Tuesday, September 10, 2013

MENCARI PASSION...

MENCARI PASSION...

Berbagai bisnes dah dicuba..tapi satu persatu perniagaannya bungkus...Tak pernah bertahan lama..akhirnya terpaksa cari bisnes lain..Tapi sampai bila?..Umur dah meningkat..Dah 40 tahun, sampai bila nak jumpa PASSION?..Bila masanya nak merasa hidup bebas kewangan seperti orang-orang berjaya yang lain?

Pertama sekali, tiada umur-umur tertentu sebenarnya untuk berjaya. Age doesn't matter. 40 tahun pun bagus, sebab dah banyak pengalaman hidup. Sebenarnya, kalau ada ilmu bisnes..ilmu pemasaran..ilmu kekuatan diri..insyaallah setahun je pun dah boleh meletopp bisnes ni.Contoh, masa saya 4 tahun buat bisnes kat rumah merangkak-rangkak..Lepas ke kelas IMKK (Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan), sebulan lepas tu dah masuk kedai.

Kedai kami beroperasi pada Jun 2010.Setahun je lepas tu Jun 2011, sale dah hampir rm100K sebulan. Sedangkan 4 tahun di rumah sale paling tinggi RM 12K. Nampak tak beza 4 tahun buat bisnes tanpa ilmu dengan setahun selepas ada ilmu?..Tak boleh kalau buat bisnes semborono macam tu saja..Syok sendiri jadinya nanti..Bak kata Pn Faridatul Azna dari The Dessert Table masa dia baru bukak kedai sebelum ke kelas...kucing pun tak nak masuk!..Tapi sekarang lepas pergi kelas, dah membuak-buak dah bisnesnya!...

Mencari PASSION juga bukan perkara yang senang..Kadang-kadang bila kita buat sesuatu bisnes..kita dah rasa macam itu betul-betul passion kita..Tapi tak lama lepas tu, bisnes tak jalan..cari bisnes lain pulak...Takpe takpe...Itu dah sangat bagus daripada mereka yang tak start-start langsung. Ramai yang ada impian sangat besar..ingin buat bisnes...Dah 30 tahun berangan, tapi langsung tak bertindak!..Atleast u dah start bergerak, dah start bertindak!..

Bak kata mentor saya Dr.Azizan Osman dalam kelas Seminar Jutawan Industri baru-baru ni..buat apa saja yang boleh buat yang ada depan mata u!...Tak payah tunggu projek yang juta-juta tu lagi..Teruskan,buat apa saja yang kita nampak,buat yang mudah-mudah dulu..jangan fikir nak bukak kilang plastic macam Pn.rina Shahar yang buat mainan Boboi tu..Buat apa yang kita mampu dulu..Insyaallah satu hari nanti pasti terbuka minda sepanjang proses pembelajaran ini...

Tapi....

Yang penting, walaupun kita dah buat macam-macam...U bersyukur tak? Melalui jatuh bangun setiap bisnes u..banyak kan yang u belajar? Ada ramai yang saya tengok...sedihhh...langsung tak bersyukur!.Dulu buat MLM atau direct selling, walaupun tak berjaya di sana..tapi ada tak sekelumit yang u belajar di sana? Tipulah kalau tak belajar apa-apa di sana. Positive thinking saya memang bermula masa saya buat MLM Hai-O dulu..dan di sana jugak saya rasa saya dah berani BERIMPIAN...saya dah berani BERANGAN...Serius tau, sebelum buat bisnes Hai-O, saya tak nampak cahaya..saya tak nampak jalan untuk hidup seperti yang kita angan-angankan..Yang membezakan kami dengan orang lain pada masa itu ialah kuasa TINDAKAN!..Yang lain terhegeh-hegeh tak nak start apa-apa..

Lepas buat Hai-O, kami terlibat lagi dalam bisnes MLM lain..Dulu namanya Liberty Lane, company tu jual telur. Haha..telur ayam tuuu...Dengan bangganya bawak telur ayam ke sana ke mari..Konon telur ayam ni berkhasiat lah..tak ada kolesterol, jadi..agak senang jugaklah nak jual..Tapi tak sampai setahun company tu pun dah berkubur.

Lepas tu jual barang kosmetik, company apa tah namanya, dah tak ingat..hehe...Tiap-tiap hari keluar buat demo kat customer..Ingat dah dapat passion masa tu..sebab tumpang seronok dapat meningkatkan keyakinan pelanggan melalui produk kami...Tapi, atlast ke laut jugak...Kat situ pulak, apa yang dipelajari? Bila meeting dengan upline kan..dia panggil jumpa di rumah dia..Suami isteri ni tinggal di rumah banglo di USJ 5. First time tu masuk banglo...Rasa teruja sangat!..Masa tu mulalah pasang angan-angan nak duduk banglo!..Salahkah berangan? Cuma salahnya kalau tak ada tindakan...tak buat apa-apa macamana nak dapat duduk banglo?

Lepas bisnes kosmetik, jual air pulak..Air dan filter dari jenama Waters..companynya di Klang. Owner orang Cina Malaysia..Masyaallah....kat sini belajar tentang The Power of Giving...Ingat lagi, saya dan adik saya Sophia Munirah (Adik Anis Red Velvet) setiap minggu akan ke company Waters untuk ambik stok dan sebagainya..Setiap kali pegi, mesti Mr.Wong owner dia tu nak belanja kami makan...Mula-mula seronok la...bawak rakan niaga semua, bagi diorang kenal Mr. Wong, dapat makan sekali..

Makan dekat hotel tu..of courselah dia belanja yang halal kann...Tapi, lama kelamaan, bila kami ke Waters, kami menyorok kalau nampak Mr. Wong, sebab takut dia nampak..Nanti dia nak belanja makan lagi..Kenapa pulak nak lari kan?..Ye lahh..bisnes dah suam-suam kuku..Sale tak seberapa..malu lah kalau asyik dibelanja makan!..Ingat lagi, berlari-lari kami menyorok dari Mr.Wong sebab tak nak dibelanja!Hehe..Dahsyat kan orang cina layan customer? Dan, bisnes dia terus maju..Kami pulak, makin lama makin malu nak pegi..sebab, tak de sale!..

Nampak tak? Kami pun bukannya terus jumpa PASSION kami sebelum buat bisnes kek ni..Macam-macam dah buat..Itu tak cerita jual Tupperware lagi..jual produk Amway lagi...jual Nutri Metics lagi..jual Cosway lagi..apa way way yang tak jual? Kalau kira, entah-entah hampir 20 produk yang pernah kami jual....hehe...

Tak kisah lah kann...biar banyak macamana pun bisnes kita yang bertukar, tak apa...teruskan saja, sambil tu berdoalah pada Allah, tunjukkanlah kepada kita yang mana satu yang boleh kita gunakan untuk menambah nilai hidup orang lain. Insyaallah, kalau niat kita ikhlas nak tolong orang, kita bukan kejar duit semata-mata...pasti kita akan dapat PASSION kita akhirnya...Bak kata mentor saya Dr. Azizan Osman baru-baru ni...

Siapa yang jumpa PURPOSE dia...dia akan jumpa PASSION dia!.

WALLAHU'ALAM...







0 comments:

Post a Comment