LUPA DIRI
Beberapa hari lepas seorang kawan kami datang berjumpa. Ada masalah yang membebankan jiwa katanya..Ingat berkenaan dirinya, rupanya dia ingin mengadu tentang perangai abangnya yang menjadi-jadi sekarang ni. Kami pun memang kenal dengan abang dia..Dulu ok je, jenis yang soft spoken, humble dan hormat orang..kategori baik lah abang dia ni...
Apa dah jadi pulak sekarang ni?..Rupanya bisnes abang dia semakin menjadi-jadi setahun dua ni...Alhamdulillah..bagus lah tu..Memang bagus kata kawan kami ni..Tapi, yang tak bagusnya perangai abang dia dah banyak berubah!..Dari seorang yang baik hati, humble dan sebagainya..Dah bertukar watak pulak..Sekarang ni dia rasa abang dia dah sombong, malah bongkak katanya!..Dah LUPA DIRI!!....
Kawan kami ni kadang kala turun padang juga bantu abangnya.Bila dia bersama staff, banyak lah cerita yang dia tak sangka-sangka perangai abangnya dah sebegitu teruk. Katanya, ada sekali tu abang dia dan staff keluar untuk appointment dengan klien, bila tiba makan tengahari, staff ingat nak makan sekali dengan boss, tiba-tiba boss diorang ni cakap, tak pe u all makan lah kat sini ye..Saya makan kat tempat lain.Rupanya bila diskodeng, staff nampak dia makan di hotel!..Sedangkan staff ditinggalkan di warung saja...Huhu...sedih staff dibuatnya..Sedangkan kalau dulu, mereka susah sama-sama..Dulu makan di warung sama-sama..Tapi, sekarang.......
Katanya lagi, dengan ahli keluarga pun dia dah tak semesra dulu..Kadang-kadang macam ada sembunyikan sesuatu..Macam takut orang nak mintak duit dia kot..Pandang pun macam tak nak pandang...keluarga pun dah terasa macam dihina pulak..Maklumlah, dia dah kaya...
Bahaya sebenarnya orang macam ni...Dia tak sedar sebenarnya Allah tengah menguji dia..Menguji dia dengan wang dan kekayaan. Sebenarnya Allah nak tengok dia boleh handle tak akhlak dia bila dah diberi wang sebegitu banyak..Sebab saya dah pernah tengok kes macam ni...Dulu dialah paling kaya, bisnesnya sangat besar...dia dapat AP untuk jual kereta import.Masa tu dalam tahun 80-an..
Bayangkanlah, zaman tu bukan ramai lagi orang melayu yang berjaya..Tapi, kalau dah attitude tak jaga, ditimpa penyakit LUPA DIRI pulak...habislah...Staff di maki-maki..Staff zaman dulu boleh lah buat macam tu..Kalau ada yang tak kena, tak kira siapa..pegawai kerajaan dan sebagainya, dijerit dan dimaki hamun pegawai tersebut di depan staff yang lain..Pendek kata perangainya memang suka memalukan orang...Itulah dia di zaman kejayaannya....
Tapi...lama-kelamaan bisnes hancur!..Dari seorang yang sangat kaya dan sangat hebat, sekarang seperti tinggal sehelai sepinggang...Dah berumur dan sepatutnya dah berehat..tapi terpaksa lagi bekerja untuk menyelesaikan hutang piutang yang keliling pinggang...Kesiaannn...
Semua ni bukan apa..saya rasa sebenarnya mereka ni tak bersyukur!..Rezeki yang melimpah ruah Allah dah beri...dirasakan tak cukup....bila ada rasa tak cukup, mesti takut nak bersedekah!!...Takut duit habis!..Jadi, akhirnya, bila tak bersyukur dan tak bersedekah...Allah akan tarik balik, kerana bagi Allah, orang macam ni tak boleh handle banyak duit ni..Orang macam ni tak boleh share kekayaannya dengan ramai orang..Jadi buat apa Dia nak bagi banyak-banyak? Nampak tak?..Tak takut ke jadi macam tu?..
Dan,bila dia tak appreciate manusia dan staff dilayan macam pecacai!..Macam kuli batak!..Hubungan dia dengan sesama manusia sangat rapuh!..Maka, bukankah Allah dah kata kita kena jaga hablumminallah hablumminannas?...Kalau tak ada kedua-duanya ini, maka Allah akan tarik balik segala kesenangan hambaNya...dan Allah akan memberi kekayaan kepada orang yang boleh handle dan boleh mengagih-agihkan kekayaannya kepada yang memerlukan.
Ujian wang dan kekayaan ini sangat mencabar sebenarnya...Dan semoga Allah mempercayai kita sebagai hambaNya yang mampu memegang amanah ini..Memegang kekayaan yang diberi ini untuk dikongsi dan sama-sama dirasai oleh setiap orang yang memerlukan. Dan supaya kita tergolong dalam orang-orang yang bersyukur dan bersedekah...Aminn....
WALLAHU'ALAM....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment