Ini dah kali kedua katanya...Tahun lepas dia dah pujuk saya untuk resign..Tapi saya belum bersedia..Sekarang dia pujuk lagi..Bunyinya dah tak macam pujuk, dah macam kena paksa dah ni...Saya buntu la, saya tak tahu nak buat apa..Patutkah saya resign atau saya terus bekerja?..
Soalan di atas tu ditanya oleh seseorang kepada kami..Kami sangat-sangat memahami situasi pasangan ni. Bagi suaminya, memang dah lama dia termimpi-mimpi berbisnes bersama-sama isteri..Seronok kan,ke mana dia pergi, isteri berada di sisi..Alangkah bahagia katanya...Bila dia down, dia nak isteri yang menjadi tulang belakangnya berada di pangkuannya...Biar sama-sama bersedih..Biar sama-sama menangis...Bila dia gembira pula, isterilah orang pertama yang ingin dipeluknya..Alangkah indahnya saat yang diidamkan itu...
Tapiii....sampai sekarang dia belum dapat merasainya...Bukankah aku suami, maka aku berhak meminta isteriku berada disisiku? Bukankah tempat isteri adalah di sisi suami? Bukankah aku yang sepatutnya menanggung isteri?Mungkin si suami berdialog seorang diri..
Wahai si suami, betul..siapa tak nak isteri berada di sebelah setiap saat menemani...Suami saya kata, dia sangat faham..sebab kalau dia pun dalam situasi yang sama, mungkin dia pun buat perkara yang sama..Hari tu katanya,masa saya berkampung 4 hari ke Seminar IMKK, dia dah tak boleh duduk..Dia rasa tak complete hidupnya..Dia dapat rasa memang dia tak boleh kalau buat bisnes ni seorang diri tanpa isterinya ni di sisi...Jadi, dia faham situasi ini...
Tapi...suami yang nak pujuk isteri resign ni perlu betul-betul tanya diri u..U really have to go deeper and deeper...Tanya diri u betul-betul, kenapa u nak dia resign? Betul kah u dah ready financially? Betulkah u nak dia support u? U confident, kalau dia ada bersama u, bisnes u akan meletup-letup?Atau itu hanya EGO u? Atau u jealous dia suka bekerja dan menghabiskan banyak masa di ofisnya tanpa u disisi? Yang mana satu?...Kalau dia resign, u rasa u dah bersedia mentally dan physicallly? Mungkin pada awalnya nanti kewangan u all agak rapuh? Boleh?..Sanggup?...
Si isteri pun sama....tanya betul-betul pada diri tu...Kenapa nak resign?Minat nak berbisnes kah? Hanya nak temankan suami kah? Kesiankan suami kah? Atau..takut dengan suami kah?..Ada satu kes lain..suami dia bagi kata dua!..IT'S NOW OR NEVER!!!....Sebab isteri ni masih tak konfiden,isteri sayang nak tinggalkan kerjaya.. sedangkan bisnes dah huru-hara..Suami nak tolong je, tapi suami terpaksa terlibat dalam huru hara bisnes isteri...itu yang suami tak tahan..Jadi, isteri tu kata,dia TERPAKSA resign sebab suami dah sound macam tu..hehe..macam-macam kan?
Kes kami pun tak boleh disamakan..Sebab, saya yang resign dulu dari suami..Saya pulak sangat berminat nak bisnes, dan dengan bisnes lah saya nak bantu suami dan spend more time dengan anak-anak. Itu niat saya. Suami pulak, selama setahun ambil masa untuk buat keputusan..Dia set target, bila sale dah capai so and so..baru dia nak resign..Pastu kan, bila dah capai target, dia tanya saya...Rasa-rasa sekarang ke masanya abang resign? Saya kata terpulang pada abang...U decide yourself!..I dont want to involve in your decision making...
Bagi saya, biar dia ikhlas dan buat keputusan bila dia sendiri dah bersedia...Saya tak nak dia buat keputusan kerana saya..kerana kesiankan saya..kerana nak tolong saya..Saya nak dia resign kerana dia nampak hala tuju..kerana dia yang konfiden..dia yang nak jadikan bisnes ni sebagai bisnes dia..dia yang akan manage the business bersama-sama saya..At last, bila dia dah konfiden dengan diri dia...dia berhenti kerja dengan sendirinya..Tanpa paksaan, tapi dengan keyakinan yang sangat tinggi!..
Yang penting, saya rasa NAWAITU...dan keikhlasan...Kenapa kita nak resign?..Cari the WHY factor, kata Afdlin...Jangan buat keputusan kerana terpaksa, jangan buat keputusan kerana takut..Buat keputusan mengikut apa yang u rasa!..Hanya u tahu diri u!..Hanya u kenal diri u!..Kalau niat nak happykan suami..Insyaallah Allah akan happykan u..Beristikharah lah...bertahajjud lah..ber solat hajat lah...Mengadu pada Allah, minta Allah tunjukkan jalannya..lorong yang mana perlu dipilih..Tak ada cara lain lagi yang terbaik selain kembali padaNya..ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk kita..Kalau kita yakin seyakin-yakin padaNya, tak ada isu macam ni boleh timbul...U boleh tanya seribu orang pun, tapi...tak sama dengan bertanya pada YANG ESA!..Kembalilah pada Dia..Hanya Dia Yang Maha Menentukan Sesuatu....
WALLAHU'ALAM...
ALLAH MAHA PEMBERI PETUNJUK (AL-HADI)
Membaca Ya Hadi sebanyak 200 kali setiap hari akan membawa seseorang kepada kejayaan.Jika engkau tidak yakin akan tujuan engkau,membaca nama ini akan membimbingmu kepada pilihan yang tepat.
0 comments:
Post a Comment