Wednesday, July 24, 2013

AURA ORANG KAYA

AURA ORANG KAYA

Baru-baru ini salah seorang kenalan saya yang ingin berhijrah dari Utara nak tinggal di Selangor, bertanyakan kepada kami tempat yang kami rekemen. Saya suka kalau dia tinggal berhampiran dengan saya, dalam kawasan perumahan yang sama. Disebabkan faktor kewangan dan juga dah terbiasa tinggal di kawasan sibuk membuatkan dia rasa dia lebih suka tinggal di Puchong.Maaf orang Puchong, bukan semua tempat di Puchong sibuk..ada kawasan elit jugak..saya faham..

Saya dah tengok rumah yang dia nak sewa tu..Rumah itu mengingatkan saya dengan rumah lama kami di USJ 1. Sama saja, dengan bentuknya yang lebih kurang..dengan sesaknya kawasan tu..Memang sama lahh...Saya katakan pada kenalan saya ni tak payahlah tinggal di sini, tapi susah nak explain sebab dia tak faham lagi..Yang dia fikir, hanyalah faktor kewangan....

Nak tahu tak kenapalah saya nak bercerita pasal rumah sangat?..

Sebab....Penghijrahan kami keluar dari kawasan perumahan kami yang lama itulah yang menjadi punca kepada perubahan besar kami!..

Semuanya terjadi selepas rumah kami di USJ tu dilelong..Jadi, kami terpaksa cari rumah sewa...Biasalah, masih mencari-cari di tempat yang sama sebab dah terbiasa dengan persekitarannya..Comfort Zone sebenarnya..Tapi, alhamdulillah, mana lah kita tahu apa yang Allah nak beri pada kita kan...Kami ternampak iklan rumah di Bukit Jelutong Shah Alam. Kawasan ini memang saya dah aim lama dah..Dulu, masa saya buat delivery cake ke Bukit Jelutong, selalu saya bercakap pada diri saya, best nyaaa kalau dapat beli rumah kat kawasan ni...Bila nak ke Petronas, saja je saya masuk ke dalam perumahan ni...syok tengok rumah besar-besar..dulu panggil kawasan rumah orang kaya lah ni...

Jadi, disebabkan harga yang berpatutan, dan lebih kurang je harga yang kami tengok di USJ, kami pun decide untuk menyewa di Bukit Jelutong..Masa tu suami kata, alang-alang nak sewa..kita cari tempat best sikit lah..

Tak pernah seumur hidup saya, saya tinggal di kawasan perumahan yang sunyi macam ni...macam tak nampak kereta pun..sedangkan tengok sebuah rumah ada lebih dari sebijik kereta...Maklumlah, sepanjang membesar,kami tinggal di kawasan rumah teres yang sangat sibuk..sama saja, saya dan suami pun dibesarkan di tempat yang agak sibuk..dan kami bercampur dengan orang-orang yang berpemikiran biasa-biasa...(Maaf ye...tapi itulah hakikatnya..)

Bila berpindah ke kawasan orang kaya ni...Aura orang kaya ni semua macam menarik-narik kita untuk bersama-sama mereka..Bayangkan sajalah, sebelum sampai ke rumah saya, saya terpaksa melalui rumah-rumah banglo yang sangat cantik dan macam tak masuk dek akal macamana mereka dapat membelinya..Harga banglo tersebut dalam lingkungan RM4-5juta..Fuuhhh....

Hari-hari saya terpaksa melalui banglo, Semi-D dan sebagainya..Dan, nak tau tak?..Dalam Bukit Jelutong ni, kereta sayalah yang paling antik saya rasa...paling kesiannn sekali...kereta Proton Saga batch 1996!..Suami pakai Naza Citra..Tapi, jiran saya pakai apa? Toleh kiri BMW 3 series..tak lama kemudian dia pakai 5 series pulak..Toleh kanan kejap Lexus, kejap BMW...Kami? Proton saga...hahaha...sungguh tak sesuai dengan rumah kan?...

Tapi, tak apalah...saya tak malu pun sebenarnya..Cuma, saya kesiannn saja...Kesian kat siapa? Bukan kesian kat kami tau...Kami ok je masa tu, saga pun saga lahhh...Tapi, kesian kat residen situ...Saya selalu bercakap-cakap dengan diri saya, sabar ye wahai penduduk di sini...U all terpaksa sakit mata kejap tengok kereta saya ni ke sana ke mari...Saya tahu, u all mesti tension ja tengok kereta saya ni..Ye lah,macam mencemarkan imej diorang lah kan..Dah lah baru masuk kawasan ni...bawak kereta buruk pulak...Saya cakap kat diri saya...sabar ye...tak lama lagi saya akan beli kereta macam u all jugak!!..Jangan risau, sabar je...

Nak tahu tak, betapa auranya sangat luar biasa bila kita berada di sekeliling orang kaya? Selepas 2 tahun, Saga saya pun dah buat hal..dah tua katakan...dan terpaksa dijual, harga seribu je..hehe..Dan kami dah TERPAKSA UPGRADE!....Alhamdulillah, kereta pun dah lebih kurang sama je dengan penduduk kat Bukit Jelutong ni...Dan, daripada kami menyewa rumah...kami TERPAKSA UPGRADE rumah kami pulak..TERPAKSA beli rumah dalam Bukit Jelutong ni..dari sebuah rumah...menjadi 3 buah rumah dalam masa hanya 3 tahun!..Dan sekarang, kami teringin pulak nak intai-intai rumah dalam Kelab Golf...Orang  kaya kan suka tinggal di Kelab Golf?..He he he..Tapi, suami kata tak payah lah Kelab Golf, mentor kita kan tinggal kat situ..kita tak boleh lawan tokey tau!..Hehe...

Maaf ye, saya hanya nak u all nampak betapa pentingnya kita terpaksa keluar dari COMFORT ZONE kita..Berhijrah lah...Keluarlah dari persekitaran biasa-biasa ke persekitaran yang lebih baik..yang dikelilingi oleh orang-orang yang berjaya..Sudah tentu pemikiran mereka lain daripada jiran-jiran kita yang ada sekarang ni...Dan perkara ini betul-betul jadi ke batang hidung kami sendiri...Sebab itulah kami sangat-sangat faham tentang Aura Orang Kaya!...

WALLAHU'ALAM...

0 comments:

Post a Comment