MAGIKNYA ALLAH!!...
Ramai yang masih pening-pening, tak tahu nak buat bisnes apa? Ada yang dah panjang list potential bisnesnya..Tapi tak tau nak pilih yang mana..Ada yang dah nekad nak pilih yang paling suka. tapi macamana nak start? Macam-macam persoalan yang bermain di minda...
Semalam ada seorang yang datang berjumpa..Walaupun dia tanya banyak perkara,tapi saya dapat rasa yang paling utama niat awalnya, dia datang sebab nak tanya pasal packagingnya. Dia buat bisnes kek jugak..
Macam ni lah ye, sebenarnya walau apa sekalipun persoalan kita, tanda tanya kita..Pertama sekali rujuklah pada Allah SWT, kerana Dialah Yang Maha Mengetahui. Mungkin ada yang terlupa kerana ye lah...inikan berkaitan dengan packaging, ianya buatan manusia..Ye betul, tapi siapa yang bagi akal dan idea kepada manusia?..
Bila ditanya pasal packaging pada saya, senang saja...saya jawab saya bukan pakar dalam bidang ini.Kami pun masih banyak lagi nak improve dalam packaging kami..Kami pun tengah merujuk pada yang pakar dalam bidang ini iaitu sekali lagi, Allah Maha Pemberi Idea...
Cerita saya pada dia, kami dulu pun 'stuck' kat bahagian packaging ni.Tak tau siapa yang boleh buat, boleh bagi idea..Tapi selepas mengadu dan mintak jalan dengan Allah Taala, cara Dia tunjukkan lorong sangat tidak disangka-sangka..
Satu petang di tahun lepas 2012, salah seorang photographer untuk video testimoni Richworks sampai untuk ambik video corporate bisnes kami.Sambil bersembang santai, tanpa ada sebab...saya suarakan pada Abang Latif yang kami tengah mencari orang yang boleh buat mould plastik untuk packaging kami.Kami nak buat bekas sendiri yang berbentuk 'LOVE'.
Betul-betul tak sangka, Abang Latif kata, sebenarnya itulah kepakaran saya!..Dah berpuluh tahun saya dalam bidang plastik & mould. Fotografi adalah passion saya sebenarnya..Ya Allah!!...masa tu saya cuma ingat dalam hati...Nasib baik saya tanya..nasib baik saya bukak cerita pasal ni...Betul-betul tak sangka dengan jalan keluar yang Allah nak beri..How miracle!..Sejak detik itu sampailah sekarang, Abang Latif & team dah deliver kepada kami 1.2 juta bekas kek hanya dalam masa beberapa bulan sahaja!..Terima kasih Abang Latif & The Brilliant Team!..
Segala-galanya hanyalah dengan kembali pada Allah..There's no other way!..Hanya Dialah yang Maha Pemberi Rezeki..Dialah Penunjuk Jalan...
Dulu kami pun ortodox jugak..tak sedar semua ni..Yang diminta semuanya besar-besar belaka..Mintak untung besar,mintak sales tinggi, mintak naik gaji,naik pangkat..mintak jadi kaya..Semuanya tak specific!..Macamana nak dapat?..
Bila dah belajar, MasyaAllah!!....Semuanya Allah nak beri rupanya..Asalkan kita tidak sombong dengan Nya.Kita tak nak mintak kerana kita rasa macam siapalah kita..rasa macam Dia tak nak beri..
Itulah dia, kalau dengan Allah pun bersangka buruk!..Sebenarnya kan, kalau u all nak tahu..Kalau saya sakit kepala ke..atau anak-anak demam atau suami sakit tangan terseliuh..InsyaAllah..hanya dengan doa dan meminta-minta pada Allah supaya semuanya sembuh...InsyaAllah sembuhlah dia..Allah kan Maha Penyembuh segala penyakit?..
Inilah yang selalu saya katakan pada seorang sahabat, "If u dont believe the magic..The magic wont happen to u.." And for me...i believe The Magic, because.......i believe, Allah is The Magic, and The Magic is Allah"..
Allah lah magiknya!..Siapa lagi?...
WALLAHU'ALAM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment