Friday, September 27, 2013

Saja nak SENTAPKAN dealer-dealer tersayangg

Saja nak SENTAPKAN dealer-dealer tersayangg smile emoticon

Dealer Hafiz ni baru je tak sampai sebulan jadi dealer, dah dapat supply ke lebih 44 tempat..Amacam?

SENARAI LOKASI EDARAN ANIS CHOC MOIST CAKE DARI SALAH SATU TEAM DEALER ACMC STOKIS – KL ( TUAH MALAYA - Hafiz Rahman / Salehuddinayub ). BERKEMUNGKINAN MEREKA MEMERLUKAN “DELIVERY BOY” TIDAK LAMA LAGI.
1 AZR - SMK Dato' Lokman
2 NCJ - SMK Cochrane
3 Kay G Enterprise - SMK Convent
4 Arena Kasturi - SMK (P) Jalan Pudu
5 Zata Amnee - SMK Seri Tasik
6 Khairi F&B - SMK Pandan Indah
7 Hafie Resources - SMK Cochrane Perkasa
8 Discoverich One Ent - SMK Bintang Selatan
9 KT Enterprise - SMK Bintang Utara
10 Azizah Suhan Niaga - SMK Seri Permaisuri
11 Berkat Jaya One - SMK Pandan Mewah
12 Mutiara Canopy Ent - SMK Bdr Baru Ampang
13 Akil Trading - SMK Tmn Melawati
14 RJY Caterer - SMK Taman Melati
15 Iman Bakti Ent - SMK Seri Gombak
16 SS Berganda Ent - SMK Sg. Kertas
17 Azani Jaya Ent. - SMK Hill Crest
18 K-Shoppe - UIA Gombak
19 Restoran Marlin - Menara Kauthar, W.Maju
21 Sri Ayu Tomyam - Medan Selera Fasa 3
22 Zanza Enterprise - SMK Tasek Permai
23 Theven's Conv. Store - Kompleks Maluri
24 Koperasi Al-Amin - Sekolah Islam Al-Amin
25 Jazriz Cipta Sempurna - Islamic Inter. School
26 Kop. SMK G.S. Bhd - SMK Gombak Setia
27 Koperasi Sekolah - Vokasional Gombak
28 Stesen Minyak Jafni - Petronas, Selayang Baru
29 Jaima Enterprise - SMK Darul Ehsan
30 D'Naz Café - Bursa Malaysia
31 Niwas News Agency - Wisma MPL, Rj. Chulan
32 Farida Bt Yunan - Menara Boustead
33 Rest. Hilton Corner - Wisma Cosway, Rj. Chul
34 Kedai Popia Weng - Wisma Cosway, Rj. Chul
35 Ever Life Ent. - Wisma UOAII, Jln Pinang
36 Haja Enterprise - M.Prudential, JSI
37 Mustafa Stall - UBN 2nd Flr, JSI
38 Barkath News Stand - UBN Grd Flr, JSI
39 Azlin's Tit Bits - Menara Maybank
40 Nigella Grocers - The Weld, Grd Flr
41 SL Conve. Store - Wisma Genting, Grd Flr
42 Best Mart Conv. - Menara Haw Par, 9th Flr
43 MH Convenient - MIDF, Jln Raja Chulan
44 Studio 8 - Setiawangsa

HEBATNYA KUASA MEMBERI KEMAAFAN....

HEBATNYA KUASA MEMBERI KEMAAFAN....

Semalam kami berjumpa dengan beberapa pengedar kami yang datang dari Kuantan.Mereka datang untuk menimba ilmu IJI (Intensif Jutawan Industri) di PWTC hari ni. Bila dah ramai berkumpul, apa lagi..semua nak menceritakan pengalaman masing-masing.

Kisah seorang dealer ni sangat best. Penuh dengan pengajaran. Ilmunya adalah ilmu yang sedang saya cuba dalami sekarang ini. Alhamdulillah, bila mereka menceritakan pengalaman mereka, saya semakin dapat memahami ilmu MAAF & REDHA...

Cerita dia macam ni. Dealer kami Yati (bukan nama sebenar) baru-baru ni dapat supply kek 'Anis' atau kek love ke cafe di sebuah universiti. Al-kisahnya, pakcik ni sangat baik orangnya..dia sangat support Yati dan suaminya berbisnes. Disebabkan jualan untuk kek  sangat menggalakkan di kafenya..Pakcik tersebut semakin baik dengan Yati suami isteri. Bukan setakat dia offer Yati dan suaminya supply ke sebuah kafenya, tapi ke tiga-tiga kafenya yang baru dapat masuk.

Di kafe baru tersebut, Yati pun offer pakcik ni untuk masukkan chiller, supaya dia boleh supply dalam kuantiti yang besar dan kek akan tahan lebih lama. Dan pakcik ni pun setuju. Alhamdulillah, dari hari ke hari..jualan kek semakin menggalakkan..

Pada satu hari...(saspen..), Pakcik owner kedai tersebut nak buat opening kedainya, dan dia mintak nak beli sample kek untuk diberikan kepada pelanggan-pelanggan barunya. Saiz kek sample sebenarnya lebih kecil dari kek yang selalu dijual.

Keesokan harinya, bila Yati datang untuk hantar kek, dia tengok kek sample tu ada di masukkan dalam chiller jugak. Disebabkan saiznya yang lebih kecil, Yati risau kalau ia display kat dalam chiller tu, takut pelanggan dah tak nak beli yang saiz sedang dan besar. Jadi, Yati bagitau pada anak Pakcik owner ni, janganlah letak dalam chiller tu..takut orang nak beli yang kecik yang sample tu..takut kek-kek lain TAK LAKU.

Biasalah kan? Bagi kita ni adalah perkara biasa..Tapi sebenarnya impactnya sangat besar kalau kita tersalah cakap. Rupanya, anak pakcik ni mungkin tersalah cakap. Pakcik ni dah naik hangin!..Dia telefon Yati, suruh datang ke kafenya. Bila ditanya kenapa, dia kata datang sajalah..Yati tak sedap hati, dia takut nak pergi sorang-sorang. Diajaknya suami dia pun ikut sekali.

Bila sampai ke kafe pakcik tersebut, mereka pun bersemuka lah..Pakcik tersebut memulakan, katanya.."Saya tengah marah ni...saya marahkan isteri Tuan ni..." sambil matanya hanya melihat suami Yati, langsung tidak dipedulikan dengan Yati ni. Langsung dia tak alih pandangan pada Yati, yang duduk di sebelah suaminya. Suami Yati pun risau lah..Yang si Yati ni terus diam tak mencelah langsung...

Bila ditanya oleh suami Yati kenapa Pakcik marah sangat pada isteri dia. Rupanya , Pakcik ni sangat sensitif dan tak nak langsung atau pantang dengar perkataan 'TAK LAKU!..Anak-anaknya dan pekerjanya semua diajar supaya jangan keluarkan perkataan negatif itu!..Wow, dasyat Pakcik ni..banyak ilmu pakcik ni nak kena sedut niii....Jadi, bila dengar penerangan dari Pakcik ni, Yati dan suaminya terus meminta maaf berkali-kali dan MENGAKU SALAH! Memang betullah, bila kita mengaku salah, insyaallah dia akan jadi lembut balik....

Kata Pakcik tu, sebenarnya kalau ikut marah pakcik ni..nak je suruh engkau bungkus balik kek-kek semua ni dengan chiller-chiller sekali..Adoiii itu kes berat tu!...

Yati kata, dia rasa sangat lega sebab dia dapat merendahkan egonya, tidak defend dirinya..lebih best lagi, dia mintak maaf dari pakcik tu..Suami Yati siap sebut, anggaplah kami ni macam anak pakcik, kami terima teguran pakcik..Akhirnya, lama-lama lemah jugak pakcik ni..Dia pun offer mereka berdua teh tarik. Alhamdulillah, ini menunjukkan Pakcik tu dah memaafkan mereka..terutamanya maafkan Yati...

Nak tau apa berlaku bila mereka balik ke kedai mereka di Kuantan?..Mereka kata, mereka percaya bahawa selepas mereka melepaskan sifat marah mereka (mula-mula marah jugak kat pakcik ni..sebab tiba-tiba dah tak bagi masuk dalam kedainya), dan yang paling penting pakcik tersebut juga dah memaafkan mereka!..Hari yang sama itu, mereka mendapat 7 orang dealer baru!..Hari tu jugak, punya lah ramai pelanggan datang..Lepas sorang, sorang datang ke kedai...Masyaallah!!..Betapa hebatnya kalau kita memaafkan seseorang..kita tak simpan marah di hati, rupanya Allah nak bayar cash dan segera dan banyak sangat Allah beri!..

Panjang betul citer ni..dah tak sempat nak citer yang lain..(Nanti nak citer yang lain pulak kayy..). Tapi semuanya berkisarkan kisah tentang Redha dan Maafkanlah atas segala yang berlaku..Teringin saya nak jadi orang yang suka memaafkan ini..kerana orang yang memaafkan adalah sifat orang yang mulia dan terpuji..Kerana apabila seseorang itu memiliki sifat pemaaf sebenarnya itu adalah tanda hatinya bersih dan tenang.

Dalam sebuah hadis ada mengatakan, "Wahai Tuhanku di antara hamba-hambaMu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandanganMu?.Allah menjawab, " Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas" (Hadis riwayat Baihaqi).Semoga kita semua berjaya menjadi seorang yang PEMAAF. Kerana seorang yang bersifat pemaaf adalah orang yang hidupnya aman, damai, tenang dan lapang hidupnya di sisi Allah, dunia dan akhirat..Insyaallah....

WALLAHU'ALAM......

Thursday, September 26, 2013

SALAH PROGRAM

SALAH PROGRAM

Untuk mencari jalan ke arah kekayaan dan kejayaan, kita perlu tahu puncanya dulu kenapa kita tak dapat capai apa yang kita impikan selama ini.Kita juga dah tahu sejak dari kecil lagi kita dah diprogram oleh ibu bapa kita,kawan-kawan kita, guru-guru kita, dan orang sekeliling kita. Program-program itu sama ada positif atau negatif dah menjadi habit dalam perjalanan hidup kita.

Berapa umur anda sekarang? Kalau sampai sekarang kita belum berjaya lagi, itu bermakna kita dah disalah programkan. Program yang dimasukkan atau di 'installed' dalam minda kita adalah program-program yang negatif. Bila kita dah membesar dengan program ini dan percaya dengan program ini..ia dah menjadi sistem kepercayaan dan pegangan kita.

Contoh program negatif yang kebanyakan dari kita alami ialah kita diajar dan diasak dengan perkataan TIDAK!..JANGAN!...atau TAK BOLEH!!...Sebenarnya ada kajian yang dijalankan, pada 18 tahun pertama hidup kita, kita dah diajar dan dibiasakan menyebut dan menerima perkataan TIDAK/JANGA/TAK BOLEH ni sebanyak lebih daripada 148 000 kali!.. Tapi itu kalau 18 tahun. Kalau kita dah double umurnya, cer kira..Bermakna dah hampir 300 000 kali sebut perkataan-perkataan yang tak best tu!..

Bila ingat-ingat semula selama 18 tahun pertama kita hidup, berapa kali pula kita diajar atau menerima kata-kata seperti 'BOLEH BUAT' dan 'BOLEH CAPAI APA YANG KITA IMPIKAN DALAM HIDUP' ?..Perkataan 'NAK' atau  'BOLEH' boleh dikira berapa kali saja disebut sepanjang hidup kita.Sangat-sangat berbeza dan tak seimbang antara perkataan BOLEH dan TAK BOLEH.

Inilah program negatif yang PERTAMA dan PALING BANYAK di 'installed' dalam minda kita sehingga ke hari ini. Tapi memang kita tak sedar semua ni berlaku. Ia datang dari ibu bapa kita (maafkan saya, sebenarnya..ibu bapa pun dapat dari nenek-nenek moyang kita), abang, kakak, makcik, pakcik, kawan sekolah, kawan ofis, suami atau isteri kita, bahan-bahan bacaan seperti surat khabar, drama-drama TV, Berita TV, radio, pengacara radio dan banyak lagi..Maafkan saya, bukan nak menyalahkan atau menuduh..tapi ini adalah realiti..

Lagi best pula, kajian tingkah laku manusia mengatakan 77% daripada apa yang kita fikirkan sebenarnya adalah negatif semata-mata. Dan inilah yang menjadi punca kepada kegagalan hidup. Pengkaji ilmu perubatan pula mengatakan 75% daripada segala penyakit sebenarnya adalah disebabkan oleh pemikiran negatif si pesakit. Patut lah kan....cer tengok muka orang yang negatif, tak nak senyum..masam..menyalahkan orang..Kalau anda terjumpa orang seperti itu, kalau ditanya..sebenarnya dia sedang berlawan dengan penyakit sebenarnya. Mungkin bukan semua..tapi saya pernah jumpa beberapa orang macam tu..bila diceritakan yang dia sedang sakit, terbayang saya mukanya, bahasanya, tindakannya yang negatif masa saya pertama kali berjumpa dengannya. Kesian tau...terasa nak tolong, tapi tak tercapai dek tangan ni...

Kita tak perasan pun sebenarnya tentang program-program yang salah ini. Hari demi hari, tahun demi tahun, perkataan demi perkataan yang kita terima..dah diprogramkan masuk dalam minda kita. Perkatan ini dah menjadi skrip hidup kita. Dari setingkat, menjadi 2 tingkat, dan akhirnya menjadi bertingkat-tingkat tebalnya system kepercayaan kita terhadap skrip tersebut.

Bila kita dah percaya dengan apa yang diberitahu oleh orang sekeliling kita, dan kita percaya apa yang kita dah beritahu diri kita, kita secara tak sedarnya menganggap semua kepercayaan  itu adalah BETUL. Dan ia akan terus melekat dan tersemat dalam hati kita. Ia akan menjadi semakin parah jika apa yang kita percaya itu dah boleh main emosi kita. Kalau dah sampai tahap macam tu, ini bermakna ia dah betul-betul sebati dalam diri kita..

Kalau perkataan yang sama ini kita dengar dan  sebut berulang-ulang kali..beratus-ratus kali, atau beribu-ribu kali..Contoh orang katakan pada kita atau kita katakan pada diri kita yang 'aku tak boleh dapat apa yang aku impikan' atau 'aku tak boleh buat'.Akhirnya, secara tak sedar itulah yang kita akan percaya..Kita akan hidup mengikut apa yang ada di minda kita, apa yang kita katakana pada diri kita..Nampak tak betapa hebatnya kuasa 'REPETITION' atau 'PENGULANGAN'.? (Perasan tak, sebab tu lah sistem KUMON adalah membuat latihan berulang-ulang..).

Ini bermakna, kalau kita nak berjaya, kita perlu REPROGRAM minda kita. Sebelum reprogram, kita kena 'delete' atau padam dan gantikan program lama dengan program yang baru dulu. Bila dah delete, barulah kita gantikan dengan program yang baru. Dan bila dah dapat install program positif yang baru kita kena faham The Power of Repetition ini. Bermakna kalau kita nak kaya dan berjaya, kita kena selalu sebut je lah AKU KAYA DAN BERJAYA. Ulang..ulang..ulang selalu..(Itu yang mentor kita ajar, kan?..).

Macam senang bunyinya nak kaya dan berjaya, hanya bermula dengan berkata-kata positif, berulang-ulang kali tapi dengan penuh emosi, insyaallah semuanya akan terjadi. Kerja kita sebut saja.Macamana nak jadi, bila nak jadi..semuanya kita serahkan pada Ya Allah Ya Rahman,,Ya Rahim sahaja...Hanya Dia yang melorongkan yang terbaik buat kita. Kalau kita yakin dengan Dia, insyaallah semuanya akan diatur mudah dan indah saja..

WALLAHU'ALAM...

Wednesday, September 25, 2013

BENGANG TAHAP GABAN - KISAH ABANG LAN

Hari ni nak cerita ape lak ye....

Baru2 ni ade pegi kelas Dr. Azizan yang buat kat Gambang Resort pada 28 Sept 2013...

Hari tu Dr. Azizan ade bercerita tentang redha, bersyukur dan berterimakasih....terus terlintas dengan ape yang terjadi pada diri sendiri sebelum ni...masa tu belum berhenti kerja lagi masih lagi dok buang masa outstation kejab2 offshore, pas tu nak gi luar lak ye le ikut boss l...e nak antar gi maner2...terserah terpaksa ikut sebab tak boleh nak buat keputusan sendiri ape yang kita minat dan ape yang kita nak buat....hehheheh

key...cerita dia macam ni kena turun offshore tak pasti berapa lama...rumah Alor star nak turun offshore kat Kerteh...bawakle kereta sampai kemaman tumpang kereta rumah member pesan gak tlong tengok2 nak guna pun no problem....masa kat offshore dapat call dari member dia cakap kereta accident ingat sikit aje le tanya dia ok le.....bila turun darat terus call member suruh jemput dia datang bawak kereta dia pas tu ajak gi tengok kereta..rasa macam nak menangis kereta tu total loss...tak boleh nak repair sampai dekat rm 30K punya le sayang kat kereta tu dah abis banyak RM make-up kereta dari engine sampai body..huhuhuhuuhu.....pas tu nak kena balik AS lagi dekat nak raya dah tiket bas dah habis termenung gak...ni dah bengang tahap Gaban ni...

Kalau ikutkan hati memang nak mintak member tu ganti balik kereta tu..tapi dok tengok dia baru keja gaji pun tak tau berapa kesian lak....menung kejab masa tu teringat kat mentor (Anis CMC ) kita orang kalau balik kampung selalu jumpa sharing2 cerita....dia cakap kalau ape musibah berlaku kepada kita cuba kita terima dengan ikhlas hati (redha aje) sambil tu tengok balik kat diri kita mungkin ade salah yg kita pernah buat....memang betul ade salah tentang kereta tu ..selalu dok berulang dengan dia tapi claim naik flight kadang2 naik bas aje jadi ade yang tak telus le tang situ...duit claim transport tu tak betul2 bersih jadi tuhan ambil balik ....bila teringat macam tu baru rasa ok...ye le nasib baik bukan kita yang bawak kalau tak tah tahu lagi...jadi dapat le redha pasal kejadian tulak tu tak lama kemudian sahabat tu dia bagi le sikit duit pas tu campur dengan duit claim insurance..alhamdulilah syukur dapat le tukar kereta baru ...heheheh siap koyak plastik lagi....tu le ingat kalau kereta tu tak accident lagi rasanya tak tukar kereta lagi rasanya...tu le kadang2 tuhan tu nak duga kita dengan bagi dugaan sikit pas tu kalau kita redha dengan dugaan seikhlas hati kita dia akan ganti dengan yang lebih baik atau lebih bagus lagi.....buat teman2 semua nasihat saya kalau ape2 dugaan atau musibah berlaku kepada kita terimalah dengan redha dan seikhlas hati ...tu tanda tuhan sayang dan masih ingat kat kita...
See More

JAWAPAN KEPADA SETIAP PERSOALAN

JAWAPAN KEPADA SETIAP PERSOALAN

Bila jawapan kepada setiap persoalan tentang cabaran dan dugaan hidup adalah dengan BERDOA..ramai yang merasakan ianya tidak praktikal...ramai yang masih tertunggu jawapan lain..selain daripada BERDOA..

Sedangkan kalau dia tahu dan dia faham..tiada jawapan yang lebih hebat, tiada jawapan yang lebih praktikal dan rasional, tiada jawapan yang lebih indah selain dari...pada BERDOA dan meminta jawapan dari ALLAH Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Malik..Ya Quddus..

Baru-baru ni seseorang menceritakan di dalam sebuah kelas tentang suaminya kontraktor dah beberapa lama tapi masih tak nampak hasil bisnesnya.Si isteri bertanya, bagaimana cara dia nak tolong suaminya?..

Mentor menjawab,berdoalah..Dia kaku mengharapkan jawapan yang lain.Mungkin tak setuju dengan jawapan tersebut.

Jadi, mentor cakap, kalau kita nak duduki peperiksaan, boleh kah berjaya kalau kita tak ke sekolah?..Si isteri menjawab, tak mungkin berjaya kalau tak ada ilmu...Jadi, dia dah faham..suaminya perlu mencari ilmu dulu baru boleh lulus peperiksaan. Ok fine...

Tapi....

Dia terfikir tak macamana dia nak ajak dan pujuk suaminya ke sekolah?..

Bukankah dia perlu kembali pada Allah Yang Maha Pembuka Segala Jalan?..Bukankah melalui DOA dan meminta-minta pada Allah adalah jalan yang paling tepat dan tiada cara lain yang lebih hebat?..

♥Selamat malam.. 

INGIN MENGUBAH HIDUP

INGIN MENGUBAH HIDUP

Masa zaman kanak-kanak dulu kita sebenarnya dah diajar untuk set apa saja..Kita pasti boleh mencapainya. Kecik dulu, pasti cikgu dan mak ayah jugak sering bertanya, bila besar nanti nak jadi apa? Macam-macam lah yang di sebut..Nak jadi cikgu, doktor atau peguam. Selalunya cikgu suruh pilih 3 saja kan..Tak pernah pulak cikgu kata kita tak boleh..mak ayah pun tak cakap pun tak boleh..Masa tu ingat, semuanya boleh..Berangan setinggi langit pun tak apa..Bestnya rasa, semua boleh buat..

Tapi, bila kita start bersekolah..lebih lama kita bersekolah...otak kita lebih diajar limitkan sesuatu keinginan. Secara tak sedar kita dah diajar untuk semakin tak percaya yang kita boleh capai segala impian kita..Kita dah nampak macam susah nak dapat..Tambah-tambah di sekolah ada peperiksaan. Bila kita dinilai macam tu, yang mendapat nombor 20 ke 30 ke..pasti dia rasa dia bodoh dan tidak sepandai orang lain dan potensi dirinya lemah.Perkara-perkara macam ni membuatkan kita limitkan kepandaian dan kreativiti kita sebenarnya.

Lebih tinggi kita belajar, kita semakin di ajar tentang sekatan-sekatan atau limit seseorang manusia. Banyak perkara yang kita 'kena' buat dan banyak yang kita 'tak boleh' buat ( bukan dari segi agama). Masa ni kita diajar lebih realistic.Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan berangan hingga ke langit. nanti tak tercapai dek awan..Masa ni kita dah pandai pikir, mana boleh aku jadi kaya..logik lah sikit, mak bapak kita dari nenek moyang pun tak kaya..depa pun kerja-kerja biasa saja..

Inilah dia..lama-lama kita rasa dah malas dah nak berangan..dah malas nak berimpian..sebab semuanya rasa tak boleh capai pun..Rasa macam tak praktikal pulak..Masa ni kita lebih mencari yang rasional, yang boleh diterima akal...yang logik-logik je..Yang logik, yang depan mata kita..semuanya bila dewasa, yang lelaki bekerja dengan kerajaan..perempuan pulak jadi suri rumah..(jangan salah faham, bukan salah ye jadi suri rumah..contoh je..). Itu saja lah yang otak kita mampu terima. Kapasiti otak kita setakat itulah...Macamana nak terbukak, sebab orang-orang sekeliling kita pun semua macam tu..hidup biasa-biasa...Hidup bersandarkan kepada berapa gaji yang kita dapat..Otak semakin terhad dengan kapasiti seorang pekerja...

Akhirnya, beberapa tahun lalu, saya buat keputusan..saya perlu keluar dari zon ini!...Saya nak tengok bulan dan bintang semula..Saya ingin mencapai bintang di langit bak kata Yuna..Alhamdulillah, keputusan kecil yang saya buat itu dah merubah kehidupan saya. Saya dah mula bermimpi lagi..Saya mula menanam impian semula..Saya tanya semula pada diri saya, bagaimana kalau saya boleh capai bintang yang tinggi?..

Bermula dengan pertanyaan itulah..saya dan suami berazam untuk keluar mencari ilmu!..Kami dah tak nak hidup biasa-biasa..Suami dah tak nak naik motor pegi kerja, ulang alik dari Subang Jaya ke Sepang..Maafkan saya, bukan salah naik motor..tapi kalau dah mampu beli yang lebih selesa..apa salahnya naik kereta kan..45 minit berulang ke Sepang setiap hari dengan motor..kalau moto besar takpe lah jugak..Ni naik moto kapcai kayyy...EX5 tu je..Boleh sakit badan jadinya...Bukan apa, kami pikir, badan kita ni nak digunakan lebih lama lagi...Kalau tak jaga dia, cepat dia rosak nanti..susah kita..Masa tu kita banyak bergantung pada keupayaan fizikal..Dan kita terlupa kita boleh guna sesuatu yang lebih hebat dan sangat dahsyat iaitu MINDA kita!..

Bila semakin berilmu..Semakin faham betapa dahsyatnya kuasa minda kita..Berangan (visualize) sikit dah dapat..Sebut sikit kat mulut, kejap lagi apa yang disebut pun muncul..Power minda kita ni..Inilah anugerah paling berharga Allah berikan kepada manusia. Gunakanlah sebaik-baiknya..belajarlah bagaimana kita nak lebih faham tentang minda ini. Kerana, jika kita belajar bagaimana nak kawal minda kita ni...kalau kita pandai bagaimana nak beri arahan pada minda kita,dia akan ikut saja arahan kita..Dan kalau kita pandai program dia, insyaallah, segalanya akan menjadi lebih mudah..mudah untuk menggapai bulan dan bintang walau setinggi langit sekalipun!..

WALLAHU'ALAM....


Monday, September 23, 2013

Balik kelas Seminar Jutawan Industri semalam, cerita pada Ina Supervisor kami ni kata-kata sentap Dr.Azizan pasal credit card. Dr. Azizan kata, kenapa bank kejar u? Sebab u lari...Sebab tu lah dia kejar..Patutnya tak payah lari..face it, mengaku saja tak boleh bayar..Betul tu kan, kenalah bertanggung jawab dengan apa yang dah di buat.

Citer pada staff Ina dan Fiqa semalam, dulu kami dah merasa semua tu..Nak beli semua pakai credit card. Pastu pakai sampai habis limit dia. Best je swipe..swipe card masa shopping..dalam hati kata, takper..hujung bulan aku bayar lah..tapi bila sampai hujung bulan, dah ada commitment lain...Tak terbayar hutang credit card..Bertunggak-tunggak jadinya..

Lepas tu bila bank kejar..lariiii...No fon agent credit card tu pun save. Bila dia call je, tak angkat. Itulah dia bak kata Dr. Azizan semalam..dia ada zaman kebangangannya..saya pun ada zaman kebangangan saya..

Lepas dah insaf..dah ada duit, setel semua credit card..Potong semua credit card..Lepas tu pakai cash jer...Rasa macam wahhhhh bestnya dapat bayar dengan cash!..Masa mula-mula pakai cash balik...betul-betul rasa macam orang kaya!..Bila tengok orang lain bayar pakai credit card, rasa hehe..siannn..kena hutang, aku bayar cash!!.. He he jangan marah nooooo...

Sekarang encik suami je yang pegang credit card..senang, hidup rasa aman dan tenang...Ha ha jangan marah yer agent credit card...Tapi yang nak pakai credit card tu bukan tak boleh..tapi kenalah pandai control..kena bayar on time, kalau tak..sampai mati tak habis dok bayar interest dia...

~Salam Sayang~


KISAH KESYUKURAN @ SEMINAR JUTAWAN INDUSTRI - 22 SEPT 2013 @ SACC MALL

KISAH KESYUKURAN @ SEMINAR JUTAWAN INDUSTRI - 22 SEPT 2013 @ SACC MALL

KISAH ADIK BASIT
Semalam, saya sangat teruja bila video adik Abdul Basit, jutawan muda berumur 24 tahun dalam bidang printing ini ditayangkan dalam kelas Seminar Jutawan Industri. Lepas tayangan video tersebut, terus Dr. Azizan interview adik Basit tanyakan pengalamannya secara life. Apa yang nak diceritakan ialah....saya hairan dengan cara penyampaian adik Basit kali ni. Selalu dia sangat agresif, dia sangat konfiden, dia sangat excited bila berkata-kata.

Tapi kali ni lain..Dapat rasa yang dia menyimpan sesuatu dalam dada dia..Boleh rasa dia sebak..sedih..Saya faham apa yang dia rasa.Saya kat belakang pun bila dengar rasa tersentuh sangat-sangat..berlinang air mata saya mendengar kata-kata dia yang sayu..

Dan semalam, bila saya dapat berbual dengan stokis kami adik Abdul Basit ni, yang dah berjaya mendapat sales RM100K sebulan selepas masuk ke kelas IJI 9 bulan yang lalu..Dia kata dia jadi macam tu sebab semua yang berlaku semalam adalah apa yang dibayangkan 9 bulan yang lalu!.. Iaitu semasa dia pertama kali masuk ke IJI. Katanya, masa tu video kami yang ditayangkan..tapi Abdul Basit terbayang video dia yang ditayangkan di dalam kelas dan dia pun duduk di saf paling depan.

Selama ni, dia hanya melihat video pelajar lain..tapi semalam dia melihat video dia sendiri yang ditayangkan...Macam tak percaya katanya..macam terawang-awang..Sangat menakjubkan apa yang berlaku saat tu...Bayangkanlah macamana perasaan dia masa tu..Patutlah bila diajak sharing lepas tu macam ada yang tak lepas je..Kalau isteri dia Liyana ada masa tu..saya rasa boleh banjir SACC MALL semalam...Pasti di mulut dan di hati adik Abdul Basit semalam penuh dengan kata-kata kesyukuran yang tak terhingga pada Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang..

Saya sangat faham perasaan adik Basit..kerana itulah apa yang kami rasa dulu..Especially setiap kali saya ke IMKK (Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan), awal-awal masuk kelas mesti banjir punya..Tambah-tambah bila dengar music 'alpha wave' yang di mainkan..Teringat sangat pada awal-awal masuk kelas tahun 2010, dengan penuh pengharapan..dengan penuh azam yang tinggi untuk berubah..dengan semangat yang tak berbelah bagi lagi...walaupun fees masa tu 390 ringgit sorang kot masa tu..korek sana korek sini..dapat lah jugak ke kelas..Bila teringat balik kenangan 3 tahun lalu..terasa Ya Allah..banyaknya Allah dah beri..Syukur sangat, 1000 kali syukur Alhamdulillah...

Dr.Azizan pun ada sebut semalam dalam kelas SJI ni, 1st rule untuk hidup kaya, berjaya dan diberkati adalah dengan BERSYUKUR!..Katanya, sit down quietly, pejamkan mata...ingatkan kembali perkara-perkara yang best yang berlaku dalam hidup kita..Yang tak best tu tolak tepi..tak payah ingat..ingat hanya yang best-best saja...Ingat kenangan-kenangan indah saja...

Perasan tak, bila kita ingat balik..rupanya, punyalah banyak nikmat, kesenangan, keindahan yang berlaku dalam hidup kita kan?..Banyak sangat..kalau nak dibandingkan dengan ujian-ujian yang Allah turunkan..sebenarnya lebih banyak lagi kenikmatan sebenarnya...Ya Allah...terima kasih Ya Allah...

Dr. Azizan juga mengingatkan kata-kata Allah ini,
"Barangsiapa yang bersyukur dengan nikmatKu, pasti Aku akan tambah lagi."

WALLAHU'ALAM....

Saturday, September 21, 2013

JANGAN BUKAK KEDAI KALAU.........

JANGAN BUKAK KEDAI KALAU.........

Nak buat bisnes....atau, nak berjaya dalam kerjaya..apa yang u kena buat?..Sebenarnya simple, sangat-sangat simple..Tak ada modal pun, senang sangat...Apa yang u kena buat?

U sebenarnya kena bagi FIRST IMPRESSION untuk setiap pelanggan yang u jumpa...tak kisah lah jumpa secara fizikal atau di alam maya...Maksudnya, bila mata bertentang mata....Eh tak boleh ke?..Sori, soriii..ini untuk sama-sama jantina lah..u kena terus SAMBAR HATI dia..TACKLE dia..Make sure sampai ke tahap dengan pandangan mata je dia dah JATUH CINTA dengan u..Contoh je..senang sikit contoh tu,sebab semua orang pernah rasa, kan kan kannn?..

Sebenarnya kan, tak perlu nak kata apa-apa punnn...First impression adalah bila kita beri SENYUMAN...Make sure senyuman tu senyuman yang ikhlas, a heartwarming smile, senyuman yang datang betul-betul dari hati yang paling dalam...Senyuman yang membuatkan orang rasa we love them...we care about them...

Ada satu peribahasa Cina yang best.."Orang yang TAK RETI SENYUM....jangan bukak kedai..!". Sentap kan?...Untuk orang yang tak reti senyum memang sentap! Saya pasti ramai yang sentap sebab kat luar sana saya tengok ramainyaaaaaa orang dalam kategori ni...Tak payah lah nak susah-susah buat bisnes ye Kak Gayah...nak bukak kedai ke...walaupun bisnes internet sekalipun...orang boleh rasa u jenis senyum ke tidak...Perkataan dah boleh melambangkan attitude seseorang sebenarnya....Dan, mereka yang tak reti nak senyum ni..percayalah, orang tak suka pun berurusan dengan u..customer pun tak akan datang dah kedai u..Buang masa je u bukak kedai sebenarnya...buang masa je u buat bisnes sebenarnya...Sooner or later, u rasa bisnes u akan berkembang ke kalau orang tak suka dengan u?..

Senyuman sebenarnya ialah mesej yang menunjukkan diri u..Nak bagi sentap lagi, orang yang senyum dilihat mempunyai hati yang baik..Bukan saya yang kata kay...ini Pak Cik Dale Carnegie yang kata dalam buku-bukunya..Ye lah kan, sebab senyum boleh membahagiakan dan membuat orang happy..

Orang yang tak reti senyum kat orang..tambah lagi bermuka masam dan ketattt...akan membuatkan orang lain lebih STRESS..bukan saja dia yang stress, dia akan menjangkitkan stress dia kepada orang lain..Baik ke hati dia kalau dia suka buat bagi orang lain tak happy?Lagipun, dalam tv pun selalu tunjuk, orang yang tak senyum memang hati dia tak baik..sebab, perasan tak?..Pencuri ke watak orang jahat dalam tv tu..muka depa macamana? Mana ada yang senyum..malah garang je muka dia...Hati dia baik ke?

Contohnya, katakan kita senyum kepada orang yagn tengah stress..stress dengan bosnya ke, dengan anak-anak ke, dengan pasangan ke..Dengan senyuman kita, ia akan membuatkan dia terasa ada HOPE dalam hidup dia...ada JOY dalam dunia ni..Dia akan mula fikir, bukan semua orang teruk, bukan semua orang tak sayang dia...Ada yang sayang dia sebenarnya....

Ada satu kajian mengatakan, orang yang suka senyum boleh manage bisnes dengan bagus, boleh mengajar dengan berjaya, boleh menjual dengan lebih efektif...dan paling best, boleh membesarkan anak-anak yang sentiasa ceria dan happy, tak tension-tension..yang merasakan rumahnya adalah syurganya..yang tak terasa nak merempit..:)

Seriously, bagi saya THE POWER OF SENYUM ni sangat sangat penting!..Inilah sebenarnya TINDAKAN kita yang pertama kalau kita nak buat bisnes..atau nak berjaya dalam kerjaya...Yang dikatakan Fast Action Fast Result tu...inilah dia action pertama yang kita semua kena ambik...Kalau ini pun u all tak boleh buat.....Insyaallah bisnes u gagal...Sebab cuba tengok orang-orang yang berjaya, dalam dan luar negara..Kalau di Malaysia contohnya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tony Fernandez, ramai lagi lahh...termasuk mentor kita....senyum manis kannn?...

Jadi, apa lagi..tiru saja lahhh....Kami pun sekarang, kalau nak ambik staff baru...rasanya lebih rela ambik staff yang tak ada cert apa pun rather than yang ada PHD bagai...asalkan dia boleh beri senyuman yang manis dan ikhlas...Itu requirement kami..tak kira customer service atau yang lain-lain punn...Kalau pengedar kami pulak, kami dah boleh rasa...siapa yang akan boom bisnes dia...kalau jenis yang tak senyum tu, boleh nampak...apa-apa isu pun dialah pakar komplennya..apa-apa isu pun...dialah yang selalu ada jaa tak kena....Yang lain-lain ok pun?...

Bila saya masuk round production pulak, kalau ada yang monyokkk je, memang kena berletiaq la...Saya nak semua manissss dan hepppiiii semasa buat kerja...Ni saya tengah aim sorang pekerja yang memanjang muncung...perkataan yang keluar pun yang negatifff je...Jangan sampai saya kaitkan sifat negatif dia dengan ajaran ibu bapanyaa..tak pasal mak ayah pulak yang salah...Dan sorang lagi saya aim, yang senyum hanya pada boss!! Nampak boss baru nak senyum..dengan pekerja lain.. dia lah raja..dia main hampuk je pekerja Bangladesh atau pekerja Indonesia...No no....tak boleh macam tu..Tak faham-faham lagi, berapa kali dah pesan..jangan double standard!!...I'm watching u!!...:)

Kepada orang yang tak reti nak senyum, percayalah, anda sukar menjadi money magnet...konfem duit pun takut untuk mendekati anda...Percayalah, dengan muka masam dan muka stress anda, semua orang di sekeliling anda...customer anda..pekerja anda....semuanya menunggu hari saja untuk meninggalkan anda..untuk say GOOD BYE pada anda....jangan pasangan anda yang say BAI BAIII sudah!!...Jadi Kassim Selamat lah jawabnyaaa...

Jadi, kalau nak bukak kedai..nak ada bisnes...atau nak lebih berjaya dalam kerjaya, perkara pertama yang kita kena belajar ialah SENYUM...Nampak mudah..nampak tak penting...TAPIII...jangan main-main...perkara ni sangat berperanan untuk bisnes anda..Perasan tak , bila kita senyum je..tiba-tiba hati rasa tenang..hati rasa bahagia...Bila kita tenang dan bahagia, secara tak sengaja....dengan senyuman, ia akan meninggalkan kesan yang mendalam pada ramai orang...Ia membuatkan anda disukai dan disayangi..Bayangkanlah kalau customer menyayangi anda?..Sudah tentu masa depan anda sangat cerah dalam bisnes...Customer atau client suka deal bisnes dengan anda...Apa akan jadi dengan bisnes anda?..Konfem meletop-letoppp!..

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA PENYANTUN (AL-HALIM)
Jika seseorang yang pemarah membaca Ya Halim sebanyak 88 kali semasa kemarahannya nyaris memuncak, nescaya marahnya itu akan reda.Jika cinta salah seorang dari pasangan suami isteri mula pudar, maka dengan menuliskan nama ini pada sebiji epal lalu memakannya akan membantu mengembalikan rasa cinta itu.


Friday, September 20, 2013

22 july- dr azizan shopping kuih raya ;)

Photo: Banyak kuih kt sini tapi sayang tak ada Jajan Jijan! :)p

22 july 2013

KATA-KATA ANIS 2

Nak tahu kita ni orang positif atau negatif ialah melaui cara kita melihat kehidupan ini.

Kalau kita lihat hidup ini sangat susah..perlu struggle..kerja siang malam baru boleh senang..Atau kalau kita rasa orang sekeliling kita semuanya jahat-jahat,penipu dan yang bau-bau bacang..bermakna kita orang yang negatif.

Bukankah yang banyak penyakit, yang murung, yang stress semuanya orang yang negatif?.

Jadi...takkan nak jadi negatif jugak kann?

♥Life is so beautiful♥
************************************************************************************

JANGAN LAH SERIUS SANGAT...

Wahhh...uolsss..ada satu kes tingkah laku manusia yang menarik nii..

Sebelum tu nak explain pasal FB admin manager saya ni adik Azham Ariff. .kalau siapa yg pernah pm kat page saya..dialah yang selalu jawab..

Dia akan jawab macam tengah berborak..friendly sangat..memang terasa best sangat baca jawapan-jawapan dia..

Tapi tadi dapat 1 'pm' komplen.Sebelum ni dia ada t...anya pasal kek.Dan Azham pun dah jawab.takdelah panjang sangat..Dan saya tengok just nice je dia jawab..

Tapi adik ni kata tolong jangan post panjang-panjang sangat,memadai dengan jawapan ringkas saja.Banyak-banyak pun tak minat nak baca..

Wahhh!!..hihi best-best..

Ni bukan nak salahkan dia ke apa..kami faham situasi dia.Mungkin dia nak cepat, tak ada masa nak layan benda mcm ni..

Tapi kan..ni untuk kita lah ye.Just nak sharing jer la.Kalau kita berurusan dengan orang macam berurusan dengan robot..kat mana nak rasa feel nya?..

Lagipun dalam bisnes kami ni,kami ni customer oriented business. Sebab tu lah kami sangat suka build relationship dengan customer.Bisnes kami ni bukan nampak duit duit duit je..Betullll....

The power of love dan express our love tu sangat meresap dalam jiwa kami ni..Dan kami faham yang berurusan dengan kami tu adalah seorang manusia yg ada hati dan perasaan.Bukannya kami bercakap dengan komputer dikk...

Lagipun bisnes kami ni jual kek je pun dik, bukannya contractor ke..buat insurance ke, unit trust ke...x payah formal-formal sangat kot..

Just have fun!!..And dont take it too serious kay darlingssss....

Kami hanya penjual kek coklat♥
**********************************************************************************


ASTAGHFIRULLAH...

Kalau kita tak sukakan seseorang, tak payahlah sampai nak menyakitkan hati dia..sampai nak memburukkan dia..sampai nak menghina dia..sampai nak mengaibkan dia..

Kalau sakit hati sangat, serah je pada Allah..Biar Allah je... yang handle..Betul, yang mana yang tak betul Dia akan tunjukkan..Kita tak perlu ambik alih tugas Dia..

Lagipun kan Allah suruh kita jaga hubungan sesama manusia atau Hablumminannas..Tapi ini tidak, kita mengaibkan manusia...

Apa lah rasanya kalau kita diaibkan sampai begitu sekali kan?..Rasa-rasa kalau kita pernah menyakitkan hati orang..hati kita akan disakiti tak kemudian hari?..

What u give, u get back MORE!!!...

***********************************************************************************


Kalau kita sentiasa memberi..kita sentiasa contribute, tak kisah lah contribute duit ke,.senyum ke, tenaga ke, membuatkan orang lain gembira ke..asalkan kita menyumbang dengan ikhlas..

Insyaallah..tengoklah, apa saja yang kita nak,apa saja yang kita sebut...tup tup dah ada depan mata..tup tup muncul..tup tup dapat..

Fuhh..Miracle!!!..

Have fun!!♥
************************************************************************************

Orang yang SUPER SUKSES bukanlah orang yang tak pernah gagal!..

Tapi, mereka ini tahu walaupun mereka tak berjaya dalam bisnes mereka,..mereka dapat pengalaman yang sangat berguna melalui kegagalan itu.
************************************************************************************
 

Siapa yang ingin berjaya, dia perlu ada kekuatan dalaman yang sangat tinggi! Bukan hanya kuat bila di tolak!..Bukan hanya bersemangat bila membaca kata-kata motivasi je..

Tapi macamana nak kuat?..

Betul, tak semua orang terus kuat, atau dilahirkan terus kuat..Kekuatan itu boleh dibentuk..Tapi dia perlu melalui beberapa proses untuk kuat..

1.Pengalaman sendiri (merasa jatuh bangun bisnes )
2.Car...i ilmu untuk kuat (pegi kelas)
3.Baca buku
4.Berkawan dengan orang yang positif.

Tips tambahan untuk yang belum kahwin:

5.Cari pasangan yang positif (senang sikit kann...tak payah susah-susah nak pujuk ajak masuk kelas..hehe )

Salam kekuatan♥

c & p : Anis Choc Moist Cake
**********************************************************************************

JANGAN KUTUK CUSTOMER

Masyaallah...wahai orang bisnes, janganlah biasakan diri kita ni mengutuk, menyumpah seranah pelanggan kita walau terdetik dalam hati sekalipun..dan walau dia salah sekalipun..

Betul..kita pun bukan malaikat, dan customer pun bukanlah selalunya betul..Kecik hati sikit dengan customer tu perkara biasa..inilah bisnes, tapi jangan sampai ingat nak penampaq dan sepak terajang pulak...uishhh sedih dikk...

Jadilah usahawan yang berattitude dan beretika kalau kita nak lama dan berkekalan dalam bidang perniagaan ni kay..

♥Tegur-tegur manja...
Kak Anis Choc Moist Cake
***********************************************************************************

UBAH HABIT JE

Tahu tak adik-adik..kalau u all nak hidup u all berubah..kalau u nak berjaya, perkara paling pertama yang kita kena buat ialah ubah habit kita dulu..

Habit yang kecik je pun macam start tidur lebih awal supaya dapat bangun tidur lebih awal, atau elak dari main game, atau daripada suka dengar music, start sikit-sikit dengar selawat nabi...atau start cakap pasal nak kaya dan berjaya ...dengan kawan-kawan atau parents..banyak lagi lah contoh yang simple-simple ni...just name it..

Ketahuilah, perubahan yang kecik yang kita buat hari ni...akan memberi kesan yang sangat besar dalam jangka masa yang panjang..

Dan, semakin cepat kita berubah, semakin cepat kita akan dapat rewardnya!..

Berjaya mudamuda lagi best!♥
************************************************************************************

Untuk adik-adik bakal usahawan yang masih tercari-cari idea nak pilih bisnes apa nak venture..

Apa kata pilih saja yang paling u all suka, yang paling senang..tak kisahlah sekecik mana sekalipun..bisnes burger ke...jual chicken wings ke..apa-apa lah..

Yang penting u just pick up something..U never know your passion unless u pick something n go for it!

***********************************************************************************

Orang yang selalu invest masanya dan duitnya untuk diri sendiri adalah lebih berjaya daripada yang tak pernah invest apa-apa untuk dirinya.

At least investlah masa untuk membaca..

Selamat membaca:)♥
**********************************************************************************


Kalau ada pendapat orang yang membuatkan u rasa 'down', cepat-cepat say NO!!...

Kuatkan diri, yakin bahawa kita dah buat keputusan yang terbaik untuk diri kita dan orang tersayang. Katakan dalam hati, walau apa pun orang kata...Saya nak buat jugak..Saya yakin..saya pasti Berjaya!

***********************************************************************************

Walaupun ada minat berbisnes dan tak minat bekerja...Tapi jangan salah persepsi atau memburukkan orang yang makan gaji.

Kalau kita bersangka tak baik dengan orang yang makan gaji, patutlah pekerja kita sendiri asyik tak lekat !..
***********************************************************************************

 

Orang yang putar alam akan berkawan, akan didatangi dan akan terjumpa dengan orang yang putar alam juga.
***********************************************************************************

Orang berjaya ubah cara dia berfikir dan cara bekerja kalau dia gagal , bukan tukar pekerjaan/bisnes!..
 ***********************************************************************************

Ada orang kata dia nak jadi money magnet, tapi dia selalu sebut duit tak cukup...Sentiasa di mulut 'tak ada duit'...

Sampai bila pun tak jadi money magnet lah kalau macam tuuu...

Salam Money Magnet♥
***********************************************************************************

Kalau kita betul-betul sayangkan persaudaraan dan persahabatan kita..sayang jika lama-lama hubungan semakin rapuh dan menjauh...tak payah lah tunggu open house baru nak melawat...

Kalau niat kita betul..bersih dan suci..mereka kan menerima kita dengan hati yang terbuka..

Express our love♥
**********************************************************************************

Dipetik dari buku MIDAS TOUCH oleh Donald J.Trump & Robert T.Kiyosaki..

Becoming a successful entrepreneur is more than a great product,money,education or a strong business plan.Being a great entrepreneur takes intelligence,that is emotional intelligence.

The more challenges you face as an entrepreneur and the better you handle those challenges,the stronger your emotional intelligence becomes.The stronger your emotional intelligence becomes,the better an entrepreneur you will become.That is why becoming an entrepreneur is a lifetime personal development educational process.
*********************************************************************************

Apa saja perasaan yang kita sedang rasai sekarang ini sama ada sedih atau gembira..apa saja yang kita sedang bercakap-cakap atau bermonolog dalam diri kita pada saat ini..mensabotaj diri sendiri atau memberi semangat pada diri sendiri...

Semuanya akan memberi KESAN sangat kuat kepada masa depan kita!..

Pilih sendiri nak rasa apa..dan nak cakap apa..

Suka hatiii :)p

Salam Sayang
************************************************************************************


Orang yang SUPER SUKSES bukanlah orang yang tak pernah gagal!..
Tapi, mereka ini tahu walaupun mereka tak berjaya dalam bisnes mereka,..mereka dapat pengalaman yang sangat berguna melalui kegagalan itu.

Perkongsian daripada Anis Choc Moist Cake

***********************************************************************************

Untuk adik-adik yang nak start buat sistem dealer dalam bisnes anda, anda kena konfiden dengan diri anda dan produk anda dulu.

Kalau anda tak konfiden dengan diri anda dan produk anda..,macamana dealer atau agent anda nak konfiden dengan anda?.dengan produk anda?..
***********************************************************************************

FLEKSIBEL UNTUK BERJAYA

Orang berjaya lebih flexible untuk berjaya..

Apa maksudnya?

Maksudnya...,
Kalau plan A yang dipilihnya tidak berjaya, dia cepat-cepat beralih ke plan B. Pastu kalau tak betul jugak dia tukar Plan C pulak...sampai lah D, E, F atau sampai jumpa..

Tapi yang pastinya...dia terus buat, buat, buat, buat je...sampai akhirnya dia berjaya!.....

Dan orang yang berjaya ni, diorang takde masa nak menyesal dengan Plan A lah..nak komplen tentang Plan B lah..nak menyalahkan Plan C lah...

Yang dia tahu dia hanya perlu teruskan saja..move on dan perbaiki Plan mana yang tak betul! Tak kisahlah walau Plan Z nanti baru dia akan berjaya!

♥Salam kejayaan♥
*********************************************************************************

Untuk adik-adik bakal usahawan yang masih tercari-cari idea nak pilih bisnes apa nak venture..

Apa kata pilih saja yang paling u all suka, yang paling senang..tak kisahlah sekecik mana sekalipun..bisnes burger ke...jual chicken wings ke..apa-apa lah..

Yang penting u just pick up something..U never know your passion unless u pick something n go for it!
*********************************************************************************

Kalau ada pendapat orang yang membuatkan u rasa 'down', cepat-cepat say NO!!...

Kuatkan diri, yakin bahawa kita dah buat keputusan yang terbaik untuk diri kita dan orang tersayang. Katakan dalam hati, walau apa pun orang kata...Saya nak buat jugak..Saya yakin..saya pasti berjaya!
**********************************************************************************

Ada orang kata dia nak jadi money magnet, tapi dia selalu sebut duit tak cukup...Sentiasa di mulut 'tak ada duit'...

Sampai bila pun tak jadi money magnet lah kalau macam tuuu...

Salam Money Magnet♥
**********************************************************************************

Nak tak nak..kalau dah bercampur dengan orang positif..positiflah jadinya...Kalau bercampur dengan orang bisnes..tak lama lagi bisnes jugak kita ye dikk...kalau suka nengambil aura orang kaya...konfem tempias punya lahh..

Tapi kalau tak nak bercampur, nak lari-lari...tak suka jumpa dengan kawan yang positif...tak tahulah...U know what u did last summer!!..He he..
*******************************************************************************




Love what you do..., later on do what you love!..

Dengar tu wahai orang yang bekerja...staff-staff semuaa....Mentor abang dengan akak cakap, kalau you boleh buat benda yang you tak suka dengan baik..you akan lebih baik bila you buat benda yang you suka nanti..

♥Love our staff so muchhhh :)♥
*************************************************************************************




TIPS: Jika ada yang kata produk anda mahal, setuju dulu...Pastu kata lebih kurang macam ni, mengaku bahawa produk yang anda jual bukan yang murah-murahan..Insyaallah mereka akan faham

Sebab bila kita setuju, secara psikologinya prospek tersebut akan jadi cool, akan menjadi kurang tegang.

♥Salam Sayang
**********************************************************************************




Nak buat bisnes, memang ada yang pening-pening sikit...Mana ada sistem yang terus perfect..It's on going process..

Tak nak pening?...

Boleh...

Baik tak payah buat bisnes
**********************************************************************************
 
Kalau kita nak gembira...senang saja, gembirakanlah orang lain..

Kalau kita nak bahagia...senang saja, bahagiakanlah orang lain..

Kalau kita nak dihormati..senang saja, hormatilah orang lain..

Kalau kita nak jadi kaya dan berjaya....senang saja, kayakan dan jayakanlah orang lain.
******************************************************************************

Betul, jika kitalah yang buat..kitalah yang jual dan kitalah yang uruskan semuanya memang sangat menguntungkan..

Tetapi ia tak mungkin sama keberkatannya jika kita berkongsi rezeki itu bersama-sama dengan lebih ramai orang lagi..

♥The Power of  Leverage♥

**********************************************************************************

Start Small Finish Big

Pikirkanlah..nak buat bisnes apa ek yang start simple je..tapi end up bole jadi kaya raya..boleh bantu ramaiiii orang..

Start dengan sesuatu yang kita familiar atau kesukaan kita je...tak payah pikir projek besar-besar, projek juta-juta lagi..

Yang kecik pun kalau ada ilmu...insyaallah boleh jadi sangattt besarrr !!...

♥The power of visualisation♥

**********************************************************************************
Ya Allah...,

Kau perlahankanlah putaran waktuMu...
Kau lambatkanlah pusingan bumi ini..
Kerana kami masih ingin menikmati Ramadhan..
...
Jangan biarkan kami memikirkan tentang pemergian Ramadhan..
Jangan biarkan kami terleka dengan nikmat dunia dan melupakan Ramadhan..
Kerana kami masih ingin menikmati Ramadhan..

Ya Allah, tolong makbulkanlah permintaan kami ini Ya Allah....
*********************************************************************************
Hadiah paling istimewa hari ini, sebagai tanda terima kasih..

Doa solat dhuha pagi ini ditujukan teristimewa untuk
para pelanggan kami,
para stokis kami,
para pengedar kami, ...
para pekerja serta
para supplier dan vendor kami.....juga untuk semua yang membaca.

Ya Allah...,

Kau naikkanlah darjat mereka ini Ya Allah.., Kau makbulkanlah apa saja yang mereka minta Ya Allah.., Kau percepatkanlah proses itu Ya Allah...
Kerana hanya Kaulah Yang Maha Berkuasa Ya Allah...
*********************************************************************************



Orang yang cepat naik dalam bisnesnya akan senang jatuh!

Ye ke macam tu?..

Mana ada... SALAH!!!...

Orang yang cepat naik dalam bisnesnya adalah kerana ilmunya lebih advance! Contoh, ilmu marketing, ilmu sales, customer service dan sebagainya..
Lagipun,dia cepat bertindak..Fast Action, Fast Result!!

Dan dia tak akan cepat jatuh kalau dia jaga silaturrahim..dia jaga solatnya, dia banyak bersedeq...ah, dia selalu senyum dan baik sangka dengan Allah dan manusia lain!...

Dan paling penting, dia letakkan kebergantungan pada Allah Ya Robbi..Yakin rezeki datang dan diberikan oleh Allah Ya Razzaq!..

Salam Sayang
********************************************************************************
BULETIN ANIS CHOCOLATE:

BAGAIMANA SALES BULAN PUASA ANIS CHOCOLATE?..

Shah Alam 18 Julai 2013
...
Sangat mengejutkan!!!...Tak pernah terjadi dalam sejarah Anis
sale bulan puasa seperti tahun ini!

Jika menurut pihak pengurusan,mereka menjangkakan sale akan drop sedikit pada awal puasaseperti 6 tahun lalu.

Tetapi ia disangkal bermati-matian oleh Stokis Serdang/KL Abdul Basit (0134429844) kerana katanya salesnya bertambah 2 kali ganda menjadi 2500 biji kek seminggu!!..

Sama juga halnya dengan Stokis Subang Jaya Nizam (0122606299), kerana katanya setiap malam lepas terawikh dia terpaksa keluar hantar kek kerana order yang luar biasa!!..

Pihak kami merasakan tak lain tak bukan ini berpunca daripada amalan mereka banyak bersedekah pada bulan yang mulia ini dan banyak membuat solat sunat tahajjud, dhuha, solat syukur dan solat taubat..

Tahniah!!...Semoga bulan Ramadhan kali ini sangat memberi makna kepada para stokis dan dealer Anis Chocolate dan sale akan terus meningkat 1000% lagi!..
**********************************************************************************
Walaupun banyak ujian, walaupun sering dilanda kesedihan, walaupun sering diselubungi dugaan demi dugaan...

Namun, lebih banyak nikmat sebenarnya yang Allah kurniakan kepada kita...Nikmat itu hanya akan dapat dilihat oleh mata hati..bagi mereka yang terpilih sahaja..

Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan yang terpilih ini..Kami bersyukur di atas nikmatMu Ya Allah..

Terimalah sujud syukur kami ini Ya Allah..
**********************************************************************************
Sampai bila nak menangis?..Sampai bila nak bersedih?..Sama saja kesudahannya...

Nampak tak, apa saja ikhtiar yang dibuat takkan dapat mengubah apa-apa kalau kita tak bergantung pada Allah Maha Pencipta...sia-sia belaka...

Fokuskan kepada ...
nikmat yang Allah beri...setiap saat ingatkan nikmatNya, letak kesedihan itu di sebelah kita...lupakan seketika...Lebih ingatkan Allah, bersyukur walau hebat ujianNya,ada yang lebih hebat lagi sebenarnya..

Yakin pada Dia...Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu!!...
Dari hati ke hati♥
**********************************************************************************
Assalamualaikum wahai pengedar Anis Chocolate yang tersayang,

Kalau kita dah diberi kepercayaan untuk mengedar kek kita ke sesuatu tempat, jangan kita ambil mudah kepercayaan orang.

Kita tak boleh putus supply, kita kena ambil berat dan faham bahawa jika customer mencari produk dan produk kita kehabisan stok, ia akan memeningkan owner kedai tersebut, dan kita akan membuatkan customer frust..

Se...kali dia frust..ok lagi..tapi kalau berkali-kali frust, dia tak akan cari lagi.Bila customer tak cari, owner kedai akan kehilangan salah satu sumbernya..

Kalau kita tak suka buat service macam tu, seolah-olah kita MENOLAK REZEKI.Seolah-olah macam ni, Allah nak tengok orang ni suka tak dengan order ni, dia service ke tak..Tapi bila kita tak service, bermaksud kita tak excited dengan order tersebut..Bila kita tak excited, Allah akan tarik balik rezeki kita! Masa sale kurang tu, jangan komplen pulak ye!...
**********************************************************************************
 
 

 
 

SMIDEX TALK - KLCC

Made From The Heart sharing session @SMIDEX 13 Kuala Lumpur Convention Centre is over.

Alhamdulillah...Thank you Ya Allah for the great experience..
 

PESANAN UNTUK PENG"ADDICT" KEK ANIS


Oklahh..oklahh....

Ni nak pesan skit untuk penggemar-penggemar dan peng'addict' Anis Chocolate Moist Cake, you all nii...janganlah tak pandai nak kontrol makan kek Anis...

Tak paham lagi ke The power of mind?..Kalau sukaa sangat pun, kont...rol lahh...Apa guna ada minda you all yang power tuu..

Kalau dapat lagi beberapa testimonial macam nii..insyaallah kami try buat yang tak sedap pulak lepas ni kayy...Nak ke?..

Pesanan penaja;

♥Beli takper...takyah makan..bagi hadiah kat jiran.Inilah The power of Sedekah!!...

GEMPAR : RESIPI ANIS CHOC MOIST CAKE TERBONGKAR


GEMPAR : RESIPI ANIS CHOC MOIST CAKE TERBONGKAR

Wahh.. Satu-satu rahsia Kak Anis dibongkarkan. Pagi tadi doa, petang ni resipi pula. Kalau tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan nak tahu, resipi ni kalau nak, kena mendaki tujuh gunung dulu baru bol...eh dapat ok?

Gurau-gurau saja

Sebenarnya, resipi ni telah dikongsikan sejak tahun 2010 lagi di blog Kak Anis. Dikongsi semula hari ni buat santapan mata semua (maaf kalau terliur. Sabar ye? 6 jam saja lagi nak berbuka )

Kepada yang belum pernah mencoba lagi, sila-sila kan lah bereksperimen. Ramai dah yang mencuba dan menjadi.

Kalau nak buat meniaga pun boleh. Abang Junaidy dan Kak Anis izinkan

Dan... Sebenarnya, terlupa nak masukkan lagi satu bahan rahsia.

Secret Ingredient of Anis Choc Moist Cake.

Nak tahu? Angkat tangan \(^^)/

Bahan Istimewa tersebut ialah :

KASIH SAYANG

Selamat Mencuba

Lots Of Love
-Tim Anis Chocolate-

ps : Dipersilakan share gambar ni di wall anda kalau teringin nak buat. Senang nak buat rujukan nanti

SERINGGIT JER...

SERINGGIT JER....

Dulu...saya mula belajar bersedeqah di tempat kerja saya kerana peminta-peminta derma ni suka sangat beramai-ramai ke ruang legar ofis saya setiap hujung bulan atau hari gaji..Macam tau-tau saja.. (dalam hati saya).Mula-mula saya buat donno je, buat-buat tak faham...maklumlah kerja hebat lah sangat..tapi 'tak berapa cukup'..

Dalam hati berkata, Allah tak marah kot kalau tak bagi..., sebab untuk keperluan keluarga pun tak cukup..Lagipun itukan derma..bukan paksaan, kena bagi dengan ikhlas hati kan...

Tapi makin lama baru terperasan, seorang ofis mate ni, Suzette namanya..setiap hujung bulan dia pasti menderma, yang nampak setiap hujung bulan la, yang tak nampak sure byk lagi tu . (Thank u Suzette for the lesson!)..dan dia ni mmg dah kaya raya dari dulu-dulu lagi..

Patutlah kami dulu sentiasa BOCOR..Masuk sikit bocor sikit..masuk banyak bocor banyak..macam tu lah silih berganti..Tapi sejak dah faham tentang bersedeqah alhamdulillah..seronoknya..rupanya inilah punca kekayaan..kena banyak memberi..memberi..memberi...

Dulu beri sebulan sekali..masuk pun sebulan sekali..Alhamdulillah Bila start beri seminggu sekali..masuk pun seminggu sekali..Syukur..Sekarang, dah tak senang hati kalau tak cuci kolam hari-hari..kerana barulah masyuk pun hari-hari ..

A soft reminder untuk adik-adik yang baru nak berbisnes..Walaupun bisnes belum bersinar-sinar sgt lagi..Kolam tu kenalah cuci hari-hari..kata nak masyuk hari-hari...

Cucilah kolam tu macamana pun ATLEAST kena keluarkan seringgit saja sehari consistently setiap hari..Senang je seringgit tu, setiap hari masukkan di tabung mesjid ke..ataupun sedeqah kat budak2..anak kawan-kawan ke..anak2 jiran ke..ataupun setiap kali kita bershopping hari tu..lebihkanlah seringgit utk makcik nasi lemak ke, abg keropok lekor ke, atau abg jual ikan kat pasar tu ke..ishhh..mesti mereka ni terharu..kerana selama ni customer asyik mintak kurang je, ni makhluk planet mana pulak ni, lain dari yang lain...

Yang penting mmg kena beri..beri..beri..cobsistently..Dah tak nak dengar ada yg kata, bisnes tak ok lagi..gaji saya kecik...nak hidup pun tak cukup...Siapa yg masih kata macam tu bermakna dia masih tak faham-faham lagi..masih tak dapat ler tu .Bermakna dia masih belum menjadi insan terpilih...kata kat orang sebelah,"KESIAANNNN...."
See More

JEMPUTAN SMIDEX TALK 12-14 JUNE 2013





Syukur Alhamdulilah - Anis Food Sdn Bhd menerima jemputan drp SME Corp utk sessi bisnes sharing dlm majlis bertaraf antarabangsa pada 14hb Jun 2013 di KLCC... .terima kasih semua yg berikan sokongan & million thanks kpd mentor kami Dr Azizan Osman yg mendesignkan kami ke tahap ini.

YANG ELOK DISOROK..YANG BURUK DISEBARKAN...(short)

Kesian la dengan orang kita ni...Yang buruk-buruk suka diperbesarkan..digembar-gemburkan..suka diaibkan..

Yang elok-elok, yang bagus..yang tolong orang disuruh sorok-sorokkan..disuruh diam-diamkan..disuruh sembunyikan...

Tapi tak la pelik, memang itu sifat manusia...manusia biasa-biasa memang suka dengar citer-citer HOT!!...Lagi panas lagi dia suka..lagi memalukan orang lagi dia syok..Dia pun ta...mbah perisa lagi..

Sebab tu lah ada akhbar tabloid tau dekkk....

Kesian tauu..orang kita jugak yang macam tu..Apa kata kalau ada yang orang buat salah kat kita..kita doakan orang tu semoga berubah..
Tak payah dimalukan..

Dan..kalau ada berita yang baik walau tentang siapa pun..apa salahnya kita memuji?..Adakah Allah suruh kita hanya mengeji orang?..Hanya menjaja keburukan dan kesalahan orang?.

Boleh tak kita stop kata tentang orang dan start berdoa kepada orang?

Salam Sayang

MENGHARGAI GURU

MENGHARGAI GURU

Kalau betul guru kita itulah yang membuka minda kita, yang menampakkan sama ada kaca atau permata..yang membuatkan bisnes kita huru-hara, yang membolehkan kita berkongsi rezeki dengan orang lain, yang membahagiakan kita sekeluarga, yang tiba-tiba menjadikan kita orang luar biasa, yang menampakkan jalan dan peluang, yang tiba-tiba kita terjadi besar..walhal dulunya sekecil kuman, ...tidak dipedulikan...

Bermakna, guru tersebut wajib diberi penghargaan.Sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih padanya, walaupun tak pernah dia mintak balasan..Dia sekadar ingin melihat kejayaan anak muridnya..

Dia cukup puas kalau anak muridnya memahami ilmunya dan mengikuti jejak langkahnya iaitu bersama-sama berkongsi dan menambah nilai hidup lebih ramai orang lagi.

Jangan jadi anak murid yang derhaka, bila dah berjaya..sengaja terlupa bahawa semua itu adalah ilmu dari sang guru, terasa kejayaan diri akibat kepandaian sendiri, akibat kehebatan diri..Ego nak mengaku tentang si guru, tak nak dikaitkan dengan sang guru..Takut diri diperlekehkan..takut diri dipersendakan..Takut hilang harga diri..

Memang ilmu itu adalah hak Allah..Allah jua yang mengurniakan ilmu pengetahuan.Sang guru cuma penyampai ilmu, cuma menjadi perantara..ALLAH TETAP PALING UTUH!!

Tapi..tak salah untuk kita beri penghargaan pada guru..kerana, ada hadis mengatakan lebih kurang berbunyi begini, " Barangsiapa yang tidak berterimakasih dengan manusia, maka dia tidak akan berterima kasih dengan ALLAH".

Nampak tak? Tak salah kan kita berterima kasih pada manusia?.. Sedangkan, kalau anda memahaminya...walau dengan kata keramat TERIMA KASIH saja pada seseorang,hidup kita akan lebih bermakna dan diberkati.Kerana, kata terima kasih merupakan langkah kesyukuran kita pada Allah Yang Maha Besar.Dan dengan kata terima kasi, rezeki kita akan bertambah dari hari ke hari..Allahu Akbar!!

Apapun tindakan kita, kata-kata kita..segalanya bergantung pada NIAT.Jika bersih suci niat kita, insyaallah hasilnya juga akan jadi putih bersih..Tapi jika kotor hina niat kita, hasilnya juga akan hitam belegam..

♥Terima kasih Dr.Azizan Osman & Dr. Azhar Sarip serta semua guru sekolah dan juga guru kehidupan.
See More

PELUANG BESAR (short)

Sebenarnya kan..,peluang bisnes ni sangat banyak..dan ada di mana-mana saja.Tapi bukan semua orang nampak dan perasan dengan sesuatu peluang.

Tapi kita sebagai orang bisnes kena selalu alert dengan peluang kerana peluang ni datang tak ada bunyi..tak ada siren supaya orang boleh sedar kedatangannya.

♥Mintak pada Allah supaya kita nampak peluang yang ada ye dik♥

BULETIN: LUCKY DRAW UNTUK PARA PENGEDAR

BULETIN ANIS CHOCOLATE:

LUCKY DRAW UNTUK PARA PENGEDAR

Assalamualaikum Stokis-stokis Anis Chocolate yang tersayang, semoga semuanya dalam keadaan sihat dan rezeki mencurah-curah hendaknya.

Untuk pengetahuan semua, kami pihak syarikat akan mengadakan lucky draw setiap bulan untuk para pengedar anda.

Caranya begini, setiap bulan kami memerlukan komitmen anda untuk memberi 1 nama pengedar anda y...ang terbaik dari segi performance (jualan bulanan tertinggi) dan attitude (subjektif ).

Bersedia dengan nama tersebut setiap 30 haribulan dan please submit nama tersebut di fb page Anis Choc Moist Cake.

Lucky draw ini akan berlangsung selama setahun mulai bulan September 2013 ini.Kata CEO Tuan Junaidy, HADIAH MISTERI menanti anda, yang pastinya hadiah best-besttt!!!....Tungguuuu!..

Terima kasih,
Tuan Junaidy Abu Bakar
CEO Anis Food Sdn.Bhd
See More

TAK NAK KAYA SEBAB TAKUT DIROMPAK?

TAK NAK KAYA SEBAB TAKUT DIROMPAK?

Cuba buat survey sikit sebelum kita percaya dengan apa yang kita percaya itu. Berapa banyak rumah orang kaya yang dirompak? Atau adakah lebih banyak rumah orang tak berapa kaya yang dirompak? ..

Kenapa?...

Kerana..ramai orang suka sebut-sebut di mulut tentang perkara itu..Dia tak nak kaya sebab bila kaya nanti...rumahnya akan dirompak?..Ha ha ha..kalau macam t...u semua orang melayu ni tak payah jadi kaya lah ye?..Bayangkan kalau tak ada orang melayu jadi kaya di Malaysia ni?..Pasti hidup kita tertindas kan?..Berterima kasih tak dengan orang-orang kaya sebelum ni, yang menyebabkan kita ada POWER!..Tapi kalau semua tak nak kaya...macamana nasib kita nanti?..

Okay sambung balik pasal takut masuk pencuri ni..Kenapa sebenarnya rumah orang tak berapa kaya yang selalunya dirompak berbanding dengan rumah orang kaya?..Sebenarnya, kalau kita boleh bongkar otak mangsa rumah yang dimasuki perompak itu...pasti penuh dengan kepercayaan takut rumah dimasuki pencuri!..Sebenarnya minda dia dah Nampak situasi rumahnya dimasuki pencuri..Doa sendiri yang sebenarnya create situasi itu..Dia sendiri yang sebenarnya tarik situasi tersebut itu..

Saya tak cakap kosong...Kerana saya sendiri pernah mengalaminya pada tahun 2010..Masa tu jiran kiri kanan kami terang-terangan nampak dan sememangnya mereka ni orang kaya..Tapi kami yang di tengah-tengah ni biasa ja...Tak ada apa-apa pun dalam rumah kami ni...Rugi je kalau pencuri masuk...he he..

Tapi, kenapa dia pilih rumah kami?..

Kerana...salah saya juga!..Saya selalu ternampak atau orang kata 'ter'imagine yang bukan-bukan.Betul, saya dah sedar apa yang saya buat tu salah..Saya sendiri yang menarik situasi tu untuk berlaku..

Dan yang menariknya, barang-barang saya terselamat pulak..pencuri tak nampak barang saya..Tapi duit raya anak-anak habis dicuri.Masa tu baru lepas raya jugak..Suami katakana pada anak-anak, tengok tu...barang mama semuanya terselamat sebab mama kan selalu amalkan baca ayat kursi..Sebab tu lah barang adik dengan abang je dicuri!..

Tiba-tiba saya terfikir, nampak tak betapa kuatnya ayat kursi!..The Power of Ayat Kursi tu!..Walaupun pencuri masuk, tapi tak dapat curi!..Adakah ayat kursi lebih kuat daripada tarikan minda kita?..Dan walau apa pun ini bermakna, kritikal kan tentang tarikan minda ni?..Kita sepatutnya focus dengan perkara yang kita nak, bukan perkara yang kita tak nak!....

WALLAHU'ALAM....

~The Power of Ayat Kursi ~