SALAH PROGRAM
Untuk mencari jalan ke arah kekayaan dan kejayaan, kita perlu tahu puncanya dulu kenapa kita tak dapat capai apa yang kita impikan selama ini.Kita juga dah tahu sejak dari kecil lagi kita dah diprogram oleh ibu bapa kita,kawan-kawan kita, guru-guru kita, dan orang sekeliling kita. Program-program itu sama ada positif atau negatif dah menjadi habit dalam perjalanan hidup kita.
Berapa umur anda sekarang? Kalau sampai sekarang kita belum berjaya lagi, itu bermakna kita dah disalah programkan. Program yang dimasukkan atau di 'installed' dalam minda kita adalah program-program yang negatif. Bila kita dah membesar dengan program ini dan percaya dengan program ini..ia dah menjadi sistem kepercayaan dan pegangan kita.
Contoh program negatif yang kebanyakan dari kita alami ialah kita diajar dan diasak dengan perkataan TIDAK!..JANGAN!...atau TAK BOLEH!!...Sebenarnya ada kajian yang dijalankan, pada 18 tahun pertama hidup kita, kita dah diajar dan dibiasakan menyebut dan menerima perkataan TIDAK/JANGA/TAK BOLEH ni sebanyak lebih daripada 148 000 kali!.. Tapi itu kalau 18 tahun. Kalau kita dah double umurnya, cer kira..Bermakna dah hampir 300 000 kali sebut perkataan-perkataan yang tak best tu!..
Bila ingat-ingat semula selama 18 tahun pertama kita hidup, berapa kali pula kita diajar atau menerima kata-kata seperti 'BOLEH BUAT' dan 'BOLEH CAPAI APA YANG KITA IMPIKAN DALAM HIDUP' ?..Perkataan 'NAK' atau 'BOLEH' boleh dikira berapa kali saja disebut sepanjang hidup kita.Sangat-sangat berbeza dan tak seimbang antara perkataan BOLEH dan TAK BOLEH.
Inilah program negatif yang PERTAMA dan PALING BANYAK di 'installed' dalam minda kita sehingga ke hari ini. Tapi memang kita tak sedar semua ni berlaku. Ia datang dari ibu bapa kita (maafkan saya, sebenarnya..ibu bapa pun dapat dari nenek-nenek moyang kita), abang, kakak, makcik, pakcik, kawan sekolah, kawan ofis, suami atau isteri kita, bahan-bahan bacaan seperti surat khabar, drama-drama TV, Berita TV, radio, pengacara radio dan banyak lagi..Maafkan saya, bukan nak menyalahkan atau menuduh..tapi ini adalah realiti..
Lagi best pula, kajian tingkah laku manusia mengatakan 77% daripada apa yang kita fikirkan sebenarnya adalah negatif semata-mata. Dan inilah yang menjadi punca kepada kegagalan hidup. Pengkaji ilmu perubatan pula mengatakan 75% daripada segala penyakit sebenarnya adalah disebabkan oleh pemikiran negatif si pesakit. Patut lah kan....cer tengok muka orang yang negatif, tak nak senyum..masam..menyalahkan orang..Kalau anda terjumpa orang seperti itu, kalau ditanya..sebenarnya dia sedang berlawan dengan penyakit sebenarnya. Mungkin bukan semua..tapi saya pernah jumpa beberapa orang macam tu..bila diceritakan yang dia sedang sakit, terbayang saya mukanya, bahasanya, tindakannya yang negatif masa saya pertama kali berjumpa dengannya. Kesian tau...terasa nak tolong, tapi tak tercapai dek tangan ni...
Kita tak perasan pun sebenarnya tentang program-program yang salah ini. Hari demi hari, tahun demi tahun, perkataan demi perkataan yang kita terima..dah diprogramkan masuk dalam minda kita. Perkatan ini dah menjadi skrip hidup kita. Dari setingkat, menjadi 2 tingkat, dan akhirnya menjadi bertingkat-tingkat tebalnya system kepercayaan kita terhadap skrip tersebut.
Bila kita dah percaya dengan apa yang diberitahu oleh orang sekeliling kita, dan kita percaya apa yang kita dah beritahu diri kita, kita secara tak sedarnya menganggap semua kepercayaan itu adalah BETUL. Dan ia akan terus melekat dan tersemat dalam hati kita. Ia akan menjadi semakin parah jika apa yang kita percaya itu dah boleh main emosi kita. Kalau dah sampai tahap macam tu, ini bermakna ia dah betul-betul sebati dalam diri kita..
Kalau perkataan yang sama ini kita dengar dan sebut berulang-ulang kali..beratus-ratus kali, atau beribu-ribu kali..Contoh orang katakan pada kita atau kita katakan pada diri kita yang 'aku tak boleh dapat apa yang aku impikan' atau 'aku tak boleh buat'.Akhirnya, secara tak sedar itulah yang kita akan percaya..Kita akan hidup mengikut apa yang ada di minda kita, apa yang kita katakana pada diri kita..Nampak tak betapa hebatnya kuasa 'REPETITION' atau 'PENGULANGAN'.? (Perasan tak, sebab tu lah sistem KUMON adalah membuat latihan berulang-ulang..).
Ini bermakna, kalau kita nak berjaya, kita perlu REPROGRAM minda kita. Sebelum reprogram, kita kena 'delete' atau padam dan gantikan program lama dengan program yang baru dulu. Bila dah delete, barulah kita gantikan dengan program yang baru. Dan bila dah dapat install program positif yang baru kita kena faham The Power of Repetition ini. Bermakna kalau kita nak kaya dan berjaya, kita kena selalu sebut je lah AKU KAYA DAN BERJAYA. Ulang..ulang..ulang selalu..(Itu yang mentor kita ajar, kan?..).
Macam senang bunyinya nak kaya dan berjaya, hanya bermula dengan berkata-kata positif, berulang-ulang kali tapi dengan penuh emosi, insyaallah semuanya akan terjadi. Kerja kita sebut saja.Macamana nak jadi, bila nak jadi..semuanya kita serahkan pada Ya Allah Ya Rahman,,Ya Rahim sahaja...Hanya Dia yang melorongkan yang terbaik buat kita. Kalau kita yakin dengan Dia, insyaallah semuanya akan diatur mudah dan indah saja..
WALLAHU'ALAM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment