Friday, September 27, 2013

HEBATNYA KUASA MEMBERI KEMAAFAN....

HEBATNYA KUASA MEMBERI KEMAAFAN....

Semalam kami berjumpa dengan beberapa pengedar kami yang datang dari Kuantan.Mereka datang untuk menimba ilmu IJI (Intensif Jutawan Industri) di PWTC hari ni. Bila dah ramai berkumpul, apa lagi..semua nak menceritakan pengalaman masing-masing.

Kisah seorang dealer ni sangat best. Penuh dengan pengajaran. Ilmunya adalah ilmu yang sedang saya cuba dalami sekarang ini. Alhamdulillah, bila mereka menceritakan pengalaman mereka, saya semakin dapat memahami ilmu MAAF & REDHA...

Cerita dia macam ni. Dealer kami Yati (bukan nama sebenar) baru-baru ni dapat supply kek 'Anis' atau kek love ke cafe di sebuah universiti. Al-kisahnya, pakcik ni sangat baik orangnya..dia sangat support Yati dan suaminya berbisnes. Disebabkan jualan untuk kek  sangat menggalakkan di kafenya..Pakcik tersebut semakin baik dengan Yati suami isteri. Bukan setakat dia offer Yati dan suaminya supply ke sebuah kafenya, tapi ke tiga-tiga kafenya yang baru dapat masuk.

Di kafe baru tersebut, Yati pun offer pakcik ni untuk masukkan chiller, supaya dia boleh supply dalam kuantiti yang besar dan kek akan tahan lebih lama. Dan pakcik ni pun setuju. Alhamdulillah, dari hari ke hari..jualan kek semakin menggalakkan..

Pada satu hari...(saspen..), Pakcik owner kedai tersebut nak buat opening kedainya, dan dia mintak nak beli sample kek untuk diberikan kepada pelanggan-pelanggan barunya. Saiz kek sample sebenarnya lebih kecil dari kek yang selalu dijual.

Keesokan harinya, bila Yati datang untuk hantar kek, dia tengok kek sample tu ada di masukkan dalam chiller jugak. Disebabkan saiznya yang lebih kecil, Yati risau kalau ia display kat dalam chiller tu, takut pelanggan dah tak nak beli yang saiz sedang dan besar. Jadi, Yati bagitau pada anak Pakcik owner ni, janganlah letak dalam chiller tu..takut orang nak beli yang kecik yang sample tu..takut kek-kek lain TAK LAKU.

Biasalah kan? Bagi kita ni adalah perkara biasa..Tapi sebenarnya impactnya sangat besar kalau kita tersalah cakap. Rupanya, anak pakcik ni mungkin tersalah cakap. Pakcik ni dah naik hangin!..Dia telefon Yati, suruh datang ke kafenya. Bila ditanya kenapa, dia kata datang sajalah..Yati tak sedap hati, dia takut nak pergi sorang-sorang. Diajaknya suami dia pun ikut sekali.

Bila sampai ke kafe pakcik tersebut, mereka pun bersemuka lah..Pakcik tersebut memulakan, katanya.."Saya tengah marah ni...saya marahkan isteri Tuan ni..." sambil matanya hanya melihat suami Yati, langsung tidak dipedulikan dengan Yati ni. Langsung dia tak alih pandangan pada Yati, yang duduk di sebelah suaminya. Suami Yati pun risau lah..Yang si Yati ni terus diam tak mencelah langsung...

Bila ditanya oleh suami Yati kenapa Pakcik marah sangat pada isteri dia. Rupanya , Pakcik ni sangat sensitif dan tak nak langsung atau pantang dengar perkataan 'TAK LAKU!..Anak-anaknya dan pekerjanya semua diajar supaya jangan keluarkan perkataan negatif itu!..Wow, dasyat Pakcik ni..banyak ilmu pakcik ni nak kena sedut niii....Jadi, bila dengar penerangan dari Pakcik ni, Yati dan suaminya terus meminta maaf berkali-kali dan MENGAKU SALAH! Memang betullah, bila kita mengaku salah, insyaallah dia akan jadi lembut balik....

Kata Pakcik tu, sebenarnya kalau ikut marah pakcik ni..nak je suruh engkau bungkus balik kek-kek semua ni dengan chiller-chiller sekali..Adoiii itu kes berat tu!...

Yati kata, dia rasa sangat lega sebab dia dapat merendahkan egonya, tidak defend dirinya..lebih best lagi, dia mintak maaf dari pakcik tu..Suami Yati siap sebut, anggaplah kami ni macam anak pakcik, kami terima teguran pakcik..Akhirnya, lama-lama lemah jugak pakcik ni..Dia pun offer mereka berdua teh tarik. Alhamdulillah, ini menunjukkan Pakcik tu dah memaafkan mereka..terutamanya maafkan Yati...

Nak tau apa berlaku bila mereka balik ke kedai mereka di Kuantan?..Mereka kata, mereka percaya bahawa selepas mereka melepaskan sifat marah mereka (mula-mula marah jugak kat pakcik ni..sebab tiba-tiba dah tak bagi masuk dalam kedainya), dan yang paling penting pakcik tersebut juga dah memaafkan mereka!..Hari yang sama itu, mereka mendapat 7 orang dealer baru!..Hari tu jugak, punya lah ramai pelanggan datang..Lepas sorang, sorang datang ke kedai...Masyaallah!!..Betapa hebatnya kalau kita memaafkan seseorang..kita tak simpan marah di hati, rupanya Allah nak bayar cash dan segera dan banyak sangat Allah beri!..

Panjang betul citer ni..dah tak sempat nak citer yang lain..(Nanti nak citer yang lain pulak kayy..). Tapi semuanya berkisarkan kisah tentang Redha dan Maafkanlah atas segala yang berlaku..Teringin saya nak jadi orang yang suka memaafkan ini..kerana orang yang memaafkan adalah sifat orang yang mulia dan terpuji..Kerana apabila seseorang itu memiliki sifat pemaaf sebenarnya itu adalah tanda hatinya bersih dan tenang.

Dalam sebuah hadis ada mengatakan, "Wahai Tuhanku di antara hamba-hambaMu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandanganMu?.Allah menjawab, " Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas" (Hadis riwayat Baihaqi).Semoga kita semua berjaya menjadi seorang yang PEMAAF. Kerana seorang yang bersifat pemaaf adalah orang yang hidupnya aman, damai, tenang dan lapang hidupnya di sisi Allah, dunia dan akhirat..Insyaallah....

WALLAHU'ALAM......

0 comments:

Post a Comment