THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET
Kami mendapat pertanyaan dari seorang kenalan di FB. Beliau tak berapa faham tentang maksud sebenar Prinsip THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET. Dia ingin tahu bagaimana prinsip ini nak di apply atau digunakan dalam perniagaannya. Beliau dan isteri mempunyai perniagaan bakeri.
Macamana nak explain ni? Persoalan ini sebenarnya Mentor kami Dr Azizan Osman saja yang ...boleh menjawabnya dengan baik kerana Prinsip ini diajar oleh Mentor kami ini.Tapi saya cuba lah ye, mengikut kefahaman kami..
Sebenarnya prinsip ini adalah simple. Saya pasti yang bertanya tu pun faham maksudnya kalau kita translate bunyinya Lebih banyak kita beri....Lebih banyak kita akan dapat..Betul tak? Mungkin persoalan yang bermain di mindanya, beri apa ya? beri wang ke? beri kuih yang kita jual ke?..
Prinsip ini sebenarnya bukan untuk digunakan di dalam perniagaan semata-mata..Ianya berkait rapat dengan kehidupan kita.Sebenarnya, apa saja perbuatan kita atau percakapan kita atau pemikiran kita sehari-hari mempunyai pengaruh yang besar terhadap bisnes kita.Bermakna, kalau kita menggunakan prinsip ini sama ada secara sedar atau tidak dalam kehidupan seharian kita,maka automatically ia akan allign atau selari dengan bisnes kita.Bagaimana attitude kita sebenarnya di luar,kalau jenis yang pemarah,sudah pasti staff dan customer akan dapat tempiasnya dan sudah pasti bisnes pun tak berjalan lancar.
Kita perlu faham dan gunakan prinsip ini dalam hidup kita.Apa saja yang kita boleh beri kepada setiap orang, bukan saja dari segi materialistik, tetapi juga perhatian, LOVE, idea, perkongsian,beri kegembiraan, dan sebagainya...kita berilah...sebanyak-banyaknya..kerana sudah pasti Allah akan beri balik dengan lebih banyak lagi..Pernah dengar dan pernah rasa tak orang kata kalau kita kasihankan orang..pasti Allah akan mengasihani kita kembali, dan Dia akan beri kita lebih banyakkk kebaikan kepada kita lagi...
Kalau kita beri LOVE dengan ikhlasnya kepada ramai orang, in return kita akan rasa hidup kita sangat bahagia dan menggembirakan.Kalau kita beri perhatian kepada ibu kita seorang saja pun contohnya, hidup kita tidak akan kesunyian sampai bila-bila..Begitu juga kalau kita menyakiti seseorang, kita akan lebih hebat disakiti..Kalau kita buat bisnes dengan menipu orang,pasti kita akan ditipu dengan lebih teruk lagi..Kalau kita mainkan perasaan orang, kita akan dipermainkan pula..
Begitulah prinsip ini sama seperti 'Law'. Sama ada kita percaya atau tidak, yakin atau tidak, suka atau tidak, ia tetap akan berlaku dalam kehidupan kita.Pasti akan berlaku.
Sama juga dalam bisnes, lebih banyak kita beri LOVE dan kasih sayang serta perhatian kepada 'produk' kita atau bisnes kita..sudah tentu dia akan sayangkan kita,dia pun akan menjaga kita..Kalau kita beri LOVE kepada staff kita, mereka akan bekerja dengan baik..Kalau kita beri senyuman kepada customer kita, mereka akan sukakan produk kita,jualan kita akan menjadi berlipat kali ganda..Kalau kita bayar zakat perniagaan, sudahAnis Choc Moist Cake pasti lebih banyak keberkatan yang Allah akan beri dalam perniagaan kita..
Segala-galanya berkait rapat dan mempunyai hubungan antara kehidupan dan alam perniagaan.Masing-masing bergantung antara satu sama lain.Kita tak boleh menjadi A dalam hidup kita, tetapi menjadi B pula dalam bisnes kita.Jika ini berlaku, ia tidak allign.Jika tidak allign,bisnes tidak akan berjaya.Seperti kata Mentor kami Dr Azizan Osman, GIVE...GIVE..GIVE...YOU WILL GET MORE..MORE...& MORE!!...Itu janji Allah!!
(Jutaaan terima kasih kepada Mentor kami Dr AZIZAN OSMAN yang mengajar PRINSIP yang sangat berguna ini yang setiap hari kami semakin faham dan faham..Semoga Allah membalas jasa anda)
ALLAH MAHA KAYA.
~Jom kita beristighfar dan berselawat dan mengingati Allah SWT.. :) ~
0 comments:
Post a Comment