Tuesday, July 16, 2013

JAGA ATTITUDE SEBELUM RESIGN!..

JAGA ATTITUDE SEBELUM RESIGN!..

Ramai yang masih bekerja, tapi dah berkira-kira nak resign..dah bersemangat nak start bisnes ni, ye kan?..Tapi..sebelum u all resign, banyak benda lagi u all kena belajar. Bukan setakat  u dah ada satu product yang paling dasyat dalam dunia ni..Orang lain tak tahu lagi kewujudan produk ni..So u ingat u dah boleh berjaya dalam bisnes?..Belum tentu sebenarnya....

Tengok dan muhasabah dulu diri u semasa di alam pekerjaan ini.Apa nilai diri u yang u bawa semasa bekerja? Apa sifat u, attitude u?..Orang boleh tengok secara luaran, tapi u sendiri tahu nilai dan diri u...Kerana, nilai u..diri u...itu yang akan dibawa ke alam perniagaan nanti..

Jadi, macamana kita dalam alam pekerjaan? Adakah kita jenis orang yang suka komplen pasal gaji? Atau pasal workload? Atau pasal boss? Apa lagi yang kita tak pernah komplen?..Cer cek diri sendiri..ada tak sifat ni pada kita?..Pernah tak u join dengan diorang yang tengah gossip dan komplen pasal bos? Kalau u jenis yang macam ni, insyaallah bila buat bisnes nanti..ha ha ha..Pekerja u akan komplen pasal u pulak!..Pastu, masa tu baru nak datang tanya, kenapa i tak dapat pekerja yang berkualiti?..Malas lah nak cakap, tapi sebenarnya...tengoklah diri u! What u give, u get back MORE....Nampak tak? Itu law, u cannot deny...

Selalunya, kalau jenis orang yang tak berkira kerja..buat lebih dari job description dia..Rasa sangat bertanggungjawab dengan tugas dia.Kalau tak habis buat di ofis, sambung buat lagi di rumah..Inilah sifat orang berjaya iaitu buat lebih daripada gaji yang dibayar!..Bukan saya kata sebenarnya, pakar-pakar motivasi semua dari tahun 1930-an lagi dah tahu tentang point ini!..

Macam sesetengah pekerja saya tengok, selalu komplen dah lah kerja banyak di ofis, pastu kena bawak balik lagi kerja...Daripada u komplen sebenanrnya, baik u resign je..Buat apa kalau komplen kat suami..atau isteri...atau kawan-kawan..Mereka semua ni bukannya boleh ubah sistem tersebut!..Buang masa je komplen dengan diorang..Buatlah kerja tu dengan ikhlas!..Kalau dah rasa tak boleh terima semua tu, resign sajalah!..Carilah tempat yang lebih baik lagi...Buat apa nak komplen..komplen..komplen...tapi dah 30 tahun masih kat situ lagi!..

Contohnya guru banyak hadapi situasi macam ni..Memang betul memenatkan, dah lah di sekolah lagi..sambung di rumah pulak..Tapi, kalau u tahu ganjarannya, bukan ganjaran gaji tau..ganjaran dari segi rezeki yang akan masuk melimpah ruah..U mesti tak kisah, mesti tak komplen dah..Tak percaya?..Observe sendiri mereka yang suka buat kerja lebih dari gajinya..lebih dari job description yang dibuat untuknya..Nampak tak rezeki mereka semakin melonjak-lonjak?..

Salah seorang pekerja kami itulah sifatnya...Saya tengok,Ina ni lain dari yang lain..Hampir 2 tahun yang lalu, masa dia mintak kerja sebagai asisstant saya..tapi dia terlambat, dah ada orang yang saya pilih masa tu..Tapi, dia kata tak apalah..bagi lah kerja apa pun tak apa..Okay..saya bagi buat tart..Masukkan jem je..Bila kami perlukan pekerja di bahagian kek pula, yang lain-lain ni asyik bertolak-tolak tak nak ke bahagian kek..Memilih kerja!..Tapi Ina yang volunteer..Dia sangat mudah nak mintak tolong..Ke sana boleh, ke sini pun boleh..Ikhlas betul budak ni bekerja, commitment memang tip top!..Attendance full!..

Nak jadi rezeki dia..tak lama kemudian asisstant saya tak muncul-muncul!..So, apa lagi, kami offer la Ina..sebab nampak attitudenya yang bagus..Bila tanya, boleh ke buat semua ni? Dia jawab..insyaallah boleh!..Bagus, sangat konfiden!..Dan, dari hari ke hari...kalau orang lain muncung je suruh buat kerja yang bukan tugas dia..Tapi, Ina lain..dia sanggup buat apa saja..Kadang-kadang kesian jugak kat dia, nama Supervisor, tapi semua dia buat..beli sabun pun dia...

Tapi itulah dia..kalau dah attitude macam tu..nanti dia nak berbisnes pun saya nampak dia memang boleh berjaya!..Dia sangat pandai layan customer, cara dia jawab call sangat lembut, manja dan mesra..Dia boleh handle pekerja dengan kelembutan.Paling penting, dia tak berkira kerja..dia buat kerja lebih dari gajinya!...Patutlah rezeki dia macam bertambah-tambah..Kami pun terasa lembut hati.. bagi dia pakai kereta kami untuk senangkan dia berulang alik pergi balik kerja...

Dan dia paling tak sangka, baru-baru ni kami bawak staf termasuk Ina ke Pulau Redang dengan flight, Ina sangat-sangat bersyukur, kerana katanya itulah pertama kali dia dapat naik flight!..Tak pernah dia terfikir dia dapat naik flight!..Dan, apa yang saya nampak sebenarnya..tak lain dan tak bukan..semuanya kerana dirinya!..Dia sedang menarik benda-benda yang best dalam hidupnya..Bila ada attitude, hormat orang..akhirnya rezeki datang melimpah ruah!..

WALLAHU'ALAM....

0 comments:

Post a Comment