Thursday, October 2, 2014

SISTEM DEALER ANIS CHOCOLATE

[SISTEM DEALER ANIS CHOCOLATE]

Program Yang Kami Jalankan

Ramai sangat yang tanya pasal sistem dealer kami ni. Nak entertain sorang - sorang pun memang tak sempat. 2 bulan lepas, kami buat kelas atau program road tour seluruh negara untuk memperkenalkan sistem kami kepada pengedar dan juga bukan pengedar.


Tapi kan, (opssss ada tapi..nanti mentor marah :)P ) baru tau macamana penatnya sepanjang hari... duduk atas stage. Satu penat fizikal, mental lagi lah penat. Sebab nak perah otak ni macamana nak bagi semua peserta faham. 

Lepas run program, barulah kami dapat rasa apa yang mentor kita rasa. Orang kata dia buat bisnes air liur konon!...Kalau tak ada ilmu jangan harap dapat cakap kat atas stage tauuuu....Kalau cakap kosong, sorry lah program Dr.Azizan nak dapat sampai 5-6ribu peserta setiap kali run.

Itulah kalau boleh biar kami share kat sini je sistem kami. Senang sikit, tak payah buat kelas dah...hihihi...

FASA 1 - Sistem KSS

Fasa ni sebelum masuk kelas Dr.Azizan Osman.Dari tahun 2006-2009 kami tak ada sistem dealer.Yang ada cuma Sistem KSS. Ataupun Sistem Kaya Sorang-Sorang.

Sistem KSS ni macam ni..
Buat kek sendiri, marketing sendiri, semuanya sendiri. Mula dengan supply ke outlet - outlet atau kedai - kedai termasuk Kedai Mesra Petronas. 

Kedekut betul nak share, takut sangat nak share dengan orang lain!.. Masa tu cuma ada 2 orang pengedar iaitu kawan saya Siti Zura dan Kak Zah Kelang. Banyak kan?..

FASA KE 2

Lepas ke program Dr.Azizan bermula 2010, kami dapat idea tentang sistem dealer. Sebenarnya idea datang bila Doc selalu sebut tentang "Add Value" dalam IMKK. Kalau u nak bisnes u meletup,u kena add value to other people's life!.. Itulah kata Doc yang terngiang - ngiang bila balik kelas.

Dari situ kami dapat idea tentang sistem dealer. Kami kecikkan kek coklat kami, dan bagi harga RM2 kepada dealer minimum 20 biji kek. Harga jual pulak RM4.

Lepas tu masuk pulak kelas Marketing to U kalau tak salah saya. Lebih kurang macam AMP. Dari situ dapat idea nak run Program Bisnes Tanpa Modal untuk mencari lebih ramai dealer.

6 bulan kami run program tu. Dealer boleh ambik kek dulu, minimum 20 kek tanpa perlu keluar modal dengan harga RM2/pcs!...Hehehe...gila tak?..Uol rasa uol boleh buat tak?..Ada beran??...

Sebenarnya tanpa modal tu 1st time saja. Tujuan kami adalah nak tarik orang yang nak buat part time. Dan orang yang tak pernah berbisnes supaya dapat rasa pengalaman berbisnes.

Orang - orang macam ni selalunya tak berani nak keluar modal. (Biasa lah kannn...). Jadi, untuk kali pertama boleh ambik dulu. Bila dah dapat jual, konfem ada yang order.Jadi, dari situ, dorang ni dah yakin dengan produk.

Untuk next order, dia kena bayar balik previous bill dia iaitu Rm40 plus bayaran untuk order baru dan kali ni dia dah kena bayar cash!..Bermakna, 1st time je boleh hutang.Lepas tu no more hutang, semuanya cash!..

Program ke 2 yang kami run ialah Program Money Back Guarantee Business.

Ini untuk orang tak berani. Hehehe... Syaratnya, beli minimum 20 kek dengan harga rm2, tapi boleh return balik dalam masa 3 hari kalau tak dapat jual.

Tapi...kena sebut ayat power ni. Selama run program ni, tak ada lagi orang yang return. Kalau u return, u lah orang pertama sekali return kek!..

Agak - agak kalau tak habis jual, dia nak return tak?.. Memang tak ada langsung yang return!... Malu beb..kalau tak habis pun, dia makan sendiri je...hihihi...

Jadi, inilah 2 program yang kami run membuatkan bisnes dan hidup kami huru hara bara bere. Bisnes terus meletup-letup, sampaikan order naik menjadi 1000 biji sehari.

Kira banyak sangatlah tu masa tu!.. Best sangat, sebab sebelum tu buat lebih kurang 300 biji je sehari untuk hantar ke outlet - outlet.

Amacam?..cukup?..Panjang sangat dah ni....Nanti uols pening pulak...Insyaallah nanti bila - bila saya sambung citer lagi pasal sistem kami okay...

Assalamualaikum...Byeee...Take care uolsss....Love youuuu :)

♡ Jom kita beristighfar 101 kali dan berselawat 1000 kali sehari.... :) ♡

0 comments:

Post a Comment