TERPERANGKAP DALAM COMFORT ZONE!!...
Apa sebenarnya comfort zone ni ye?..Ramai yang pernah dengar....tapi macam tak berapa clear lagi, tak berapa faham lagi maksud comfort zone ni..Kalau diikutkan, maksud comfort zone ni ialah ZON SELESA...Kalau yang tak faham, dia ingat...baguslah hidup dalam comfort zone!..Buat apa nak hidup dalam ZON TAK SELESA?..He he he...:)
Comfort zone ni sebenarnya kan Kak Gayah....Bila kita dah lama sangat hidup dengan rutin yang sama...dan kita dah selesa dengan rutin kita..Kita dah selesa dengan kerja kita,selesa dengan gaji kita, atau dah selesa dengan bisnes kita..selesa dengan keuntungan kita..dah 10 tahun bisnes, sale sebulan RM10K atau 20K sebulan tak naik-naik dah 20 tahun...boleh jadi jugak sale dah 100K sebulan..tapi dah bisnes 28 tahun beb..Customer pun, yang itu je yang datang..
Ada yang bukak kedai makan, dah 28 tahun sebijik tu saja lah....Tahu tak Coffee Bean atau contohnya Nelson's yang jual jagung tu dah ada beratus cawangan?..Baru je berbisnes berapa tahun?..Yang kita dah bukak restoran dah 20 tahun, kedai pun sama je, renovation pun tak buat..signboard pun dah kusammm...tempat sama...makanan sama..pelanggan sama..Itulah dia, kenapa semuanya sama? Sebab tokeynya pun sama, old fashion thinking..tak nak perubahan...
Yang pegi kerja pulak, dah 48 tahun buat benda yang sama..tempat kerja pun sama..dia kata dia setia lah sangatt...kalau ikut Federal Highway di KL ni, atau ikut DUKE sekalipun....serba serbi dia dah faham tentang jalan tu, lubang kat jalan tu ke..dia dah tahu kat mana, dia boleh elak..Tiang lampu sepanjang jalan tu pun dah kenal kereta Kanc atau kereta Wira kita lalu situ setiap hari..kalau dia boleh cakap, dia kata dia pun nak get of comfort zone jugak..dia pun nak jugak tengok kereta orang lain pulak lalu situ..Tak pun, dia pun nak jugak tengok perubahan u...dia kata dah 48 tahun dia ni tak tukar-tukar kereta..asyik-asyik dengan Kanc tu saja...huhuhuu....
Ada yang kata, ok lah tu....dah selesa la maksudnya tu...Kereta Kanc tu kan dah bayar habis...pakai tu je lah sampai meninggal...sebab senang, tak payah pikir hutang lagi dah...Kerja pun kalau kat tempat yang sama 48 tahun ni senang..boss dah kenal, kawan-kawan se" tuuuut.."pun dah kenal lama...Kalau cari kerja lain, tak tau lagi..entah-entah pressure kerja nanti..boss tak best ke..colleague pun tak tentu jugak macamana kan...
Bila u kata, OK LAH TU......bermaksud u sekarang berada dalam COMFORT ZONE!..Dulu, seorang kawan saya tanya saya kalau dia nak tukar mengajar di sekolah lain...Saya kata that is a good idea..Kenapa? Dah 30 tahun dia mengajar kat situ..serba serbi selok belok semua dia dah hafal kat sekolah tu..Tak bolehhh...lagi lama u duduk kat atau kerja kat tempat yang sama bertahun-tahaun...u akan semakin selesa...Bukan itukah yang kita cari?..Bukankah kita kerja untuk mencari keselesaan?...
Yuppp...itulah point yang ramai orang confuse!..Betul, kita bisnes ke bekerja ke...adalah untuk kita mencari duit nak hidup....Nak bagi anak-anak dan keluarga kita hidup selesa..Tapi comfort zone di sini bukan bermaksud bila dah pakai kereta Mercedez Benz baru dikatakan berada dalam COMFORT ZONE!..NOOOO.....Yang pakai Kanc pun kalau dah sepanjang hidup pakai kereta tu...Bermaksud Kak Gaya dah terperangkap dalam COMFORT ZONE ni...
Kenapa Kak Gayah perlu keluar dari COMFORT ZONE?....Perasan tak, orang yang terperangkap dalam comfort zone ni, hidup dia tak ada perubahan?..Jiwa akan jadi kosong kerana tidak ada WAKE UP CALL!..Kerja yang dibuat akan jadi tak ada excitement!..Tak ada suspennya...Sale pun dah boleh agak
nak dapat berapa sebulan..Pi mai pi mai sama je...
Orang yang trapped dalam CZ ni, hidup tak ada perkembangan...Kalau ada pun gaji naik sikit every year..tapi, siapa yang kita boleh tolong?...Keluarga u saja lah...Boleh add value ramai orang tak?..Mesti lah tak boleh..gaji pun ciput...anak bini pun kena cari bisnes sendiri, kalau harap kat u ketua keluarga yang COMFORT ZONE sangattt lah niii...sampai ke mati pun anak bini tak dapat merasa naik fligh..tak dapat merasa pi negara orang putih ke..tak dapat merasa pakai kereta yang best sikit ke...Sebab COMFORT ZONE lah tu...dah kerja berzaman-zaman kat ofis yang sama..tak ada perubahan 40 tahun dah...
Dia tak sedar, dia sedang tunjuk contoh kat anak-anak jugak...secara tak sedar..dia sedang ajar anak-anak...tak perlu ada perubahan nak...tak perlu kita kaya dan berjaya nak...hidup kita kan dah senang nakkk..kita kerja je dapat gaji cukup makan, pastu kita duduk diam-diam dalam rumah...kita dapat tengok tv je pun dah ok la tu anakku...Kita tak payah tolong keluarga kita yang susah, kita tak payah tolong bagi anak yatim makan...itu semua biar je orang kaya yang buat..biar je kerajaan yang buat...itu semua bukan tanggungjawab kita...
U fikir macam tu kan? Kalau u fikir macam tu...hancussss lah...habisss lah, u dah salah program minda anak-anak u sendiri...Apa saya kesaahhh..itu anak-anak u sendiri...teruskanlah...Tapi tengoklah nanti, anak-anak u yang akan bangkit, tak nak jadi macam u, hhehehe...kesiannnn....Patutnya...kitalah ibu bapa menjadi idolanya..Macam mentor kita, anak-anaknya bila besar nanti nak jadi macam Abinya!!!!....Anak-anak kita?????
Come on!!!...It's time to MOVE!..It's time to WAKE UP CALL!!!....
Kami pulak, kalau sepanjang dalam bisnes ni...kami sering mencari sesuatu yang boleh challenge ourselves!..Kami akan cepat sedar kalau dah lama macam dalam comfort zone ni...Cepat-cepat rasa macam nak buat something else...Contoh dulu, dah bertahun kami guna bekas kek yang sama macam yang ramai orang guna sekarang ni..yang berbentuk petak...We challenge ourselves, try to get out of it!..Cari idea untuk perubahan..dengan itulah adanya bekas berbentuk LOVE tu...
Pastuuuu....dah selesa balikk....dah rasa macam aman damaiii...sale ok, bisnes bagus...alhamdulillah..rasa pun dah tenang.....Masa tu kami cepat-cepat sedar balik..NO NO NO!!...Time to get up!...Tak boleh lama-lama dalam keselesaan sangattt lah niii...Cari something yang boleh challenge ourself!..Ni yang tengah dalam proses nak masuk pasaran di Sabah..Kalau berjaya di KK, insyaallah...boleh masuk Indonesia...satu dunia pun boleh...
Maksudnya macam tu lah..kena sentiasa ada perubahan...Hidup perlukan perubahan...tak boleh sama je dari kecik duduk di Kampung Pisang, sampai mati di Kampung Pisang...BERHIJRAHLAH....itu contoh je lah..bukan setakat berpindah rumah, tapi yang penting kena keluar dari pemikiran lama..NO MORE COMFORT ZONE!!..
Kalau pakai kereta kanc atau wira, tukar kereta...jangan takut tukar..bukan tukar sebab nak berlebih atau bermewah-mewahan..NO!..Bila kita tukar, aura kereta baru pun boleh menyebabkan kita kreatif mencari idea buat duit...Kalau kereta sama je...kita tak excited nak tambah duit..sebab kereta tu pun dah habis bayar..Kita akan kata...tak pelah,senang..tak payah pening-pening pikir nak buat hutang lagi...Sebenarnya, pening-pening tu kita kena ada jugak...sebab itulah yang akan menyebabkan kepala hotak kita bergerak laju mencari idea untuk bayar duit kereta, dan terus jadi kaya dan berjaya!..
Jangan mudah terperangkap dengan keselesaan..Jangan mudah terperangkap dengan kesenangan...Keluar dari rumah yang selesa tu..walau rumah tu rumah flat saja..Ramai yang selesa dalam sana...Kerana itu akan membuatkan anda kematu, lemah, longlai...Tak nak berubah, tak nak maju...tak nak kaya...dan tak nak tambah nilai hidup orang lain..Tapi anda tak macam tu kann?..Anda nak berjaya kan? Anda nak kaya kan?..Anda nak add value hidup orang lain kan??...Kalau betul, anda kena sedar sekarang anda sedang terperangkap!..Cepat-cepat keluar dari perangkap COMFORT ZONE!!...
WALLAHU'ALAM...
ALLAH MAHA MENYEMPITKAN..ALLAH MAHA MELAPANGKAN....(Ya Qabidh, Ya Basith)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment