Monday, May 13, 2013

PERMINTAAN SEORANG ISTERI YANG DIMAKBULKAN ALLAH.....

PERMINTAAN SEORANG ISTERI YANG DIMAKBULKAN ALLAH.....

Kami ditanya semalam selepas AMP (Advanced Marketing Power) oleh salah seorang peserta..Soalannya agak ganas..Dia tanya, Dr.Azizan kan sering sebut branding, branding..Tapi saya nampak selalunya suami u yang menonjol ke depan, kenapa u tak brandingkan diri u?

First sekali, u all kena faham yang kami suami isteri ni menjalankan bisnes yang sama..menjual produk yang sama..Bermaksud, yang perlu dibrandingkan di sini ialah produk kami bersama.Produk ini atau kek ini bukan produk saya seorang. Ia melibatkan suami saya.Kami sama-sama bertanggungjawab untuk membrandingkan kek kami ini.

Cara kami membrandingkan produk ini ialah kami sama-sama memasukkan semua nilai yang ada dalam diri kami berdua ke dalam kek ini..Dan, ini dibuat sama ada di alam maya iaitu di facebook, internet dan sebagainya, dan juga di alam realiti..iaitu membuat sharing atau presentation, atau menggunakan video marketing dan tools-tools marketing yang lain..

Soalan tentang kenapa tak brandingkan diri u tadi tu rasanya dah terjawab...Bermakna, kami sama-sama bertanggungjawab untuk membrandingkan produk atau kek kami ni bersama-sama..Kami ni kan suami isteri..Suami isteri kenalah bekerjasama kann?..

Pastu nak menjawab soal siapa ke depan, siapa yang di belakang...

Yang paling utama ialah..bila berbisnes suami isteri ni.. masing-masing kenalah tahu kekuatan dan kelemahan masing-masing...Bab ni, saya dah kenalpasti kekuatan suami saya ialah, dia boleh bercakap di depan orang ramai..dia tak akan nervous..Jadi, dialah yang patut ke depan..

Tapiii.....

Yang lebih penting, masa mula-mula bukak kedai 3 tahun lalu...saya dah cuba menyelami dan memahami suami..waaahhh...memahami macam mana tu?

Betul, seriously, dulu...selama 4 tahun buat bisnes di rumah..suami bekerja, dia tak nampak dan tak pernah terasa yang dia akan buat bisnes jugak dan totally involved dalam bisnes kami ni...

Lepas bukak kedai, sama jugak..dia cuma nak tolong sedaya mungkin dan bagi support..Semua customer yang datang kedai masa tu kebanyakannya cari saya..Apa-apa nak jumpa saya..nak tanya apa pun,sharing ke apa..semuanya cari saya..

Dannnnn.... sebenarnya saya rasa mungkin dia tak kisah pun customer cari saya, tapi..saya cuba menyelami hati dia...Kalau keadaan macam ni berterusan sampai bertahun-tahun...apa dia akan rasa? Mesti dia akan rasa tak penting kan?..Lam-lama dia akan down kan? Dah lah masa tu dia tak confident pun yang dia boleh buat bisnes?

Saya pun fikir macamana nak bagi dia rasa bisnes ni sebenarnya bisnes kami bersama? Yang dia akan totally involved dalam management, marketing dan semuanya..

Cara saya ialah..Berkali-kali saya mintak pada Allah..Ingat lagi, masa tu saya mintak...Ya Allah, tolonglah saya Ya Allah..saya nak suami saya di recognised oleh semua orang terutamanya customer saya Ya Allah..Saya nak suami saya di kenali dan dikagumi oleh customer semua orang Ya Allah...Bantulah saya Ya Allah...Lepas tu, saya let it go...Serah dan yakin betul-betul Allah akan bantu saya...

Satu ketika, saya terlupa pasal doa saya tu..Tapi tiba-tiba saya tersedar...masa tu suami yang banyak ke kelas atau seminar Dr.Azizan Osman..Sekali tu saya ikut bersama...Saya tengok sendiri macam mana dia di panggil Dr.Azizan untuk sharing di atas stage..Saya sendiri terpegun..Masa tu saya dah rasa bersyukur sangat...Lebih saya perasan lagi..masa habis kelas, ramai yang datang berjumpa....Tapi, diorang tak kenal pun siapa saya..diorang cuma kenal suami saya...diorang nak bergambar dengan suami saya...

Masa tu saya baru tersedar...Ya Allah, Kau dah makbulkan doaku Ya Allah...Terima kasih Ya Allah...Saya tak pernah sangka yang doa saya akan dimakbulkan dengan cara macam tu....Tapi, saya sangat bersyukur...Tak pernah timbul dalam hati saya rasa ingin dikenali..saya bahagia melihat suami saya dikenali...Tapi, saya tahu..fokus dia hanya ingin memperkenalkan bisnes kami...dan juga kami sangat-sangat bahagia bila dapat berkongsi pengalaman dan ilmu kami ini dengan ramai orang... Dari situlah dari hari ke hari...suami mendapat kekuatan dan keberanian untuk resign dan terus fokus dalam bisnes kami ini...

Terima kasih Ya Allah...Kau sering menunjukkan kepada kami bahawa dengan berdoa dan hanya mintak pada Mu sahaja.....segala-galanya akan berjalan lancar....Kami yakin padaMu Ya Allah!!..

WALLAHU'ALAM....




0 comments:

Post a Comment