Tuesday, May 28, 2013

BUAT PELANGGAN SAMPAI MELEKAT

BUAT PELANGGAN SAMPAI MELEKAT

Kalau buat bisnes,kita perlu tahu apa yang penting supaya pelanggan melekat dan terpikat?..Sebenarnya, apa yang penting ialah kita perlu faham pelanggan.Kita kena duduk dalam kasut pelanggan atau put yourself in other people's shoes.Faham apa kehendak pelanggan.Apa yang kita boleh tolong pelanggan? Apa yang kita boleh memudahkan pelanggan? Bukan apa yang kita nak..Bukan berapa target sales kita..

Selalunya macam tu lah..macam saya dulu, buat bisnes MLM, terkejar-kejar target nak dapat berapa BV ke PV ke..tak ingat dah..Pastu lama-lama bisnes down.Dulu salahkan orang, salahkan downline semua lari, ingat downline tak kuat semangat...Sekarang baru faham, downline lari sebab kita juga yang tak pandai servis..atau kita asyik nampak untung je..Tolong downline pun sebab 'ada udang disebalik batu'..Patutlah pelanggan tak melekat!

Sori ye yang buat MLM, u all semua mesti dah pandai sekarang ni..Dah tahu apa yang sepatutnya dibuat..Kami dulu tak tahu, kami nak tolong diri kami saja..kalau dari dulu tahu tentang add value to other people's life, konfem dah duduk banglo macam upline kami Kak Safiah & Abg Jamsari...

Jadi bila dah faham sekarang, kami sedang cuba untuk lebih memahami pelanggan...Dulu masa tak ada sistem dealer, kami jual sendiri kek ni..Jual yang medium & large size...Ada kawan-kawan cakap (kawan yang tak pernah bisnes), buat yang besar lah untung..Betul,tapi kalau buat macam tu  sendiri sajalah yang untung...

Tapi, bila start faham customer & market niche, kami cuba (try and adjust) buat yang kecik-kecik..Sebab pertama, untuk memudahkan customer makan..Supaya customer tak perlu makan banyak-banyak..untuk lepas gian je boleh la..Kedua, untuk memudahkan dealer menjual. Bila harga murah, senanglah dia nak jual, dan modal pun tak banyak...

Faham ke faham?...

Penting kan kita kena faham perasaan pelanggan? Bab customer service pulak, saya selalu pesan pada staff , make sure layan kaw-kaw punya..Mentor kata, layan sampai extreme pun tak pa...Biar lebih, jangan dia rasa tidak dilayan..Layan sampai kalau boleh sebut sesuatu yang customer teringat-ingat sampai ke malam..sampai dia touching, sentuh emosinya....Contoh,amboiii...nampak berseri-seri hari ni Kak Gayah, betul ke rahsianya kena banyak senyum ye kak?Konfem lepas ni dia datang dengan senyuman yang manisss saja..Sebab kalau kita kaji, pelanggan akan mudah ingat dan melekat dengan peniaga yang pandai ambik hatinya..

Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang saya dengar stokis saya cerita, setiap kali dia nak hantar kek di satu kedai di Kuantan ni, owner dia layan Kak Iza macam PEMINTA SEDEKAH!..Duit kek dilemparnya pada Kak Iza...Tidakkah dia rasa perbuatan dia memalukan orang? Tidakkah dia rasa tercalar maruah orang yang diperlakukan sebegitu?Apa perasaan dia kalau dia dibuat begitu?

Kita sebagai peniaga kena faham sefaham-fahamnya apa yang pelanggan nak...Dari segi kualiti produk, biar puaskan hati customer..bukan buat ala-ala kadar..bila tak laku, ingat ada jiran sebelah bomohkan pulak..Mula lah kata orang tu dengki, orang ni khianat..Masyaallah...Percayalah, kalau kita faham kehendak pelanggan..kalau kita faham bahawa kita sebenarnya kena beri kasih sayang dan membelai pelanggan...kita akan diberi balik semula..

Bila kita jadi pelanggan pula, please alert bahawa kita akan deal dengan peniaga yang macam kita jugak..yang tak cerewet sangat, yang mudah memahami kehendak kita..Teringat pulak tahun lepas saya nak beli baju raya..Saya tak mintak kurang pun, tapi...adik tu yang nak bagi less untuk saya..masa tu saya perasan sesuatu....What u give, u will get back more!!...

WALLAHU'ALAM.....

0 comments:

Post a Comment