[ KONFIUS SIAPA KERAMAT HIDUP? ]
Ada orang yang sepanjang zaman sebelum kahwinnya adalah seorang anak manja. Dulu, mak ayahnya yang buat keputusan untuk hidup dia. Nak belajar kursus apa, nak belajar universiti mana, nak kerja apa...semua mak ayah yang putuskan. Nasib baik nak kawin mak ayah bagi green light, huhuhuu..
Itulah sikap sesetengah orang. Jangan salah faham pulak ye, mintak approval dengan mintak restu ibu ayah adalah perkara yang berbeza. Saya, tidak mintak approval mak ayah untuk berhenti kerja atau untuk buat bisnes....tapi saya dapatkan restu mereka!..Itupun setelah suami dah restu. Bila suami dah restu, ibu ayah ikut saja..
Saya lihat, ada orang lagi parah...Dia tak nampak pasangan dia. Dia pandang rendah restu suami dia.Yang penting restu ibu bapa dia. Dia lebih pentingkan restu ibu bapa dia yang berpangkat dan berjawatan tinggi. Dia pandang rendah kedudukan suami dia sendiri. Dia tak nampak kewibawaan suami. Seolah - olah suami dia tak ada hak dalam hidup dia. Suami diam jer, tunduk jer...ikut jer..sebab malas nak bersuara.
Sebenarnya di dalam jiwa, dia amat terasa betapa rendahnya nilai diri dia, pendapat dia langsung tidak diambil kira. Isterinya hanya mementingkan ibu bapanya. Boleh ke macam tu? Bukankah tempat suami adalah tempat paling tinggi untuk seorang isteri? Tempat paling dimuliakan?
Ada orang, dia buat suami dia rasa sangat hina, sangat lemah, sangat bodoh..Sedangkan syurga dia, kebahagiaan hidup dan mati dia terletak pada suaminya?...Terlupa ke? Atau sengaja dilupakan?..
MasyaAllah!.. Patut lah hidup orang macam ni masih tak ke mana..Duit bukan tak ada, tapi bocor!..Bocor sana..bocor sini. Tiap - tiap bulan sales masyuk banyak, tapi tak nampak. Ada je nak guna..Hah, tu lah dia, tak jaga keramat hidup dan dia sebenarnya confuse siapa sebenarnya keramat hidup dia!..
Pagi - pagi macam ni sepatutnya, eloklah peluk cium tangan suami tu dulu mintak restu sebelum keluar bekerja dan berbisnes. Bukan keluar menonong jer.. Mintak maaf dengan suami dulu..bisikkan ke telinga dia, i love you sayang...he he he...
For things to change, i must change first..Jangan tunggu suami mulakan, sebab lelaki ni payah nak start buat romantik romantik gitu...Isteri lah start dulu kay...
Okay byeeee...Semoga kita semua dapat memberi kasih sayang yang melimpah ruah kepada suami kita kay...Barulah hidup kita lebih bahagia..kerana orang yang membahagiakan, hidup dia akan lebih bahagia bak kata Prof Muhaya :)
♡By the way...jom kita beristighfar, berselawat dan bersyukur... :) ♡
0 comments:
Post a Comment