Thursday, May 9, 2013

NAK BEREHAT DALAM KUBUR...

NAK BEREHAT DALAM KUBUR...

Kadang-kadang kesian tengok pemikiran orang kita yang sempit...Sentiasa sebut kat mulut walaupun tak kaya..walaupun tak kaya...Selalunya diorang akan kata..walaupun tak kaya hati senang..Ye ke hati senang sangat ke? Kalau tiba-tiba kita sakit..kita tak berupaya nak kerja dan berbisnes, hati u yang senang dan tenang tadi semakin tenang ke semakin kusut sebab tak berupaya keluar mencari rezeki? 

Sori ye..bukan apa....Saya dulu pun tersentap jugak dengan kata-kata mentor, u ingat u dah kaya sangat, u dah senang sangat ke? Setakat u lepas pegi buat umrah dan bawak anak-anak pegi melancong ok la..Tapi pernah tak bawak ibu dan bapa saudara u ke Mekah? Ibu bapa sendiri pun ada yang tak lepas..macamana nak bawak ibu bapa saudara,kan? Habis...boleh ke senang hati? Boleh lagi comfort zone? 

Dulu..kami pun pikir macam tu..konon dah senang sangat...Ada sebijik rumah, ada sebuah kereta, sekali sekala boleh bawak anak dan family melancong, kira dah ok sangat...Tapi, bila ibu bapa saudara tiba-tiba perlu duit sebab sakit..boleh ke kita contribute? Atau terkebil-kebil tengok saja? Masa tu senang hati lagi ke? Seronok ke kalau tak dapat nak tolong orang? Tambah-tambah orang yang u sayangi? Ke u tak kesah u boleh tolong orang atau tidak..Itu semua tanggungjawab orang lain ke? Tanggungjawab anak-anaknya sendiri atau tanggungjawab kerajaan?

Sekarang kami dah agak faham..ramai yang letakkan dirinya sebagai MANGSA...Mereka bukan mangsa, tetapi mereka pilih untuk play the role of victim..Mereka tak sedar sebenarnya yang mereka berfiikiran macam tu..Kami dah faham bahawa, orang-orang ni tak kaya kerana mereka ada sifat suka menyalahkan orang lain, suka beri alasan dan suka komplen...Orang-orang ni memang tak akan kaya...Cuba observe tengok, ada tak orang-orang kaya dan berjaya ni suka beri alasan dan komplen?..

Bila tak kaya, dia menyalahkan mak bapak, dia menyalahkan kerajaan kerana tak tolong dia..Ye lah, semua benda nak ditolong..bila tak dapat bantuan contohnya, mulalah cakap tak ada modal nak buat bisnes sebab kerajaan atau kerajaan pembangkang tak support..Macam tu ke pemikiran orang kita? Langsung tak competitive..Kalau ada bantuan baru boleh kaya? Patut la tak start-start...Mentaliti subsidi betul la...Nak bisnes kena tunggu bantuan baru nak start? Kalau ada yang tak tau lagi, kami bermula dari zero, langsung tak ada bantuan..semua pakai duit sendiri..sampai sekarang ni..

Ada pulak tak kaya-kaya sebab sukaaaa bagi ALASAN..Geng ni memang sesuai tinggal di PULAU ALASAN..Geng ni suka kata apa tau? DUIT TAK PENTING..DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA atau mereka suka buat perbandingan yang mana lebih penting, DUIT atau LOVE?...hehehee....Itu alasan untuk mereka yang tak nak bekerja lebih atau tak nak berbisnes sebab nak cepat-cepat balik rumah, dapat berehat-rehat berguling atas katil dan tilam mewah sangat mereka tu, yang ada hama tersembunyi tu...atau cepat-cepat nak balik rumah tengok TV 50 inci mereka tu..konon-konon nak banyak masa bersama keluarga..konon untuk dapatkan LOVE ni lah..jadi...DUIT tak penting lah untuk mereka..

Saya kenal dengan seorang suri rumah yang meneruskan aktiviti arwah suaminya menjaga anak-anak yatim hampir seramai 30 orang. Mereka sewakan rumah untuk anak-anak yatim ni di USJ 4 di 3 atau 4 buah rumah..Susah sangat nak jumpa ustazah ni..Bila nak buat appointment je, dia tengah ajar anak-anak yatim ni mengaji lah..tengah ambik diorang balik dari sekolah lah..penuh betul aktivitinya..Sekali tu dapat saya bertanya, usatazah ni nampak sibuk betul...dapat ke berehat? Biawak betul saya ni....Sentap beb, dia kata...takpe..nanti DIA BEREHAT DALAM KUBUR LAH...

MASYAALLAH!!!....Berlinang air mata kalau teringatkan pengorbanan ustazah ni..Dan arwah suaminya sangat pandai mendidik isterinya untuk meneruskan perjuangannya....

Tak terbanding rasanya usaha dia dengan usaha kita..pemikiran dia dengan pemikiran kita..dia mencari duit untuk anak-anak yatim..Kita cari duit untuk siapa? Bukan kata nak cari duit untuk anak-anak kita yang tak yatim ni...atau untuk keluarga kita yang susah-susah...Tapi, ada yang tak nak cari duit punnn...Tambah-tambah lahh untuk anak-anak yatim...??

WALLAHU'ALAM....


0 comments:

Post a Comment