kurang macam tu lah kata-katanya.

Disebabkan kata-kata yang sangat ikhlas dan power itu, saya rasa sangat teruja dan hati berbunga-bunga. 

Maaf saya bukan nak buat teori angkat bakul (puji diri sendiri), hehe tapi saya pasti u all mesti pernah mengalami juga, betul? 

Dan bayangkanlah, hanya dengan satu kata pujian, atau kata kekuatan, kita akan ingat dan terus pegang sehingga dapat membentuk kehidupan kita. 

Dan di situ jugaklah datangnya The Power of Cikgu. Nampak tak betapa bernilainya kata-kata seorang cikgu? 

Maka harap-harap kalau ada cikgu kat sini, banyakkanlah puji anak-anak murid daripada menghina dan berkata negatif kepada mereka. Kata-kata cikgu semua sangat bermakna dan dapat membentuk kehidupan anak-anak murid cikgu. Terima kasih ya cikgu-cikgu sekelian atas jasa anda. 

Oklah jutawan, terima kasih kerana sudi membaca. Jom kita sentiasa memberi kata pujian kepada orang yang kita sayangi dan sesiapa sahaja yang berbual dengan kita. Fill their bucket with our love... 


Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah.. 

0 comments:

Post a Comment