PENGALAMAN BUKAK KEDAI
Dengar cerita hujung minggu ni 2 orang sahabat kami di kalangan team kami akan bukak kedai hujung minggu ni...Seorang ni Stokis Negeri Sembilan kami sendiri iaitu Pn Siti Zura Mardzuki &Tuan Tajulazam.Seorang lagi ialah Shugarholic, supplier Marie Cheese Layer. Ownernya Tuan Zaidi Hassan dan Puan Maza.
Alhamdulillah...tahniah diucapkan kepada kedua-dua mereka ini.Kami doakan Allah melancarkan dan memudahkan segala urusan anda semua yang nak bukak kedai,..pasti Allah tahu niat anda...jika niat anda ialah untuk menambah nilai hidup lebih ramai orang lagi..Insyaallah kekayaan tak perlu dikejar, tetapi anda akan menjadi magnet!..Duit akan berlari-lari dan terbang mencari anda dan melekat pada badan anda!..Bayangkanlah....Syukur Alhamdulillah...
Teringat pulak pengalaman kami....
Bermula di rumah...Di 2 buah rumah sebenarnya...Selepas rumah pertama di USJ di lelong, masa tu dah 2 tahun buat bisnes kek ni..Lepas tu cari rumah lebih besar dan selesa sikit untuk disewa di Bukit Jelutong Shah Alam, sebab nak expand lagi kiranya..
Masa tu ada tak fikir nak bukak kedai?..Ada la jugak survey cari kedai...tapi sewanya menakutkan!!..Ada yang RM 5K,RM 7K...ishhhh..macamana lah nak bayar agaknya..Sale masa tu dah mencecah RM 10K - RM 15K sebulan...Tapi, tak berani langsung nak bukak kedai....Macam-macam kami fikir..boleh ke bayar sewa rumah? api air lagi?..gaji pekerja? Seriously, saya tak takut yang lain..itu saja yang saya TAKUTTTTT!!!!!...........
Ada yang takut dan tak terfikir malu kalau nanti tutup kedai..sebab saya selalunya positif dengan orang bisnes ni...Kalau ada orang yang bisnes tak menjadi dan tutup kedai ke..Saya langsung tak ingat atau pandang negatif pada diorang ni..Saya akan rasa kesian pada orang yang terpaksa tutup kedai..kerana saya tak anggap mereka ni GAGAL!..No such things! It's not the end of the world..
Saya tahu, kalau mereka bangkit semula dari kegagalan itu..saya yakin mereka akan jadi lebih hebat lagi!!...Jadi, saya tak pernah malu kalau saya GAGAL!!..Kerana, kalau u ni jenis respect kepada orang..kalau u ni jenis tak pandang rendah pada orang lain..Tak kisah dia bisnes ke..tak ke..kaya ke..tak ke..Saya rasa, u akan pegi lebih jauh lagi..I believe u can fly!!....
Sambung balik...
Jadi, selepas 4 tahun terkedek-kedek berbisnes...TERJEBAKNYA kami ke kelas Dr.Azizan Osman pada hujung tahun 2009. Beberapa kali ke kelas SKPD, ingat lagi..kami menumpang Mak Long Catering untuk jual kek..seronok gila masa tu...pernah 400 biji kek habis dalam masa breaktime 1 jam setengah!..
April 2010, kami ke IMKK...(Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan ), habis je kelas...kami terus cari kedai..Dah siap doa masa dalam IMKK..nak ada kedai...Bila dah doa, dah aim...mesti lah dapat!..Walaupun setahun sebelum tu kami berlegar-legar di kawasan Seksyen 13 Shah Alam tu...tak jumpa pun!..Bila mind set dah di programkan, biawak semua dah lari...mak oii..banyaknya pilihan...tinggal nak pilih je...
Kriteria kami, cari kedai yang PALING MURAH!....dan yang paling murah mestilah tak ada di depan...pastilah yang DI BELAKANG SEKALI...Itulah kedai pertama kami pada 16 MEI 2010...Kalau yang biasa ke kedai kami, mesti pelik...dah lah duduk di belakang...tapi macamana orang boleh ramai sampai macam tu?...He he he...Mesti ada yang ingat ada buat 'sesuatu' ke...Memang betul buat sesuatu, doa dan mintak pada Allah setiap masa..itulah sesuatu yang kami buat..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....
Selepas beberapa bulan bukak kedai pertama untuk buat production chocolate cake...TERJEBAK LAGI!!...Masuk pulak kelas Marketing & U...sama macam AMP...keluar kelas, October 2011 TERPAKSA bukak kedai satu lagi!..Sebab production kek dah melimpah-limpah..huru hara!!..Dealer terpaksa tunggu 2 minggu untuk dapat kek...gila ke gila?..Macamana orang nak buat bisnes?..Itulah yang terpaksa expand..
Awal tahun lepas, TERJEBAK sekali lagi!!..Pegi AMP, balik TERPAKSA cari kedai lagi..June 2012 bukak satu lagi kedai..alhamdulillah..kek tak pernah cukup stok...Sampai risau jugaklah kena marah dengan dealer..adusss.....Hujung tahun 2012 dan awal tahun 2013 dah bertambah aktif ke kelas-kelas Dr.Azizan..bawak dealer dan stokis kami...balik dari IJI, kami TERPAKSA kali ke 4 untuk bukak kedai lagiiiii.....Huru-hara dan semakin bergegar rasanya...Panggilan stokis dan sebagainya..tempat dah tak cukup!..
Insyaallah bulan JUNE 2013 genap setahun kedai ke 3, kami TERPAKSA bukak kedai ke 4.Alhamdulillah...inilah penangan bila dah ada ILMU...Dari takut-takut BIAWAK..takut-takut BUAYA...semua ada..Dah jadi macam terlebih suda...Serious rasa macam nak tambah lagi dan lagi dan lagi...
Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Dr. Azizan Osman dan Richworks kerana telah drill minda kami..sampai huru hara kami dibuatnya...tak terkejar dennn...sampaikan baru terperasan hari ni sebenarnya ANNIVERSARY yang ke 3 buat kami Anisfood Sdn Bhd!...Syukur Alhamdulillah....
TERIMA KASIH YA ALLAH....Ya Rahman..Ya Rahim..Terima kasih semua,kedua ibu bapakami, ahli keluarga, kawan-kawan, semua pengedar, supplier, vendor...dan anda semua yang kami sanjungi!..Tanpa anda, siapalah kamii...(mode; macam buat ucapan atas stage pulak ;)
ALLAH PEMBERI REZEKI ( AL-RAZZAQ)
Jika orang yang benar-benar percaya bahawa rezeki kita berasal dari Allah dan bahawa rumah tangganya memerlukan rezeki tersebut, maka setiap kali selesai melaksanakan solat Subuh dia dapat membaca ya Razzaq 10 kali di keempat sudut rumahnya, dimulai dari sudut yang menghadap kiblat, Allah akan menambah rezeki keluarganya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment