INGIN MENGUBAH HIDUP
Masa zaman kanak-kanak dulu kita sebenarnya dah diajar untuk set apa saja..Kita pasti boleh mencapainya. Kecik dulu, pasti cikgu dan mak ayah jugak sering bertanya, bila besar nanti nak jadi apa? Macam-macam lah yang di sebut..Nak jadi cikgu, doktor atau peguam. Selalunya cikgu suruh pilih 3 saja kan..Tak pernah pulak cikgu kata kita tak boleh..mak ayah pun tak cakap pun tak boleh..Masa tu ingat, semuanya boleh..Berangan setinggi langit pun tak apa..Bestnya rasa, semua boleh buat..
Tapi, bila kita start bersekolah..lebih lama kita bersekolah...otak kita lebih diajar limitkan sesuatu keinginan. Secara tak sedar kita dah diajar untuk semakin tak percaya yang kita boleh capai segala impian kita..Kita dah nampak macam susah nak dapat..Tambah-tambah di sekolah ada peperiksaan. Bila kita dinilai macam tu, yang mendapat nombor 20 ke 30 ke..pasti dia rasa dia bodoh dan tidak sepandai orang lain dan potensi dirinya lemah.Perkara-perkara macam ni membuatkan kita limitkan kepandaian dan kreativiti kita sebenarnya.
Lebih tinggi kita belajar, kita semakin di ajar tentang sekatan-sekatan atau limit seseorang manusia. Banyak perkara yang kita 'kena' buat dan banyak yang kita 'tak boleh' buat ( bukan dari segi agama). Masa ni kita diajar lebih realistic.Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan berangan hingga ke langit. nanti tak tercapai dek awan..Masa ni kita dah pandai pikir, mana boleh aku jadi kaya..logik lah sikit, mak bapak kita dari nenek moyang pun tak kaya..depa pun kerja-kerja biasa saja..
Inilah dia..lama-lama kita rasa dah malas dah nak berangan..dah malas nak berimpian..sebab semuanya rasa tak boleh capai pun..Rasa macam tak praktikal pulak..Masa ni kita lebih mencari yang rasional, yang boleh diterima akal...yang logik-logik je..Yang logik, yang depan mata kita..semuanya bila dewasa, yang lelaki bekerja dengan kerajaan..perempuan pulak jadi suri rumah..(jangan salah faham, bukan salah ye jadi suri rumah..contoh je..). Itu saja lah yang otak kita mampu terima. Kapasiti otak kita setakat itulah...Macamana nak terbukak, sebab orang-orang sekeliling kita pun semua macam tu..hidup biasa-biasa...Hidup bersandarkan kepada berapa gaji yang kita dapat..Otak semakin terhad dengan kapasiti seorang pekerja...
Akhirnya, beberapa tahun lalu, saya buat keputusan..saya perlu keluar dari zon ini!...Saya nak tengok bulan dan bintang semula..Saya ingin mencapai bintang di langit bak kata Yuna..Alhamdulillah, keputusan kecil yang saya buat itu dah merubah kehidupan saya. Saya dah mula bermimpi lagi..Saya mula menanam impian semula..Saya tanya semula pada diri saya, bagaimana kalau saya boleh capai bintang yang tinggi?..
Bermula dengan pertanyaan itulah..saya dan suami berazam untuk keluar mencari ilmu!..Kami dah tak nak hidup biasa-biasa..Suami dah tak nak naik motor pegi kerja, ulang alik dari Subang Jaya ke Sepang..Maafkan saya, bukan salah naik motor..tapi kalau dah mampu beli yang lebih selesa..apa salahnya naik kereta kan..45 minit berulang ke Sepang setiap hari dengan motor..kalau moto besar takpe lah jugak..Ni naik moto kapcai kayyy...EX5 tu je..Boleh sakit badan jadinya...Bukan apa, kami pikir, badan kita ni nak digunakan lebih lama lagi...Kalau tak jaga dia, cepat dia rosak nanti..susah kita..Masa tu kita banyak bergantung pada keupayaan fizikal..Dan kita terlupa kita boleh guna sesuatu yang lebih hebat dan sangat dahsyat iaitu MINDA kita!..
Bila semakin berilmu..Semakin faham betapa dahsyatnya kuasa minda kita..Berangan (visualize) sikit dah dapat..Sebut sikit kat mulut, kejap lagi apa yang disebut pun muncul..Power minda kita ni..Inilah anugerah paling berharga Allah berikan kepada manusia. Gunakanlah sebaik-baiknya..belajarlah bagaimana kita nak lebih faham tentang minda ini. Kerana, jika kita belajar bagaimana nak kawal minda kita ni...kalau kita pandai bagaimana nak beri arahan pada minda kita,dia akan ikut saja arahan kita..Dan kalau kita pandai program dia, insyaallah, segalanya akan menjadi lebih mudah..mudah untuk menggapai bulan dan bintang walau setinggi langit sekalipun!..
WALLAHU'ALAM....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment