BEKERJA UNTUK GAJI SEMATA-MATA?
Ramai yang sedang kusut sekarang ni...Tak tahu apa yang perlu dibuat..Nak teruskan bekerja atau nak berhenti kerja? Kalau diteruskan bertambah kusut.., dengan boss tak memahami..Hati dah tak tenang nak ke ofis ..Jiwa dah kacau..Kalau berhenti kerja pulak anak-anak nak makan apa?
First thing first..Tanya pada diri sendiri, kenapa kita bekerja? Adakah kerana gaji semata-mata? Kalau betul semata-mata kerana gaji...which is sekarang ni ramai yang macam tu, u tengoklah..patutlah hidup u tak tenteram..Dari awal bekerja sampai sekarang dah 48 tahun bekerja..u tak kemana pun..tak ada peningkatan pun dalam hidup..Setakat gaji naik sikit, dapat lah pergi umrah haji,melancong sana-sini..tapi dalam jiwa? Rasa gaji tu tak cukup-cukup?..Tak pernah rasa cukup....
Kenapa kita bekerja? Ramai orang bekerja kerana lepas habis belajar..itu saja yang dia terfikir boleh buat..Bekerja atau makan gaji dengan orang itu tak ada masalah...Dan ia akan menjadi mudah dan menyeronokkan kepada mereka yang cintakannya..atau PASSION..Saya tengok ramai yang bekerja tetapi tak sukakan kerjaya mereka.Dari awal lagi mereka tak tahu buat keputusan sama ada mereka suka atau tidak..
Contoh, maksu saya Zur'Aiza binti Abdul Hamid seorang cikgu..Tapi, saya lihat dia bukan bekerja macam kebanyakan guru-guru..Dia memang sangat cintakan kerjayanya..Anak-anak murid dibuatnya seperti kawan..seperti anak-anak sendiri..Dia bukan mengajar,dia mendidik..Ada sekali tu, anak muridnya yang tingkatan 5 dah tak minat nak sekolah, lari dari rumah..tentulah ibunya risau..Dari Alor Setar, maksu sanggup turun ke Penang, semata-mata dia tahu anak muridnya ada bekerja di kedai fast food di sana..dan dia cuba mendekati anak muridnya ini..Dia tak memaksa, tapi entah lah dia guna teknik apa..Akhirnya budak tu balik ke rumah, dan sekarang ni dia sedang belajar di UIA!..
Add value kan?..Saya percaya, orang-orang macam ni..dia bekerja bukan kerana gaji..kerana passion, kerana ingin membantu...Anda? ada tak terasa seperti tenaga anda atau idea anda sebenarnya untuk membantu company yang anda bekerja? Atau anda cuma fikir gaji semata-mata..Orang yang fikir gaji dan untung saja...mereka ni tak akan pernah rasa puas! Sampai bila pun mereka tak akan rasa cukup!..Dan, orang yang tak akan rasa cukup ini ialah orang yang gunakan duit gaji dia hanya untuk mengkayakan dirinya saja..keluarganya saja..Langsung tak ada rasa nak membantu orang sekelilingnya..
Salah seorang yang terdekat dengan saya..., dia dapat gaji, disimpannya..bertahun-tahun duit tu disimpan, langsung tak digunakan...dia macam dah seronok tengok duit dia bertambah-tambah dalam akaun banknya..Baju dia pun tak bertukar, sebab sayang duit..Semua harap yang saya bagi saja..semua harap yang free..Bila balik kampung, tak dibawa balik apa-apa untuk keluarga atau jiran-jirannya..kecuali yang saya kirimkan..Dia tak akan keluarkan duitnya sendiri..Saya lihat orang macam ni...yang tak pernah cukup-cukup ni..dia terkejar-kejar...last-last apa pun tak dapat...Duit dalam bank pun dihabiskan suami..Apa yang tinggal?
Sebenarnya ramai yang bekerja kerana duit saja...Orang yang macam ni, kalau anda bekerja semata-mata kerana duit...percayalah, jiwa anda tak akan tenteram..Orang macam ni lah yang akan menyalahkan boss saja..Boss kedekut, boss tak ambik berat hal pekerja..boss kerah tenaga pekerja..semuanya boss salah, semuanya orang lain salah..Dia betul saja..Kami pernah ada pekerja macam ni dulu.. kalau kita nak mintak tolong apa pun...dia akan berkira..Dia akan berkata, aikk kerja ni pun saya kena buat? Ye lah, company kecik dik oii...semua kena tolong-menolong..apa yang dia expect? Kalau expect nak ada department khas, u kena pegi company yang lebih besar..kami kat sini..semua kena tolong dik..Tapi, orang yang berkira kerja dan kejar duit saja macam ni dia memang tak boleh tahan lama....
Jadi..adik-adik, pikirkanlah..u all bekerja untuk apa sebenarnya? U all berbisnes untuk apa sebenarnya?Kalau untuk jadi kaya....u tak akan kaya! Mungkin u akan kaya sekejap, tapi u akan jatuh semula.. Tapi...duit gaji u tu kalau u gunakan untuk add value hidup orang lain, sentiasa CUCI KOLAM, guna duit gaji tu untuk bersedekah..membantu orang lain..Percayalah..nanti mesti rezeki yang tak disangka-sangka akan datang..dan orang macam ni..rezeki dia tak putus-putus!!...
WALLAHU'ALAM....
ALLAH MAHA KAYA (AL-WAJID)
Seorang yang beriman yang membiasakan diri membaca nama Ya Wajid ini sekerap mungkin akan diberi kekuatan hati yang dapat membantunya menemukan apa yang ingin dia temukan dan menjaga apa yang telah ditemukannya.
Tuesday, May 7, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment