BESTNYA BERSYUKUR....
Saya dapat rasa masih ramai lagi yang belum faham dan 'dapat' apa yang dimaksudkan dengan 'THE POWER OF GRATITUDE'..ataupun bermaksud KELEBIHAN BERSYUKUR. Mereka tak faham bahawa dengan bersyukurlah akan menambah lagi kegembiraan hidup, dengan bersyukur kita akan mendapat nikmat Allah dengan lebih banyak lagi.
Tapi kadang-kadang kita terlupa tentang nikmat-nikmat ini kerana terlalu sibuk mencari yang kita belum dapat. Kita terlalu kejar impian kita..sehinggakan terlupa untuk celebrate apa yang kita ada..apa yang kita dapat. Selalunya kita akan kata macam ni...Aku akan gembira bila dah dapat ini..dah dapat itu..dapat pergi sana..dapat pergi sini...Tapi bila dah dapat capai impian tersebut, kita sibuk pula untuk capai the next target..buat target yang lebih besar..Kita terlupa nak bersyukur dengan apa yang kita dah dapat..Terlupa nak rasa 'happiness' tu..
Jangan salah faham pulak..tak salah nak target yang lebih besar..Tapi, bersyukurlah dulu..Be in presence dulu..Sebab, bila kita bersyukur dengan apa yang kita dah dapat, kita akan dapat lebih lagi.Senang sangat!!...Ini tidak, setiap kali jumpa, tak lekang di mulut..saya tak boleh tidur lah,memikirkan sale semakin kurang..Kesiannya...bukan kesian pasal sale semakin kurang..Tapi, kesian kerana setiap kali jumpa, itu saja yang keluar dari mulut..Sedangkan bisnes tu ada..mungkin kurang dari dulu, tapi pointnya ialah, selama yang dapat tu...banyak bersyukur tak?..Bersyukur kat mulut saja atau betul-betul rasa dari hati? Bersyukur depan orang saja atau memang selalu sebut bila bersendirian dengan Allah?
Minta maaf ye, saya bukan apa..rasa kesian kerana ada yang tak faham lagi maksud 'bersyukur' ni. Bersyukur sebenarnya paling POWERFUL!..Bila kita bersyukur di atas setiap tindakan dan outcome yang kita dapat sepanjang hari...Tak kisahlah walau bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana memberi kita air untuk diminum dan menghilangkan dahaga kita..Walau sekecik itu kita bersyukur..tengoklah...kita akan diberi nikmat lebih banyak lagi!..
Kita kena betul-betul jaga mulut kita..Jangan sebut perkara yang bukan-bukan.Jangan jadikan ia sebagai habit yang suka cakap yang negatif. Ada ramai yang suka cakap macam ni, sale saya drop..sale saya tak macam dulu...Ini negatif tau tak?..You ingat sale you sorang je yang drop ke? Lepas raya ni..sale kami jugak sama..customer walk in pun tak lah ramai macam dulu..Tapi, saya tak fokus kat situ.Saya tak suka nak sebut perkataan 'sale drop' walaupun sale saya memang betul-betul 'drop'. Faham tak? What you focus on will expand...
Ni siap sibuk nak ambik tau kenapa ye dealer ambik kek 50 saja?..Kenapa dia tak tambah-tambah ambik kek? Tak salah nak tahu sebab musababnya..Tapi sepatutnya, sebelum buat investigation tu...Tanya diri dulu...apa yang aku dah buat untuk dealer ni?..Dah buat coaching untuk dia tak? Dah bagi dia nampak tak bisnes ni boleh membantu dia? Dia tak nampak lah tu kalau dia tak increase sale dia..Kalau dia nampak jelas, insyaallah jadi macam sesetengah dealer tu...Siap dah beli chiller, dah nak bukak kedai... Atau you dah inject dia dengan testimonial yang best-best tak (tapi mesti testimonial yang betul, jangan dok reka-reka cerita pulak kay..)? Pastu, ada tak build relationship dengan dia? Masa dia buat bayaran beli kek tu..rasa apa dalam hati? Rasa seronok sebab duit nak masuk ke atau ada rasa nak tolong sangat dealer kita ni..atau siap doa semoga bisnes kek ni dapat membantu dealer ni...Jawablah sendiri dalam hati..
Walaupun 50 biji kek, walaupun 100 kek..Bersyukurlah...jangan ada rasa sesuatu yang tak best pada dealer tersebut. Bila kita terlampau rasa 'geram' sebab dealer kita tu asyik ambik 50 kek je...Kita akan menarik lagi situasi itu..Minggu depan, dia order 50 kek lagi..geram lagi...lepas tu dia kan order 50 kek lagi..masa ni tak geram dah..tapi dah nak marah pulak...Kenapa nak fokus sangat kat situ? Kalau kita concentrate sangat kepada benda-benda yang kita belum dapat, kita tak akan pernah rasa puas..selalu rasa tak cukup saja...Untuk orang yang tak bersyukur ni, mereka sebenarnya menderita kekurangan di tengah-tengah kekayaan yang melimpah.Allah meninggalkan mereka sendirian dengan hawa nafsu mereka,sifat tamak yang tak kunjung dipuaskan.
Yang belum dapat ni, bila kita list down..kita serah je pada Allah. Orang yang betul-betul serah..betul-betul surrender...Dia tak akan fikir dah..dah let it go!.Dia yakin satu hari nanti pasti dapat..satu hari nanti pasti Allah bagi..tak payah fikir bila masanya? Sebab sekarang Allah tengah menguji kita..boleh tak kita handle kalau Dia nak bagi apa yang kita minta..Tapi, kalau sedikit dugaan pun kita dah tak boleh nak handle, macamana Dia nak bagi lagi?..Bila Dia test bagi sikit dulu...nak tengok kita bersyukur ke tak..Tengok-tengok kita asyik merungut sale drop..sale drop..macamana Dia nak bagi lagi kalau sikit pun tak bersyukur..bila banyak nanti lagi la dia terlupa nak bersyukur..
Ingat balik, apa yang kita ada dulu? 10 tahun dulu? 20 tahun dulu? 30 tahun dulu?..Banyak yang kita dah dapat sekarang kan? Bersyukurlah...Jangan kedekut bersyukur..Carilah cara bagaimana nak rasa bersyukur dalam semua perkara yang berlaku dalam hidup kita. Apa yang saya boleh share ialah..selepas saya tahu The power of gratitude ini, sebelum tidur..saya amalkan menulis dan mengucapkan terima kasih pada Allah di atas setiap perkara yang berlaku dalam hidup saya di sepanjang hari. Termasuklah bersyukur kerana memberi saya mata yang terang untuk saya dapat membaca, dapat saya melihat kecantikan alam ciptaan Allah..Bersyukur diberi tangan yang kuat, yang sihat..dengan tangan lah saya dapat memandu, dapat mengangkat barang..
Macam semalam, saya bersyukur dapat berjumpa dengan 2 orang rakan niaga yang positif, dari merekalah saya belajar supaya saya sentiasa kuat semangat dalam bisnes..Bersyukur dapat tegur seorang customer hari ni..dan ini membuatkan dia gembira..Bersyukur dapat traffic light hijau je hari ni..jadi mencepatkan perjalanan saya..Bersyukur ada staff yang baik-baik, menyenangkan kerja saya, boleh fokus kepada perkara yang lebih besar...
Adik-adik pernah buat tak semua ni? Kalau masih tak nampak..masih tak nak buat..Saya pasti sampai bila-bila pun you akan datang merungut pasal sale..Sedangkan orang lain ok je...Tapi once kalau you dah start praktis bersyukur ni setiap hari tanpa miss..insyaallah anda tengoklah, hidup anda akan mula berubah!..
WALLAHU'ALAM...
ALLAH MAHA MENSYUKURI (Ya Syakur)
Segala kebaikan adalah berasal dari Allah.Orang seperti itu selalu bersyukur. Tetapi dia juga menyedari bahawa kurnia Allah disebarkan melalui tangan hamba-hamba Allah yang baik dan dia pun berterima kasih kepada mereka.
Rasulullah SAW bersabda, " Orang yang tidak berterima kasih kepada manusia tidak akan mampu bersyukur kepada Allah".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment