[ USAHAWAN PERLU PANDAI MELIHAT KEINGINAN ORANG LAIN ]
Semua orang termasuk usahawan atau bukan usahawan pasti tahu tentang pentingnya hubungan yang baik sesama manusia.
Sebenarnya ini adalah satu skill asas yang pasti ada pada orang berjaya iaitu pandai melihat apa kehendak dan keinginan orang lain. Atau, look at things from other person's point of view.
Ada satu cerita ni. Very true story. Dia seorang jutawan dan satu masa tu dia perlukan seorang PA atau secretary.
Jadi dia pun iklankan. Dan dia dapat ratusan surat untuk mohon kerja tersebut. Saya rasa dia cerita dia dapat 300 resume.
Kebanyakan daripada surat yang diterima tulis macam ni. " Saya ingin memohon jawatan so and so seperti yang diiklankan di surat khabar so and so. Lepas tu start tulis biodata dia."
Itu perkara biasa kan. Saya pun pernah buat macam tu. Kita semua pernah.
Tapi...jutawan ni cerita, ada satu surat permohonan ni agak lain.
Dia tak sentuh tentang diri dia pada mulanya. Dia tulis lebih kurang macam ni,
Tuan pasti menerima banyak surat untuk dibaca dan dinilai. Pasti Tuan tiada masa untuk membaca kesemuanya. Kalau Tuan perlu bantuan, Tuan boleh call saya no dot dot dot...dan saya berbesar hati boleh datang tolong pilih yang penting sahaja untuk Tuan nilaikan. Dan saya akan letakkan atas meja Tuan untuk tindakan Tuan. Kerana saya mempunyai 15 tahun pengalaman.....and so and so...Barulah dia start cerita tentang diri dia.
Yang bestnya dia cerita, dia cuba hubungi candidate tersebut. Tapi dia terlambat, sebab dah disambar orang, hehe.
Ya lah kan, orang yang macam ni, macam candidate ni, apa saja yang dia nak seperti petik jari sahaja...kerana apa? Kerana dia mudah memahami manusia lain. Dia tahu apa yang orang nak.
Kita?
Kalau yang masih bekerja, mesti faham apa yang boss nak. Ciri macamana yang boss suka. Fahami dan kenali boss lebih dalam lagi. Kalau boss suka pekerja yang rajin, jarang MC atau cuti contohnya, kita jangan buat semua tu. Sakit pun datang, baru boss faham.
Kalau boss pulak, mesti faham pekerja. Apa yang dia nak? Betul boss faham pekerja nak gaji yang tinggi. Tapi, walaupun pekerja ni kebanyakannya nampak RM je, gaji jer...satu lagi yang kita perlu faham sebagai boss, dia tetap perlukan kasih sayang dan perhatian. Kalau itu tak ada, u bagilah gaji ribu riban pun, dia tetap akan lari...
Betul ke betul?
Sebab apa? Sebab dia kehausan..ketandusan kasih sayang...Kerana kita perlu faham, itulah paling penting dan paling dicari oleh setiap manusia...
The Power of Love!...
Ok jutawan, jadi apa lagi..Let's spread our love kay. Terus limpahkan kasih sayang kepada semua orang di sekeliling kita!..
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..
0 comments:
Post a Comment