Thursday, October 9, 2014

OTAK KITA MACAM BANK

[ OTAK KITA MACAM BANK ]

Otak kita ni macam bank. Setiap hari kita akan masukkan atau deposit pemikiran kita dalam 'bank' kita.

Segala pemikiran yang kita deposit dalam bank ini akan menjadi 'memory' kita. Jadi, dalam bank kita ni penuh dengan fail - fail pemikiran kita.


Bila kita berhadapan dengan masalah, kita seolah - olah akan tanyakan memory bank kita, ada tak kes yang lebih kurang macam ni?......

Lepas tu bank kita akan cepat - cepat cari jawapan dan bagi maklumat tentang isu yang sedang kita hadapi yang sama macam isu-isu sebelum ni.

Mesin teller kita ni sangat - sangat boleh dipercayai. Dia dengar cakap kita. Dia tak akan lawan kita. Dia akan beri maklumat pada kita mengikut kehendak soalan kita.

Contoh macam ni, bila kita takut nak buat keputusan, kita akan seolah-olah tanya pada bank kita...sebelum ni betul tak aku dah cuba buat ni, tapi tak berjaya?..

Bank akan jawab, Ya tuan. Tuan ingat tak kawan-kawan Tuan dan cikgu Tuan pun pernah katakan yang Tuan ni tak akan berjaya dalam bisnes ni. Tuan pun pernah beberapa kali cuba, tapi tetap fail jugak. Cer ingat balik...

Bank kita akan cari lagi seberapa banyak contoh - contoh bagi memperkuatkan lagi kata-kata kita sendiri.

Tapi...kalau kita dah tahu teller kita ni jenis yang ikut arahan..Lebih baik kita tanya dia the other way round. Kita mintak dia cari kita pemikiran yang menyokong tindakan kita untuk berjaya.

Bila ka kata nak berjaya pulak, Teller akan kata, Baik Tuan. Dia akan gali seberapa banyak contoh untuk sokong tindakan kita. Dia akan kata, cer ingat..dulu Tuan pernah sukses kan dalam buat bisnes macam ni?..

Cer ingat lagi, best friend Tuan cakap Tuan hebat dalam selesaikan isu macam ni?..Tuan pernah dapat untung yang banyak bila buat bisnes ni kan? Cer ingat..cer ingat...

Ini menunjukkan teller bank you ni akan ikut cakap you. Kalau you nak fail, dia akan setuju...kalau you nak sukses pun dia setuju. Kerja dia cuma tolong mencari statement-statement atau pemikiran lama yang menyokong segala kata-kata you.

Itulah dia sifat minda kita.

WALLAHU'ALAM...

♡ Jom pagi-pagi ni kita bersyukur, beristighfar dan berselawat :) ♡

0 comments:

Post a Comment