Friday, May 31, 2013

NIKMAT HARTA...atau NIKMAT ILMU...

Kebanyakan manusia biasa sanggup buat apa saja untuk merasai nikmat keduniaan...Berkejar-kejar dan berlumba-lumba bagi mencapai impian-impian materialistik...Itu memang perkara biasa, dah namanya manusia..dah namanya manusia biasa...Walau jadi ustaz atau ustazah, teringin jugak berkereta mewah..teringin jugak tinggal di rumah yang cantik..Mesti mereka tak salahkan saya kata macam tu sebab semua pun tahu..mereka kan manusia biasa...Tapi, bagaimana pula dengan manusia luar biasa?

Manusia biasa pasti inginkan rumah yang besar, yang cantik..kereta mewah, motor besar dan berkuasa tinggi...Handbag mewah berpuluh ribu ringgit..Tapi, tahu tak..sebenarnya nikmat mendapat kesemua itu hanya sementara saja sifatnya...Terutamanya kalau kekayaan yang Allah bagi itu kita gunakan untuk kita saja..untuk anak-anak dan keluarga kita saja..Kita tak salurkan pun ke luar...Kita tak CUCI KOLAM...Maka...perasan atau tidak, lama-kelamaan Allah akan menarik balik nikmat itu...dan Allah akan uji dengan nikmat hawa nafsu, yang tak pernah puas..tak pernah cukup...Masyaallah, jauhilah kami semua dari ujian ini Ya Allah...

Nikmatnya bila mendapat apa yang kita impikan..Tapi nikmat keduniaan yang kita miliki sekarang ini akan pudar sekejap saja, kalau kita tidak bersyukur...Kalau kita tidak berkongsi...Itulah nikmat harta...Nikmat yang tidak berkekalan lama...Nikmat sebenar-benarnya hanya terletak pada proses untuk mendapatkannya..
Cabaran dan rintangan untuk mendapatkannya...Proses yang perlu dilalui untuk mendapatkannya..Ilmu yang di cari untuk mendapatkannya...Itu yang lebih nikmat sebenarnya...

Jadi....

Tak perlu kita takut menghadapi segala rintangan..tak perlu kita risau dengan segala ujian..Itulah nikmat sebenar-benarnya...Rasailah kenikmatan segala ujian yang diturunkan Allah..Rasailah nikmatnya kesusahan dan keperitan kita dalam proses mendapatkan impian kita...Itu nikmat yang tak ternilai harganya..Yang penting yakin bahawa segala keperitan itu hanya untuk menguji skala kesabaran dan kekuatan kita..Kalau kita mampu handle, kalau kita mampu control minda kita..kalau kita uruskan minda kita dengan tenang..Insyaallah.....u will reach there!..

Tapi...jangan mudah leka..jangan mudah lalai...Kesenangan itu adalah untuk dikongsi bersama..Kemewahan itu adalah bukan semuanya untuk kita...Jangan sampai kita kumpul..kumpul harta setinggi gunung, tapi ibu bapa kita..saudara kita...jiran-jiran kita...semuanya terbiar...

Sebenarnya....

Nikmat apa yang lebih berkekalan?...Bagi saya,apa lagi kalau bukan NIKMAT ILMU..nikmat mencari ilmu dan memahami ilmu...Pelaburan wang ringgit dan harta..kalau berniat untuk mencari ilmu..Insyaallah, sangat besar nilainya.Terlalu besar nilainya, sehinggakan ada yang sanggup menjual kereta dan barang kemasnya untuk mencari ilmu...Itulah namanya manusia LUAR BIASA...Hanya dengan ilmu saja hidup kita boleh berubah..hanya dengan ilmu saja hidup kita akan jadi luar biasa..Hanya dengan ilmu saja kita tahu nikmat kesyukuran..nikmat perkongsian..nikmat kasih sayang Allah Maha Pencipta...

Tapi, yang tak sanggup berkorban wang, harta, masa, tenaga dan berkorban EGO untuk mendapat ilmu? Hiduplah biasa-biasa saja...meneruskan sejarah keluarga..meneruskan generasi yang lemah longlai....

WALLAHU'ALAM...

Wednesday, May 29, 2013

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA

Kenapa kita nak buat bisnes? Masing-masing ada sebabnya kan?..Ada yang nak kaya..Ada yang nak survive je..Ada yang nak tolong suami..Ada yang minat sangat-sangat..Macam-macam sebab kan?..Tapi, baru-baru ni saya dengar ada yang nak buat bisnes sebab intentionnya, kalau bisnes yang dia baru nak buat tu untung, dia kata dapat beli handbag idamannya bernilai berbelas ribu ringgit tu pun jadilah...

Mungkin ramai jugak yang meletakkan target macam tu...U all rasa boleh dapat tak apa yang u all nak? Mesti boleh!!...Kalau itulah sebabnya u all nak buat bisnes..Allah pasti beri, kerana Allah mengikut sangkaan hambanya...

Tapi....

U all nak tau tak? Kalau u all berniat nak buat bisnes sebab nak beli handbag tu saja....Itu saja niatnya, u all akan dapat handbag tu..tapi insyaallah setakat tu sajalahh...Handbag tu sajalah yang u all dapat!..Bisnes akan naik, naik, naik...lepas tu bila dah dapat handbag tu, insyaallah bisnes u akan merudum jatuh..Sebab apa? sebab yang u target dah dapat..Ingat, Allah mengikut sangkaan hambanya..

Ada sorang adik ni pun sama..dah jual insurans baru jual pada 5 orang rasanya...dengan duit komisyennya, dia dapat beli semua keinginannya..Dia beli PS3, dah lama teringin katanya..Bila dah dapat PS3, syok sangat main game..siang malam main game..terus comfort zone balik..dah stop cari client..Lepas tu salahkan industry..kononnya industri insuran dah slow sekarang ni...Tapi tengok orang lain ok je...makin buat duit lagi..Sebab apa jadi macam tu? Sebab dia buat insuran untuk dapat PS3. Lepas dapat, rasa ok lahhh sangattt...selesalah sangattt..Allah pun bagi setakat yang u mintak sajalah..Kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya...

Jadi, Nampak tak? Bisnes ni kalau u all rasa nak buat untuk short term, dia akan jadi short term..Kalau kita aim long term, dia akan jadi long term...Lagipun kan, kalau pemikiran saya lah..yang buat bisnes untuk beli handbag tu..., boleh tak fikir untuk contribute kepada anak bangsa u dulu? Boleh tak fikir buat bisnes ni untuk membantu orang lain dulu..mesti ada ahli keluarga yang susah kan? Atau atleast buka peluang pekerjaan untuk remaja yang melepak, merempit...Tahu lah..yang aim macam tu sebab bisnes suami dah lebih dari cukup..bak kata orang sekarang ni, untung keras...atau masyukk...Tapi itu suami, dia ada contributionnya..

Isteri yang housewife ni? Anak-anak pun dah besar, nak buat apa? Takkan nak melepak je..takkan nak duduk rumah tengok sinetron je? Selama hidup 55 tahun ni...berapa sinetron dah u all tengok? Apa effectnya kepada kehidupan u all? Dah jadi kaya macam diorang dalam tv tu? Dah dapat tolong berapa buah rumah anak yatim?

Apa kata bila dapat untung 16 ribu untuk beli handbag idaman tu...reserve sekejap, gunalah duit tu untuk membantu anak yatim dulu..atau tolong ahli keluarga yang susah dulu..nanti dapat lagi 16 ribu barulah beli handbag tu...Sebab,kalau kami lahh..kami jenis tak sampai hati nak guna duit tu untuk diri sendiri, sebab dah tau..nanti kita akan dapat lagi..dapat lagi..

Contohnya, kalau kita teringin nak beli kereta baru, make sure mak bapak kita tak pakai kereta lama...Sebab rasa pelik pulak kalau kita ada duit nak beli kereta baru contohnya..tapi mak ayah kat kampung naik moto atau kereta buruk je?..Kalau kita duduk rumah macam mahligai..macam istana..mak ayah kat kampung macam duduk di setinggan?..Lagi satu, ada orang ni dapat je duit bisnes..plan nak melancong satu dunia.Boleh, bukan tak boleh...tapi mak bapak u all dah pegi umrah ke? Dah sampai ke Mekah ke?..Asyik pikir untuk diri sendiri je..Patut lah bisnes kejap je naik, pastu down balik...

Come on lah...buat bisnes sebenarnya kalau u all buat untuk diri u sendiri saja...U tak akan rasa tenang, u tak akan rasa nilainya...U akan rasa tak cukup..tak pernah cukup..tak puas-puas..walaupun dapat berjuta-juta...tapi masih tak cukup..masih takut, takut kalau-kalau bisnes u down nanti?..Perlu ke takut macam tu? Untuk orang yang buat bisnes dan contribute kepada anak yatim, atau orang miskin dan sebagainya, lihatlah...diorang ni dah tak rasa takut..Sebab dia tau, kalau bisnes dia down macamana pun, sure anak-anak yatim ni akan mendoakan mereka..Kalau dah anak yatim yang mendoakan, siapa boleh menidakkan?..

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA MENGHIDUPKAN (AL-MUHYI)
Jika orang membaca nama ini sebanyak 68 kali setiap hari maka Allah akan menghiasi hati mereka dengan cahaya iman dan ilmu dan akan memberikan kepada mereka kemahuan untuk menolong orang lain yang sedang memerlukan pertolongan.

Tuesday, May 28, 2013

BULETIN ANIS CHOCOLATE: STOKIS ANIS CHOCOLATE PAKAI ILMU PENDINDING?

BULETIN ANIS CHOCOLATE: STOKIS ANIS CHOCOLATE PAKAI ILMU PELARIS?

Shah Alam  27 Mei 2013

Disebabkan jualan para Stokis Anis CMC yang sangat luar biasa, kami cuba menyiasat sama ada benar atau tidak khabar angin mengatakan kesemua Stokis dan dealer mereka ini ada memakai ilmu tertentu seperti yang digembar-gemburkan.

Kami cuba menghubungi Stokis Johor Baharu (019-7132323) untuk mengesahkan kenyataan ini kerana tiba-tiba jualan mereka menjadi sangat tinggi iaitu 2500- 3000 seminggu. Menurut En Abdul Latif, memang sah dia memakai ilmu pelaris katanya. Beliau mengamalkan Solat Dhuha setiap hari diselang seli dengan selawat ke atas nabi sebanyak 1000 kali dan beristighfar sebanyak 100 kali sehari. Itulah ilmu pendinding beliau.

Kami masih tidak percaya dengan kenyaataan beliau, jadi kami mencari Stokis Kuantan iaitu Pn Zaliza  (012-4767394) yang mencapai jualan hampir 5000-6000 ribu kek seminggu ini untuk mendapat penjelasan.Kami sangat terkejut kerana beliau juga mengaku bahawa beliau memang selalu mengamalkan ilmu pendinding ini.Caranya ialah beliau sering membaca surah al-Waqiah, sebolehnya sehari sekali diamalkan.Di samping itu, beliau juga bersolat dhuha setiap hari serta sering berzikir Ar-Razzaq (ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI) sebanyak 10 kali setiap hari di keempat sudut rumahnya.

SUBHANALLAH!!..Rupanya kami tersalah anggap kepada mereka..Kami insaf dan ingin meminta maaf kepada pihak Stokis dan syarikat Anis Food kerana buruk sangka kepada mereka.Maafkan kami.

~Wartawan Insaf~

BUAT PELANGGAN SAMPAI MELEKAT

BUAT PELANGGAN SAMPAI MELEKAT

Kalau buat bisnes,kita perlu tahu apa yang penting supaya pelanggan melekat dan terpikat?..Sebenarnya, apa yang penting ialah kita perlu faham pelanggan.Kita kena duduk dalam kasut pelanggan atau put yourself in other people's shoes.Faham apa kehendak pelanggan.Apa yang kita boleh tolong pelanggan? Apa yang kita boleh memudahkan pelanggan? Bukan apa yang kita nak..Bukan berapa target sales kita..

Selalunya macam tu lah..macam saya dulu, buat bisnes MLM, terkejar-kejar target nak dapat berapa BV ke PV ke..tak ingat dah..Pastu lama-lama bisnes down.Dulu salahkan orang, salahkan downline semua lari, ingat downline tak kuat semangat...Sekarang baru faham, downline lari sebab kita juga yang tak pandai servis..atau kita asyik nampak untung je..Tolong downline pun sebab 'ada udang disebalik batu'..Patutlah pelanggan tak melekat!

Sori ye yang buat MLM, u all semua mesti dah pandai sekarang ni..Dah tahu apa yang sepatutnya dibuat..Kami dulu tak tahu, kami nak tolong diri kami saja..kalau dari dulu tahu tentang add value to other people's life, konfem dah duduk banglo macam upline kami Kak Safiah & Abg Jamsari...

Jadi bila dah faham sekarang, kami sedang cuba untuk lebih memahami pelanggan...Dulu masa tak ada sistem dealer, kami jual sendiri kek ni..Jual yang medium & large size...Ada kawan-kawan cakap (kawan yang tak pernah bisnes), buat yang besar lah untung..Betul,tapi kalau buat macam tu  sendiri sajalah yang untung...

Tapi, bila start faham customer & market niche, kami cuba (try and adjust) buat yang kecik-kecik..Sebab pertama, untuk memudahkan customer makan..Supaya customer tak perlu makan banyak-banyak..untuk lepas gian je boleh la..Kedua, untuk memudahkan dealer menjual. Bila harga murah, senanglah dia nak jual, dan modal pun tak banyak...

Faham ke faham?...

Penting kan kita kena faham perasaan pelanggan? Bab customer service pulak, saya selalu pesan pada staff , make sure layan kaw-kaw punya..Mentor kata, layan sampai extreme pun tak pa...Biar lebih, jangan dia rasa tidak dilayan..Layan sampai kalau boleh sebut sesuatu yang customer teringat-ingat sampai ke malam..sampai dia touching, sentuh emosinya....Contoh,amboiii...nampak berseri-seri hari ni Kak Gayah, betul ke rahsianya kena banyak senyum ye kak?Konfem lepas ni dia datang dengan senyuman yang manisss saja..Sebab kalau kita kaji, pelanggan akan mudah ingat dan melekat dengan peniaga yang pandai ambik hatinya..

Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang saya dengar stokis saya cerita, setiap kali dia nak hantar kek di satu kedai di Kuantan ni, owner dia layan Kak Iza macam PEMINTA SEDEKAH!..Duit kek dilemparnya pada Kak Iza...Tidakkah dia rasa perbuatan dia memalukan orang? Tidakkah dia rasa tercalar maruah orang yang diperlakukan sebegitu?Apa perasaan dia kalau dia dibuat begitu?

Kita sebagai peniaga kena faham sefaham-fahamnya apa yang pelanggan nak...Dari segi kualiti produk, biar puaskan hati customer..bukan buat ala-ala kadar..bila tak laku, ingat ada jiran sebelah bomohkan pulak..Mula lah kata orang tu dengki, orang ni khianat..Masyaallah...Percayalah, kalau kita faham kehendak pelanggan..kalau kita faham bahawa kita sebenarnya kena beri kasih sayang dan membelai pelanggan...kita akan diberi balik semula..

Bila kita jadi pelanggan pula, please alert bahawa kita akan deal dengan peniaga yang macam kita jugak..yang tak cerewet sangat, yang mudah memahami kehendak kita..Teringat pulak tahun lepas saya nak beli baju raya..Saya tak mintak kurang pun, tapi...adik tu yang nak bagi less untuk saya..masa tu saya perasan sesuatu....What u give, u will get back more!!...

WALLAHU'ALAM.....

Monday, May 27, 2013

APA YANG KITA CAKAPKAN ADALAH DOA?

Ramai orang yang masih tak perasan lagi, sebenarnya...apa yang dicakapkan adalah satu doa..Kadang-kadang diorang ni tahu dan dah faham..ye lah dah pegi belajar sana sini pasal ni..Tapi disebabkan dah terbiasa hidup 55 tahun baru tahu pasal ni...ambik masa lah sikit kan...takpa takpa, fahaaammmm....

Lagi la jenis yang suka bercakap..pot pet pot pet pot pet..Sambil bercerita, dia tak sedar yang dia sedang mensabotaj dirinya sendiri..Dan dia juga tak sedar apa yang dikeluarkan dari mulutnya adalah DOA!..

Dulu kami pun tak faham jugak...Sering bercakap yang mensabotaj diri..Bila orang tanya pasal bisnes, selalu cakap...boleh laa..bisnes kecik-kecik je...Masa tu memang jadi "boleh laa" saja...dan tak besar-besar..Bukan apa, sebab kita dah terbiasa dalam budaya orang melayu, dan hidup di persekitaran orang melayu, kita tak diajar bercakap besar..kan?..Kita diajar untuk merendah diri...

Dulu memang susah jugak nak tukar..takut orang salah faham, takut orang ingat kita cakap besar..Tapi rupanya tak...Kita yang buruk sangka rupanya...Bila diorang mendengar apa yang kita impikan, mereka sama-sama berdoa untuk kita rupanya..Mereka pun tumpang excited, mereka pun tumpang gembira..Mereka nak lihat kita berjaya rupanya!

Mentor kami selalu sebut apa yang kita cakap adalah satu DOA!!...

Tahuuu...Tapi masih cakap lagi yang bukan-bukan..yang mensabotaj diri..Sebab apa? Sebab tak faahhaamm sepenuhnya..Teringat satu cerita ni..Seorang yang mempunyai galeri seni..Dia melukis, artist lah kira..Orangnya sangat terkenal..lukisan dia semua cantik-cantik..Bila orang tanya dia, macamana bisnes Tuan? Dia sering menjawab macam ni...Bisnes boleh laaa...orang yang datang memang ramai...tapi diorang datang tengok je, mereka tak beli pun....Setiap kali ditanya pasal bisnes, inilah yang dijawabnya..Bermaksud, betullah..itu yang dia mintak..Dia tak pandai tipu hotak dia...Jadi, apa yang dia sebut berulang-ulang kali betul-betul terjadilah...Orang bertambah-tambah datang..tapi.....mereka TAK BELI!!...

Bila dengar citer tu, masa tu kami baru bukak kedai..Of course ramai yang tanya macamana bisnes kann..Dulu kami jawab, alhamdulillah...bisnes ok, buatlah kek banyak mana pun, stok sentiasa tak cukup-cukup...Tak tau kenapa, masa tu setiap kali ditanya..itu yang kami jawab...Sebab situasi tu sedang berlaku masa tu..Stok memang tak pernah cukup-cukup..Kadang-kadang dealer terpaksa tunggu seminggu untuk dapat stok kek...Walaupun masalah ni kira best jugak lahh..tapi kami tetap pening jugak bila pengedar tak dapat kek...macamana diorang nak berbisnes kan?

Tapi lepas dah faham..kami cuba ubah sikit jawapan kami...Kami jawab macam ni pulak, alhamdulillah...bisnes semakin ok, dealer semakin bertambah-tambah, stok kek pun kami sedang usahakan untuk ditambah..insyaallah kami akan buat mesin untuk mengatasi masalah tak cukup stok ni..Masa tu mesin tu main cakap je...betul, memang ada keinginan nak buat..tapi tak nampak lagi macamana caranya..Dan masa tu sale pun tak banyak lagi..tapi saja je TIPU OTAK (pinjam perkataan adik Hakim Najili :))..cakap je pasal mesin..lama-lama dapat betul-betul...Jadi, masalah stok kek pun selesai..At the same time pengedar pun bertambah-tambah sampai ke tahap tahun 2010 dulu kami TERPAKSA tutup pengambilan dealer baru!

Sejak itu, kami sangat berhati-hati bila bercakap..Ada benda yang kami tak berani nak cakap..Ada sorang kawan iaitu salah sorang stokis kami share, dia ni masih bekerja..Dia sering dapat phone calls,SMS dan PM, jadi sebagai seorang business person, dia memang kena jawab semua ni..Kalau tak, buat apa nak buat bisnes kan?..Tapi..bila bekerja, sedikit sebanyak perkara ni boleh mengganggu proses kerjanya kan?..Ye lah, memang ambik masa nak jawab phone calls dan jawab mesej-mesej tu...Sehinggakan dia kata bila sekali tu dia langsung tak dapat phone calls dari customer, tak dapat SMS dan PM, dia kata dia rasa ALHAMDULILLAH sangat-sangat...

Saya terkejut dengar apa yang diceritakan. Saya katakan padanya, tak boleh kot cakap macam tu..tak boleh kot ingat macam tu..Kalau saya lahh..saya takut nak cakap macam tu..Takut bila kita sebut macam tu, time tu hotak kita serap dan percaya apa yang kita katakan tu...Dan dia akan kata, ohhh...ok aku dah faham..kau tak nak customer call kan? kau tak larat nak jawab SMS dan PM kan?..Ok, aku akan tolong kau..aku akan cari cara supaya kau rilek-rilek lepas ni...Kau jangan risau, lepas ni kau boleh berehat, otak kau akan senang..dah tak ada orang akan call dan sms kau...

Saya selalu fikir macam tu..Saya faham situasi pengedar saya ni...Cuma, dia sepatutnya kena belajar TIPU OTAK dia..walaupun dia rasa burden, jangan sebut..kita pandai-pandai lah manage masa kita..Atau paling susah sangat pun...dan tak sempat sangat pun...tetap welcome phone calls..tetap welcome sms...panggil dan tarik sebanyak-banyaknya..sempat jawab atau tak..itu belakang kira...Sambil tu berdoa pada Allah, mintak Dia lorongkan kepada kita bagaimana kita nak menghadapi situasi ni..beri kita kelapangan masa untuk melayan pertanyaan pelanggan..Nanti tengoklah, Dia akan lorongkan sesuatu yang kita tak sangka-sangka..Apa yang kita perlu buat hanya mintak....Bukankah Allah Maha Melorongkan Sesuatu?

Belajarlah TIPU OTAK..supaya dia serap apa yang kita kata..supaya dia percaya apa yang kita kata..Bermaksud, kita kena cakap yang baik-baik saja..Talk about what we want, don't talk about what we don't want..Senang kan...tapi kena praktis..kalau tak, cakap berbuih macamana pun...bila anda tak dapat control minda anda..Anda tak akan perasan pun apa yang anda cakap itu satu DOA!..Anda akan cakap yang bukan-bukan..yang mensabotaj diri anda..bisnes atau kerjaya anda..sabotaj anak-anak anda..


Jangan sampai terlupa, jangan sebut bisnes saya ni boleh laa..cukup-cukup makan..bisnes saya ni kecik je..Ada yang FB dia pun letak nama BISNES KECIK JE...huhuhuu..No No No!!...Tukar kepada ALHAMDULILLAH...Bisnes saya semakin maju, saya yakin bisnes saya berpotensi, saya yakin bisnes saya akan berkembang lagi in future..Dalam hati, selalu tanam perkataan JUTAWAN...selalu sebut...walaupun kita tak tau macamana nak dapat, tapi..kalau otak anda tertipu dan terpercaya, insyaallah anda akan dapat apa yang anda sering sebutkan!...

WALLAHU'ALAM...




Sunday, May 26, 2013

JUAL NASI LEMAK DAPAT 5 ANGKA SEHARI?


  1. JUAL NASI LEMAK DAPAT 5 ANGKA SEHARI?

    Ramai orang yang terperangkap dalam kotak yang sama...Dalam pemikiran yang sama...pemikiran yang biasa-biasa..Selagi kita masih berada dalam kotak yang sama macam orang lain...kita akan jadi macam orang lain juga..

    Betul, kadang-kadang kita perhatikan mereka yang berjaya melakukan bisnes yang biasa-biasa saja..Contoh, ada seorang adik Ikram al-Banjiri mencer...itakan seorang kawannya menjual nasi lemak bungkus daun pisang saja di KL.Nasi lemak tu SERINGGIT je harganya..Kedainya penuh sesak dengan lautan manusia..semua ada, melayu, india, cina..semua ada...Tempat duduk selalu tak cukup.

    Tapi..apa yang membuatkan ownernya Tim Fatima dapat menjual Nasi Lemak Seringgit sehingga berpendapatan 5 angka sehari? Again....jangan salah baca, 5 angka SEHARI tauuu..bukan SEBULAN...

    Sebab apa?..Sebabbbb.... she thinks out of the box...Dari dia jual nasi lemak berlauk, pilih-pilih lauk yang ramai orang buat tu...Dia tukar ke nasi lemak bungkus daun pisang..yang dijual murah, semurah seringgit saja!..Pastu, masa dia baru start dulu, dia kata...dia supply nasi lemak dia ke merata kedai...Ada yang kata, susahhh..penattt....He he..memang susah, memang penat..tapi kalau tak nak susah, tak nak penat at early stage, good bye lahh..tak payah mimpilah nak jadi JUTAWAN!..

    Tim Fatima ni tahu apa yang ramai orang nak..Orang nak nasi lemak yang murah tapi sedap.Itu saja...lepas tu dia kaji pasaran. Orang nak yang dibungkus daun pisang..Tapi itu pun dia TRY AND ADJUST jugak..Dia bungkus dengan kertas minyak dan surat khabar pada mulanya, tapi orang kurang membeli..Tapi kalau bungkus dengan daun pisang, orang sangat suka...

    Kalau nak ikutkan, kebanyakan orang wanita memang pandai buat nasi lemak...Bermakna, bisnes ni biasa saja kan? Siapa pun boleh buat..Yang lagi best, nanti kalau ada yang merasa...saya dah agak setengah orang especially wanita akan berkata, kalau macam ni...aku pun boleh buat, aku buat lagi sedap...Betul, u pun boleh buat, mungkin lebih sedap....Tapi hotak dia dengan hotak u memang tak sama!..Patut lah dia boleh buat bisnes nasi lemak bungkus sempoi je tapi sehari sampai 5 angka..Kita ni cakap je lebih...itu pandai, ini pandai...semua nak melawan orang je kerjanya..tapi tak kemana jugak...Dok tang tu jugak...

    Apa yang specialnya Tim Fatima? Pemikirannya lahh.....yang luar biasa hebat..yang berfikir out of the box..Yang tak ada banyak alasan..Yang merealisasikan apa yang ada dalam kotak pemikirannya ke dunia realiti..Yang bertindak secara luar biasa...Masakan boleh orang yang tak ada tindakan luar biasa atau kekuatan luar biasa boleh sampai ke tahap macam ni?

    Saya pasti juga, masa dia baru start dulu..mesti dia pun tak sangka akan berjaya sampai ke tahap macam ini...Saya yakin dia mesti TRY je dulu...Sebab kalau tak try, mana nak tahu kan?..Bila dah try, lama-lama boleh nampak apa yang orang nak..apa yang orang tak suka..Yang saya suka katanya, barang yang harganya seringgit jarang lagi dijual..jadi customer tidak akan berkira nak memilikinya, dan sekali beli, customer beli sehingga 20 bungkus. Tengok?...Bukan susah pun..Simple beb...Kan?..

    Jelas kan, sebenarnya apa yang menghalang anda? ALASAN yang menghalang untuk kita terus berjaya, bukan?Dan semuanya terletak di tangan anda saja..Tak ada orang lain yang boleh tolong anda..Pegi lah jumpa pakar bisnes dari planet Pluto sekali pun...tapi kalau dalam hati penuh ALASAN...masih tak nak bergerak, masih tak nak bertindak...Habislahh..Potensi bisnes anda akan diambil oleh orang lain..Bisnes yang anda fikirkan sekarang, satu hari nanti akan diambil orang lain...Satu hari nanti orang tu akan jadi JUTAWAN...Satu hari anda akan terfikir, kalau dari dulu aku buat bisnes yang dia buat ni.....aku dah berjaya macam dia! Aku dah BEBAS macam dia!!...

    WALLAHU'ALAM....

    ALLAH MAHA MELIHAT (AL-BASIR)
    Jika sesuatu pekerjaan tidak diniatkan untuk diri sendiri melainkan kerana Allah, kemudian jika seseorang membaca Ya Allah Ya Basir sebanyak 100 kali sebelum solat Jumaat,nescaya Allah akan menggembirakan orang itu dengan kasih sayang Nya dan memberikannya kejayaan dalam pekerjaan yang diniatkannya itu.










Saturday, May 25, 2013

STRATEGI MARKETING KAMI

SEBELUM MASUK KELAS (2006-2010)

1. 1 to 1 Marketing ( Approach kedai dan owner stesen minyak. 4 tahun ada lebih kurang 30 outlet).
2. Agent (seingatnya ada 3 orang agent yang aktif iaitu kawan baik Siti Zura Mardzuki, yang tolong kawan saja masa tu...Kak Zah Kelang dan Zull Sunway...ramaiii kan?..)
3.Free tester ( buat free tester di outlet-outlet)

SELEPAS MASUK KELAS (2010-2013)

1.ETSI ( Sistem SMS )
2.Website
3.Blog (www.adamarisya.blogspot.com)
4.Mudah.com.my (mencari pengedar)
5.Majalah.com (mencari pengedar)
6.Testimonial ( testimonial-experience Pn Siti Zura & Pn Siti Nurse buat bisnes ni...dua-dua pun semakin aktif sampai sekarang)
7.Sistem Dealer ( 2010-2013, kami mempunyai lebih dari 1000 orang dealer..Sebelum kelas, 3 orang..hehe..)
8.Sistem Stokis (baru start January 2013- untuk mudah distribute ke seluruh negara)
9.Program Bisnes Tanpa Modal 2010 (buat selama 6 bulan)
10.Program Money Back Guarantee Bisnes (2010)
11.Iklan Program Bisnes Tanpa Modal di Media Fokus (half page-RM1000-RM2000)
12.Slot Nasi Lemak Kopi O, TV 9-(2010 -bersama GM baru Richworks masa tu iaitu Tuan Jerry, dan ini pun free of charge, anjuran Richworks)
13.Metro Ahad-half page berkongsi dengan Asyik Ikan Bakar, sekarang dah ada kilang sos ikan bakar
( anjuran Richworks - free of charge)
14.Surat Khabar - cover story Sinar & Utusan Malaysia-2012 ( free of charge)
15.Radio Web Selangor-2012 (dijemput DJ Mansor)
16.Banner & Bunting (ni baru nak start mengganas, dulu buat..tapi tak berani all out sebab takut stok kek tak cukup..huhu)
17.FB Page (start Okt 2012, January 2013 baru aktif - belum buat FB Ads, Admin Manager Azham Ariff akan tolong buat :))
18.Iklan TV - commercial ( Februari 2013-8 slot di Nasi Lemak Kopi O TV9, bayaran RM36K termasuk shooting iklan)
19.Iklan di Metro Ahad (Februari 2013, full page dan half page - 4 terbitan, RM35K)
20.Majalah Rasa -2013 ( 2 bulan berturut-turut)
21.Sponsor drama TV -a)Sehangat Asmara (Penerbit Datin Zaiton Mat Jiwa, kakak Datuk K :) - di recommend oleh Pn Rozie Rashid- pelakon drama & iklan, yang merupakan dealer kami sejak 2010
21 b) Sujud di kaki ibu - Darkwave Pictures (Penerbit Pn.Rufina- customer kami)
21 c)Tanggang Ayu - Darkwave Pictures
21 d)Pelangi Petang - Penerbit Datuk Ahmad Tarmimi Sarigar
22.Promosi di Van ( lekat sticker company dan kempen Express Our Love- oleh PrintMonster)
23.Beri T-Shirt pada dealer dan pelanggan terpilih
24.Promosi setiap Jumaat (2010-2011)

AKAN DATANG

25.Billboard - sepanjang highway Utara Selatan
26.Iklan TV - lebih kerap,setiap hari sepanjang tahun
27.Radio Negeri
28.Sponsor event besar & International (contoh: Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa & majlis-majlis lain)
29.Promosi ke luar negara
30.Dijemput untuk buat talk oleh SME Corp-June 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre

PERBEZAAN JUALAN SEBELUM DAN SELEPAS KELAS

1. Sebelum ke kelas- 4 tahun buat kek di rumah. Selepas kelas, ada 4 buah kedai sehingga Mei 2013.
2.Terpaksa order mesin - mesin pertama Jun 2012, kedua Okt 2012, ketiga Mei 2013.
3.Bekas LOVE - start Oktober 2012 sehingga sekarang dah hampir 1 juta pengeluaran.
4. Percentage peningkatan berdasarkan sale di rumah RM15K;  Tahun pertama bertambah 300 %, tahun kedua 700%, tahun ketiga 3000%  ( Audited account oleh accountant terkenal, GM kami Encik Safeeai).


                                 




Friday, May 24, 2013

TIPS PUJUK RAYU SUPAYA SI DIA MASUK KELAS

TIPS PUJUK RAYU SUPAYA SI DIA MASUK KELAS

Kenapa perlunya untuk pasangan suami isteri kena ke kelas berdua-duaan?..Dulu masa first time saya nak ke seminar,awal-awal saya dah tau dah..insyaallah bila balik nanti..kalau suami tak ikut, saya akan terkulai layu juga akhirnya nanti...Dia mesti tak nak dengar apa yang saya citer..ha ha..jangan marah ye boss :)

Jadi, untuk lebih efektif, memang kena pegi together-gether...Supaya wave dia sama dengan u..Supaya apa yang u nampak, dia nampak..apa yang dia nak..u pun nak..Tak gitu?..Tapi, kalau dia tak nak pegi macamana?..Harap-harap tips di bawah ni serba sedikit boleh membantu u all kay...

PERSEDIAAN JANGKA PANJANG

1. PUJUK RAYU ALLAH...
Untuk yang nak ajak pasangan ke seminar Dr.Azizan Osman IMKK-Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan  (Julai 2013), anda masih ada masa untuk apply tips ini.Berdoa dan mintalah pada Allah sepenuh hati selama 21 hari tanpa miss, mesti consistent.Sebenarnya, tips ni lah yang paling penting dan paling utama..Kalau tak buat yang lain..tapi ini lah yang paling kena buat!..Dan sebenarnya, tak ada tips yang lebih hebat dari tips ini...

Cuma syaratnya, kena sangat yakin bahawa Allah yang melorongkan segalanya..yakin Allah akan memberi..jangan langsung ada prasangka pada Allah dan sabotaj diri sendiri..

Bermakna, sekarang anda ada masa lagi..even kalau nak ajak pasangan ke Seminar Hidup Luar Biasa pun anda boleh buat jugak tips ni...Mungkin ada yang kata dia memang dah bertahun-tahun buat dah..dah bertahun-tahun berdoa..Ya, betul...cuma macamana tahap PUJUK RAYU anda?..Pujuk rayulah Allah..berkomunikasi dengan Dia, mintak supaya Allah tolong kita..beritahu sebab-sebab kenapa anda nak pasangan ke IMKK contohnya..Insyaallah, kalau reasonnya tak mementingkan diri, kalau reasonnya untuk tolong keluarga anda...insyaallah Allah akan terima submission anda..Betul, pujuk rayu saja Allah selama 21 hari consistently..

Seorang sahabat baik saya berjaya buat yang ni untuk pujuk suami dia ke IMKK yang lepas. Dia cuma beli 1 tiket saja..dia nak sangat suami dia ikut sekali..Saya cakap kat dia, senang saja..balik banyak-banyak berdoa, mintak kat Allah...Bila akhirnya suami dia setuju..saya hanya tersenyum, sebab dah tau..insyaallah dapat punya...Tapi, yang bestnya..suami dia ni boleh tahan degil, tapi berjaya dipujuk jugak..he he he..

Tapii...

2.BERSYUKUR PADA ALLAH
Dalam masa yang sama, u all kena selalu bersyukur..sehari beratus-ratus kali bersyukur dan berterima kasih pada Allah..untuk setiap perkara yang berlaku terhadap u all sepanjang hari..Perkara-perkara kecik pun u all boleh minta pada Allah..Contoh sebelum keluar rumah, u all minta siap-siap Allah bagi parking kat ofis u all..Pastu, bila dah sampai ofis, tup tup betul-betul dapat parking...U all kena faham dan tahu dan alert yang itu bukan coincident.

 Itu memang betul-betul Allah yang bagi sebab u dah mintak tadi..So, cepat-cepatlah bersyukur dan berterima kasih pada Allah..Bila nampak yang Allah Maha Penyayang, apa yang kita mintak selalu dapat..selalu Allah beri...Ini akan membuatkan kita banyak bersyukur...Bila banyak bersyukur dan berterima kasih pada Allah..Dia akan beri apa saja yang kita minta..Syaratnya..YAKIN PADA DIA...Betul tak ustazah?..

PERSEDIAAN JANGKA PENDEK

3.MESTI PANDAI MEMUJUK...
Sebenarnya..saya rasa pelik jugak ramai yang tak boleh nak buat yang ni...Nak citer pun open sangat...Tapi, takkan tak faham lagi bila waktu-waktu yang suami lemah..suami TERPAKSA terima apa saja syarat yang kita beri...Susahnyaa nak citer aihhh...Saya tak tau lah pulak kalau-kalau ada yang waktu tu masing-masing tengah bergaduh..Kalau macam tu memang lah tak menjadi aktiviti memujuk nii...Harap boleh faham kot ye point yang ni..sebab jangan harap saya nak cerita yang detail pasal ni kayy..Point ni sebenarnya lebih kepada...lu pikirlah sendiri....

Faham ke faham?..

Tapi, ada syarat jugak...make sure yang nak buat nii..memang dia jenis yang tak kasar, tak selalu sakitkan hati suami, tak tinggi suara dengan suami...ini boleh masuk dalam persediaan jangka panjang jugak..sebab kalau dah jenis suka sakitkan hati suami ni susah lah sikit Kak Gayah...of cos ajak camana pun suami Kak Gayah tak nak...sakit hati suami pada Kak Gayah tu dah sekian lama membengkak dalam hati dia...mana bisa kok!

4.MANJA-MANJA DENGAN PASANGAN
Ini lebih kepada pasangan yang hubungannya macam belangkas..nak ke mana berkepit memanjang...Orang kata macam best fren lah kira..Itu dah kira ok tu..Walaupun mungkin pasangan jenis yang keras kepala tahap gaban punya...tapi, cakap lah kat dia...Abang..., i nak mintak tolong u temankan i saja...sebab i kan tak biasa pegi sorang-sorang..tak bestlah kalau u tak ada sekali..Tunjukkan yang kita bukan nak dia berubah ke, atau benda-benda macam tu..Kita cuma nak dia temankan kita saja...

5.REVERSE PSICHOLOGY
Untuk yang sama-sama baru nak masuk mana-mana kelas,dan pasangan pulak jenis yang tak nak ke kelas, kena pandai reverse psichology..Awal-awal jangan tunjuk kita ni excited sangat nak ke kelas-kelas tu..Setuju je dengan dia, kata macam ni..i pun memang tak suka sangat ke kelas-kelas macam ni..tapi i tengok kawan i ni lepas masuk kelas hidup dia berubah...Dia dah tak macam dulu...Bukan saja kaya, tapi sekarang dah pandai cakap pasal sedekah...

Jangan cakap yang keduniaan sangat, sebab selalunya orang yang tak nak ke kelas ni dia tak nak kaya...perspektif dia negatif terhadap kekayaan...Minda dia belum terbuka..Kalau dia nak kaya dan berjaya, tentu awal-awal lagi dia dah setuju ke kelas. Jangan sebut pasal kawan u yang dah masuk kelas tu dah kaya sangat tau...Citer lebih kepada..kawan u citer, dia dah berubah..dah lebih rapat dengan Allah...dah lebih rapat dengan mak ayah dia...haaa..itu lebih touching..Kalau citer bab kaya..kaya..je...konfem tak masuk dalam hati dia...Ye lah, dia tak kena basuh lagi...he he...

6.HARI-HARI BASUH....
Kalau ada kawan yang kita kenali dah berjaya lepas attend mana-mana seminar, kita cerita kat suami..hari-hari kita cerita...Ini pun jangka panjang jugak sebenarnya.. ha ha..Ini seperti kita nak "tanam" dalam subconcious mind dia...Cara cerita, intonasi...jangan macam nak paksa..atau jangan macam fanatik...atau jangan macam nak salahkan dia..atau perli dia...cara ni takes time..tapi BERKESAN...

Forward email ke, print cerita-cerita testimonial ke..apa saja asal dia boleh baca..Kalau ada kalangan kawan-kawan yang ke kelas tu, ajak suami jumpa diorang tu..Berkawan dengan diorang..Insyaallah diorang atau kawan u tu boleh bagi suami terbuka hati..Kadang-kadang dia lebih percaya dengar cakap orang kan kan kannn...Tambah-tambah orang tu dia respect..Insyaallah....

7. BERTINDAK SECARA EKSTREM
Ini sangat penting sebenarnyaa...apa pun kita nak buat sebenarnya..bertindaklah secara EKSTREM!!...Nak berdoa ke..nak pujuk rayu suami ke..apa saja cara yang kita nak guna...buatlah secara ekstrem..bukan ala-ala kadar saja...Sekali pujuk, kalau tak nak..dah malas nak cakap dahh..tak boleh macam tu...sebab apa yang kita pujuk tu tak masuk lagi dalam kepala hotak dia..kita kena tanam sampai masuk...

Ekstrem bermaksud...kalau perlu menangis..menangislahh!!..melutut lahhh...Gunalah KUASA AIR MATA..Jangan berlakon, tapi sepenuh hati....baru akan meresap dalam jiwa dia...

Ok ke Ok?..He he..apa-apapun...Semoga hari Jumaat ni menjadi hari yang sangat barokah untuk semua...:)

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA MENSYUKURI (AL-SYAKUR)
" Orang yang tidak berterima kasih kepada manusia tidak akan mampu bersyukur kepada Allah"






Thursday, May 23, 2013

KENAPALAH...DIA TAK NAK PEGI KELAS...?

KENAPALAH...DIA TAK NAK PEGI KELAS...?

Seminar Hidup Luar Biasa dan IMKK (Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan) dah nak start ni...Sekadar sebut beberapa kelas..banyak lagi kelas-kelas lain kat luar..Kalau kita nak ajak pasangan kita ke kelas-kelas ini, kita kena bersedia dari sekarang..Mesti tau tips macamana nak pujuk pasangan kita yang tak nak pegi ke kelas-kelas macam ni...Tapi...tips yang gempak kita reserve jap..Esok kita share ok..Hari ni kita kena faham dulu kenapa diorang ni tak nak pegi ke kelas-kelas macam ni..Lagipun,kalau kita faham sebabnya...kita cuba untuk tidak buat perkara yang sama untuk anak-anak kita..Supaya bila anak-anak dewasa, mereka jenis yang suka mencari ilmu tak kira umur..Supaya diorang ni tak ikut perangai macam ayah dia atau ibu dia yang tak suka mencari ilmu...Kerana bukankah dengan ilmu sahaja akan membuatkan hidup kita berubah?

Kenapalah....dia tak nak pegi kelas?

1.Mentaliti Khatam Quran
Ramai yang tak perasan isu ni sebenarnya.Dulu kecik-kecik saya pun sama jugak..berebut-rebut nak khatam quran. Saya fikir balik, kenapa semua parents nak anak-anak cepat khatam quran?Lepas khatam nak buat apa? Tutup quran?Jadi, kalau anak yang umur 11 tahun dah khatam.good bye lah al-quran..itulah saja masa dia baca quran..Sampai ke tua tak pernah nak selak dah?..Macam tu ke mentalitinya?

Masa anak-anak mula nak ngaji, saya dah pesan pada Ustazah yang ajar diorang ni..jangan berebut ajar diorang ustazah, sikit-sikit pun tak apa..asalkan diorang faham dan baca dengan betul tajwidnya..Ustazah happy sangat bila saya sebut macam tu..sebab katanya ramai yang push ustazah nak tengok anaknya cepat khatam..Dia kata, dia pun rasa berdosa kalau ajar anak-anak tu cincai..atau asal cepat..tapi tajwidnya tunggang langgang..

Kenapa macam tu? Kenapa nak cepat?..Bangga nak bagitau kat kawan-kawan anak dia umur sekian-sekian dah khatam? Itu je sebabnya? Lepas khatam boleh buat kenduri kendara bagitau sekampung anak dia dah khatam quran? Pastu pandang rendah lah kat anak-anak orang lain yang tak khatam lagi?..Nonsense lah saya rasa..

Itulah masalahnya..bila dah khatam, TUTUP QURAN!..That's it!...Ada yang langsung tak bukak-bukak dahh..Umur sekarang dah 55 tahun..tapi last sekali bukak al-quran masa majlis khatam quran tu lah..
Perasan tak? Itulah mentaliti kebanyakan kita? Atau mentaliti NAK MENUNJUK tak kena gaya..tak tau effect dia kepada anak-anak..

Bila habis sekolah sama jugak lah..habis tutup buku..Merdeka!!..Tak payah baca buku dah..Of course lah orang macam ni tak nak pegi kelas dah..dia ingat dah tak payah nak cari ilmu!..Dia ingat ilmu tu hanya masa zaman persekolahan.Dia tak tau sebenarnya kita kena cari ilmu sampai meninggal dunia..Kerana semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tak tahu sebenarnya...Maaf, saya dibesarkan sama jugak macam u all..sebab tu saya tahu semua ni..Cuma luckynya saya...saya dibesarkan dengan mak ayah, tok yang setiap masa baca al-quran...Jadi kita pun tak berenti lah baca sampai sekarang...

2.Pernah terkena..tertipu!
Ada jugak yang suka pegi kelas...dia rajin masuk kelas macam-macam..duit dah habis beribu..Tapi sebenarnya speaker tu nak pekena saja..Dia naikkan semangat participant dia...Suruh maju, berjaya, kaya semua...Bila diorang ni semua excited..naik semangat...Dia cucuk diorang ni suruh invest!..Invest dalam skim-skim pelaburan...Banyak yang terkena..Invest dalam aktiviti forex lah..Kadang-kadang ini lah yang terjadi..habis duit ahli keluarga, kawan-kawan semua...yang jadi speaker pulak Dato'...Terpedaya lah!! Selalunya diorang ni bukan terduduk setakat ribu-riban..semua ni main juta-juta!! Jadi, orang macam ni...ingat senang-senang ke dia nak percaya kat speaker lain? Ingat senang ke dia nak pegi kelas lain?..Mintak hampunn...dia macam dah bertaubat!..Tapi kita kenalah faham dia...Kalau kita yang kena, kita sure buat benda yang sama kan?..

3.Rasa POWER!
Ni pulak untuk orang yang selalu buat kelas atau training..Of course lah dia rasa dia POWER!..Dia rasa dia sangat hebat..lebih hebat dari Dr. Azizan Osman..(.Contoh je ya..kalau sebut nama speaker lain, takut dia marah pulak..kalau Dr.Azizan,mungkin dia tak marah kott...). Hebat lah sangat kann..dia train 20 orang, boleh laaa..dia tak perasan ke participant Dr.Azizan lebih dari 2000 orang?Ingat senang ke senang?

Atau jugak untuk orang yang selalu attend training di tempat kerja..HR Manager sangatt yang saya kenal ni, selalu attend training..Dia kata, semua trainer sama!. Pandai goreng je..Pastu pakai slide..Cakap sekejap, makan..cakap sekejap..makan...Participant semua ngantuk..Itu lah dia awal-awal tak percaya tu..Sapa tu? Suami cek laa..Tapi bila dah pegi, dia pulak yang lebih-lebih..he he..

Ada kawan baik saya cikgu ni pernah kata..masa tu dia dalam kursus guru..Dalam kelas tu dia sambil SMS saya...dia kata berkursus lah perkara paling borinnggg sekali dia terpaksa buat...huhu..Patut lah dari awal-awal dulu saya ajak dia ke kelas..dia mengelak!

4.Tak suka MEMBACA!
Ni satu lagi...ada jenis orang yang tak suka membaca..ini kira sinambungan mentaliti khatam quran lah ni..habis sekolah tutup buku!..Pastu pulak, parents ajar baca buku untuk pegi sekolah saja.untuk pass exam saja..Of cos lah habis sekolah tutup buku.Sebab dah tak ada exam!..kannn..

Atleast, kalau tak nak baca buku..pegi la kelas untuk belajar..ni dah lah kelas tak nak pegi, buku pun tak nak baca..Baca lah buku motivasi ke..macam-macam ada...Alhamdulillah saya banyak dapat ilmu dalam buku jugak..sampai addicted lah katakan..ni ada 4 buah buku tak baca lagi..gerammm je tengok, tapi tak sempat huhu..

5.Pasangan tak dedahkan, tak galakkan...
Suami je yang ke kelas..balik diam je...sebab dia ingat isteri dia housewife, tak payah lah nak ke kelas macam tu..Buat apa? Tak perlu kott..sebab bukan wife dia nak bisnes pun...Sebenarnya dia tak perasan..housewife pun kena ke kelas...sebab dia kan nak didik anak-anak?..Kalau mentaliti dia tak suka cari ilmu..anak-anak akan ikut dia...Kalau dia ke kelas, dia boleh ubah pemikiran dia...at the same time..untuk anak-anak jugak kan?..

Bila kita faham..insyaallah kita tak tension sangat..Hati kita akan lembut, bila dalam keadaan hati tenang dan lembut, baru lah kita boleh pujuk suami..atau isteri kita...Ok, jumpa esok ye insyaallah..Esok tips macamana nak PUJUK RAYU pasangan untuk ke seminar...Have fun!!

WALLAHU'ALAM..

ALLAH MAHA PEMBERI PETUNJUK (AL-HADI)
Membaca nama ini sebanyak 200 kali setiap hati akan membawa seseorang kepada kejayaan.Jika engkau tidak yakin akan tujuan engkau, membaca nama ini akan membimbingmu kepada pilihan yang tepat.





Wednesday, May 22, 2013

DOSA-DOSA SEMALAM....

Dulu mereka sangat hebat...mereka dah merasa apa yang menjadi impian kita....Porsche?..BMW?..Rumah banglo? Pelancongan mewah?..Duit berjuta-juta dalam akaun?..Bantu orang miskin..anak yatim?Semua mereka dah dapat.. Mereka juga baik..bukan baik biasa...Luar biasa baiknya!..Tapi akhirnya...apa yang dibina musnah sekelip mata!..Ya Allah, tak sanggup lihat kekusutan mereka disebalik keriangan yang dipamerkan...Ya Allah, bantulah mereka....

Suami yang dulunya biasa pegang juta-juta....kini lost!..Duit belanja pun mintak dengan isteri...Tengok muka pun dah tau betapa stressnya....dulu bersih licin je muka, sekarang berjambang..Ya Allah, tak sanggup nak tengok..dan tak sanggup nak menyelami hatinya....

Bangkitlah....Jadi semula dirimu yang hebat...mempunyai idea yang mengkagumkan..tindakan yang luar biasa hebat!..Betul, memang sukar nak bangkit..nak lawan kenangan pahit..nak lawan dosa-dosa yang telah dilakukan...Dosa apa? Dosa mengambil duit saudaramu? Dosa menghabiskan duit sahabat- sahabatmu?...Itukah yang sering menghantuimu?..

Bangkitlah....jangan terperangkap dengan dosa semalam....MAAFKANLAH DIRIMU....Kami yakin, kau tak berniat begitu..kau tak berniat menyusahkan mereka...mengecewakan mereka..malah niat kau adalah untuk menolong mereka,bukan?..Semua orang faham yang kau sendiri terperangkap..tertipu!..Mungkin mereka pun sudah memaafkan kau...Hanya kau yang belum memaafkan dirimu...

Lihat orang sebelahmu...selami hatinya..dia mengharapkan kau kembali...Demi dia...demi anak-anakmu yang menanti dan berdoa sepanjang masa supaya kau kembali..Kembali bersemangat seperti dulu..kembali ligat seperti dulu..kembali hebat seperti dulu!..Kasihanilah mereka..Mereka rindu....rindu dengan ayah mereka yang dulu..Ayah yang menjadi IDOLA mereka...dari dulu hingga sekarang kau masih idola mereka! Tapi sampai bila kau nak mereka menunggu?...

Sampai bila?..

Yakinlah...ini semua ujian dari Nya..bukankah Dia berhak menguji umatNya?..Dia hanya ingin menguji kau..Katanya,kalau kau dapat melalui ujian yang hebat ini dengan redho, pasti ada sesuatu yang lebih besar menanti...Dia hanya ingin lihat sama ada kau sabar melalui proses ini atau kau menyalahiNya....

Bangkitlah...

Sampai bila nak teruskan kehidupan seperti ini? Masih bergelumang dengan dosa semalam?.. Hidup ini bukan untuk diratapi...bukan untuk ditangisi selamanya..Lepaskanlah dosa-dosa semalam...Lepaskanlah pada Allah Maha Pencipta...Merataplah..menangislah...hanya pada Dia...Memang itulah yang Allah minta..supaya kita rasa kebergantungan kepada Dia...kerana Dia ingin menunjukkan kekuasaanNya...bagi yang mempercayaiNya...mempercayai yang Allah Maha Hebat, Allah Maha Pengampun....Allah bukan  Maha Zalim dan Tidak Mengampuni...itu bukan sifat Allah SWT..Percayalah, hanya Dia Pemberi Jalan..Jalan keluar dari segala kekusutan...jalan keluar dari segala kesukaran...

Just let it go..Tak perlu tanya apa jalannya..tak perlu tanya bagaimana....Serahkan saja pada Dia..kerana bukankah Allah Maha Berkuasa?..Berkuasa di atas segalanya...Yakinlah, baik sangkalah pada Dia...Allah Maha Penyayang..Allah menyayangi kita...

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA DERMAWAN (AL-KARIM)
Orang yang membaca Ya Karim sebanyak 270 kali setiap hari akan dibebaskan sama sekali dari hutang mereka.


Monday, May 20, 2013

JUALAN 50 RINGGIT SEHARI..

JUALAN 50 RINGGIT SEHARI..

Kalau u all, boleh tahan tak sale hanya RM50 je sehari...dan ini berlaku selama beberapa bulan selepas start berbisnes ?..Best ke best?.Kalau kira, sebulan sale dia dalam RM1500 je...Cukup ke? Siapa tu yang dapat sale yang tak best macam tu?..Sape lagiii....Anis Chocolate Moist Cake tu lahhh....Sebab tu lah, semalam bila jualan semasa pembukaan Stokis Negeri Sembilan kami, Pn Siti Zura & Tuan Tajulazam mendapat sale lebih kurang RM1400 kami sangat teruja!..Seriously, kami sangat happy..It's a good sign..It's a good start!..

Teringat lagi sale kami masa baru start bukak kedai dulu...Mei 2010 bukak kedai, sale hanya 50 ringgit je sehari, seingat saya..4 atau 5 bulan jugak sale macam tu...Naik la jugak sikit sikit...kadang-kadang RM80..Dan ingat jugak lagi..masa tu kami letak duit sale dalam kotak je..hehehe..Malu nak citer, tapi itulah dia sebenarnya..

Bila sale dah meningkat sikit...ibu angkat Bonda Meah pun kesian tengok kotak tu agaknya..dia hadiahkan peti duit yang besar sikit tu..Barulah proper kata Bonda Meah..nampak sikit macam tempat letak duit..ada mangga lak tu..hehe..

Pastu..selepas lebih kurang 5 bulan, sale meningkat perlahan-lahan..Sampai sehari tu, kami excited betul..kira  ..kira..sale hari tu dah mencecah 1000 ringgit!!! Wowwww!!!!..Masa tu di rumah, jadi bila sampai je kiraan yang ke seribu, kami bersama-sama anak-anak dan Kak Nila (maid) , melompat dan bertepuk tangan...happy betul kami masa tu!.Saulpai sekarang pun kami sentiasa update anak-anak berapa sale sebulan untuk kedai kami..supaya diorang ni tahu perkembangan bisnes. Sebab kami fikir,bila diorang excited, happy, bila belajar pun ilmu senang nak masuk..

Tapi kannn...

Masa dapat 50 ringgit sehari tu kan...sebenarnya, perasaan kami sukar digambarkan...Kami sangat-sangat happy sebenarnya bila ada orang walk-in beli kek masa tu..masa tu semata-mata customer beli kek dan tart nenas sahaja..Kek-kek lain semua tak ada lagi...Sistem dealer pun belum buat lagi..Ye lah, masa tu AMP (Advance Marketing Power) tak masuk lagi...Add value pun tak faham lagi...Ingat add value kek tu saja...

Walaupun masa tu pelanggan ada la dalam 5 atau 6 orang sehari...tapi kami bagi layanan FIRST CLASS!!..Masa tu rasa sangat-sangat appreciate ada customer walk-in beli kek nih...Ye lah, tak pernah rasa bukak kedai..dulu kan kat rumah mana ada customer walk in..hehe...Best tau, rasa macam...eh, aku dah ada kedai?..

Jadi, nak sampai ke tahap macam ni u all ingat sekelip mata ke? Ingat sebulan dua sale dah boleh jadi juta-juta ke? Ada yang baru-baru ni tanya kami, saya rasa dekat tempat saya tak ada yang suka kek macam ni semualah..saya rasa taste orang kat tempat saya lain lah..Dia bagitau kami, bisnes kat tempat dia teruk lah..macam nak komplen bunyinya....

Tapi yang buat kami pening dan malas nak cakap sebenarnya ialah.....bisnes dia baru bermula 3 bulan!..Masyaallah...baru 3 bulan dah nak komplen?..u all ingat kami dulu terus terus jadi macam ni ke? U all ingat indah sangat ke masa mula-mula bukak kedai dulu?..Ye lah orang tak datang kedai, barang apa yang ada di kedai?..Varieties ke tak? Lagi satu, soalan maut suami saya tanya dia...u dah buat marketing ke? U dah pasang banner ke bunting ke seluruh daerah u ke? Facebook dah buat ke?Setiap rakyat di daerah u tu dah rasa ke produk u?..Kalau itu pun tak buat, u ingat customer semua ni nak tau kedai u, nak tau produk u tu macamana?..

Kalau saya ditanya soalan macam tu...saya malas nak jawab...Sebab kadang-kadang diorang ni nak cepat je..Tak sabar langsung!..Kalau nak cerita macamana saya boleh bersabar...Macamana tahap kesabaran saya...saya rasa u all akan pening..Kadang-kadang saya malas nak cerita pasal ni...sebab sangat susah nak percaya dan susah nak apply..Tapi itulah yang saya buat....The Power of SABAR!!!..hehe..

Contoh, kalau ada pengedar atau stokis kami yang komplen sale kat Petronas A ni slowww....dan bila ditanya dah berapa lama hantar kat situ? Dia jawab 2 bulan..ada yang baru 2 minggu...Diorang ingat apa ye..saya pun pening..U all nak tau, saya punya period of kesabaran boleh tahan sampai SETAHUN!!!...Maksudnya, saya sanggup test market di sesetengah tempat tu, hampir setahun sebab saya yakin orang di kawasan yg marketnya slow tu, bermaksud ramai yang belum rasa kek saya....Bukan orang kat situ semua tak suka chocolate cake..No!..Kita yang salah tak marketing, jangan salahkan orang pulak, salah Petronas lah..salah owner kedai lah...Tengok dulu apa yang kita dah buat? Ha, amik kau...hehe...

Orang nak buat bisnes ni boleh ke tak sabar?..Kalau jenis yang tak sabar, baik kerja makan gaji je saya rasa..senang, income maintain je setiap bulan...Kan sonang? Betullll, semua orang nak cepat...tapi cepat yang ada ilmu lah ye..Pegi belajar macamana nak tarik customer...Pegi belajar macamana nak buat marketing...Pegi belajar macamana nak layan customer...Tapi bukan itu je tau, yang penting...tengok diri sendiri..Bak kata mentor, CERMINLAH DIRI.....

WALLAHU'ALAM..

ALLAH MAHA BIJAKSANA (AL-HAKIM)
Jika seseorang merasa bahawa dirinya tidak mampu melaksanakan tugas yang ditanggungnya, atau jika semua usaha yang ditempuhnya mengalami kegagalan, kemudian dia tetap membaca nama ini, nescaya segalanya akan berubah menjadi lebih baik.


Saturday, May 18, 2013

KERANA DIRI INI SANGAT BERHARGA....

KERANA DIRI INI SANGAT BERHARGA....

Ramai yang nak buat bisnes...belum pun START..tapi dah STUCK...Stuck kat mana? Ada yang stuck sebab TAKUTT....takut bila dia dah start nanti, macamana income dia? Sekarang boleh la..ada la income nak cover sana sini...Tapi, kalau resign..kalau dah start buat bisnes, gaji pun tak dak...macamana nak hidup?

U all ni kannnn..sebenarnya tengah sabotaj diri sendiri..tapi u all tak perasan tau!..U all ni, suka kata yang buruk-buruk je pasal diri sendiri...Tak konfiden lah..takut lah...risau lah...Apa masalahnya ni?..Semalam kami ditanya oleh seorang mamat ni...nama dia ALONG (nama sebenar dirahsiakan)..Yang kelakar pasal tempat keje mamat nii...dulu dia kata boleh la dapat gaji dalam RM 4K-RM5K sebulan..tapi selepas buat polisi baru, gaji mamat ni dah dipotong 50%...kadang-kadang dapat tak sampai seribu pun sebulan...Walla, itu fair la kot untuk company tu..sebab dia nak bagi diorang perform..sapa yang keje lebih, dia dapat lebih la tu..Tapi untuk yang menanggung? Cukup ke bro?..Dah kawen, dah ada anak...Kalau gaji banyak tu, sebenarnya orang Indonesia pun tak cukup nak hidup kat bumi Malaysia ni tau...

Saya tanya Along...u pernah rasa tak DIRI U TU AMAT BERHARGA?..diri u tu sebenarnya SANGAT BERNILAI?..Pernah tak rasa macam tu?...Dia diam je, menung jauh..tak jawab pun..Mesti tak pernah rasa la kot...Itu lah dia, langsung tak ada keyakinan diri rupanya..Sentiasa letakkan diri di SECOND CLASS...best ke jadi BANGSA MELAYU SECOND CLASS?..atau LOW CLASS?..Beli barang pun yang second hand..kalau ada yang orang bagi, lagi bagus...pakai je bekas orang...Macamana saya tau?.Sebab saya la tu dulu macam tu...Nak buat macamana beb, nak CUT COST!..cut..cut..cut...tapi bocor..bocor..jugak...Tak reti lagi masa tu...patutnya cari idea buat duit...bukannya cut cost!..Apa daaaaa....

Diri ini amat berharga.........(iklan :))

Saya kata pada Along, kami berdua ni dulu...masing-masing confident tahap gaban dengan diri sendiri!..Abang, dia sangat confident masa nak resign, dia kata kat abah..jangan risau apa-apa, kalau dia resign dan let say bisnes tak ok...sure dia akan senang dapat kerja kat mana-mana..Ex-boss dia ramai yang besar tapak tangan nak terima dia kembali...Mana-mana dia kerja pun, mesti boss-boss dia counter offer dia, tak bagi dia resign...

Ingat lagi, masa kami mula-mula berhijrah di KL ni kannn...saya yang start bekerja dulu, terpaksa jadi weekend wife..sebab suami masih bekerja di Penang...Pastu kan, dia dah dapat kerja kat branch di PJ, dengan company yang sama...Tup-tup rupanya boss kat sini tak tau apa...dan hilanglah kerja tu...Sebulan suamiku tak bekerja!Mak ayah di kampung tak tau apa-apa..Tak nak bagitau sebab takut diorang risau..

 U rasa apa perasaan saya masa tu? Risau? Takut? Dah lah memboyot anak pertama masa tu...Saya sebenarnya TAK RISAU LANGSUNG!...Kenapa saya tak takut?..Sebab saya tau character suami saya!..Saya tau attitude dia..Saya konfiden dengan dia!..Pagi-pagi dia siap macam nak p ofis..tapi sebenarnya dia nak hantar saya ke LRT je...lepas tu, sepanjang hari dia di Cyber Cafe atau penuhkan aktiviti dengan interviews...dia act macam bekerja setiap hari..tak pernah dia MALAS!..Jadi, siapa tak konfiden?..Saya tau one day dia akan dapat kerja..Doa dan mintak je pada Allah and let it go...Alhamdulillah, cukup-cukup sebulan...dapat lah kerja..

Nampak ke nampak?

Saya pulak, nak start buat kek coklat sahaja....tanya sifu sana sini..semua tak konfiden dengan saya..Kata diorang, mana boleh nak hidup kalau buat kek coklat saja...Seriously, masa dikatakan macam tu..Saya fikir dalam hati...Aku rasa boleh!..Aku sangat konfiden!..Ramai peminat kek coklat ni...Pastu, buat je...TRY AND ADJUST...

Saya kata kat Along, kalau nak tunggu kek akak tu perfect..solid la sangat...konfem sampai ke hari ni akak tak dapat buat lagi...Sebab sentiasa ada ja yang tak betul sana sini...Sentiasa kita improvise dan betulkan...Tak perlu tunggu..tunggu..kaji..kajiii..berzaman kaji..nak buat kek coklat pun nak kaji apa berzaman-zaman?...buat je lah...kalau tak betul, nanti kita betulkan...So simple beb!..

Key word nya ialah..PERCAYALAH PADA DIRI SENDIRI...Ini tidak, bila budak kecik tu kata, aku ni tak tau la boleh berjaya macam dia ke tak...Aku ni tak tau la boleh jadi kaya macam dia ke tak...Hati kita lebih percaya pada budak kecik tu...Pastu bila pegi buat sale, kita cerita la produk kita tu bagussss sangat...tapi, orang susah nak percaya, sebab sebenarnya...orang boleh RASA yang u sendiri tak konfiden sebenarnya!..Tambah-tambah lagi..kalau u eager sangat nak jual kek coklat contohnya....Tapi u sendiri tak suka kek coklat, dan tak pernah rasa!..U tipu kelentong macamana sedap punn..orang susah nak percaya!..


Saya dulu..sebelum buat kek coklat ni...buat lah bisnes apa punnnn..meniaga larut malam ke, semuanya saya pastikan saya sampai ke puncak!..Saya tak suka sabotaj diri...Tak suka kata diri saya tak boleh!..Saya betul-betul sayangkan diri saya..Saya akan cuba seboleh-bolehnya...Kalau kita sendiri tak sayangkan diri kita..kalau kita sendiri rasa diri kita ni LEMAH...LONGLAI..LEMAU..PENAKUT...Macamana kita nak bawak produk kita? Macamana kita nak konfiden dengan produk kita? Macamana kita nak yakinkan orang supaya beli produk kita?

Biasakanlah puji suami atau isteri atau anak-anak atau kawan-kawan jika mereka berjaya...Janganlah kedekut kata pujian kepada orang lain...kerana itulah PUNCA KEKUATAN sebenarnya...Kadang kala mereka pun tak sedar bahawa mereka BAGUS, sehinggalah kita memuji mereka...Mereka pun takut juga sebenarnya...tapi dengan pujian kita, dengan kata-kata kitalah mereka akan bertambah yakin dengan diri mereka sendiri..Bila mereka rasa diri mereka sangat berharga...bila mereka merasa diri mereka sangat bernilai...lihatlah perubahannya..Segala-galanya akan bertukar menjadi LUAR BIASA!..Segala-galanya akan bertukar menjadi MUDAH dan INDAH.....Masyaallahhh..Allahu Akbar!....

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA MEMULAKAN (AL-MUBDI)
Jika seseorang ragu-ragu dalam menetapkan keputusan yang akan diambilnya, maka dengan membaca Ya Mubdi sebanyak 1000 kali akan dapat memutuskan dengan tepat.

TERPERANGKAP DALAM COMFORT ZONE!!...

TERPERANGKAP DALAM COMFORT ZONE!!...

Apa sebenarnya comfort zone ni ye?..Ramai yang pernah dengar....tapi macam tak berapa clear lagi, tak berapa faham lagi maksud comfort zone ni..Kalau diikutkan, maksud comfort zone ni ialah ZON SELESA...Kalau yang tak faham, dia ingat...baguslah hidup dalam comfort zone!..Buat apa nak hidup dalam ZON TAK SELESA?..He he he...:)

Comfort zone ni sebenarnya kan Kak Gayah....Bila kita dah lama sangat hidup dengan rutin yang sama...dan kita dah selesa dengan rutin kita..Kita dah selesa dengan kerja kita,selesa dengan gaji kita, atau dah selesa dengan bisnes kita..selesa dengan keuntungan kita..dah 10 tahun bisnes, sale sebulan RM10K atau 20K sebulan tak naik-naik dah 20 tahun...boleh jadi jugak sale dah 100K sebulan..tapi dah bisnes 28 tahun beb..Customer pun, yang itu je yang datang..

Ada yang bukak kedai makan, dah 28 tahun sebijik tu saja lah....Tahu tak Coffee Bean atau contohnya Nelson's yang jual jagung tu dah ada beratus cawangan?..Baru je berbisnes berapa tahun?..Yang kita dah bukak restoran dah 20 tahun, kedai pun sama je, renovation pun tak buat..signboard pun dah kusammm...tempat sama...makanan sama..pelanggan sama..Itulah dia, kenapa semuanya sama? Sebab tokeynya pun sama, old fashion thinking..tak nak perubahan...

Yang pegi kerja pulak, dah 48 tahun buat benda yang sama..tempat kerja pun sama..dia kata dia setia lah sangatt...kalau ikut Federal Highway di KL ni, atau ikut DUKE sekalipun....serba serbi dia dah faham tentang jalan tu, lubang kat jalan tu ke..dia dah tahu kat mana, dia boleh elak..Tiang lampu sepanjang jalan tu pun dah kenal kereta  Kanc atau kereta Wira kita lalu situ setiap hari..kalau dia boleh cakap, dia kata dia pun nak get of comfort zone jugak..dia pun nak jugak tengok kereta orang lain pulak lalu situ..Tak pun, dia pun nak jugak tengok perubahan u...dia kata dah 48 tahun dia ni tak tukar-tukar kereta..asyik-asyik dengan Kanc tu saja...huhuhuu....

Ada yang kata, ok lah tu....dah selesa la maksudnya tu...Kereta Kanc tu kan dah bayar habis...pakai tu je lah sampai meninggal...sebab senang, tak payah pikir hutang lagi dah...Kerja pun kalau kat tempat yang sama 48 tahun ni senang..boss dah kenal, kawan-kawan se" tuuuut.."pun dah kenal lama...Kalau cari kerja lain, tak tau lagi..entah-entah pressure kerja nanti..boss tak best ke..colleague pun tak tentu jugak macamana  kan...

Bila u kata, OK LAH TU......bermaksud u sekarang berada dalam COMFORT ZONE!..Dulu, seorang kawan saya tanya saya kalau dia nak tukar mengajar di sekolah lain...Saya kata that is a good idea..Kenapa? Dah 30 tahun dia mengajar kat situ..serba serbi selok belok semua dia dah hafal kat sekolah tu..Tak bolehhh...lagi lama u duduk kat atau kerja kat tempat yang sama bertahun-tahaun...u akan semakin selesa...Bukan itukah yang kita cari?..Bukankah kita kerja untuk mencari keselesaan?...

Yuppp...itulah point yang ramai orang confuse!..Betul, kita bisnes ke bekerja ke...adalah untuk kita mencari duit nak hidup....Nak bagi anak-anak dan keluarga kita hidup selesa..Tapi comfort zone di sini bukan bermaksud bila dah pakai kereta Mercedez Benz baru dikatakan berada dalam COMFORT ZONE!..NOOOO.....Yang pakai Kanc pun kalau dah sepanjang hidup pakai kereta tu...Bermaksud Kak Gaya dah terperangkap dalam COMFORT ZONE ni...

Kenapa Kak Gayah perlu keluar dari COMFORT ZONE?....Perasan tak, orang yang terperangkap dalam comfort zone ni, hidup dia tak ada perubahan?..Jiwa akan jadi kosong kerana tidak ada WAKE UP CALL!..Kerja yang dibuat akan jadi tak ada excitement!..Tak ada suspennya...Sale pun dah boleh agak
nak dapat berapa sebulan..Pi mai pi mai sama je...

Orang yang trapped dalam CZ ni, hidup tak ada perkembangan...Kalau ada pun gaji naik sikit every year..tapi, siapa yang kita boleh tolong?...Keluarga u saja lah...Boleh add value ramai orang tak?..Mesti lah tak boleh..gaji pun ciput...anak bini pun kena cari bisnes sendiri, kalau harap kat u ketua keluarga yang COMFORT ZONE sangattt lah niii...sampai ke mati pun anak bini tak dapat merasa naik fligh..tak dapat merasa pi negara orang putih ke..tak dapat merasa pakai kereta yang best sikit ke...Sebab COMFORT ZONE lah tu...dah kerja berzaman-zaman kat ofis yang sama..tak ada perubahan 40 tahun dah...

Dia tak sedar, dia sedang tunjuk contoh kat anak-anak jugak...secara tak sedar..dia sedang ajar anak-anak...tak perlu ada perubahan nak...tak perlu kita kaya dan berjaya nak...hidup kita kan dah senang nakkk..kita kerja je dapat gaji cukup makan, pastu kita duduk diam-diam dalam rumah...kita dapat tengok tv je pun dah ok la tu anakku...Kita tak payah tolong keluarga kita yang susah, kita tak payah tolong bagi anak yatim makan...itu semua biar je orang kaya yang buat..biar je kerajaan yang buat...itu semua bukan tanggungjawab kita...

U fikir macam tu kan? Kalau u fikir macam tu...hancussss lah...habisss lah, u dah salah program minda anak-anak u sendiri...Apa saya kesaahhh..itu anak-anak u sendiri...teruskanlah...Tapi tengoklah nanti, anak-anak u yang akan bangkit, tak nak jadi macam u, hhehehe...kesiannnn....Patutnya...kitalah ibu bapa menjadi idolanya..Macam mentor kita, anak-anaknya bila besar nanti nak jadi macam Abinya!!!!....Anak-anak kita?????

Come on!!!...It's time to MOVE!..It's time to WAKE UP CALL!!!....

Kami pulak, kalau sepanjang dalam bisnes ni...kami sering mencari sesuatu yang boleh challenge ourselves!..Kami akan cepat sedar kalau dah lama macam dalam comfort zone ni...Cepat-cepat rasa macam nak buat something else...Contoh dulu, dah bertahun kami guna bekas kek yang sama macam yang ramai orang guna sekarang ni..yang berbentuk petak...We challenge ourselves, try to get out of it!..Cari idea untuk perubahan..dengan itulah adanya bekas berbentuk LOVE tu...

Pastuuuu....dah selesa balikk....dah rasa macam aman damaiii...sale ok, bisnes bagus...alhamdulillah..rasa pun dah tenang.....Masa tu kami cepat-cepat sedar balik..NO NO NO!!...Time to get up!...Tak boleh lama-lama dalam keselesaan sangattt lah niii...Cari something yang boleh challenge ourself!..Ni yang tengah dalam proses nak masuk pasaran di Sabah..Kalau berjaya di KK, insyaallah...boleh masuk Indonesia...satu dunia pun boleh...

Maksudnya macam tu lah..kena sentiasa ada perubahan...Hidup perlukan perubahan...tak boleh sama je dari kecik duduk di Kampung Pisang, sampai mati di Kampung Pisang...BERHIJRAHLAH....itu contoh je lah..bukan setakat berpindah rumah, tapi yang penting kena keluar dari pemikiran lama..NO MORE COMFORT ZONE!!..

Kalau pakai kereta kanc atau wira, tukar kereta...jangan takut tukar..bukan tukar sebab nak berlebih atau bermewah-mewahan..NO!..Bila kita tukar, aura kereta baru pun boleh menyebabkan kita kreatif mencari idea buat duit...Kalau kereta sama je...kita tak excited nak tambah duit..sebab kereta tu pun dah habis bayar..Kita akan kata...tak pelah,senang..tak payah pening-pening pikir nak buat hutang lagi...Sebenarnya, pening-pening tu kita kena ada jugak...sebab itulah yang akan menyebabkan kepala hotak kita bergerak laju mencari idea untuk bayar duit kereta, dan terus jadi kaya dan berjaya!..

Jangan mudah terperangkap dengan keselesaan..Jangan mudah terperangkap dengan kesenangan...Keluar dari rumah yang selesa tu..walau rumah tu rumah flat saja..Ramai yang selesa dalam sana...Kerana itu akan membuatkan anda kematu, lemah, longlai...Tak nak berubah, tak nak maju...tak nak kaya...dan tak nak tambah nilai hidup orang lain..Tapi anda tak macam tu kann?..Anda nak berjaya kan? Anda nak kaya kan?..Anda nak add value hidup orang lain kan??...Kalau betul, anda kena sedar sekarang anda sedang terperangkap!..Cepat-cepat keluar dari perangkap COMFORT ZONE!!...

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA MENYEMPITKAN..ALLAH MAHA MELAPANGKAN....(Ya Qabidh, Ya Basith)


Thursday, May 16, 2013

PENGALAMAN BUKAK KEDAI

PENGALAMAN BUKAK KEDAI

Dengar cerita hujung minggu ni 2 orang sahabat kami di kalangan team kami akan bukak kedai hujung minggu ni...Seorang ni Stokis Negeri Sembilan kami sendiri iaitu Pn Siti Zura Mardzuki &Tuan Tajulazam.Seorang lagi ialah Shugarholic, supplier Marie Cheese Layer. Ownernya Tuan Zaidi Hassan dan Puan Maza.

Alhamdulillah...tahniah diucapkan kepada kedua-dua mereka ini.Kami doakan Allah melancarkan dan memudahkan segala urusan anda semua yang nak bukak kedai,..pasti Allah tahu niat anda...jika niat anda ialah untuk menambah nilai hidup lebih ramai orang lagi..Insyaallah kekayaan tak perlu dikejar, tetapi anda akan menjadi magnet!..Duit akan berlari-lari dan terbang mencari anda dan melekat pada badan anda!..Bayangkanlah....Syukur Alhamdulillah...

Teringat pulak pengalaman kami....

Bermula di rumah...Di 2 buah rumah sebenarnya...Selepas rumah pertama di USJ di lelong, masa tu dah 2 tahun buat bisnes kek ni..Lepas tu cari rumah lebih besar dan selesa sikit untuk disewa di Bukit Jelutong Shah Alam, sebab nak expand lagi kiranya..

Masa tu ada tak fikir nak bukak kedai?..Ada la jugak survey cari kedai...tapi sewanya menakutkan!!..Ada yang RM 5K,RM 7K...ishhhh..macamana lah nak bayar agaknya..Sale masa tu dah mencecah RM 10K - RM 15K sebulan...Tapi, tak berani langsung nak bukak kedai....Macam-macam kami fikir..boleh ke bayar sewa rumah? api air lagi?..gaji pekerja? Seriously, saya tak takut yang lain..itu saja yang saya TAKUTTTTT!!!!!...........

Ada yang takut dan tak terfikir malu kalau nanti tutup kedai..sebab saya selalunya positif dengan orang bisnes ni...Kalau ada orang yang bisnes tak menjadi dan tutup kedai ke..Saya langsung tak ingat atau pandang negatif pada diorang ni..Saya akan rasa kesian pada orang yang terpaksa tutup kedai..kerana saya tak anggap mereka ni GAGAL!..No such things! It's not the end of the world..

Saya tahu, kalau mereka bangkit semula dari kegagalan itu..saya yakin mereka akan jadi lebih hebat lagi!!...Jadi, saya tak pernah malu kalau saya GAGAL!!..Kerana, kalau u ni jenis respect kepada orang..kalau u ni jenis tak pandang rendah pada orang lain..Tak kisah dia bisnes ke..tak ke..kaya ke..tak ke..Saya rasa, u akan pegi lebih jauh lagi..I believe u can fly!!....

Sambung balik...

Jadi, selepas 4 tahun terkedek-kedek berbisnes...TERJEBAKNYA kami ke kelas Dr.Azizan Osman pada hujung tahun 2009. Beberapa kali ke kelas SKPD, ingat lagi..kami menumpang Mak Long Catering untuk jual kek..seronok gila masa tu...pernah 400 biji kek habis dalam masa breaktime 1 jam setengah!..

April 2010, kami ke IMKK...(Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan ), habis je kelas...kami terus cari kedai..Dah siap doa masa dalam IMKK..nak ada kedai...Bila dah doa, dah aim...mesti lah dapat!..Walaupun setahun sebelum tu kami berlegar-legar di kawasan Seksyen 13 Shah Alam tu...tak jumpa pun!..Bila mind set dah di programkan, biawak semua dah lari...mak oii..banyaknya pilihan...tinggal nak pilih je...

Kriteria kami, cari kedai yang PALING MURAH!....dan yang paling murah mestilah tak ada di depan...pastilah yang DI BELAKANG SEKALI...Itulah kedai pertama kami pada 16 MEI 2010...Kalau yang biasa ke kedai kami, mesti pelik...dah lah duduk di belakang...tapi macamana orang boleh ramai sampai macam tu?...He he he...Mesti ada yang ingat ada buat 'sesuatu' ke...Memang betul buat sesuatu, doa dan mintak pada Allah setiap masa..itulah sesuatu yang kami buat..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....

Selepas beberapa bulan bukak kedai pertama untuk buat production chocolate cake...TERJEBAK LAGI!!...Masuk pulak kelas Marketing & U...sama macam AMP...keluar kelas, October 2011 TERPAKSA bukak kedai satu lagi!..Sebab production kek dah melimpah-limpah..huru hara!!..Dealer terpaksa tunggu 2 minggu untuk dapat kek...gila ke gila?..Macamana orang nak buat bisnes?..Itulah yang terpaksa expand..

Awal tahun lepas, TERJEBAK sekali lagi!!..Pegi AMP, balik TERPAKSA cari kedai lagi..June 2012 bukak satu lagi kedai..alhamdulillah..kek tak pernah cukup stok...Sampai risau jugaklah kena marah dengan dealer..adusss.....Hujung tahun 2012 dan awal tahun 2013 dah bertambah aktif ke kelas-kelas Dr.Azizan..bawak dealer dan stokis kami...balik dari IJI, kami TERPAKSA kali ke 4 untuk bukak kedai lagiiiii.....Huru-hara dan semakin bergegar rasanya...Panggilan stokis dan sebagainya..tempat dah tak cukup!..

Insyaallah bulan JUNE 2013 genap setahun kedai ke 3, kami TERPAKSA bukak kedai ke 4.Alhamdulillah...inilah penangan bila dah ada ILMU...Dari takut-takut BIAWAK..takut-takut BUAYA...semua ada..Dah jadi macam terlebih suda...Serious rasa macam nak tambah lagi dan lagi dan lagi...

Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Dr. Azizan Osman dan Richworks kerana telah drill minda kami..sampai huru hara kami dibuatnya...tak terkejar dennn...sampaikan baru terperasan hari ni sebenarnya ANNIVERSARY  yang ke 3 buat kami Anisfood Sdn Bhd!...Syukur Alhamdulillah....

TERIMA KASIH YA ALLAH....Ya Rahman..Ya Rahim..Terima kasih semua,kedua ibu bapakami, ahli keluarga, kawan-kawan, semua pengedar, supplier, vendor...dan anda semua yang kami sanjungi!..Tanpa anda, siapalah kamii...(mode; macam buat ucapan atas stage pulak ;)

ALLAH PEMBERI REZEKI ( AL-RAZZAQ)
Jika orang yang benar-benar percaya bahawa rezeki kita berasal dari Allah dan bahawa rumah tangganya memerlukan rezeki tersebut, maka setiap kali selesai melaksanakan solat Subuh dia dapat membaca ya Razzaq 10 kali di keempat sudut rumahnya, dimulai dari sudut yang menghadap kiblat, Allah akan menambah rezeki keluarganya.










Wednesday, May 15, 2013

KEMAAFAN...DENDAM YANG TERINDAH...

KEMAAFAN....DENDAM YANG TERINDAH...

Kalau kita buat survey lah..Rasanya semua orang sama..Pasti ada yang menyimpan marah pada seseorang..Kadang-kadang benda tu kecik je, tapi still tak dapat nak maafkan...Tambah lah yang besar kan.., macamana lah agaknya nak memaafkan?..

Selalu orang akan kata, memang betul kita boleh suruh orang untuk memaafkan, sebab kau tak rasa, kau tak kena macam aku...Tapi, tak kesah lah, asalkan....memang kita kena sentiasa beringat sekarang, kena set mind kita sekarang supaya kita kena jadi orang yang pemaaf...Untuk sekadar memaafkan memang sukar, bukan senang nak buat..

Tapiiii......

Apa yang boleh kita buat ialah...Pertama sekali kita kena sedar yang kita tengah marahkan seseorang..Dan, tak ada masalah untuk u luahkan pada seseorang yang terdekat dengan u tentang kemarahan itu. Cara itu sangat efektif untuk membuatkan kita rasa lega...Kebanyakan orang lelaki suka simpann..Tak apalah, terpulang...ok kalau boleh handle, tapi kalau boleh ceritakanlah pada seseorang supaya hotak u tak terbeban sangat...Cuma, janganlah cerita kat ramai orang, kat sorang je cukup lah..Kalau ramai-ramai dah mengaibkan orang namanya kay...

Bila dah sedar yang kita tengah marahkan seseorang...,kita perlu mintak pada Allah supaya dilembutkan hati dan dapat memaafkannya...Berkomunikasilah dengan Allah...Katakan pada Allah, memang sekarang hati saya tengah PANASSSS.....dan KERASSSS..Rasa macam tak nak maafkan sampai bila-bila..

Tapi, saya faham Kau Lebih Berkuasa diatas segala-galanya..Saya faham juga, kalau saya tak maafkan, pasti hidup saya yang tak akan tenteram sampai bila-bila..Seperti ada block dalam diri saya..Bisnes dan kerjaya pun pasti akan kucar-kacir....Saya tahu itu semua aalah HUKUM kehidupan..Sama ada saya suka atau tidak, selagi saya tak maafkan, pasti kejayaan susah nak dicapai..

Ada yang kata, itu pun nak mintak pada Allah ke? Ye la...ada benda yang kita tak boleh mintak ke? Mintak rezeki saja? Mintak sale saja? Ishhh ishhhh..jangan lah sempit sangatt....Bukak sikit minda..Bukankah Allah Paling Berkuasa? Bukankah apa saja Dia boleh lakukan macam tu saja? Kun Fa Ya Kun saja..maka jadilah ia...

Dan, paling penting..perlu ada dalam diri kita ialah....cuba faham keadaan diri orang yang kita marahkan itu..Cuba faham situasi mereka..Key wordnya ialah.."FAHAMILAH.."..kenapa dia buat macam tu?Contohnya kalau marah sangat dengan ayah atau suami yang garang..Perkara ini diajar oleh ibu saya..saya seorang yang agak garang dulunya..Tapi sekarang MasyaAllah lembut dan penyanyang...

Ingat lagi masa mak nak tenangkan saya, mak kata..kita kena faham kenapa abah macam tu..Dia dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu..Ibunya meninggal masa dia kecik lagi..Abah dibesarkan oleh neneknya..Tokwan ada keluarga baru..Jadi mak kata...sekarang faham tak kenapa abah garang? Betul jugak ye?..Dan sekarang dia berubah jadi lembut dan penyayang...macamana pulak boleh jadi macam tu?Senang je...sebab sekarang mungkin dia dikelilingi dan dilimpahi dengan kasih sayang....dia dapat banyak LOVE sekarang....

Jangan ingat kita pun baguss sangat....sampai kutuk dan keji orang sampai macam tu..Kita pun mesti pernah buat salah, bukan? Kita pun mesti pernah menyakitkan hati orang..kan?..Kadang-kadang kita tak perasan kita pernah menyakitkan hati orang..Sebab tu sekarang ada orang menyakitkan hati kita...Biasalah tu....What u give, u get back MORE...

Lagi bagus kalau kita dapat jumpa dan minta maaf di atas segala yang telah kita lakukan..sama ada dia nak maafkan atau tidak..itu terpulang..Tapi, part kita dah selesai...Hidup kita akan menjadi lebih mudah selepas itu...Allah pun Maha Pemaaf....memaafkan umatnya..tapi kita?..

Dulu..saya pun pernah marahkan seseorang..Tapi, saya fikir orang yang kita marahkan tu satu-satunya dalam hidup kita..Tak ada orang lain yang boleh ganti dia...Orang lain tak sama...Selepas memaafkan terasa mudahnya hidup...mudahnya hidup..terasa banyaknya kasih sayang Allah pada kita sebenarnya..terasa keberkatan segala rezeki kita...Syukur sangat...

Ada orang berselisih pendapat dengan kedua ibu bapanya...Ada yang saya dengar baru-baru ni..pasal politik dah bergaduh dengan ibu bapa sendiri..Tak payahh...faham saja yang mereka tak tahu apa yang kita tahu...Dan..dengan ibu bapa keramat kita ni..kalau kita tak setuju sekalipun dengan dia...cuba jangan melawan...dengar dan ikut je cakap dia..Insyaallah mudah nanti jadinya...

Maafkanlahh....tak perlu berdendam..tak perlu membalas-balas dendam...Sedangkan dalaalm agama pun kita diajar tentang Hari Pembalasan?...Allah akan judge kita pada hari tersebut kan? Allah pun tunggu sehingga Hari Pembalasan untuk buat judgement.Dia beri banyak peluang pada kita untuk bertaubat..kan? Tapi kita?...

Percayalah...selagi kita berdendam..selagi kita tak memaafkan....hidup kita, bisnes kita, kerjaya kita...Tak mungkin dapat rasa keindahannya..kebahagiaannya...Tak akan dapat rasa kelapangannya..ketenangannya...Sentiasa dihimpit dan didatangi kesukaran...kesusahan...sering berada dalam kesempitan!!...

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA PENGAMPUN ( AL-GHAFUR)
Jika seseorang merasa berdosa dan oleh kerana itu ia merasa berat dalam hatinya, dengan membaca ya Ghafur sebanyak 100 kali setelah solat Jumaat penderitaannya akan hilang.Dan jika Allah menghendaki, Dia akan mengampuni dosa itu.

Tuesday, May 14, 2013

TRY AND ADJUST....

Lepas keluar dari AMP atau Advance Marketing Power...u all dah start buat apa? Ada yang dah start buat sesuatu tak? Kalau saya lah..saya dah start buat dah...dah tak sabar dah...Memang tak boleh tunggu-tunggu lagi...dah tak boleh nak rest-rest lagi..dah 48 tahun rest, tak buat apa-apa..ini bukan masanya nak kaji..kaji...lagi...Ini masanya u kena START BERTINDAK!!...

Strategi marketing mentor kita dah bagi beratus-ratus...u guna saja yang mana yang paling mudah dulu..yang boleh terus buat!..Tak perlu dah nak makan ke..nak tidur ke..masa dah lama menunggu kita..umur dah bertambah..nak tunggu umur berapa baru nak bertindak?

Adik-adik yang berumur awal 20-an, bersyukur lah dapat ilmu di waktu yang muda macam ni..Tabik lah dengan u all..Kalau ikut mentor kita, 3 tahun je dia bagi..kalau 3 tahun tak touch 1st million..memang SLOW ler...hehe..Yang 3 series 4 series 5 series dan seterusnya...bilalah lagi nak start?Dah tak ada masa dah, anak cucu dok tengok je apa yang diorang nak tiru..Kalau u all masih syok berguling-guling atas tilam hama u all tu..Jangan marah anak cucu pun akan lemau macam u all jugak..generasi kita akan jadi lemau!Kerjanya tengok tv..komputer..itu je..Diorang akan ulang apa yang kita buat...Kalau yang makan gaji, dia pun akan terus makan gaji..Best ke tak best, u all fikirlah sendiri..Kalau best sangat berulang alik ke ofis dengan motor ducati sangatlahh tu...Bayangkan, anak-anak u all pun akan buat benda yang sama nanti..Nak ke?

Buat saja apa yang terdetik, at least u have to start doing something..U dalam high energy sekarang ni...Apa pun u buat, insyaallah mudah nak dapat..Paling bodoh u all kena buat ialah....keluar dari rumah, jangan terperap dalam rumah...Nanti minda u sempit macam rumah u all jugak..hihi..jangan marah aaa...Dulu rumah saya pun sempit jugak..Masa hotak sempit..rumah sempit..Bila hotak dah bukak..rumah pun makin luas lahh..

Rumah pertama sempit gila, tingkat bawah hall dgn dapur je..2 bilik keciiiiikkk je kat atas(compact house)..Rumah tu saya sewa rumah Nasir Wahab artis tu...di SS19/6 di Subang Jaya..Abang Nasir sayang nak jual rumah ni katanya ada sentimental value..TQ Abang Nasir and Kak Fatimah, mereka sangat awesome!..Kami penyewa saja, tapi sampai sekarang macam saudara..tengok macamana Nasir Wahab boleh bertahan? Sebab dia jaga relationship sama ada dengan manusia atau Ya Rahman Ya Rahim..langsung tak sombong, sentiasa ada air wuduk setiap kali kami ke rumahnya..Pointnya, hablumminallah..hablumminannas...

Sorri...dah lari fokus...

Ada sorang yang tanya saya semalam..Ok, dia plan dah nak start buat facebook page. Good!..Tapi apa ye nak tulis dalam page tu? Kadang-kadang saya pelik jugak..dan kesian jugak..pegi kelas bayar ribu riban..Bila tanya, dia student IJI (Intensif Jutawan Industri) jugak..dan ilmu ni semua saya dapat di IJI jugak..Lepas IJI saya start focus on FB Page..Sebab Dr.Azizan kan ada sebut dalam IJI pasal semua ni..Dont hard sell!..Biar sampai orang tanya u ni buat bisnes apa ye? Seriously, saya pun ada yang inbox tanya abang n akak ni buat bisnes apa ye? Sedangkan dia selalu komen posting kami..dia selalu ikut Page kami..Hehe..

Apa yang u all kena buat paling basic untuk FB page ni?

OBSERVE......atau SEKODENG... ;)

Saya dulu observe Page Alumni Dr.Azizan Osman...study macam mana dapat banyak tul LIKES...apa yang di sharekan? Dari situ, saya fahamm...sebenarnya terlalu ramai orang yang nakkan INSPIRATION...mereka dahagakan ilmu...mereka perlukan bimbingan...Itu sesuatu yang ADD VALUE bukan?..Bila add value to other people's life...tengoklah macam mana penangannya?..

Contoh, kalau u all cikgu cikgi...yang buat bisnes ni...Cerita lah pengalaman jadi cikgu dulu..U sebenarnya ada passion tak dengan kerjaya u tu? Atau u terperangkap jadi guru tu sebenarnya cita-cita mak atau ayah u? Penting tak kerja dengan passion atau boleh redah macam tu je? Experience mengajar anak murid yang nakal contohnya tapi u boleh didik sampai dah berjaya jadi jutawan contohnya?..Pastu selit la..u ada buat bisnes part time, jual kek contohnya...U nak tolong kawan yang sesak contohnya..(uhuhu...), apa yang u belajar dari kawan yang sesak ni?..Lama-lama bisnes berkembang..u pening pulak nak jadi cikgu ke nak bisnes..sebab kedai pun dah nak bukak ni...Benda-benda macam ni lah u kena share....Ramai yang dahagakan kekuatan..nak jadi macam u all..u jangan ingat u tak kuat..u lemah..itukan sabotaj diri sendiri?..

Kesian kan? kadang-kadang pikir..sampai ke situ nak kena ajar..Tapi saya pun tak sure jugak lah saya buat ni betul ke tidak...Saya agak-agak betul lah..Kalau rasa tak betul ADJUST balik...Hari tu masa AMP saya terdengar dan melekat kat saya Dr.Azizan ada sebut TRY and ADJUST kan?..Itu lah dia...tak payah nak malu apa-apa...semua orang buat kesilapan...Yang penting, u kena START!..

Ada orang takut jual produk yang salah..maksudnya, produk yang tak menguntungkan...Takpe, asal u kena TOUCH something...tak semestinya apa yang u jual sekarang ni..Contoh jual Anis Chocolate Moist Cake lah ye...u akan kaya dengan bisnes ni...mungkin ini sebagai turning point u saja...Orang yang tak pernah berbisnes, nak cari nak buat sesuatu..tak tau nak jual apa...

Saya recommend company Anisfood Sdn Bhd..dia buat chocolate cake..mungkin boleh try jual..saya dengar dah ramai orang boleh buat duit, cover bayar rumah, bayar kereta dengan buat bisnes ni..Dan dah ada 11 orang yang bukak kedai di kalangan team Anis Chocolate ni..hanya bermula dengan menjual kek coklat sahaja..tapi yang bukak kedai tu dah ada produk mereka masing-masing?...Tak tahu lah betul ke tak...Intai-intai lah sendiri...

Apa-apa pun..yang paling penting, u have to start doing something..Keluar dari comfort zone tu..Ada orang comfort zone pun tak faham apa dia..hehe..Buat je apa yang terfikir nak buat, tak kisah lah nak bertukar-tukar produk..Kami dulu pun dah buat macam-macam..Sampai ada orang kata buat apa pulak kali ni?..Lantak lah kat orang..sekurang-kurangnya lagi bagus daripada depa yang tak buat apa-apa..Tengok dan mengutuk je kerjanya...

Jangan malu..jual apa saja yang boleh..sebab..once kita dah start pegang seketul barang untuk dijual..Hotak kita akan start jadi kreatif..Kita akan start dapat macam-macam idea, dan tiba-tiba kita rasa mudahnya nak buat bisnes ni..senangnya sebenarnya nak jadi kaya!..Tapi...selagi tak pegang apa-apa, selagi tak start jual sebatang pen...U tak akan tahu penangan berbisnes..u tak akan dapat experience bestnya dapat pegang duit yang banyak...u tak akan dapat experience rasa bestnya dapat add value to other people's life...

Tapi..satu yang saya belajar dan faham...Mintak dan doa pada Allah bagaimana untuk menolong lebih ramai orang lagi...Insyaallah, Dia akan tunjuk jalannya..insyaallah hidup u akan menjadi sangat mudah dan indah....Yang penting, YAKIN.... ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI.

WALLAHU'ALAM...





Monday, May 13, 2013

PERMINTAAN SEORANG ISTERI YANG DIMAKBULKAN ALLAH.....

PERMINTAAN SEORANG ISTERI YANG DIMAKBULKAN ALLAH.....

Kami ditanya semalam selepas AMP (Advanced Marketing Power) oleh salah seorang peserta..Soalannya agak ganas..Dia tanya, Dr.Azizan kan sering sebut branding, branding..Tapi saya nampak selalunya suami u yang menonjol ke depan, kenapa u tak brandingkan diri u?

First sekali, u all kena faham yang kami suami isteri ni menjalankan bisnes yang sama..menjual produk yang sama..Bermaksud, yang perlu dibrandingkan di sini ialah produk kami bersama.Produk ini atau kek ini bukan produk saya seorang. Ia melibatkan suami saya.Kami sama-sama bertanggungjawab untuk membrandingkan kek kami ini.

Cara kami membrandingkan produk ini ialah kami sama-sama memasukkan semua nilai yang ada dalam diri kami berdua ke dalam kek ini..Dan, ini dibuat sama ada di alam maya iaitu di facebook, internet dan sebagainya, dan juga di alam realiti..iaitu membuat sharing atau presentation, atau menggunakan video marketing dan tools-tools marketing yang lain..

Soalan tentang kenapa tak brandingkan diri u tadi tu rasanya dah terjawab...Bermakna, kami sama-sama bertanggungjawab untuk membrandingkan produk atau kek kami ni bersama-sama..Kami ni kan suami isteri..Suami isteri kenalah bekerjasama kann?..

Pastu nak menjawab soal siapa ke depan, siapa yang di belakang...

Yang paling utama ialah..bila berbisnes suami isteri ni.. masing-masing kenalah tahu kekuatan dan kelemahan masing-masing...Bab ni, saya dah kenalpasti kekuatan suami saya ialah, dia boleh bercakap di depan orang ramai..dia tak akan nervous..Jadi, dialah yang patut ke depan..

Tapiii.....

Yang lebih penting, masa mula-mula bukak kedai 3 tahun lalu...saya dah cuba menyelami dan memahami suami..waaahhh...memahami macam mana tu?

Betul, seriously, dulu...selama 4 tahun buat bisnes di rumah..suami bekerja, dia tak nampak dan tak pernah terasa yang dia akan buat bisnes jugak dan totally involved dalam bisnes kami ni...

Lepas bukak kedai, sama jugak..dia cuma nak tolong sedaya mungkin dan bagi support..Semua customer yang datang kedai masa tu kebanyakannya cari saya..Apa-apa nak jumpa saya..nak tanya apa pun,sharing ke apa..semuanya cari saya..

Dannnnn.... sebenarnya saya rasa mungkin dia tak kisah pun customer cari saya, tapi..saya cuba menyelami hati dia...Kalau keadaan macam ni berterusan sampai bertahun-tahun...apa dia akan rasa? Mesti dia akan rasa tak penting kan?..Lam-lama dia akan down kan? Dah lah masa tu dia tak confident pun yang dia boleh buat bisnes?

Saya pun fikir macamana nak bagi dia rasa bisnes ni sebenarnya bisnes kami bersama? Yang dia akan totally involved dalam management, marketing dan semuanya..

Cara saya ialah..Berkali-kali saya mintak pada Allah..Ingat lagi, masa tu saya mintak...Ya Allah, tolonglah saya Ya Allah..saya nak suami saya di recognised oleh semua orang terutamanya customer saya Ya Allah..Saya nak suami saya di kenali dan dikagumi oleh customer semua orang Ya Allah...Bantulah saya Ya Allah...Lepas tu, saya let it go...Serah dan yakin betul-betul Allah akan bantu saya...

Satu ketika, saya terlupa pasal doa saya tu..Tapi tiba-tiba saya tersedar...masa tu suami yang banyak ke kelas atau seminar Dr.Azizan Osman..Sekali tu saya ikut bersama...Saya tengok sendiri macam mana dia di panggil Dr.Azizan untuk sharing di atas stage..Saya sendiri terpegun..Masa tu saya dah rasa bersyukur sangat...Lebih saya perasan lagi..masa habis kelas, ramai yang datang berjumpa....Tapi, diorang tak kenal pun siapa saya..diorang cuma kenal suami saya...diorang nak bergambar dengan suami saya...

Masa tu saya baru tersedar...Ya Allah, Kau dah makbulkan doaku Ya Allah...Terima kasih Ya Allah...Saya tak pernah sangka yang doa saya akan dimakbulkan dengan cara macam tu....Tapi, saya sangat bersyukur...Tak pernah timbul dalam hati saya rasa ingin dikenali..saya bahagia melihat suami saya dikenali...Tapi, saya tahu..fokus dia hanya ingin memperkenalkan bisnes kami...dan juga kami sangat-sangat bahagia bila dapat berkongsi pengalaman dan ilmu kami ini dengan ramai orang... Dari situlah dari hari ke hari...suami mendapat kekuatan dan keberanian untuk resign dan terus fokus dalam bisnes kami ini...

Terima kasih Ya Allah...Kau sering menunjukkan kepada kami bahawa dengan berdoa dan hanya mintak pada Mu sahaja.....segala-galanya akan berjalan lancar....Kami yakin padaMu Ya Allah!!..

WALLAHU'ALAM....




Saturday, May 11, 2013

RAHSIA UNTUK MENARIK PERHATIAN ORANG.....

RAHSIA UNTUK MENARIK PERHATIAN ORANG.....

Ramai yang nak tau perkara-perkara macam ni kann...U all teringin nak tarik perhatian siapa sebenarnya? Kalau nak tarik perhatian pelanggan, memang itu OK sangatlah...betul lah tu..Tapi ni yang nak tarik perhatian   boss contohnya untuk yang bekerja..atau ada juga yang nak tarik perhatian mentor-mentor u all?

Rupanya...ada jugak orang yang buat bisnes atau yang bekerja yang nakkan attention atau nak tarik perhatian orang lain..Dulu ingat yang berpolitik saja yang nak dapatkan attention orang ramai..rupanya buat bisnes pun ada yang macam tu..

U all buat bisnes untuk apa sebenarnya? Apa niat u all?

Ada satu kisah ni....Peniaga ni, menjadi sangat frust dan stress selepas satu konvensyen jualan antarabangsa kerana sales dia tak capai target dan agak teruk  jugak jualan.Stok sos ayam percik yang dibuatnya beribu-ribu balang terpaksa dibawa balik...Lepas tu, dia jadi stress sebab jualan dia langsung tak dapat cover sewa selama 10 hari dia disitu...Dan yang menjadi kepelikan kami ialah...bukan pasal salenya teruk...Dia stress sebab dia tak boleh nak tarik attention mentornya kerana itu target dia sebenarnya!..Dia nak mentornya rasa bangga dengan pencapaiannya, dia nak mentor kenal dengan dia..segala-galanya pasal mentor lahh...

Tak ke pelik bunyinya?..Sama jugak kes dengan pekerja yang sentiasa nak tarik attention boss? U all ingat boss tak boleh rasa ke siapa yang nak attention atau siapa yang bekerja dengan ikhlas?

Pointnya di sini ialah...u all bekerja ke, berbisnes ke, atau juga berpolitik, buat la dengan seikhlas hati...Kalau yang bekerja, buat lebih dari yang disuruh..give more than 100%....sampai boss terasa keperluannya..sampai boss risau kalau u all nak resign, hihiii..macam tu lah baru ada VALUE!!..Jangan jadi macam satu kes kami ni...dah lama kami tunggu staff ni nak resign...nak buang tak ada reason sebab pandai dan rajin bekerja....tapi seperti biasalah, kami sangat mementingkan ATTITUDE....memang yang tak ada attitude macam ni rajin macam mana pun, akan memeningkan boss saja..bila dia bersuara nak berhenti, rasa macam bestnyaaa....alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami..hihiii...nak ke boss u all doa macam tu untuk u all?

Percayalah, hidup kita tak akan benar-benar happy dan berjaya kalau kita mencari attention. Sebab kalau kita cari attention, kita akan terpaksa jadi people's pleaser ataupun orang yang suka dapatkan approval orang lain..Masalahnya, orang yang suka dapatkan perhatian orang lain ni, mereka akan buat STUPID THINGS yang mereka tak sedari..Mereka akan cuba memburuk-burukkan orang lain..mereka akan cuba menjatuhkan orang lain...itu semua stupid things sebenarnya tapi mereka je yang tak tahu...

Dan...kalau yang nak seek attention boss, takkan u ingat boss u tak pandai menilai? Takkan u ingat boss u suka seseorang staff dia tu sebab semata-mata dia pandai kipas? Bodoh sangat ke boss u? Dia tahu apa yang dibuatnya...dia tahu siapa yang ada VALUE dan siapa yang KOSONG?..

Untuk lebih berjaya, sebenarnya lebih baik kita cari LOVE..Kita akan lebih happy bila kita dapat beri LOVE dan VALUE kepada lebih ramai orang..Insyaallah perhatian akan datang tanpa dipaksa...tanpa di minta-minta..Kalau u sentiasa ingat matlamat u untuk memberi love dan value, mau tak mau lama-kelamaan u akan di terima...u akan di recognise oleh semua orang..It's not miracle, but..it's naturally like that...

Rather than kita cari ATTENTION..Orang yang suka cari attention ni biasanya dia nak rasa LEBIH FAMOUS...nak rasa lebih TERKENAL..tak ada masalah, cuma takut dia akan cuba buat apa saja untuk capai matlamatnya..dan dia akan menidakkan pihak yang lain..dia akan rasa hilang kasih sayangnya pada orang lain...Bila love dah bukan menjadi prioriti u, habislah....mau tak mau..lama-kelamaan orang akan melupakan u...orang pun dah tak ada kasih sayang pada u...

Yang mana satu pilihan hati? Nak menjadi manusia yang memberi VALUE kepada ramai orang ataupun nak menjadi manusia yang menagih perhatian? Berbalik lah kepada niat asal u..Ingatlah semula matlamat u..Kalau matlamat u LOVE...u akan dapat LOVE...kalau matlamat u ATTENTION, u akan dapat ATTENTION..tapi attention yang tak berkekalan...hanya sekali lalu, tapi langsung tak terpahat di hati...

WALLAHU'ALAM......

Thursday, May 9, 2013

NAK BEREHAT DALAM KUBUR...

NAK BEREHAT DALAM KUBUR...

Kadang-kadang kesian tengok pemikiran orang kita yang sempit...Sentiasa sebut kat mulut walaupun tak kaya..walaupun tak kaya...Selalunya diorang akan kata..walaupun tak kaya hati senang..Ye ke hati senang sangat ke? Kalau tiba-tiba kita sakit..kita tak berupaya nak kerja dan berbisnes, hati u yang senang dan tenang tadi semakin tenang ke semakin kusut sebab tak berupaya keluar mencari rezeki? 

Sori ye..bukan apa....Saya dulu pun tersentap jugak dengan kata-kata mentor, u ingat u dah kaya sangat, u dah senang sangat ke? Setakat u lepas pegi buat umrah dan bawak anak-anak pegi melancong ok la..Tapi pernah tak bawak ibu dan bapa saudara u ke Mekah? Ibu bapa sendiri pun ada yang tak lepas..macamana nak bawak ibu bapa saudara,kan? Habis...boleh ke senang hati? Boleh lagi comfort zone? 

Dulu..kami pun pikir macam tu..konon dah senang sangat...Ada sebijik rumah, ada sebuah kereta, sekali sekala boleh bawak anak dan family melancong, kira dah ok sangat...Tapi, bila ibu bapa saudara tiba-tiba perlu duit sebab sakit..boleh ke kita contribute? Atau terkebil-kebil tengok saja? Masa tu senang hati lagi ke? Seronok ke kalau tak dapat nak tolong orang? Tambah-tambah orang yang u sayangi? Ke u tak kesah u boleh tolong orang atau tidak..Itu semua tanggungjawab orang lain ke? Tanggungjawab anak-anaknya sendiri atau tanggungjawab kerajaan?

Sekarang kami dah agak faham..ramai yang letakkan dirinya sebagai MANGSA...Mereka bukan mangsa, tetapi mereka pilih untuk play the role of victim..Mereka tak sedar sebenarnya yang mereka berfiikiran macam tu..Kami dah faham bahawa, orang-orang ni tak kaya kerana mereka ada sifat suka menyalahkan orang lain, suka beri alasan dan suka komplen...Orang-orang ni memang tak akan kaya...Cuba observe tengok, ada tak orang-orang kaya dan berjaya ni suka beri alasan dan komplen?..

Bila tak kaya, dia menyalahkan mak bapak, dia menyalahkan kerajaan kerana tak tolong dia..Ye lah, semua benda nak ditolong..bila tak dapat bantuan contohnya, mulalah cakap tak ada modal nak buat bisnes sebab kerajaan atau kerajaan pembangkang tak support..Macam tu ke pemikiran orang kita? Langsung tak competitive..Kalau ada bantuan baru boleh kaya? Patut la tak start-start...Mentaliti subsidi betul la...Nak bisnes kena tunggu bantuan baru nak start? Kalau ada yang tak tau lagi, kami bermula dari zero, langsung tak ada bantuan..semua pakai duit sendiri..sampai sekarang ni..

Ada pulak tak kaya-kaya sebab sukaaaa bagi ALASAN..Geng ni memang sesuai tinggal di PULAU ALASAN..Geng ni suka kata apa tau? DUIT TAK PENTING..DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA atau mereka suka buat perbandingan yang mana lebih penting, DUIT atau LOVE?...hehehee....Itu alasan untuk mereka yang tak nak bekerja lebih atau tak nak berbisnes sebab nak cepat-cepat balik rumah, dapat berehat-rehat berguling atas katil dan tilam mewah sangat mereka tu, yang ada hama tersembunyi tu...atau cepat-cepat nak balik rumah tengok TV 50 inci mereka tu..konon-konon nak banyak masa bersama keluarga..konon untuk dapatkan LOVE ni lah..jadi...DUIT tak penting lah untuk mereka..

Saya kenal dengan seorang suri rumah yang meneruskan aktiviti arwah suaminya menjaga anak-anak yatim hampir seramai 30 orang. Mereka sewakan rumah untuk anak-anak yatim ni di USJ 4 di 3 atau 4 buah rumah..Susah sangat nak jumpa ustazah ni..Bila nak buat appointment je, dia tengah ajar anak-anak yatim ni mengaji lah..tengah ambik diorang balik dari sekolah lah..penuh betul aktivitinya..Sekali tu dapat saya bertanya, usatazah ni nampak sibuk betul...dapat ke berehat? Biawak betul saya ni....Sentap beb, dia kata...takpe..nanti DIA BEREHAT DALAM KUBUR LAH...

MASYAALLAH!!!....Berlinang air mata kalau teringatkan pengorbanan ustazah ni..Dan arwah suaminya sangat pandai mendidik isterinya untuk meneruskan perjuangannya....

Tak terbanding rasanya usaha dia dengan usaha kita..pemikiran dia dengan pemikiran kita..dia mencari duit untuk anak-anak yatim..Kita cari duit untuk siapa? Bukan kata nak cari duit untuk anak-anak kita yang tak yatim ni...atau untuk keluarga kita yang susah-susah...Tapi, ada yang tak nak cari duit punnn...Tambah-tambah lahh untuk anak-anak yatim...??

WALLAHU'ALAM....


Wednesday, May 8, 2013

PENIAGA PERLU ADA X- FACTOR

PENIAGA PERLU ADA X-FACTOR

Ramai yang nak buat bisnes..Ramai juga yang dah start buat bisnes. Selain PASSION, apa lagi yang penting yang perlu ada dalam diri seorang peniaga? Ya betul...Peniaga perlu ada x-factor :) Tapi apa dia x-factor tu? X-FACTOR tu sebenarnya adalah sesuatu daya tarikan yang akan membuatkan orang sukakan kita..

Rasa-rasa perlu tak orang sukakan kita? atau lantaklah orang nak suka atau tidak? Sebenarnya, ini adalah fitrah manusia..fitrah untuk semua orang tak kira orang yang berbisnes atau bekerja atau tak bekerja pun..itu adalah perkara normal yang semua orang nak..

Tapi, untuk peniaga...ia SANGAT SANGAT SANGAT PENTING!!...Peniaga sangat perlu disukai oleh orang yang deal bisnes dengannya..Kita deal bisnes dengan manusia, jadi ianya berkenaan dengan HUMAN TOUCH..Sekali pandang je, atau dengan senyum je, customer dah suka..itu belum bercakap lagi..Kalau bercakap lagi lah kann...

Tapi macamana nak buat bagi orang sukakan kita? Nak kena bodek ke..kipas ke..Atau nak kena berlakon dan berpura-pura sukakan orang?sukakan pelanggan kita?Boleh jugak kalau terpaksa...tetapi customer itu akan jadi ONE TIME customer kita sahaja..dia tak akan jadi LOYAL CUSTOMER kita..Yang mana penting? Terpaksa tercari-cari customer baru atau perbaiki hubungan dan servis loyal customer kita?

Sebenarnya, bukan secara paksaan, tak perlu juga nak buat bomoh untuk orang sukakan kita..atau nak buat nasik kangkang ke.. hehe..Tetapi kita perlu menjadi manusia yang genuinely atau naturally yang sukakan manusia lain..Kita bukan jenis yang boleh berkawan dengan orang yang sama je sepanjang hidup kita..Berkawan dengan kawan sekolah je sampai ke tua..Peniaga yang baik,dia akan suka berkawan atau build relationship, customer pun akan melekat dan terus menjadi kawan-kawannya..U all macam tu kan?..

Teringat terbaca dalam buku Pakcik Dale Carnegie, How to Win Friends and Influence People, lecturernya yang mengajar story writing dapat RASA atau FEEL sama ada penulis buku adalah jenis orang yang sukakan orang atau tidak.Kalau penulis buku tu jenis yang tak sukakan orang lain, insyaallah katanya..pembaca tak akan sukakan buku yang ditulisnya.....Wow!!..Sampai macam tu ke?..Bermakna, kalau secara penulisan pun orang dah boleh FEEL, inikan pula kalau berurusan FACE TO FACE dengan manusia..lagi lah orang boleh RASA...kan?

Seorang kawan saya ada ceritakan pasal adiknya yang dah lama pulang dari UK dan masih belum ada pekerjaan tetap. Tapi, adiknya ni sangat suka build relationship.Dia suka berkawan, dan sangat hormatkan orang tua..Memang naturallynya dia macam tu..

Adiknya ni masih tanam anggur, jadi aktivitinya banyak berjemaah di Mesjid. Setelah 4-5 tahun tiada pekerjaan tetap, kawan saya ceritakan satu perkara miracle berlaku pada adiknya.Tiba-tiba adiknya balik dari mesjid ceritakan dia dah dapat kerja yang memang dia sangat suka. Seorang Dato' offer bekerja dengannya kerana dia selalu melayan bersembang dengan Dato' tersebut semasa di mesjid..Bila dah start kerja pun, dia cuma menganggap nak tolong Dato' ni saja..ditemannya buat social works tanpa mengharap apa-apa balasan..

Itu ok lagi..lebih miracle, adik kawan saya ni tak pernah tanya berapa Dato' ni nak bagi gajinya..one day..after 1 week working, PA Dato' ni tanyakan dia..Dato' suruh tanya, berapa gaji yang u nak? RM10 ribu cukup? ke nak RM20 ribu? Ternganga-nganga adiknya...

Kannn?...Nampak tak kalau orang yang memang ikhlas nak build relationship, yang bukan kerana duit...apa yang dia akan dapat? Kan Allah dah janji? Yang penting kita percaya dan yakin pada Dia Ya Rahman..Ya Rahim..Jangan buruk sangka pada Dia jika lambat diberi..mesti ada sebabnya..Kalau betul kita ikhlas..insyaallah Dia pasti tahu..

Perasan tak inilah dia yang diajar dalam agama kita Hablumminallah..Hablmminannas?..Allah sukakan makhluknya yang mempunyai hubungan yang baik sesama manusia tak kira bangsa,tak kira negara, tak kira agama..tak kira parti politik juga...Jadi, sudah pasti orang yang suka membina ukhwah dengan orang lain akan mendapat ganjaran dari Allah dan akan mendapat keberkatanNya..

Wallahu'alam...

ALLAH MAHA BENAR (AL-HAQQ)
Orang beriman yang yakin bahawa pada hari Kiamat dia akan berdiri di hadapan Tuhannya dan menghitungkan perbuatannya,boleh jadi orang yang miskin meskipun dia sudah berusaha. Jika dia membaca la iilaha illa Allah al-Malik al-Haqq al-Mubin (Tidak ada Tuhan selain Allah, Maha Raja,Kebenaran Yang Nyata) sebanyak 100 kali setiap hari, nescaya dia kan mendapat rezeki yang tidak diduga-duga.