PENIAGA PERLU ADA X-FACTOR
Ramai yang nak buat bisnes..Ramai juga yang dah start buat bisnes. Selain PASSION, apa lagi yang penting yang perlu ada dalam diri seorang peniaga? Ya betul...Peniaga perlu ada x-factor :) Tapi apa dia x-factor tu? X-FACTOR tu sebenarnya adalah sesuatu daya tarikan yang akan membuatkan orang sukakan kita..
Rasa-rasa perlu tak orang sukakan kita? atau lantaklah orang nak suka atau tidak? Sebenarnya, ini adalah fitrah manusia..fitrah untuk semua orang tak kira orang yang berbisnes atau bekerja atau tak bekerja pun..itu adalah perkara normal yang semua orang nak..
Tapi, untuk peniaga...ia SANGAT SANGAT SANGAT PENTING!!...Peniaga sangat perlu disukai oleh orang yang deal bisnes dengannya..Kita deal bisnes dengan manusia, jadi ianya berkenaan dengan HUMAN TOUCH..Sekali pandang je, atau dengan senyum je, customer dah suka..itu belum bercakap lagi..Kalau bercakap lagi lah kann...
Tapi macamana nak buat bagi orang sukakan kita? Nak kena bodek ke..kipas ke..Atau nak kena berlakon dan berpura-pura sukakan orang?sukakan pelanggan kita?Boleh jugak kalau terpaksa...tetapi customer itu akan jadi ONE TIME customer kita sahaja..dia tak akan jadi LOYAL CUSTOMER kita..Yang mana penting? Terpaksa tercari-cari customer baru atau perbaiki hubungan dan servis loyal customer kita?
Sebenarnya, bukan secara paksaan, tak perlu juga nak buat bomoh untuk orang sukakan kita..atau nak buat nasik kangkang ke.. hehe..Tetapi kita perlu menjadi manusia yang genuinely atau naturally yang sukakan manusia lain..Kita bukan jenis yang boleh berkawan dengan orang yang sama je sepanjang hidup kita..Berkawan dengan kawan sekolah je sampai ke tua..Peniaga yang baik,dia akan suka berkawan atau build relationship, customer pun akan melekat dan terus menjadi kawan-kawannya..U all macam tu kan?..
Teringat terbaca dalam buku Pakcik Dale Carnegie, How to Win Friends and Influence People, lecturernya yang mengajar story writing dapat RASA atau FEEL sama ada penulis buku adalah jenis orang yang sukakan orang atau tidak.Kalau penulis buku tu jenis yang tak sukakan orang lain, insyaallah katanya..pembaca tak akan sukakan buku yang ditulisnya.....Wow!!..Sampai macam tu ke?..Bermakna, kalau secara penulisan pun orang dah boleh FEEL, inikan pula kalau berurusan FACE TO FACE dengan manusia..lagi lah orang boleh RASA...kan?
Seorang kawan saya ada ceritakan pasal adiknya yang dah lama pulang dari UK dan masih belum ada pekerjaan tetap. Tapi, adiknya ni sangat suka build relationship.Dia suka berkawan, dan sangat hormatkan orang tua..Memang naturallynya dia macam tu..
Adiknya ni masih tanam anggur, jadi aktivitinya banyak berjemaah di Mesjid. Setelah 4-5 tahun tiada pekerjaan tetap, kawan saya ceritakan satu perkara miracle berlaku pada adiknya.Tiba-tiba adiknya balik dari mesjid ceritakan dia dah dapat kerja yang memang dia sangat suka. Seorang Dato' offer bekerja dengannya kerana dia selalu melayan bersembang dengan Dato' tersebut semasa di mesjid..Bila dah start kerja pun, dia cuma menganggap nak tolong Dato' ni saja..ditemannya buat social works tanpa mengharap apa-apa balasan..
Itu ok lagi..lebih miracle, adik kawan saya ni tak pernah tanya berapa Dato' ni nak bagi gajinya..one day..after 1 week working, PA Dato' ni tanyakan dia..Dato' suruh tanya, berapa gaji yang u nak? RM10 ribu cukup? ke nak RM20 ribu? Ternganga-nganga adiknya...
Kannn?...Nampak tak kalau orang yang memang ikhlas nak build relationship, yang bukan kerana duit...apa yang dia akan dapat? Kan Allah dah janji? Yang penting kita percaya dan yakin pada Dia Ya Rahman..Ya Rahim..Jangan buruk sangka pada Dia jika lambat diberi..mesti ada sebabnya..Kalau betul kita ikhlas..insyaallah Dia pasti tahu..
Perasan tak inilah dia yang diajar dalam agama kita Hablumminallah..Hablmminannas?..Allah sukakan makhluknya yang mempunyai hubungan yang baik sesama manusia tak kira bangsa,tak kira negara, tak kira agama..tak kira parti politik juga...Jadi, sudah pasti orang yang suka membina ukhwah dengan orang lain akan mendapat ganjaran dari Allah dan akan mendapat keberkatanNya..
Wallahu'alam...
ALLAH MAHA BENAR (AL-HAQQ)
Orang beriman yang yakin bahawa pada hari Kiamat dia akan berdiri di hadapan Tuhannya dan menghitungkan perbuatannya,boleh jadi orang yang miskin meskipun dia sudah berusaha. Jika dia membaca la iilaha illa Allah al-Malik al-Haqq al-Mubin (Tidak ada Tuhan selain Allah, Maha Raja,Kebenaran Yang Nyata) sebanyak 100 kali setiap hari, nescaya dia kan mendapat rezeki yang tidak diduga-duga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment