Thursday, October 2, 2014

NIKMAT KESIHATAN

NIKMAT KESIHATAN

Bila didatangi ujian kesihatan, teringat kata-kata Prof.Dr.Muhaya, orang yang sakit itu adalah orang yang kurang bersyukur.

MasyaAllah!!...Memang betul, tak dapat dinafikan, kerana selama ni terlalu alpa dengan nikmat-nikmat Allah yang lain, sehingga terlupakan nikmat yang paling penting iaitu nikmat kesihatan!..


Saban hari begitu syukur dengan segala pemberian Allah dari segi ...material. Tapi terlupa, kalau tidak sihat masakan dapat capai segala yang diimpikan.

Terlupa bahawa betapa bersinar dan bercahayanya diberi sepasang mata dapat melihat keindahan ciptaan Allah. Dapat melihat kedua ibu bapa, suami, isteri, anak-anak... Dan dengan terangnya dapat melihat perjalanan hidup. Bayangkanlah bagaimana hidup tanpa sepasang mata?

Alhamdulillah diberi sepasang telinga yang dapat mendengar kicauan burung, yang dapat mendengar suara anak-anak merengek, mendengar suara ibu, ayah, isteri, suami mahupun suara kita sendiri.. Syukur pada Mu Ya Allah..

Dengan pemberian hidungmu ini Ya Allah, dapat kami bernafas, menghirup udara segar, menghidu wangi-wangian, dapat nikmat menghidu bau makanan.... Tanpa hidung, tak mungkin dapat merasa segala nikmat tersebut..Subhanallah!!..Terima Kasih Ya Allah...

Dengan pemberian mulut dan peti suara, kita dapat bercakap dengan orang - orang tersayang, dan dengan mulut juga semua orang dapat memahami isi hati kita..Syukran....Ya Allah..

Dengan nikmat gigi dan lidah pula, Allah memudahkan proses kita untuk merasa, menggigit dan menelan makanan. Bagaimana rasanya jika tidak diberi gigi dan lidah? Pasti hilang semua nikmat makan...Untuk yang tidak pernah merasa nikmat ini ditarik, ketahuilah bahawa sangat tersiksa kiranya kita terasa nak makan, tapi lidah tak terasa keenakannya.Jadi bersyukurlah jika kita diberi Allah nikmat ini...Alhamdulillah, syukur Ya Allah...

Terima kasih Ya Allah kerana memberi tangan yang kuat ini. Dengan adanya tangan inilah kami dapat menyentuh ibu kami,menyentuh anak-anak kami... Dengan tangan jugalah kami dapat mengangkat dan meletak barang, dapat memandu kereta...Ya Allah, terima kasih Ya Allah di atas hadiahMu ini...

Syukur Ya Allah kerana memberi kami sepasang kaki yang sangat kuat. Dengan kaki inilah kami dapat bergerak, dapat berjalan dan berlari.. Dengan kaki pemberianMu ini juga kami dapat memandu kereta.. Betapa hebat pemberianMu ini Ya Allah.Terima kasih Ya Allah!!..

Terima kasih juga memberi kami organ dalaman kami iaitu hati, jantung, paru-paru, limpa, perut dan beribu-ribu sel kami semuanya dapat berfungsi dengan baik sekali. Dan darah kami juga mengalir dengan sangat lancar sekali. Terima kasih Ya Allah dengan nikmat Mu ini!..

Tak lupa juga terima kasih Ya Allah kerana memberi kami otak dan beribu-ribu sel dalam kepala kami yang dapat berfungsi sebaik-baiknya.. Dengan otak dan minda, kami dapat berfikir setajam ini... dan dapat memahami sesuatu perkara. Betapa besarnya nikmat pemberianMu ini Ya Allah..

Terima kasih Ya Allah dengan pemberian beribu helaian rambut kepada kami yang dapat menutupi tengkorak kepala kami.. Bayangkanlah jika tanpa rambut, bagaimana rupa kita agaknya?..

Ya Allah, maafkan kami kerana tidak cukup bersyukur padaMu Ya Allah..... Kini kami sedar Ya Allah, nikmat kesihatan adalah nikmat yang terindah sekali diberikan olehMu Ya Allah...Terima kasih Ya Allah!!....

♡Jom kita beristighfar 101 kali dan berselawat 1000 kali sehari... :) ♡ 

0 comments:

Post a Comment