Friday, May 24, 2013

TIPS PUJUK RAYU SUPAYA SI DIA MASUK KELAS

TIPS PUJUK RAYU SUPAYA SI DIA MASUK KELAS

Kenapa perlunya untuk pasangan suami isteri kena ke kelas berdua-duaan?..Dulu masa first time saya nak ke seminar,awal-awal saya dah tau dah..insyaallah bila balik nanti..kalau suami tak ikut, saya akan terkulai layu juga akhirnya nanti...Dia mesti tak nak dengar apa yang saya citer..ha ha..jangan marah ye boss :)

Jadi, untuk lebih efektif, memang kena pegi together-gether...Supaya wave dia sama dengan u..Supaya apa yang u nampak, dia nampak..apa yang dia nak..u pun nak..Tak gitu?..Tapi, kalau dia tak nak pegi macamana?..Harap-harap tips di bawah ni serba sedikit boleh membantu u all kay...

PERSEDIAAN JANGKA PANJANG

1. PUJUK RAYU ALLAH...
Untuk yang nak ajak pasangan ke seminar Dr.Azizan Osman IMKK-Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan  (Julai 2013), anda masih ada masa untuk apply tips ini.Berdoa dan mintalah pada Allah sepenuh hati selama 21 hari tanpa miss, mesti consistent.Sebenarnya, tips ni lah yang paling penting dan paling utama..Kalau tak buat yang lain..tapi ini lah yang paling kena buat!..Dan sebenarnya, tak ada tips yang lebih hebat dari tips ini...

Cuma syaratnya, kena sangat yakin bahawa Allah yang melorongkan segalanya..yakin Allah akan memberi..jangan langsung ada prasangka pada Allah dan sabotaj diri sendiri..

Bermakna, sekarang anda ada masa lagi..even kalau nak ajak pasangan ke Seminar Hidup Luar Biasa pun anda boleh buat jugak tips ni...Mungkin ada yang kata dia memang dah bertahun-tahun buat dah..dah bertahun-tahun berdoa..Ya, betul...cuma macamana tahap PUJUK RAYU anda?..Pujuk rayulah Allah..berkomunikasi dengan Dia, mintak supaya Allah tolong kita..beritahu sebab-sebab kenapa anda nak pasangan ke IMKK contohnya..Insyaallah, kalau reasonnya tak mementingkan diri, kalau reasonnya untuk tolong keluarga anda...insyaallah Allah akan terima submission anda..Betul, pujuk rayu saja Allah selama 21 hari consistently..

Seorang sahabat baik saya berjaya buat yang ni untuk pujuk suami dia ke IMKK yang lepas. Dia cuma beli 1 tiket saja..dia nak sangat suami dia ikut sekali..Saya cakap kat dia, senang saja..balik banyak-banyak berdoa, mintak kat Allah...Bila akhirnya suami dia setuju..saya hanya tersenyum, sebab dah tau..insyaallah dapat punya...Tapi, yang bestnya..suami dia ni boleh tahan degil, tapi berjaya dipujuk jugak..he he he..

Tapii...

2.BERSYUKUR PADA ALLAH
Dalam masa yang sama, u all kena selalu bersyukur..sehari beratus-ratus kali bersyukur dan berterima kasih pada Allah..untuk setiap perkara yang berlaku terhadap u all sepanjang hari..Perkara-perkara kecik pun u all boleh minta pada Allah..Contoh sebelum keluar rumah, u all minta siap-siap Allah bagi parking kat ofis u all..Pastu, bila dah sampai ofis, tup tup betul-betul dapat parking...U all kena faham dan tahu dan alert yang itu bukan coincident.

 Itu memang betul-betul Allah yang bagi sebab u dah mintak tadi..So, cepat-cepatlah bersyukur dan berterima kasih pada Allah..Bila nampak yang Allah Maha Penyayang, apa yang kita mintak selalu dapat..selalu Allah beri...Ini akan membuatkan kita banyak bersyukur...Bila banyak bersyukur dan berterima kasih pada Allah..Dia akan beri apa saja yang kita minta..Syaratnya..YAKIN PADA DIA...Betul tak ustazah?..

PERSEDIAAN JANGKA PENDEK

3.MESTI PANDAI MEMUJUK...
Sebenarnya..saya rasa pelik jugak ramai yang tak boleh nak buat yang ni...Nak citer pun open sangat...Tapi, takkan tak faham lagi bila waktu-waktu yang suami lemah..suami TERPAKSA terima apa saja syarat yang kita beri...Susahnyaa nak citer aihhh...Saya tak tau lah pulak kalau-kalau ada yang waktu tu masing-masing tengah bergaduh..Kalau macam tu memang lah tak menjadi aktiviti memujuk nii...Harap boleh faham kot ye point yang ni..sebab jangan harap saya nak cerita yang detail pasal ni kayy..Point ni sebenarnya lebih kepada...lu pikirlah sendiri....

Faham ke faham?..

Tapi, ada syarat jugak...make sure yang nak buat nii..memang dia jenis yang tak kasar, tak selalu sakitkan hati suami, tak tinggi suara dengan suami...ini boleh masuk dalam persediaan jangka panjang jugak..sebab kalau dah jenis suka sakitkan hati suami ni susah lah sikit Kak Gayah...of cos ajak camana pun suami Kak Gayah tak nak...sakit hati suami pada Kak Gayah tu dah sekian lama membengkak dalam hati dia...mana bisa kok!

4.MANJA-MANJA DENGAN PASANGAN
Ini lebih kepada pasangan yang hubungannya macam belangkas..nak ke mana berkepit memanjang...Orang kata macam best fren lah kira..Itu dah kira ok tu..Walaupun mungkin pasangan jenis yang keras kepala tahap gaban punya...tapi, cakap lah kat dia...Abang..., i nak mintak tolong u temankan i saja...sebab i kan tak biasa pegi sorang-sorang..tak bestlah kalau u tak ada sekali..Tunjukkan yang kita bukan nak dia berubah ke, atau benda-benda macam tu..Kita cuma nak dia temankan kita saja...

5.REVERSE PSICHOLOGY
Untuk yang sama-sama baru nak masuk mana-mana kelas,dan pasangan pulak jenis yang tak nak ke kelas, kena pandai reverse psichology..Awal-awal jangan tunjuk kita ni excited sangat nak ke kelas-kelas tu..Setuju je dengan dia, kata macam ni..i pun memang tak suka sangat ke kelas-kelas macam ni..tapi i tengok kawan i ni lepas masuk kelas hidup dia berubah...Dia dah tak macam dulu...Bukan saja kaya, tapi sekarang dah pandai cakap pasal sedekah...

Jangan cakap yang keduniaan sangat, sebab selalunya orang yang tak nak ke kelas ni dia tak nak kaya...perspektif dia negatif terhadap kekayaan...Minda dia belum terbuka..Kalau dia nak kaya dan berjaya, tentu awal-awal lagi dia dah setuju ke kelas. Jangan sebut pasal kawan u yang dah masuk kelas tu dah kaya sangat tau...Citer lebih kepada..kawan u citer, dia dah berubah..dah lebih rapat dengan Allah...dah lebih rapat dengan mak ayah dia...haaa..itu lebih touching..Kalau citer bab kaya..kaya..je...konfem tak masuk dalam hati dia...Ye lah, dia tak kena basuh lagi...he he...

6.HARI-HARI BASUH....
Kalau ada kawan yang kita kenali dah berjaya lepas attend mana-mana seminar, kita cerita kat suami..hari-hari kita cerita...Ini pun jangka panjang jugak sebenarnya.. ha ha..Ini seperti kita nak "tanam" dalam subconcious mind dia...Cara cerita, intonasi...jangan macam nak paksa..atau jangan macam fanatik...atau jangan macam nak salahkan dia..atau perli dia...cara ni takes time..tapi BERKESAN...

Forward email ke, print cerita-cerita testimonial ke..apa saja asal dia boleh baca..Kalau ada kalangan kawan-kawan yang ke kelas tu, ajak suami jumpa diorang tu..Berkawan dengan diorang..Insyaallah diorang atau kawan u tu boleh bagi suami terbuka hati..Kadang-kadang dia lebih percaya dengar cakap orang kan kan kannn...Tambah-tambah orang tu dia respect..Insyaallah....

7. BERTINDAK SECARA EKSTREM
Ini sangat penting sebenarnyaa...apa pun kita nak buat sebenarnya..bertindaklah secara EKSTREM!!...Nak berdoa ke..nak pujuk rayu suami ke..apa saja cara yang kita nak guna...buatlah secara ekstrem..bukan ala-ala kadar saja...Sekali pujuk, kalau tak nak..dah malas nak cakap dahh..tak boleh macam tu...sebab apa yang kita pujuk tu tak masuk lagi dalam kepala hotak dia..kita kena tanam sampai masuk...

Ekstrem bermaksud...kalau perlu menangis..menangislahh!!..melutut lahhh...Gunalah KUASA AIR MATA..Jangan berlakon, tapi sepenuh hati....baru akan meresap dalam jiwa dia...

Ok ke Ok?..He he..apa-apapun...Semoga hari Jumaat ni menjadi hari yang sangat barokah untuk semua...:)

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA MENSYUKURI (AL-SYAKUR)
" Orang yang tidak berterima kasih kepada manusia tidak akan mampu bersyukur kepada Allah"






0 comments:

Post a Comment