Sunday, September 8, 2013

ILMU INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI (NOV 2012)

ILMU INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI (NOV 2012)

Semalam kami ke Seminar Jutawan Industri di Wisma MCA. Dr.Azizan meminta kami kongsikan apa yang kami dapat selepas menghadiri IJI November 2012. Sebenarnya banyak yang kami dapat dan kami faham,selain daripada yang tangible (figure kenaikan sales), insyaallah banyak lagi yang ingin saya kongsi dengan anda okay...

1. Memahami kepentingan 'branding' dan 'positioning'
Untuk menjadi industry leader, yang kami faham, kita perlu kuatkan branding kita. Yang saya faham tentang 'branding' ni adalah berkenaan dengan people's TRUST. Kita kena pastikan yang pelanggan kita trust dengan brand kita..Dari segi kualiti, dari segi nilai yang ada dalam produk kita..It's all about TRUST...

Bila semakin ramai pelanggan yang dah percayakan (trust) dengan produk kita, mereka sukakan produk kita, mereka akan sukakan bisnes kita. Dari situlah kita sebenarnya sedang membina POSITIONING bisnes kita.Bila kita dah berjaya position kan produk kita, bermakna kita akan dilihat sebagai JUTAWAN INDUSTRI.

Banyak yang kami dapat sebenarnya kalau kita berjaya membina positioning. Contohnya baru-baru ni kami membuat pinjaman perumahan dengan sebuah bank terkemuka. Yang best sekali, officer yang datang dah kenal dengan Anis Chocolate ini, dan paling penting katanya bank 'confident' dengan syarikat.Jadi insyaallah tak ada masalah nak buat loan lagi!.. Pentingkan branding dan positioning?..

2. Memahami medium untuk bina dan cipta POSIITIONING
Untuk kita positionkan bisnes kita atau menjadi industry leader, pertama sekali kita perlu tahu bagaimana kita nak mencapai tahap tersebut.

Jadi, buat masa sekarang ni..antara medium yang paling efektif untuk digunakan ialah melalui Facebook dan Facebook Page. Kami faham betapa kita perlu 'grab' sebanyak-banyak audience yang ada di kalangan 13juta orang penduduk Facebook yang sangat aktif di Malaysia.

Selain daripada Facebook, kita boleh juga gunakan beberapa medium lain seperti Blog,Twitter, Google Plus,Instagram Kalau nak tahu dengan lanjut boleh lah ke Seminar/Intensif Jutawan Industri :)

3.Ilmu tentang EMOSI
Dari kelas ini, kami sangat-sangat faham tentang kepentingan EMOSI dalam membina positioning bisnes kami. Semuanya bermula dengan pengisian tentang 'MY STORY' yang sangat ditekankan oleh Dr.Azizan ...Bermakna, dengan storytelling marketing ini, seseorang jutawan Industri itu dapat 'menangkap' emosi pelanggannya. Kami tak belajar 'content' facebook page itu secara direct, tapi dari kelas ini kami faham yang semuanya bermula dengan EMOSI.

4.Ilmu untuk menambah nilai hidup lebih ramai orang
Apa yang saya faham di sini ialah, untuk menjadi Jutawan Industri kita perlu serve komuniti kita dengan menggunakan kepakaran, pengalaman, ilmu, kegagalan, kejayaan dan segala maklumat untuk tambah nilai hidup orang lain.

Ilmu ini sebenarnya telah berjaya menambah keyakinan diri kami untuk berkongsi pengalaman dengan komuniti kami. Dari kesedaran inilah, kami telah memulakan perkongsian pengalaman kami di Page Anis Choc Moist Cake. Bermula Mac 2013  kami serius dalam menulis perkongsian.Dan bila semua ilmu IJI ini kami 'blend', maka kami telah berjaya meningkatkan LIKES di Facebook Page Anis Choc Moist Cake dari 100 LIKES menjadi 15,000 LIKES (tanpa FB Ads) dalam masa 6 bulan.

Dan melalui LIKES ini, kami percaya ianya telah dan sedang membina branding dan positioning bisnes kami.Siapa yang tak ada Facebook Page lagi, rugilahh!..

Best kan ilmu ni?..Terima Kasih kepada Dr. Azizan Osman dan Richworks dan anda semua yang dikasihi Allah. Semoga kita semua dapat bertindak segera sebelum semuanya menjadi terlambat!..

Anda kaya dan berjaya!...

0 comments:

Post a Comment