Monday, September 9, 2013

MINDA AKU KAYA DAN BERJAYA!..

MINDA AKU KAYA DAN BERJAYA!..

Untuk menjadi kaya dan berjaya sangat penting untuk kita kenal minda bawah sedar ataupun 'subconscious mind'. Kalau kita tak kenal, kita tak tahu bagaimana sebenarnya fungsi subconscious mind dalam perjalanan hidup kita. Subconscious mind kita sebenarnya sangat power. Ia akan bertindak apa saja yang kita arahkan.Cuma kita perlu bagi arahan yang betul.

Jika sekarang ni anda tak dapat apa yang anda impikan, anda struggle..tapi end up fail.Dah berapa kali tukar bisnes, tapi fail jugak. Produk bagus, ambik franchise company yang besar..tapi kenapa last-last bungkus juga?..Orang lain jual kek ok, laku..seminggu boleh jual 3000 kek, tapi anda nak jual 3 biji kek pun susah?..Orang lain bahagia je dengan isteri..atau dengan suami..yang kita apasal asyik bertengkar tak sudah-sudah?..

Kenapa jadi macam tu?

Sebab...itu bermaksud, anda dah bagi arahan yang salah pada subsconcious mind anda!

Jadi macamana nak bagi arahan yang betul? Pertama sekali kena tahu dan faham bahawa kita sebenarnya boleh 'design' atau 'create' kehidupan yang macamana yang kita nak. Melalui minda kita saja sebenarnya!..Itulah yang selalu pakar-pakar motivasi selalu sebut 'The Power of Mind'..

Selama ni kita tak sedar yang kita yang telah memprogramkan subsconcious mind kita menarik perkara-perkara yang kita tak nak. Sebab itulah ada yang asyik fail memanjang..Bila tak faham tentang ni, mulalah nak jumpa bomoh..Tok Bomoh pun tak ada idea lain, asyil-asyik ada jiran yang dengki..Itu je alasannya..Apa la Tok Moh ni...bagi la alasan lain pulak..

Sebenarnya simple je..Subsconcious mind ni ikut je apa yang kita programkan. Program-program ni adalah perkara-perkara yang selalu kita fikir dan juga perkara-perkara yang dah menjadi kepercayaan kita. Kepercayaan dan pemikiran kita ni akan di absorb je oleh minda kita ni. Kerja dia absorb je..serap je..Dia tak tahu pun kepercayaan kita atau pemikiran kita ni negative..ataupun positif.

Contoh, ada seorang stokis kami ni selalu merungut susah nak dapat dealer Anis Chocolate yang berkualiti. Macamana ye nak dapat yang berkualiti?..Sebenarnya, sebab dia dah tanam dalam minda dia yang nak dapat dealer berkualiti adalah susah!..Hari-hari itu je kat mulut dia..Sampailah subsconcious mind ni dah absorb kepercayaan dia. Seolah-olahnya macam ni, minda dia akan berkata...ohhh, semua dealer tuan dia ni tak berkualiti. Nanti jap, aku nak cari orang yang tak berkualiti untuk mencari dealer tuan aku ni..Aku nak buktikan pada tuan aku ni, memang betullah apa yang tuan aku fikirkan...Emm...Faham ke?

Sekarang baru tersedar kan? Banyak sebenarnya negative thoughts kita, betul tak?..Itulah yang menjadi program anda selama ni..Sebab tu lah asyik fail..Baru bukak kedai setahun, dah anggap bisnes tak bagus, orang tak nak masuk kedai...pastu tak lama tutup kedai!..Last-last kerja balik..

Nampak tak?

Dah tahu kan apa yang perlu kita buat?..Ubah pemikiran kita dan kepercayaan kita!..Create satu kepercayaan yang baru...yang positif..yang boleh menarik you ke puncak dengan lebih cepat. Kalau anda jenis yang selalu berfikiran negative, buat itu tak boleh..buat ini susah..Kepercayaan ini atau program inilah yang akan menahan you dari jadi orang yang berjaya!..You tak akan berjaya dan enjoy life kalau you ada penyakit negative thinking yang kronik!..

Sekarang...bila dah faham yang kita sebenarnya boleh control minda kita iaitu dengan memberi arahan yang baik-baik..yang positif. Selalulah kata pada diri kita sendiri yang kita orang kaya dan berjaya!..Takkan itu pun takut nak kata?..Tak payah cakap kat orang, cakap dalam rumah je..atau dalam kereta..Buat beberapa kata-kata yang positif atau affirmation..

Contohnya macam yang mentor saya Dr. Azizan ajar, dia suruh selalu baca affirmation. Sekurang-kurangnya 21 hari berturut-turut supaya lama-lama minda kita dapat absorb kepercayaan baru kita. Kita tak tahu bila dia nak absorb..Sebab itulah kita kena selalu sebut..Once dia dah absorb, dan dia dah percaya..dia akan guide you ke arah apa yang you baru percaya tadi..Kalau ada yang teringin nak tahu affirmation apa yang selalu mentor saya ajar untuk sebut adalah sesimple, AKU KAYA DAN BERJAYA!..Kalau berani cakap tu pun insyaallah sudah memadai!..

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA MENDENGAR (AL-SAMI')



0 comments:

Post a Comment