Wednesday, September 18, 2013

BISNES BERJEMAAH

HEBATNYA BISNES BERJEMAAH

Waahhh...Apa tu bisnes berjemaah?..Itulah sebenarnya konsep bisnes Anis Chocolate. Kami hanya membuat kek coklat dan tart nenas sahaja. Tapi di kedai, kami mempunyai hampir 100 jenis kek dan biskut serta kerepek. Bermakna, kami bukan buat bisnes ni sorang-sorang, kami berjemaah dalam bisnes kami. Kerana, ingat lagi kata mentor kami, bila berbisnes ni...kita jangan buat sorang-sorang, dan bisnes you tak akan boom kalau tak ada konsep bisnes berjemaah ni!..

Dulu, kami sebut system kami ini sebagai sistem sharing. Tapi, baru-baru ni bila mentor sebut tentang BISNES BERJEMAAH, terus rasa dekat di hati...lagi best bunyinya ni!. Bunyinya lain..perkataannya lain..tapi konsepnya tetap sama sebetulnya...

Dan, sebenarnya..semenjak kami memperkenalkan sistem bisnes berjemaah inilah bisnes dan jualan kami terus meletup!!...Terus kami dapat nampak bagaimana ajaibnya bila kita berkongsi rezeki bersama lebih ramai orang, insyaallah bisnes semakin diberkati dan rezeki semakin mencurah-curah. Bermakna, dalam bisnes kita..mesti ada konsep berjemaah ni, barulah akan lebih mantap bisnes kita!

Nampak tak betapa cantiknya sistem ni?..

Dulu kan, sebelum kami start apply system ni dalam bisnes kami..ramai yang bertanya, tak nak ke buat kek lain? Masa tu tak ada ilmu...yang terfikir masa tu ialah, insyaallah satu hari nanti, kami akan buat satu lagi produk..Memang kami nak diversify. Tapi memandangkan dengan kek coklat pun tak cukup tangan, macamana nak tambah produk lain kan?..

Masa tu tak nampak lagi kehebatan berjemaah ni...Dok la buat sorang-sorang..Sale masa tu RM50K-100K. Tapi, bila selalu ke kelas..mentor selalu sebut pasal sharing..Jadi, dalam kelas jugak kami dapat idea untuk konsep bisnes kami. Sebab tu lah kami suka ke kelas, mesti ada saja idea yang best-best yang kami dapat bila belajar berjemaah ni...Aura semua orang tengah positif, tengah cantik, besar gila...jadi kita tumpang la energi tu!..

Lepas tu kami terus offer untuk para pengedar kami untuk supply kek dan biskut ke kedai kami. Prioriti untuk dealer dulu, sebab diorang dah tolong kami jual kek coklat kami...jadi kami nak tolong diorang jual produk diorang pulak. Sama ada diorang nak buat produk sendiri, ataupun diorang boleh ambik dari orang lain dan supply kepada kami. Itulah konsep kami, berbisnes berjemaah..

Bila semakin ramai dapat berjemaah bersama kami..tiba-tiba semuanya naik mendadak!..Dengan jualan kek coklat pun meningkat, jualan kedai keseluruhan terus naik sehingga menjadi RM500-600K. Masa tu kami dapat rasakan Allah betul-betul nak nampakkan kami betapa hebatnya bila kita berkongsi rezeki.

Dan satu lagi yang saya nampak jelas melalui perkongsian ini, sebagai manusia biasa dulu saya pun teringin jugak nak buat kek-kek lain contohnya..Masa tu saya terfikir, mesti orang nampak saya hebat kan kalau semua yang saya buat sedap..pastu laku pulak tu..Biasalah...manusia memang macam tu kan...Ada ego yang tersendiri...

Tapi...dengan konsep perkongsian ini, saya dapat rasa saya boleh kawal EGO saya!..Ego saya semakin perlahan-lahan jatuh ke bawah..MasyaAllah!!...Tahu tak macamana rasanya bila tiba-tiba saya TERPAKSA mengakui bahawa yang orang lain buat pun sedap jugak!..Saya terpaksa mengaku yang orang lain pun pandai buat jugak..bagus jugak..Fuhhh!!..Bermaksud, orang lain pun hebat jugak!..Bukan saya sorang saja yang hebat!..yang boleh buat kek yang sedap!..

Nampak tak?..Bila ego kita semakin rendah, barulah kita akan nampak kehebatan orang lain!..Betapa hebatnya apa yang Allah nak tunjukkan kepada kami sebenarnya..Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..Semoga kami dapat meneruskan sistem BISNES BERJEMAAH ini yang sangat hebat!..Banyak miracle didalamnya...Lebih banyak kita berkongsi rezeki sesama kita..Lebih kaya dan berkat hidup kita!..Aminnn....

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA MERENDAHKAN, MAHA MENINGGIKAN (AL-KHAFIDH, AL-RAFI')
Orang yang direndahkan Allah hanya dapat ditinggikan olehNya. Allah adalah Maha Penyayang. Perlakuan seperti itu akan membangunkan orang yang lalai dari tidur mereka. Dengan demikian, melalui penderitaan, keadaan rendah di tangan al-Khafidh, menjadi kurnia yang besar bagi orang yang sedar dan melihat tangan yang meninggikan dan tangan yang merendahkan.

0 comments:

Post a Comment