Sunday, May 26, 2013

JUAL NASI LEMAK DAPAT 5 ANGKA SEHARI?


  1. JUAL NASI LEMAK DAPAT 5 ANGKA SEHARI?

    Ramai orang yang terperangkap dalam kotak yang sama...Dalam pemikiran yang sama...pemikiran yang biasa-biasa..Selagi kita masih berada dalam kotak yang sama macam orang lain...kita akan jadi macam orang lain juga..

    Betul, kadang-kadang kita perhatikan mereka yang berjaya melakukan bisnes yang biasa-biasa saja..Contoh, ada seorang adik Ikram al-Banjiri mencer...itakan seorang kawannya menjual nasi lemak bungkus daun pisang saja di KL.Nasi lemak tu SERINGGIT je harganya..Kedainya penuh sesak dengan lautan manusia..semua ada, melayu, india, cina..semua ada...Tempat duduk selalu tak cukup.

    Tapi..apa yang membuatkan ownernya Tim Fatima dapat menjual Nasi Lemak Seringgit sehingga berpendapatan 5 angka sehari? Again....jangan salah baca, 5 angka SEHARI tauuu..bukan SEBULAN...

    Sebab apa?..Sebabbbb.... she thinks out of the box...Dari dia jual nasi lemak berlauk, pilih-pilih lauk yang ramai orang buat tu...Dia tukar ke nasi lemak bungkus daun pisang..yang dijual murah, semurah seringgit saja!..Pastu, masa dia baru start dulu, dia kata...dia supply nasi lemak dia ke merata kedai...Ada yang kata, susahhh..penattt....He he..memang susah, memang penat..tapi kalau tak nak susah, tak nak penat at early stage, good bye lahh..tak payah mimpilah nak jadi JUTAWAN!..

    Tim Fatima ni tahu apa yang ramai orang nak..Orang nak nasi lemak yang murah tapi sedap.Itu saja...lepas tu dia kaji pasaran. Orang nak yang dibungkus daun pisang..Tapi itu pun dia TRY AND ADJUST jugak..Dia bungkus dengan kertas minyak dan surat khabar pada mulanya, tapi orang kurang membeli..Tapi kalau bungkus dengan daun pisang, orang sangat suka...

    Kalau nak ikutkan, kebanyakan orang wanita memang pandai buat nasi lemak...Bermakna, bisnes ni biasa saja kan? Siapa pun boleh buat..Yang lagi best, nanti kalau ada yang merasa...saya dah agak setengah orang especially wanita akan berkata, kalau macam ni...aku pun boleh buat, aku buat lagi sedap...Betul, u pun boleh buat, mungkin lebih sedap....Tapi hotak dia dengan hotak u memang tak sama!..Patut lah dia boleh buat bisnes nasi lemak bungkus sempoi je tapi sehari sampai 5 angka..Kita ni cakap je lebih...itu pandai, ini pandai...semua nak melawan orang je kerjanya..tapi tak kemana jugak...Dok tang tu jugak...

    Apa yang specialnya Tim Fatima? Pemikirannya lahh.....yang luar biasa hebat..yang berfikir out of the box..Yang tak ada banyak alasan..Yang merealisasikan apa yang ada dalam kotak pemikirannya ke dunia realiti..Yang bertindak secara luar biasa...Masakan boleh orang yang tak ada tindakan luar biasa atau kekuatan luar biasa boleh sampai ke tahap macam ni?

    Saya pasti juga, masa dia baru start dulu..mesti dia pun tak sangka akan berjaya sampai ke tahap macam ini...Saya yakin dia mesti TRY je dulu...Sebab kalau tak try, mana nak tahu kan?..Bila dah try, lama-lama boleh nampak apa yang orang nak..apa yang orang tak suka..Yang saya suka katanya, barang yang harganya seringgit jarang lagi dijual..jadi customer tidak akan berkira nak memilikinya, dan sekali beli, customer beli sehingga 20 bungkus. Tengok?...Bukan susah pun..Simple beb...Kan?..

    Jelas kan, sebenarnya apa yang menghalang anda? ALASAN yang menghalang untuk kita terus berjaya, bukan?Dan semuanya terletak di tangan anda saja..Tak ada orang lain yang boleh tolong anda..Pegi lah jumpa pakar bisnes dari planet Pluto sekali pun...tapi kalau dalam hati penuh ALASAN...masih tak nak bergerak, masih tak nak bertindak...Habislahh..Potensi bisnes anda akan diambil oleh orang lain..Bisnes yang anda fikirkan sekarang, satu hari nanti akan diambil orang lain...Satu hari nanti orang tu akan jadi JUTAWAN...Satu hari anda akan terfikir, kalau dari dulu aku buat bisnes yang dia buat ni.....aku dah berjaya macam dia! Aku dah BEBAS macam dia!!...

    WALLAHU'ALAM....

    ALLAH MAHA MELIHAT (AL-BASIR)
    Jika sesuatu pekerjaan tidak diniatkan untuk diri sendiri melainkan kerana Allah, kemudian jika seseorang membaca Ya Allah Ya Basir sebanyak 100 kali sebelum solat Jumaat,nescaya Allah akan menggembirakan orang itu dengan kasih sayang Nya dan memberikannya kejayaan dalam pekerjaan yang diniatkannya itu.










0 comments:

Post a Comment