Wednesday, July 17, 2013

FRUST CINTA TAPI BERJAYA DALAM HIDUP!...

FRUST CINTA TAPI BERJAYA DALAM HIDUP!...

Semua orang pasti pernah melalui situasi ini..Situasi putus cinta!..Masa tu frust menonggeng-nonggeng, air mata ni tak tau lah berapa baldi keluar..Berhari-hari menangis, ada yang hampir-hampir buta macam Kassim Selamat pun agaknya...Air mata sampai keluar darah!..Dasyatt..dasyatt...

Percaya tak?..Kejayaan kita sekarang bergantung juga kepada macamana kita handle perasaan kita,macamana kita handle emosi kita sewaktu berlaku putus cinta..ataupun sewaktu berlaku perceraian..Suami saya dulu katanya dia ambik masa berbulan-bulan untuk recover (lamanyaa..., sayang sangat lah tu..:)) Saya pulak menangis non-stop selama 3 hari berturut-turut, tapi ambik masa berbulan jugak nak recover..hehe..Mungkin ada yang sampai tak nak hidup dah..huhu..Tapi kalau orang yang hebat,mungkin ambik masa lebih cepat untuk recover.Saya rasa mentor kami  mungkin cepat recover masa putus cintanya tuuu, sebab tahap kejayaan dia luar biasa!..Sebab, dia boleh SWITCH dengan cepat!..Daripada nangis-nangis...tiba-tiba dah boleh melompat-lompat, menari-nari dah!..Power tu!!...

Inilah yang dinamakan Emotional Intelligence (EQ)!..Ini adalah faktor yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kita..Kerana, orang yang boleh mengawal emosi dia..faham dan alert tentang emosi dia..Orang tu akan cepat berjaya dalam kehidupannya!..Dan, dia akan berjaya luar biasa hebat!..

Macamana nak tau kita ni dalam kategori tahap EQ yang tinggi atau tidak?

Selain daripada cara kita handle perasaan kita semasa frust bercinta tu, hanya kita tau macamana kita handle perasaan kita semasa kita marah?..Ada yang melalut-lalut marah berhari-hari, disebutnya berulang kali, kalau  buat salah..Ada jugak yang pecahkan pinggan mangkuk kalau bergaduh dengan pasangan?.Saya pernah tengok, ada yang bakar baju pasangannya kalau bergaduh!..Sampai macam tu!..

Itu semua contoh orang yang tak boleh kawal emosinya..Dan, kalau orang seperti ini tak boleh berubah, tengok sendirilah kehidupannya, pasti porak peranda..jangan kata nak kaya..Duit pun takut nak dekat dengan orang-orang yang aura negatif macam ni..Perasan tak, kalau kita tengok multi billionaire, contohnya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, raut wajahnya penuh kelembutan, macam orang yang tak pernah marah-marah...kan?..

Orang yang tahap EQ yang tinggi sebenarnya cepat sedar tentang perubahan emosinya..Dia cepat sedar kalau dia sedang marah, dia cepat cool down..Dia cepat sedar jugak kalau dia dah tersasar, mungkin dah buat sesuatu yang salah..Jadi, dia cepat-cepat nak berubah..Dia juga cepat sedar kalau dia dalam ketagihan sesuatu..Bukan sekadar ketagih rokok atau dadah, tapi...macam saya dulu...Ketagih betul nak pegi kelas-kelas dekat fitness..Tak kira masa dah..bila saja ada kelas, mesti sampai..Kadang sampai sanggup berebut-rebut nak solat Maghrib, sebab nak kejar kelas-kelas tu....Lama-lama tersedar sendiri, ishhh...mana boleh macam ni, aku dah ketagih dah ni..ini bukannya untuk keluarkan peluh dah ni..Ini dah lain citer dah ni!..

Bermaksud, kalau ada yang rasa rendah diri, IQnya tak tinggi..belajar pun selalu dapat nombor last je..Tak semestinya u tak boleh berjaya!..Dan, tak semestinya orang yang IQnya tinggi..yang pandai dan berpendidikan tinggi, ada MBA, ada MASTER, ada PHD, hidupnya akan berjaya kalau dia tak ada EQ ni tadi!..Apa yang perlu kita buat?..Senang saja, cool dan tenang dalam handle permasalahan kita, fahami perasaan orang lain...cuba selalu fikir, kalau aku jadi dia..macamana?..Dan pandai-pandailah jaga relationship!..Orang yang pandai jaga relationship samaada dengan sesama manusia dan dengan Allah Maha Pencipta, orang ini pasti akan kaya dan berjaya!...

WALLAHU'ALAM....






0 comments:

Post a Comment