Thursday, May 23, 2013

KENAPALAH...DIA TAK NAK PEGI KELAS...?

KENAPALAH...DIA TAK NAK PEGI KELAS...?

Seminar Hidup Luar Biasa dan IMKK (Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan) dah nak start ni...Sekadar sebut beberapa kelas..banyak lagi kelas-kelas lain kat luar..Kalau kita nak ajak pasangan kita ke kelas-kelas ini, kita kena bersedia dari sekarang..Mesti tau tips macamana nak pujuk pasangan kita yang tak nak pegi ke kelas-kelas macam ni...Tapi...tips yang gempak kita reserve jap..Esok kita share ok..Hari ni kita kena faham dulu kenapa diorang ni tak nak pegi ke kelas-kelas macam ni..Lagipun,kalau kita faham sebabnya...kita cuba untuk tidak buat perkara yang sama untuk anak-anak kita..Supaya bila anak-anak dewasa, mereka jenis yang suka mencari ilmu tak kira umur..Supaya diorang ni tak ikut perangai macam ayah dia atau ibu dia yang tak suka mencari ilmu...Kerana bukankah dengan ilmu sahaja akan membuatkan hidup kita berubah?

Kenapalah....dia tak nak pegi kelas?

1.Mentaliti Khatam Quran
Ramai yang tak perasan isu ni sebenarnya.Dulu kecik-kecik saya pun sama jugak..berebut-rebut nak khatam quran. Saya fikir balik, kenapa semua parents nak anak-anak cepat khatam quran?Lepas khatam nak buat apa? Tutup quran?Jadi, kalau anak yang umur 11 tahun dah khatam.good bye lah al-quran..itulah saja masa dia baca quran..Sampai ke tua tak pernah nak selak dah?..Macam tu ke mentalitinya?

Masa anak-anak mula nak ngaji, saya dah pesan pada Ustazah yang ajar diorang ni..jangan berebut ajar diorang ustazah, sikit-sikit pun tak apa..asalkan diorang faham dan baca dengan betul tajwidnya..Ustazah happy sangat bila saya sebut macam tu..sebab katanya ramai yang push ustazah nak tengok anaknya cepat khatam..Dia kata, dia pun rasa berdosa kalau ajar anak-anak tu cincai..atau asal cepat..tapi tajwidnya tunggang langgang..

Kenapa macam tu? Kenapa nak cepat?..Bangga nak bagitau kat kawan-kawan anak dia umur sekian-sekian dah khatam? Itu je sebabnya? Lepas khatam boleh buat kenduri kendara bagitau sekampung anak dia dah khatam quran? Pastu pandang rendah lah kat anak-anak orang lain yang tak khatam lagi?..Nonsense lah saya rasa..

Itulah masalahnya..bila dah khatam, TUTUP QURAN!..That's it!...Ada yang langsung tak bukak-bukak dahh..Umur sekarang dah 55 tahun..tapi last sekali bukak al-quran masa majlis khatam quran tu lah..
Perasan tak? Itulah mentaliti kebanyakan kita? Atau mentaliti NAK MENUNJUK tak kena gaya..tak tau effect dia kepada anak-anak..

Bila habis sekolah sama jugak lah..habis tutup buku..Merdeka!!..Tak payah baca buku dah..Of course lah orang macam ni tak nak pegi kelas dah..dia ingat dah tak payah nak cari ilmu!..Dia ingat ilmu tu hanya masa zaman persekolahan.Dia tak tau sebenarnya kita kena cari ilmu sampai meninggal dunia..Kerana semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tak tahu sebenarnya...Maaf, saya dibesarkan sama jugak macam u all..sebab tu saya tahu semua ni..Cuma luckynya saya...saya dibesarkan dengan mak ayah, tok yang setiap masa baca al-quran...Jadi kita pun tak berenti lah baca sampai sekarang...

2.Pernah terkena..tertipu!
Ada jugak yang suka pegi kelas...dia rajin masuk kelas macam-macam..duit dah habis beribu..Tapi sebenarnya speaker tu nak pekena saja..Dia naikkan semangat participant dia...Suruh maju, berjaya, kaya semua...Bila diorang ni semua excited..naik semangat...Dia cucuk diorang ni suruh invest!..Invest dalam skim-skim pelaburan...Banyak yang terkena..Invest dalam aktiviti forex lah..Kadang-kadang ini lah yang terjadi..habis duit ahli keluarga, kawan-kawan semua...yang jadi speaker pulak Dato'...Terpedaya lah!! Selalunya diorang ni bukan terduduk setakat ribu-riban..semua ni main juta-juta!! Jadi, orang macam ni...ingat senang-senang ke dia nak percaya kat speaker lain? Ingat senang ke dia nak pegi kelas lain?..Mintak hampunn...dia macam dah bertaubat!..Tapi kita kenalah faham dia...Kalau kita yang kena, kita sure buat benda yang sama kan?..

3.Rasa POWER!
Ni pulak untuk orang yang selalu buat kelas atau training..Of course lah dia rasa dia POWER!..Dia rasa dia sangat hebat..lebih hebat dari Dr. Azizan Osman..(.Contoh je ya..kalau sebut nama speaker lain, takut dia marah pulak..kalau Dr.Azizan,mungkin dia tak marah kott...). Hebat lah sangat kann..dia train 20 orang, boleh laaa..dia tak perasan ke participant Dr.Azizan lebih dari 2000 orang?Ingat senang ke senang?

Atau jugak untuk orang yang selalu attend training di tempat kerja..HR Manager sangatt yang saya kenal ni, selalu attend training..Dia kata, semua trainer sama!. Pandai goreng je..Pastu pakai slide..Cakap sekejap, makan..cakap sekejap..makan...Participant semua ngantuk..Itu lah dia awal-awal tak percaya tu..Sapa tu? Suami cek laa..Tapi bila dah pegi, dia pulak yang lebih-lebih..he he..

Ada kawan baik saya cikgu ni pernah kata..masa tu dia dalam kursus guru..Dalam kelas tu dia sambil SMS saya...dia kata berkursus lah perkara paling borinnggg sekali dia terpaksa buat...huhu..Patut lah dari awal-awal dulu saya ajak dia ke kelas..dia mengelak!

4.Tak suka MEMBACA!
Ni satu lagi...ada jenis orang yang tak suka membaca..ini kira sinambungan mentaliti khatam quran lah ni..habis sekolah tutup buku!..Pastu pulak, parents ajar baca buku untuk pegi sekolah saja.untuk pass exam saja..Of cos lah habis sekolah tutup buku.Sebab dah tak ada exam!..kannn..

Atleast, kalau tak nak baca buku..pegi la kelas untuk belajar..ni dah lah kelas tak nak pegi, buku pun tak nak baca..Baca lah buku motivasi ke..macam-macam ada...Alhamdulillah saya banyak dapat ilmu dalam buku jugak..sampai addicted lah katakan..ni ada 4 buah buku tak baca lagi..gerammm je tengok, tapi tak sempat huhu..

5.Pasangan tak dedahkan, tak galakkan...
Suami je yang ke kelas..balik diam je...sebab dia ingat isteri dia housewife, tak payah lah nak ke kelas macam tu..Buat apa? Tak perlu kott..sebab bukan wife dia nak bisnes pun...Sebenarnya dia tak perasan..housewife pun kena ke kelas...sebab dia kan nak didik anak-anak?..Kalau mentaliti dia tak suka cari ilmu..anak-anak akan ikut dia...Kalau dia ke kelas, dia boleh ubah pemikiran dia...at the same time..untuk anak-anak jugak kan?..

Bila kita faham..insyaallah kita tak tension sangat..Hati kita akan lembut, bila dalam keadaan hati tenang dan lembut, baru lah kita boleh pujuk suami..atau isteri kita...Ok, jumpa esok ye insyaallah..Esok tips macamana nak PUJUK RAYU pasangan untuk ke seminar...Have fun!!

WALLAHU'ALAM..

ALLAH MAHA PEMBERI PETUNJUK (AL-HADI)
Membaca nama ini sebanyak 200 kali setiap hati akan membawa seseorang kepada kejayaan.Jika engkau tidak yakin akan tujuan engkau, membaca nama ini akan membimbingmu kepada pilihan yang tepat.





0 comments:

Post a Comment