Friday, September 20, 2013

ORANG LAIN BERHASIL, TAPI KITA TAK BERHASIL?

ORANG LAIN BERHASIL, TAPI KITA TAK BERHASIL?
 
"Kenapa ye bisnes yg kami buat ni sama je macam orang lain buat..Mereka dapat buat dengan sangat berjaya, tetapi kami masih tak nampak hasilnya.."

Banyak sebab dan alasan boleh kita salahkan..Suami salahkan isteri yang susah terima pendapat..isteri tak yakin dengan hasil kerja suami..Yang isteri pula salahkan suami..tak dapat buat kerja seperti yang diinginkan, suami tak nak tolong isteri, suami ...pentingkan kerjaya/hobinya atau kawan-kawannya..suami tak ada masa..Itulah yang selalu berlaku, masing-masing saling menyalahkan...

Tapi kan, when we go deeper and deeper into our innerself..sebenarnya semuanya SALAH SENDIRI..Kita selalu terlepas pandang kesalahan kita sendiri..Yang selalu kita buat ialah memandang kesalahan orang lain.

Bila kita sentiasa kurang yakin dengan hasil kerja suami, suami tak dapat buat sama seperti kita buat..Bukankah kita sendiri bermula dengan tidak tahu apa-apa? Jika dimulut kita sentiasa condemn apa yang dibuat suami, kita sebenarnya menarik perkara-perkara yg kita rungutkan itu.Ada yang tahu..tapi masih suka sangat merungut-rungut..terpulanglah, sampai bila pun anda akan mengulangi perkara yang sama sehingga akhir hayat, tiada kesudahan..

Tukarlah buat produk apa sekalipun, buatlah nenek marketing sekalipun, tetapi segalanya sebenarnya terletak dalam diri kita sendiri..Muhasabah diri adalah perkataan paling tepat.Selamilah sedalam-dalamnya hati kita..

Adakah kita buat sesuatu bisnes atau pejerjaan itu kerana kita benar-benar suka?Atau kita buat kerana terikut-ikut dengan orang lain? Adakah kita buat kerana passion atau hanya nak buktikan kepada orang lain tentang kehebatan kita? Atau adakah kita buat sesuatu itu hanya untuk SURVIVE?

Sebenarnya jika anda buat sesuatu bisnes itu hanya untuk survive, anda hanya boleh survive, tetapi anda TIDAK BOLEH KAYA.Tetapi jika anda fikir anda buat bisnes dan boleh jadi KAYA, maka anda benar-benar akan KAYA!..
See More

0 comments:

Post a Comment