Wednesday, July 3, 2013

GO AWAY MY SMALL LITTLE VOICE!!.....

GO AWAY MY SMALL LITTLE VOICE!!.....

Ada tak yang tak tahu apa itu Small Little Voice?..Haaa...ramai jugak yang tak perasan, Small Little Voice tu tak lain dan tak bukan ialah 'biawak' yang ada dalam diri kita..Atau bahasa sopannya ialah 'budak kecik' yang selalu bercakap-cakap dengan kita..

Tak kira siapa kita, pekerja ke, boss ke, Dato' ke, Datin ke...driver ke, orang biasa atau orang yang dah berjaya pun...saya percaya semuanya masih membela 'biawak' dalam diri..Semua orang ada...Orang kaya-kaya dan berjaya pun pasti ada budak kecik ni...Cuma yang membezakan ialah, ada orang, diri dia dah jadi macam zoo...banyak betul biawak beranak-anak dalam diri dia..Ada orang dah makin mengecut dah biawak dia tu..Hampir nak pupus dah...Biawak saya la tu, dah nak pupus kot...tapi tak pupus-pupus jugak..kadang-kadang muncul di sebalik semak-semak... :)

Tahu tak?..Mentor saya citer baru-baru ni, lelaki bercakap-cakap 7000 kali sehari dengan diri dia..Perempuan pulak bercakap-cakap dengan diri sendiri sebanyak 110 000 kali sehari...Mak oii, banyaknya...

Boleh jadi Small Little Voice ni akan bercakap-cakap dengan kita perkara yang negatif...ada jugak dah pandai cakap yang positif..Tapi kebanyakannya negatiflah...Semuanya bergantung kepada orang tersebut..bergantung juga kepada persekitaran dia..bergantung kepada zaman kanak-kanaknya..bergantung kepada dengan siapa dia berkawan...

Kalau nak berjaya, kita kena SEDAR yang dalam diri kita sememangnya ada biawak yang hidup..atau ada budak kecik yang suka mempengaruhi kita dalam buat keputusan..Budak kecik kita ni suka memperlekehkan kita, memperkecilkan kebolehan kita, mensabotaj diri kita..Contohnya, bila kita nak start buat bisnes je, dia akan kata sambil terjelir-jelir lidahnya.. Kau tu boleh ke?..Kau tu mana ada experience? Produk kau tu biasa je..dah ramai yang buat bisnes macam kau tu.. Nanti habis melingkup bisnes kau nanti padan muka..Baik kerja je, dah tentu-tentu perform ke tak perform ke..tiap-tiap bulan gaji masyukkk...Kalau bisnes, kau tak nampak ke..ramai yang gulung tikar!..

Hah? Kau nak masuk seminar? Ha ha ha...tak payah lah, semua benda tu kau dah belajar..Nanti masuk kau terpedaya pulak..Dia tu cuma nak ambik duit kau je..Nanti dia suruh masuk advance lah..Itu pun kau nak percaya? Entah-entah testimonial dia tu semuanya tipu!..Tak payah pegi lah, mana ada dalam keturunan kita bayar kursus ribu ribu? Merepek je kau ni..Buang duit je, baik kau guna duit tu beli hand bag ke, rantai ke...tukar sport rim ke...lagi nampak kayo dan bergayo!..

Lagi satu...

Apa? Kau nak bukak kedai?...Gila ke apa? Mana ada dalam keluarga kau buat bisnes sampai bukak kedai? Buat di rumah je..buat kecik-kecik cukup lah..Keluarga kau bukan keturunan bisnes..Jangan lah nak cuba-cuba, nanti habis duit kau yang dah kumpul berapa lama tu..Baik kau tukar kereta ke, renovate rumah ke...Untuk kau selesa jugak..Ni nak cari susah buat apa? Hidup biasa-biasa je lah..lagipun kau dah selesa...Gaji pun dah ok, tak payah nak perah-perah otak nak pikir pasal bisnes lagi, pekerja lagi, keluarga lagi...Ish, biar lah orang lain je yang buat....

Pernah tak kata-kata macam ni muncul dalam kepala hotak kita?..Mesti ramai yang pernah dengar..Melalui pengalaman, saya alert yang dia memang ada...Pastu saya pikir, kalau nak berjaya, saya perlu buang dia jauh-jauh...atau delete saja!..Boleh tau, tapi kena praktis lah..Buang sikit-sikit...

Cara saya ialah saya tukar daripada berfikiran negatif, kita kena jadi positif..Tapi, first of all kita kena tahulah yang mana negatif, yang mana positif..Pastu kan, tukar je daripada bercakap-cakap dengan budak kecik tu, saya tukar berkomunikasi dengan Allah...Selalu ingat bahawa Allah itu wujud, Allah itu paling hampir dengan urat saraf kita..Refer semua perkara dengan Allah,apa saja kita adukan kepada Allah... insyallah akan sangat rasa perbezaannya..Bila kita menghabiskan banyak masa bercakap-cakap dengan Allah, si kecik tu dah tak ada ruang nak mencelah...Pastu kita pun dah tak takut, boleh rasa yang Allah berada di sisi kita dan pasti membantu kita...Lama-kelamaan biawak tu pun lari jauh meninggalkan kita...Yesss!!!...Good bye my Small Little Voice, I dont need you anymore...Please go away from my life!!....

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA HIDUP (AL-HAYY)
Seorang yang beriman yang membaca Ya Hayy secara terus menerus, insya Allah akan berumur panjang dan hidup berbahagia.Jika seseorang sangat tertekan dan merasa sangat sulit, maka dengan membaca nama ini 500 kali setiap hari sebelum matahari terbit, dia akan mendapat kedamaian.


0 comments:

Post a Comment