ZERO MODAL
Ramai yang berkata, saya nak bisnes tapi saya tak ada MODAL. Bagi sesetengah orang, modal jugalah yang merupakan perkara paling utama yang diperlukan untuk memulakan bisnes.Penting sangatkah modal duit ni?Jutawan Datuk Maznah (wanita besi) pun pernah berkata MODAL bukan perkara paling penting yang kita perlu ada untuk memulakan bisnes..Ye ke? Macam tak percaya je?..
Rasa-rasanya kami suami isteri ni ada banyak duit sangat ke masa nak start bisnes dulu? Ada jugak yang ingat kami ni berduit masa nak mulakan bisnes dulu sebab diorang ingat dulu kerja saya dan suami bagus , tentu ada duit untuk buat modal permulaan..Sebenarnya, kami start dengan betul-betul ZERO!.Kami bermula bisnes kek ni sebenarnya masa tu dalam poket tinggal berapa ringgit je.Duit VSS yang saya dapat agak banyak jugak masa tu, dalam RM50 ribu habis langsai dalam masa beberapa bulan saja!..Yelah, setahun tu macam-macam bisnes saya try..masuk itu, masuk ini..hehe..tapi itu semua pengalaman yang sangat berguna pada kami.
Bukan setakat tak ada modal nak start bisnes, harta-harta lain semuanya pun dah hampir pupus...Kereta Honda Accord 'sangat lah' tu kena jual..Apa yang tinggal?Masa duit tinggal lebih kurang 3 ribu tu, saya dah tak senang duduk..tiba-tiba jadi kreatif gila kepala hotak ni..Allah buka jalan untuk nampakkan peluang bisnes ni..Terus approach seorang kawan baik Arwah Zuridah Atan untuk sama-sama join bisnes ni..Masa tu dah nampak dah, kalau buat sorang-sorang takut ke laut...tak seronok buat bisnes sorang-sorang ni..maklumlah anak kelahiran bisnes direct selling, nak buat bisnes mesti ada kawan-kawan baru rasa happy n fulfilled...
Jadi, dengan RM 3 ribu tu lah kami pegi bershopping beli oven dan mixer.Ngam-ngam je duit..mula-mula buat kek coklat yang bakar tu..sebab tu perlu oven..Lepas setahun, saya tukar buat kek yang stim..masa ni oven pun tak perlu, mixer pun tak perlu..Saya start dengan periuk kukus 2 tingkat je..Modal? RM 30 ringgit..Pukul atau kacau kek dengan senduk je..pi mai pi mai campur semua bahan mentah, modal ada lah lebih kurang RM100 ringgit kot..Jadi, sapa kata kena ada modal?
Sebab tu tahun pertama bisnes saya tak dapat rasa apa-apa..duit rolling rolling..rolling..nak beli t shirt pun pikir panjang..sebab masa tu banyak yang nak kena beli..dah tak larat nak pakai periuk kukus tu..maklumlah penat giler nak tambah air secara manual..betul-betul exercise Kak Wati masa tu..tapi bagus betul dia, langsung tak merungut..bila dia balik kampung, saya kena take over buat kek..baru tau mai oii penatnya nak tambah-tambah air tu..Jadi, saya belikan Kak Wati steamer yang lebih auto..Jadi, duit untung tu tak merasa sangat..ada je nak beli untuk memudahkan buat kek..
Lepas 4 tahun, dah dapat ilmu dan kekuatan dari mentor, cari kedai..Buat pinjaman ke? Mana ada..duit kek tu lah yang 4 tahun simpan sikit-sikit..plus duit bonus suami, plus duit simpanan suami sikit..ada la dalam RM 50 ribu, carilah kedai paling belakang sekali sebab masa tu nak sewa kedai yang paling murah..Yang penting kami rancang untuk buat production saja, tak perlu cari yang depan, hehe..takut lagi tu..Nak masuk kedai, langsung tak buat satu hapa renovation punnn....Pakai je apa yang ada...
Jadi, saya sangat-sangat rasa MODAL duit tu bukan keperluan yang paling utama...Pelik bila saya dengar ada yang kata dia tak ada modal untuk berbisnes, dia nak terus bukak kilang ke? dia nak terus export produk dia ke?Payah sangat ke nak bisnes? Sampai nak modal besar-besar? Buat je lah bisnes karipap dulu, ke bisnes nasi lemak ke? Yang kat luar tu, bukannya sedap sangat..huhu jangan marah..Kita buat lah yang sedappp punya..Kalau betul-betul buat, boleh jadi JUTAWAN KARIPAP! JUTAWAN NASI LEMAK pun dah ada sekarang ni kan? ..Ishhh..takkan nak buat karipap atau nasi lemak pun perlu modal besar?..
Yang perlu sebenarnya adalah MODAL DIRI SENDIRI!!....Seriously, kalau kita ada modal duit sebanyak mana pun...tapi kita buat bisnes buta tuli, tak ke mana jugaa. Diri kita ni yang akan menentukan kita boleh berjaya dalam bisnes atau tidak..kalau kita betul-betul bersemangat ingin berjaya dalam bisnes, insyaallah kita akan nampak peluang dan modal duit ni akan datang dengan mudahnya..
Tapi macamana nak dapat MODAL DIRI SENDIRI yang berkualiti? Maksudnya, bagaimana nak mendapat pemikiran yang bagus macam jutawan-jutawan di luar sana? Perasan tak mereka mempunyai pemikiran yang luar biasa hebat dari dalam diri mereka? Perasan tak mereka ada SESUATU dalam diri mereka yang orang lain tak ada? DUIT.. semua orang boleh cari, IDEA BISNES...semua orang mampu fikir..mampu invent..Tapi mesti mereka ada SESUATU yang lebih dari orang lain? Macamana nak dapat semua ni? Semuanya sebenarnya datang dari ILMU!!..
WALLAHU'ALAM....
ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment