Friday, September 20, 2013

TAK NAK KAYA SEBAB TAKUT DIROMPAK?

TAK NAK KAYA SEBAB TAKUT DIROMPAK?

Cuba buat survey sikit sebelum kita percaya dengan apa yang kita percaya itu. Berapa banyak rumah orang kaya yang dirompak? Atau adakah lebih banyak rumah orang tak berapa kaya yang dirompak? ..

Kenapa?...

Kerana..ramai orang suka sebut-sebut di mulut tentang perkara itu..Dia tak nak kaya sebab bila kaya nanti...rumahnya akan dirompak?..Ha ha ha..kalau macam t...u semua orang melayu ni tak payah jadi kaya lah ye?..Bayangkan kalau tak ada orang melayu jadi kaya di Malaysia ni?..Pasti hidup kita tertindas kan?..Berterima kasih tak dengan orang-orang kaya sebelum ni, yang menyebabkan kita ada POWER!..Tapi kalau semua tak nak kaya...macamana nasib kita nanti?..

Okay sambung balik pasal takut masuk pencuri ni..Kenapa sebenarnya rumah orang tak berapa kaya yang selalunya dirompak berbanding dengan rumah orang kaya?..Sebenarnya, kalau kita boleh bongkar otak mangsa rumah yang dimasuki perompak itu...pasti penuh dengan kepercayaan takut rumah dimasuki pencuri!..Sebenarnya minda dia dah Nampak situasi rumahnya dimasuki pencuri..Doa sendiri yang sebenarnya create situasi itu..Dia sendiri yang sebenarnya tarik situasi tersebut itu..

Saya tak cakap kosong...Kerana saya sendiri pernah mengalaminya pada tahun 2010..Masa tu jiran kiri kanan kami terang-terangan nampak dan sememangnya mereka ni orang kaya..Tapi kami yang di tengah-tengah ni biasa ja...Tak ada apa-apa pun dalam rumah kami ni...Rugi je kalau pencuri masuk...he he..

Tapi, kenapa dia pilih rumah kami?..

Kerana...salah saya juga!..Saya selalu ternampak atau orang kata 'ter'imagine yang bukan-bukan.Betul, saya dah sedar apa yang saya buat tu salah..Saya sendiri yang menarik situasi tu untuk berlaku..

Dan yang menariknya, barang-barang saya terselamat pulak..pencuri tak nampak barang saya..Tapi duit raya anak-anak habis dicuri.Masa tu baru lepas raya jugak..Suami katakana pada anak-anak, tengok tu...barang mama semuanya terselamat sebab mama kan selalu amalkan baca ayat kursi..Sebab tu lah barang adik dengan abang je dicuri!..

Tiba-tiba saya terfikir, nampak tak betapa kuatnya ayat kursi!..The Power of Ayat Kursi tu!..Walaupun pencuri masuk, tapi tak dapat curi!..Adakah ayat kursi lebih kuat daripada tarikan minda kita?..Dan walau apa pun ini bermakna, kritikal kan tentang tarikan minda ni?..Kita sepatutnya focus dengan perkara yang kita nak, bukan perkara yang kita tak nak!....

WALLAHU'ALAM....

~The Power of Ayat Kursi ~

0 comments:

Post a Comment